RDD 4

Romance Completed 54733

Kenangan beberapa minggu lepas kembali menjengah ruang mindanya. Tekadnya sudah tidak mampu dihalang. Beg yg dipenuhi segala kelengkapannya dibawa keluar dari rumah pusaka milik arwah ayahnya. Hati menjerit tidak rela pergi namun sakit yg tertanggung tiada siapa mahu mengubati menegah akalnya.

Dibawa arus malam melalui pemandangan tingkap bas itu sedikit sebanyak mampu menenangkan fikiran Ania. Walaupun jam sudah berganjak ke angka 1 pagi, matanya masih lagi segar. Tiada langsung tanda tanda ingin terkatup.

Tiba tiba sesuatu yg berat jatuh menimpa bahunya. Statik kepalanya menoleh ke BATU di sebelah.

Amboi sedap betul lah mamat ni landing atas bahu aku. Tak sedar ke dia ni bukan mahram aku. Lain la kalau jadi husband aku. Takdela aku nk kesah.

Novel bertajuk LUKA YG KAMU SEMUA TOREH di tangannya terjatuh ke bawah. Nak taknak, kepala lelaki itu ditolaknya sedikit kasar.

Terpinga pinga Aizzat dibuatnya.

Huhui..sorry awak. Hahaha.

Tanpa sedar sekeping gambar yg diselit dalam novelnya terjatuh.

Novel yg diambil kembali disimpan di dalam pelukannya erat. Lelaki tadi pula menurunkan sedikit kerusinya agar tidak 'ter' LANDING atas anak dara orang sesuka hati. Ehek kejap. Anak dara lagi ke?

Keluar sahaja dari bas itu, tiba tiba sahaja Ania berasa teruja. Mana taknya, ini pertama kali dalam hidupnya datang ke kawasan kampung.

Angin yg agak kuat menerbangkan tudung bawal yg dikenakan oleh Ania.

Slashh!!

Bau haruman rambut gadis di depannya dihidu saat tudungnya menyapa lembut rongga hidung Aizzat.

"Bau strawberry....wangi sangat" gumam Aizzat. Baru sahaja dia ingin menikmati bau itu, gadis tersebut sudah menjauh.

Riak hampa jelas kelihatan di matanya.

"Eh, Mak Mah jangan lah susah susah nk masak dekat Nia. Nia boleh buat sendiri. Kalau Nia lapar nanti Nia masak.Mak Mah rehat lah ye" tegah Ania bila melihat wanita yg seusia dengan arwah ibu tirinya berjalan tergopoh gapah ke dapur. Syukur juga dia pabila Mak Mah sudi membantunya walaupun bekas pembantu rumahnya sudah lama tidak berhubung dengannya.

Mak Mah tersenyum manis memandang Ania. "Andai je arwah Alieya , Qirana dengan Rizal masih hidup, mesti dorang bangga dengan Nia" gumam Mak Mah. Mana taknya, umur gadis itu baru sahaja mencecah 22, namun dia sudah terpaksa menghadapi pelbagai dugaan dengan karenah kakak tirinya.

"Mak Mah, Nia nk ucap terima kasih sebab Mak Mah sudi tumpangkan Nia dekat sini. Nia mintak maaf kalau Nia ni susahkan Mak Mah" wajah ditundukkan memandang lantai. Malu dengan Mak Mah kerana terpaksa menumpang di situ.

"Tak menyusahkan pun Nia. Lagipun Mak Mah memang sunyi duduk sorang sorang. Bagus la ada Nia ni. Ada juga teman berbual Mak Mah" kepala Ania dibelai lembut. "Mak Mah masuk dulu. Mak Mah nk solat kejap" pintanya sebelum berlalu.

Perut yg berdendang irama pencuri hatiku membuatkan kaki Ania berjalan menuju dapur. Segala kabinet diselongkar untuk mencari bahan masakan.

"Mak!"

"Oi, kau terbang!" latah Mak Sari. Lantas dadanya diurut. Anak terunanya yg seorang ni memang cari nahas betul. Kalau dia ada penyakit jantung mahunya masuk hospital dh sekarang ni.

Senduk yg ingin diletakkan di dalam sinki singgah di atas kepala Aizzat.

"Aduh, sakit lah Umi" adu Aizzat.

"Habustu, ingat Umi ni tak sakit? Sakit kena senduk tu cepat hilang tau tapi ni haa sakit kat sini lambat hilang" ujar Mak Sari dengan tangan yg dilekatkan atas dada.

"Uish, Umi ni main ayat ayat deep pulak dah"

"Apa ke deep? Benda alah apa tu? Kau ni Aizz dah tahu Umi ni tak habis sekolah tapi janganlah perli Umi" nada Mak Sari seolah olah merajuk je.

Tergelak Aizzat dibuatnya. "Aizz gurau je la Umi. Deep tu maksud dia dalam lah Umi oii"

Mulut Mak Sari berbentuk 'o'

"Umi masak apa ni bau wangi semerbak rumah ni?" soalnya sambil kepala sibuk mengintai makanan yg dimasak ibunya.

"Ni haa Umi masak nasi ayam kegemaran kamu lah"

"Wah, Umi lah ibu yg paling mithali atas dunia ni" lagi sekali kepalanya diketuk. Tapi kali ni dengan siku ibunya pula. "Umi ni, nanti benjol lah kepala Aizz ni dah tak hensem. Nanti takde orang nak pulak" cebik Aizzat.

"Baguslah takde orang nak. Sebab nanti takde la anak dara orang terseksa ada laki tiga suku macam kamu ni hah" sindir Mak Sari.

Memanjang muncung mulut Aizzat. "Umi, macam mana eh kalau tiba tiba Umi ni dapat tahu yg anak Umi buat perkara tak senonoh kat bandar sana?" soalnya teragak agak. Kenangan beberapa minggu lepas kembali di layar minda.

"Umi tak mengaku anak lah kalau macam tu" ucapnya tenang.Manakala Aizzat pula dah terkejut.

Dalam pada masa yg sama Mak Sari agak pelik dengan soalan anak terunanya itu namun jika dilihat, anaknya tidak mungkin mahu berbuat perkara terkutuk kan. Jadi dibiarkan sahaja perkara itu berlalu bagai kertas yg ditiup angin.

"Haa, ni makanan dah siap, tapi Umi nk kamu pergi hantar dekat rumah Mak Mah kejap. Kebelakangan ni Mak Mah sakit. Umi tak rasa dia larat nk masak. Nah" ujarnya lalu menghulurkan mangkut tingkat kepada Aizzat.

Walaupun lapar, Aizzat tetap menurut. Langkah kaki dibawa ke luar rumah. Selipur dipakai sebelum dia melangkah beberapa tapak ke rumah sebelah, iaitu rumah Mak Mah.

3 kali salam diberi namun tiada pula yg hendak menyahut. Lantas dia bergerak menuju pintu dapur yg terbuka. Kelihatan seorang wanita berbaju kurung warna coklat sedang terbongkok bongkok mengambil sesuatu dari bawah.

"Amboi lama sangat ke aku duduk dekat bandar sampai Mak Mah yg berisi pun dah jadi kurus. Pinggang pun ramping. Memang nampak bergetah lah. Aikk, macam pelik je badan Mak Mah ni" gumam Aizzat sebelum dia menapak mendekati susuk itu.

"Mak Mah buat apa tu sampai Aizz panggil pun tak dengar?" soalnya namun saat tubuh itu menegak terus senyap jadinya.

"Sejak bila Mak Mah jadi awet muda ni? Pakai susut ke apa?" bisik hati kecilnya. Wajah bak bidadari didepannya dipandang lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience