"Eh bro, dah sampai rupanya" tegur Harraz. Aizzat masih diam tak berkutik. Pandangannya lurus pada Ania.
"Jom lah masuk. Nanti wife aku masakkan buat kau" celah Harraz tepat dihadapan Aizzat. Sengaja nk halang pandangan mata jejaka itu terhadap isterinya.
"Ah? Ye ye..."
"Pergi buat air" arah Harraz saat Ania mula ingin melabuhkan duduk.
Dengan wajah geram Ania melangkah pergi.
Ish dia ni saja je. Aku baru je nk duduk, boleh pulak dia usir. Geram betul aku dengan mamat ni!
"Mana parents kau?"
"Oh dorang keluar"
"Ooo..."
"Cantik wife kau. Kutip dekat mana tu?"
"Cakap elok sikit. Aku tak kutip dia. Kitorang bercinta then kahwin" terang Harraz sedikit gugup.
Aizzat lirik senyum nipis. Cehh nk tipu aku memang tak lah. Aku kenal kau lah Harraz. And aku kenal wife kau. Takpe takpe...aku akan korek jugak rahsia kau! Kau tunggu Harraz..Dasar perampas!
"Awak! Ajak kawan awak makan. Semua saya dah siapkan ni!" laung Ania menyebabkan Aizzat melebarkan senyuman basinya.
Ania sekadar sunyi di meja makan. Hanya Harraz dan Aizzat sahaja yg bercakap. Itupun tentang hal kerja. Satu patah pun dia tak menyampuk.
Aizzat sedikit curiga dengan tingkah Ania yg seolah olah tidak mengenalinya. Nk cakap Ania berpura pura tak kut! Sebab gadis itu tak reti menipu.
Kaki Aizzat sengaja digeselkan pada betis Ania.
Terus tersentak gadis itu. Aizzat kembali menyambung kegiatannya sehinggalah Ania mulai bangun ke sinki.
Hp Harraz berbunyi. "Excuse me"
Macam tahu tahu je aku nk berdua duaan dengan Nia. Gumam Aizzat.
Belakang badan gadis itu ditenungnya.
Aku tiba tiba je rasa macam tak selesa. Macam ada something tak kena je. Terus aku toleh ke belakang.
Terkejut Ania mendapati Aizzat berdiri dekat dengan dirinya. Malah hembusan nafas lelaki itu turut dirasainya.
Ya Allah, Kau lindungilah daku dari sebarang maksiat mahupun lelaki yg berniat jahat!
"You look more beautiful now" gemersik suara itu bertandang masuk ke telinga Ania.
"I'm sorry, could you repeat your words sir?" soal Ania polos.
Aizzat mencemik. "Hey pretty, don't you miss me huh?" tangannya cuba menyentuh Ania namun gadis itu terlebih dahulu melarikan tangannya.
"Jaga batas Encik! Don't make me think that you're just a trash!" tekan Ania tegas. Matanya tajam merenung wajah Aizzat memberi amaran.
Berlapis dahi Aizzat.
Sejak bila awak jadi kasar macam ni Nia? Kenapa awak macam orang lain? You're not the one that i know but i'm still gonna make you mine!
"And one more thing, who are you?"
"Saya...."
"I know. Encik ni kawan suami saya, tapi tu tak memberi hak kepada Encik untuk berbuat sesuka hati pada saya. Sudahlah kita tak saling mengenal, so please...put limit on your attitude and words!"
Aizzat tersentak. Tak saling mengenal?
"Apa yg awak mengarut ni Nia?"
"How did you know my name?"
"Eh sini pun kau orang berdua. Aizz jom keluar. Member ajak lepak dekat tempat biasa"
Nak taknak Aizzat pergi tanpa sempat ucap sepatah kata terhadap Ania.
Benci sangat ke awak pada saya sampai awak sanggup lupakan saya Nia? Persoalan itu bermain ligat dikepala Aizzat tanpa menghiraukan persekitarannya. Harraz pula memandangnya dalam diam.
Ania terjaga dari lena saat pintu utama dibuka. Harraz merenung Ania kosong. Masih terbayang bayang lagi kejadian di mana Aizzat dan Ania kelihatan agak mesra petang tadi membuatkan dia geram.
Entah mengapa kakinya ringan sahaja mendekati Ania. Ditolak tubuh itu ke atas sofa ruang tamu. Dia mula mencekik Ania.
Kuat cengkamannya hingga Ania menggelepar mencari nafas. Naik merah wajah Ania ditambah dengan air mata mula merembes laju.
Ya Allah apakah silapku sehingga diberi ujian seberat ini? Ayah, ibu, mama, Nia nk ikut korang! Nia dah penat diseksa begini. Tak tahu apa yg merasuknya mengucapkan kalimah itu di dalam hati. Dia sendiri bingung namun kini ianya lenyap ditelan kesempitan untuk bernafas lebih menguasai.
"Harraz!!!" lantang jeritan satu suara itu bergema di seluruh pelosok banglo tersebut.
Harraz menoleh ke arah pintu. Muka merah bonda membuatkan dia menjauhi Ania yg sudah tidak sedarkan diri.
"Abang, angkat Nia masuk bilik tetamu!" arah Puan Sri Halimah tegas. Matanya tak lepas memandang wajah anak lelaki yg telah dididik sebaik mungkin tapi ini yg dia dapat?
"Bonda, Harraz tak sengaja"
"How many times hah!? Cuba beritahu, berapa kali perlu aku nasihat kau? Kalau betul tak suka, then let her go! Jangan seksa dia dengan perangai Syaitan kau! Dia pun manusia yg ada perasaan! Cukuplah dosa yg dah bertimbun tu tapi kau masih lagi nk tambah dosa dengan jadi lelaki Dayus! Baguslah! Bagus sangat! Bagi aku kau tak layak dipanggil lelaki langsung! Kau hanya pengecut yg masih hidup dalam seribu penyesalan tapi kau Ego Harraz! Aku ingat bila Luna mati kau akan berubah tapi aku silap, kau masih sama...sedikitpun tak berubah. Ke kau nk tunggu aku pulak mati?!
Harraz terdiam.
Kau tahu, aku selalu fikir apa salah aku sampai Tuhan bagi aku anak macam kau ni! Anak tak guna! Kalaulah aku jadi Nia, dah lama aku bagi kau makan racun! Biar mamp*s cepat! Takde lah menyemakkan hidup orang lain! Tapi tak. Dia tak buat semua tu. Dia layan kau elok elok, tapi kau layan dia macam binatang. Tu pun kau masih buta, tak reti menilai keikhlasan seseorang! Kau memang bodoh!" tengking Puan Sri Halimah bagai disampuk histeria. Bergetar seluruh tubuh badannya menahan amarah yg kuat. Kalaulah dia tiba lambat, sudah pasti menantunya tidak lagi bernyawa.
Harraz tersentap hebat dengan kata kata bondanya sampai berair mata dibuatnya.
"Kau dengar sini, mulai harini, KAU BUKAN ANAK AKU. JANGAN MENGAKU AKU BONDA KAU SELAGI KAU TAK UBAH PERANGAI SETAN KAU TU! Kau tak layak jadi anak aku!!!" tempiknya seakan ingin terkeluar anak tekak disusuli pula dengan dirinya yg hampir tumbang angkara itu. Kemarahannya memuncak tinggi.
"Ya Allah sayang..... Mengucap sayang...." pujuk Tan Sri Megat Huraisy yg baru muncul dari tingkat atas.
Harraz bagai dipanah petir. Seluruh dunianya seakan berhenti dan bertukar kelam. Air mata jantan Harraz keluar. Dia mula melutut merayu kemaafan dari bondanya namun wanita itu segera menendangnya jauh.
"Bawa saya jauh dari dia bang! Saya taknak tengok muka ANAK DERHAKA macam dia!"
Tan Sri Megat Huraisy sekadar akur bimbang jika kesihatan isterinya terjejas.
Harraz memandu dalam keadaan menangis ke rumahnya. Hujan lebat seolah olah sebati dengan perasaannya kini.
Terkumat kamit mulut gadis itu membaca jampi serampah. Bergoncang seluruh ruang rumah kayu tersebut. Ngiauan kucing berlagu di sekeliling. Semakin laju bacaannya sehingga Eliza tidak mampu menangkap apa yg dibacanya.
Meremang bulu roma yg mendengar.
Tidak lama selepas itu gadis itu mula menoreh tangannya sendiri. Darah mula menitik. Eliza memejamkan matanya. Saat mata terbuka, darah yg tadi banyak hilang entah kemana. Dilantai juga tiada.
Gadis itu tersenyum mengerikan namun senyumannya mati saat labu sayong kesayangannya pecah berderai.
"Bersedia"
"Untuk apa Puan?" soal Eliza memberanikan diri.
"Rahsia kita dah terbongkar kepada SESEORANG"
"Baiklah Puan"
Senyuman senget tercarik di bibir gadis misteri itu. Kau silap sebab cari pasal dengan aku! Just wait for me dear! I'll come to you. Devil is here baby!
"Aku dah dapat maklumat tentang dia" ujar lelaki itu seraya menghulur sebuah fail.
Zalin menyambut fail tersebut. Helaian demi helaian dibaca membuatkan dia buntang mata.
"Oh Sh*t!" carut Zalin mengundang tanda tanya pada sahabatnya yg masih berdiri di situ.
Perlahan lahan Alice membuka kelopak mata yg terasa sungguh berat. Wajah Alvin menyapa kornea matanya saat dibuka.
Tika dirinya mulai sedar sepenuhnya, mukanya berubah pucat dan cemas. Alvin memandang isterinya pelik.
"Kenapa ni sayang? Sayang ada sakit kat mana mana ke?"
Alice menggeleng. "No, abang....bawa pulang anak anak kita bang! Now...please"
"Kenapa ni sayang? Tell me"
"Dia....DIA KEMBALI!!!!!"
Share this novel