"Eh cik adik, beg angkat sendiri lah. Kau ingat aku ni kuli kau ke? Cehh, berlagak macam tuan puteri. Dalam angan angan betul" cebik Harraz.
"Ish laki sape la yg tak gentleman ni?"
"Aku dengar Nia. Belum pekak lagi" suara Harraz merengus geram.
"Oooo"
Tajam mata Harraz memanah wajah isterinya.
"Kau lambat aku tinggal"
"Kejaplah"
"Lembap. Menyusahkan betul"
"Pastu tinggal lah. Nanti saya call Bonda"
"Kau call Bonda nahas kau aku kerjakan nanti. Jangan main main dengan aku Nia"
"Eh asal awak suka layan saya macam hamba dan sampah bukannya isteri? It is weird!" You make me suffer. Sambungnya di dalam hati.
Dilihatnya pemuda itu berlalu pergi tanpa menjawab soalan Ania. Hampa dengan sikap Harraz, Ania melangkah masuk ke dalam hotel.
QILA :
HEI SAYANG, I DAH SAMPAI BALI NI. WAITING FOR YOU DEAR.
HARRAZ :
ON THE WAY BABY
Harraz menamatkan mesej mereka. Wajah bersih Ania tanpa secalit make up ditenung sepuasnya.
"Sayang betul Nia, hati aku pada yg lain. Bukan pada kau. Kau sekadar hamba dan takkan pernah lebih dari tu"
Bahu Ania yg sedang nyenyak Harraz goncang agak kuat. "Bangunlah lembap!"
Terasa tidurnya terganggu mata dibuka seluas yg boleh. Dengan suara serak basah kerana baru terjaga Ania bersuara. "Kenapa ni?"
"Bangun kemas barang kau" arah Harraz tegas.
"Tapi kenapa? Kita kan baru sampai lagipun saya masih leti..."
"Aku cakap kemas kemas lah. Yg kau degil sangat ni kenapa? Kau nk aku heret kau keluar ke apa?!" pintas Harraz.
Terhinjut kedua bahu Ani ditengking lelaki itu. Air mata yg bertakung dia tahan. Kenapalah nasibnya begini. Sudahlah dia langsung tidak ingat memori bersama lelaki itu lantas diperlakukan begini pula. Sungguh malang. Walau letih masih bersisa pakaian pakaiannya diambil terus dimasuk ke dalam bagasi.
Sepanjang perjalanan Ania hanya menurut tanpa sepatah soal. Bimbang jika dia dimarahi lelaki itu lagi. Saat punggungnya mencecah kerusi airplane. Rasa sakit pinggang mula menjalar dek kerana baru beberapa jam tadi dia duduk di tempat yg sama. Boleh patah riuk tulangnya kalau terus begini.
Biarpun sakit, akhirnya dia terlelap jua. Harraz menjeling sekilas ke arah isterinya. Rasa benci membuak buak buat wanita itu.
Setelah berjam jam berhempas pulas menaiki kapal terbang akhirnya tiba di destinasi juga. Terpisat pisat Harraz membuka matanya.
"Woi bangun, dah sampai" kepala Ania ditunjal kasar.
Ania menggeliat kecil. Terpejam matanya apabila sakit di pinggang mencengkam tulangnya. Ya Allah sakitnya. Adu gadis itu di dalam hati.
Sepanjang berada di dalam kereta, Ania menahan rasa yg amat sakit sehingga matanya mula berkaca. Harraz pula leka membalas mesej dengan Qila tanpa menghiraukan riak wajah Ania yg berkerut menahan sakit sedari tadi.
Teksi yg dinaiki mereka berhenti di depan sebuah vila. Tanpa menghiraukan Harraz , dia berlalu ke dalam. Ya, dia perlu berbaring.
"Ish minah ni tinggalkan beg dekat aku pulak " bebel Harraz dan memunggahkan bagasi bagasi keluar dari bonet.
"Nak..." tegur pemandu teksi berbangsa Melayu itu.
"Ya pak cik" Harraz menyahut.
"Pak cik rasa isteri anak ni sakit . Dari tadi lagi dia berkerut macam tahan sakit...
Harraz terkedu.
Pak cik nk tegur tapi takut mengganggu dia pula. Ada baiknya anak bawa dia ke hospital. Bimbang serius sangat keadaan dia tu" pesan pak cik itu lagi.
Sumbing senyuman dari Harraz. Eleh acah acah sakit pulak. Menyampah betul aku dengan minah ni.
Pintu ditolak Harraz dengan perasaan teruja. Mana taknya nk jumpa buah hati kan?
Qila yg sedia menanti di dalam terus menerkam tubuh Harraz. Kedua mereka tersenyum bahagia. Leher Harraz dirangkul erat oleh Qila.
"Sayang, why your ugly wife masuk bilik kita? Dahtu menonong masuk langsung tak tengok i ni" rengek gadis itu manja atau bagi author 'MENGADA JE LEBIH'
"Biarkanlah dia tu" ucap Harraz merangkul erat pinggang Qila.
"Alaaa u ni. Tu yg dia jadi besar kepala sangat. U suka manjakan dia" dengus Qila. Tangan yg tadi elok melingkar di leher Harraz sengaja dijatuhkan tanda protes.
"Okey la baby. Terserah dekat u nk buat apa? I nk keluar kejap ni. Nk jumpa dengan kawan i. Jaga diri tau"
Qila tersenyum senget sebaik dia meloloskan diri ke dalam bilik yg sepatutnya didiami Ania dan Harraz bukannya dia dan Harraz.
"Eh betina! Bangunlah pemalas!" jerkahnya di telinga Ania yg sedang tidur.
Tersentak gadis itu menahan perit di pinggang akibat meneguk secara mendadak. Telinganya juga berasa nk pecah mendengar nada keras tepat ditelinga. Macam boleh pekak pun ada.
Nasib tak pekak betul². Kalau tak naya badan. Cantik tapi pekak. Sayang...Tiba² kepalanya ditunjal.
Ania mengangkat pandangan. Nk tahu juga gerangan siapakah seberaninya tunjal kepala dia sesuka hati.
What the fish! Macam mana minah ni boleh ada kat sini? Bala².
"Eh betina, aku lapar. Kau pergi masak sekarang!" arah Qila selamba badak. Berlagak macam tuan rumah.
"Kau siapa nak mengarah aku? And macam manakau boleh ada kat sini dalam rumah aku pulak tuh?"
"Wow..impressive. Dah pandai kurang ajar. Ber'aku kau'. Sedar diri sikit kau tak layak kat sini! Bilik ni bilik aku dengan Harraz. Bukannya kau!"
"Habistu siapa layak? Kau?" atas bawah Qila dipandang sinis. "Apa hak kau? Isteri dia? Tunang? Ibu jauh lagi lah kan. Yang isteri Harraz tu aku bukan kau!" kemarahan Ania mula naik satu oktaf. Kesabarannya mula menipis.
Rambut Ania ditarik Qila, kasar.
"ARGHHH! Sakitlah bodoh" bentak Ania yg sudah terbangun di tepi katil.
"Hadam ni dalam kepala otak kau, aku ni bakal isteri Harraz dan bila dh kahwin nanti aku akan pastikan dia ceraikan perempuan tak guna macam kau ni. Satu sen harta dia pun kau takkan dapat! Merempatlah kau kat kaki lima!" ujar Qila bersama senyuman.
Hati perempuan Ania kini betul² bergelegak. Walau ayat itu diungkap oleh Qila bukannya Harraz sendiri tetap saja menyakitkan untuk dicerna.
"Tak guna kau sial! Harraz pun kau nk rampas? Tak cukup ke arwah Zalin dulu pun kau dah rampas? Kau nk apa hah sundal?!"
"A...apa maksud kau ar..arwah Zalin?" hati Qila berdegup laju.
Ania menjeling. "Kau tak payah berlagak nak ambil tahu sangat. Kau tahu tak kau ni ibarat anjing kurap tepi jalanan. Asyik kejar orang semata mata nak perhatian. Aku bersimpati sangat dekat kau ANJING!"
Merah menyala mata Qila dengan gelaran buat dirinya. Tarikan rambut Ania dikejapkan.
ARGHHHHHHH!
Nyaring jeritan Ania di seluruh pelosok. Habis merah padam muka Ania menahan sakit seolah olah rambut dan kepalanya terpisah. Dia berpaling mengejut ke arah Qila dengan muka yg berkerut.
PANGGG!
Qila memejamkan mata. Perit di pipi jelas terasa.
PANGGG!
Sekali lagi sebuah tamparan dilayangkan namun pada Ania. Gadis itu nyata terkejut. Sakit tidak mampu dibandingkan dengan luka dihatinya. Berkaca mata memandang wajah bengis Harraz. Sanggup lelaki itu menamparnya.
No Nia. Kau kuat. Kau tak boleh nangis depan dia. Kau tak lemah.
Aku tarik nafas cuba meredakan kesakitan yg dialami.
"Who is you wife Harraz? Me or she?!"
Harraz berjalan mengelilingi Ania.
"Memang kau isteri aku tapi dia pemilik hati aku. Bukan kau sayang..sedar diri kau..sekadar hamba, selama lamanya tak mampu memilikki hati aku"
"Sebab kau dia lempang aku betina!" amuk Ania pada Qila.
"Dah! Kau blah dari sini sekarang! Sebelum aku heret kau keluar. And ingat kalau kau berani sentuh kekasih aku kirim salam dengan kubur"
"Fine. Live happily with her" ujar Ania meninggalkan pasangan yg tersenyum mengejek ke arahnya.
Dia berjalan tanpa arah tuju dengan berkaki ayam tanpa menghiraukan pandangan penduduk di situ. Mungkin sudah nasibnya dilayan bagai sampah. Dia redha. Nk cakap t sakit, tipulah. Akhirnya keadaan sunyi. Ania jatuh terduduk di tepi jalan raya. Tangisannya hambur di situ. Penuh hiba. Penuh duka. Penuh kesakitan. Penuh penghinaan.
Mengapa aku masih bertahan Ya Allah? Pengunduran itu satu kekalahan kah?
"Kenapa masih petir menyambar? Tidakkah pelangi muncul?"
"Nak...." Ania tersentak lalu menoleh ke belakang. Air mata diseka cepat lalu dia bangun berdiri.
"Pak Cik panggil saya?"
Pak Hamid mengangguk. "Mungkin kamu tak perasan yg pak cik bawa teksi kamu dengan Harraz tadi"
"Oh, maafkan saya, saya tak perasan"
"Takpe nak"
Lama Pak Hamid memerhati wajah Ania yg seakan memikirkan sesuatu.
"Kalau takde apa² saya pergi dulu ye pak cik" pamit Ania gelojoh.
"Kejap nak!" Pak Hamid melaung kuat.
Adoii budak ni lari pulak dah. Keluh Pak Hamid sambil berlari mengejar Pak Hamid. Semput pulak dada dia. Dah tua pun kena main kejar² lagi.
"Tunggu dulu nak! Kenapa takut sangat ni?" soal Pak Hamid sengaja. Mata Ania pula mencerlung tajam ke arah lengannya yg dipegang lelaki tua itu.
"Siapa Pak Cik? Pak cik nk apa? Duit? Saya boleh bagi!"
"Tunggu dulu, macam mana boleh tahu pak cik mencurigakan?"
"Seorang pemandu teksi takkan tahu nama penumpang kecuali kalau kitorang sebut tapi sepanjang perjalanan kitorang tak pernah sebut nama masing²" terang Ania panjang lebar.
Tersenyum Pak Hamid. "Pandai" puji seseorang.
Membulat mata Ania manakala Pak Hamid memberi tunduk hormat kepadanya dan lelaki yg tiba² muncul di antara mereka.
"Alex what are you doing here?"
"Peace syikitt..."
Ania menjuih bibir.
"Maafkan Pak Hamid Puan"
"Baiklah tapi macam mana awak boleh ada di sini?"
BERSAMBUNG...
MAAFKAN AKU NIA...KALAU KAU TAK MAAFKAN PUN AKU BOLEH TERIMA SEBAB TERLALU BANYAK DOSA AKU DEKAT KAU...AKU DAH TAK LAMA...SAMPAI MASANYA KAU TAHU SEMUA PERMAINAN KEBOHONGAN INI. AKU..... - QILA
SANGGUP KAU KAK...KAU LUKAKAN AKU KAK..BERKALI KALI. - ANIA MAISARAH.
Enjoy reading...komen and follow...
Share this novel