Setelah pasti Harriz terlena, Ania mula keluar dari bilik menuju ke balkoni tingkat 2 rumah banglo tersebut. Pintu sliding dibuka. Angin bertiup kuat. Kesejukkan yg agak melampau sedikitpun tak menghalang tindakan Ania ke situ. Palang yg memagari balkoni tersebut digenggam kemas.
Meraung raung Ania di situ. Jatuh terduduk. Namun mata masih degil menitikkan manik mata. "Maafkan mama sayang"
Harraz sekadar memerhati segala tingkah Ania di sebalik sliding.
Akhirnya tangis Ania semakin tenang. Kering air mata. Bagai tiada lagi yg bersisa.
Harraz mendekati, "Seronok menangis?"
Tersentak Ania. "Abang buat apa kat sini?"
"Aku ingatkan selama ni kau ni dara tapi aku silap. Kau ni pelacur! " tengking Harraz. Tak cukup dengan itu wajah mulus Ania ditampar kuat sehingga gadis itu tertelang ke tepi. Belum puas melampiaskan marah, Harraz mencekik leher Ania kuat. Matanya merah menyala.
Ania menampar lengan Harraz namun tiada perubahan langsung malah cengkaman itu semakin kejap.
Beberapa minit berlalu, akhirnya dilepaskan leher Ania. Terjelopok Ania.
Uhuk...uhukk....
Dada dipegang menahan sakit. Terasa tekaknya ingin mengeluarkan sesuatu, segera Ania menekup mulutnya.
Uhukk...uhuk...
Terkejut dia melihat darah pekat keluar dari mulutnya.
Aria memegang dadanya. "Ya Allah Nia!" jerit Aria kuat. Alisya tergopoh gapah mendapatkan Aria diikuti Amzan.
"Kenapa ni Ria?" soal Alisya cemas.
"Kak Nia...Ria dapat rasa sesuatu yg buruk jadi dekat dia. Akak help me" rayu Aria.
Amzan menjeling tajam Aria. Tidak suka pabila perihal Ania menjadi topik utama.
"Abang! I need her. I want her!" jerit Aria bagai diserang histeria. Tak sanggup lagi rasanya dia menanggung sakit itu.
"Get me my sister back!" keras dan lantang suara Aria memecah masuk gegendang telinga Alisya dan Amzan.
Amzan sekali lagi mengelak. Namun langkahnya terhenti saat Aria bersuara, "Abang need to get her. Jangan sampai kak Nia mati macam Kak Fia dulu baru abang nk menyesal!" tengking Aria dengan sepenuh kudrat yg tersisa. "And if she die, i will blame you for the rest of my life!" tokoknya lagi. " Get lost from my room!"
Terpaksa juga Alisya mengheret Amzan yg kaku keluar dari situ. "If it's really happen, i will blame you too. That's enough Am! I don't want to lost my sister again" ucap Alisya sayu. Bukan dia ingin memaksa Amzan. Tapi dia ingin lelaki itu berfikir dengan elok. Bukan terburu buru. Biarlah sekali mereka kehilangan orang yg tersayang kerna ego seorang lelaki bernama AMZAN. Bukan untuk kali kedua. "Get her before God take her forever" sambungnya penuh makna.
"Aku nk kau dapatkan maklumat tentang gadis tu" arah Zalin kepada seorang lelaki.
"Berapa upah yg aku dapat?"
"50 ribu" balasnya sepatah.
"Okay deal"
Zalin koyak senyuman penuh makna. Aku akan dapatkan kau ANIA MAISARAH.
Ania asyik memerhatikan wajah Harraz. Kejadian malam tadi dibiarkan berlalu. Walaupun wajah itu ketat, tapi tetap menarik baginya.
"Abang" seru Ania. Sepi.
"Abang, Nia nk pergi toilet kejap. Abang pegang Harriz kejap tau" dihulur si cilik kepada Harraz.
Harraz menyambutnya tanpa memandang Ania. Tiba tiba beg tangannya Ania jatuh. Habis barang barangnya terkeluar.
Tangan Ania ligat mengutip semua barang yg ada sehinggalah kepada cincin peninggalan orang yg tersayang terletak elok di tepi kasut Harraz. Dihulur tangannya namun bukan menuju ke cincin tetapi kasut Harraz.
Setelah dia memegang kasut Harraz, dia mula mengutip cincin tadi. "Abang saya pergi dulu. Jaga Harriz elok elok tau" pesannya tiba tiba.
Terangkat kedua kening Harraz. Pelik.
Wajah gadis yg melintasi Aria menarik pandangannya. Dia bangun dengan tongkat dikepit di bawah ketiak. Alisya dan Amzan saling berpandangan sebelum membontoti langkah Aria sampai ke tandas perempuan. Disebabkan langkah yg cepat dan tak setabil Aria jatuh terduduk disitu.
Cepat cepat Alisya dan Amzan berlari mendapatkan adik mereka. Tapi Aria menolak mereka dengan kuat. Dengan susah payah dia bangun. Baru sahaja kaki ingin melangkah masuk badannya sekali lagi melayang akibat dirempuh seseorang namun sempat disambut oleh Amzan.
"Sorry" ucap gadis bertopi hitam itu sebelum berlalu pergi.
"Adik nk pergi toilet ke? Mari akak tolong"
"No need!" bentak Aria garang. Perlahan lahan dia melangkah masuk. 5 minit dia menunggu kelibat yg dilihat namun tak kunjung tiba. Hati Aria mula berdebar kuat.
Satu persatu tandas dibuka, kosong. Sehinggalah tandas yg terakhir. Teragak agak tangannya ingin menolak namun digagahkan jua. Saat pintu tandas itu ditolak terjerit nyaring Aria. Di situ juga dia jatuh menangis melihat sekujur tubuh yg penuh dengan darah.
Alisya dan Amzan yg terkejut segera mendapatkan Aria.
"Ria...tell me what's wrong? You want me to bring Nia? I will. But don't treat me like this"
Mata Alisya pula kaku di dalam tandas itu. Kini dia pula jatuh terduduk.
"Hey Lisy, kenapa?" soal Amzan pelik.
Tangan Alisya naik menunjuk ke arah hadapan mereka. Serentak Amzan memakukan pandangannya ke situ. Terkedu. Terkejut. Tergamam. Semuanya ada. Air mata lelakinya jatuh. Cepat cepat dia memangku kepala Ania. Habis lencun bajunya dengan darah.
"Hish lama betul lah minah ni pergi tandas" gumam Harraz sendiri. Perasaan tak enak mulai hadir. Dia bangun dengan Harriz di pegangan menuju tandas. Tinggal beberapa tapak lagi ke tandas, mata Harraz memandang orang ramai mengerumuni tandas tersebut.
Diselit dirinya ke dalam tandas. Hampir terjatuh Harriz saat matanya memandang tubuh Ania yg dipenuhi dengan darah dipangku oleh seorang lelaki.
Share this novel