"Doktor, pesakit kemalangan tadi dah tiba di pintu kecemasan" dari jauh terdengar jeritan nurse perempuan ke arahnya.
Fuaz berlari anak ke sana. Saat pengusung dikeluarkan, bergetar kedua lutut melihat wajah yg dirinduinya selama 5 tahun ini penuh dengan darah pekat. Juga terdapat koyakkan kulit di bahagian lengan kiri. Sungguh pilu hati lelakinya.
"Doktor. Hurry. Pesakit ni semakin lemah cause she lost so many of blood"
"I...i c..can't" dia menggeleng sambil berundur beberapa tapak ke belakang. Perasaan cemas dan sedih bercampur aduk buatkan dia tak mampu berfikir secara rasional mahupun bertindak mengikut akal fikiran waras.
Tepat jam 5 petang tadi, berlakunya kemalangan ngeri yg melibatkan pertembungan dua buah kereta dengan had yg laju dari arah bertentangan. Mengikut siasatan, kereta Viva putih memandu secara laju sebelum mendadak masuk ke lorong bertentangan.
Pelaku, Borhan Zaidi 24 tahun disahkan meninggal di tempat kejadian manakala 2 mangsa dari dua buah kereta, Noradiana 26 tahun, dan Ahmad Aizzat 31 tahun mengalami kecederaan serius dan kini dirawat di hospital.
Fuaz jatuh terduduk di atas kerusi mendengar laporan berita di kaca tv. Belakang di sandar lemah pada kerusi. Masih terbayang keadaan Nana dipenuhi wayar berselirat pada tubuh gadis genit itu.
Tak terbayang kesakitan yg ditanggung sang pujaan tersebut.
"Kau kenapa ni Fuaz?" Akim sahabat sekerja Fuaz turut melabuh duduk di tepi.
"Taknak share dengan aku? Dari tadi aku nampak wajah kau moyok semacam. Kau sedih sebab apa? Kes perempuan nama Noradiana tu ke?"
"Kau tahu...?"
"Mana tak kalau kecoh nurse bahas pasal kau tiba tiba taknak rawat budak tu. Heboh semuanya... So who is she?"
Fuaz senyum sumbing.
"Dia pernah datang 5 tahun lepas sebab kakak angkat dia masuk wad, dari situ aku mula tertarik pandang dia. Tak tahu kenapa..semua tentang dia nampak indah di mata aku.. But one day..aku lost jejak dia sampai harini we end up meet again in this way...it hurts me bro"
"Kau still sayangkan dia?" soal Akim mengangkat kedua belah kening.
Senyuman tercarik agak manis. Dia memilih untuk diam. Biarlah sahabatnya itu berteka teki.
Rasa di dalam hati ini hanya Tuhan yg tahu. Selama bertahun tahun, tak pernah seorang pun wanita berjaya mencuri hatinya sebagaimana Nana mampu. Bukan obses, tidak juga mampu dia halang. Semuanya terjadi atas kehendakNya. Malahan berkali kali diusir nama itu menjauh...tetap saja kekal tidak berganjak.
Aku bukan mencintainya kerana nafsu, tapi aku mencintainya kerana Mu ya Allah...
Suasana malam saat ini memberi seribu satu ketenangan pada semua orang..tidak bagi dia. Hati yg selalu berdetak tenang lari dari temponya.
Ania hirup udara malam sepoi bahasa yg menyapa tubuhnya yg sekadar dibaluti pijama satin berwarna biru. Bunyi cengkerik di malam hari bergabung dengan pepohon bergoyang dari tingkat dua rumah agamnya menyapa gegendang telinga.
Ditemani cahaya bulan serta kerlipan bintang di dada langit buatkan suasan hening di sekeliling. Satu persatu kenangan silam berlayar di minda.
Saat dia diculik oleh orang ayahnya di rumah Mak Mah sehingga kejadian di mana dia separuh mati melompat keluar dari tingkap tingkat 2 rumah Harraz. Sungguh tika itu dalam akalnya hanya Mati! Dan mati! Untung saja Nelly tiba tepat pada waktu dan segera membawanya ke hospital untuk dirawat. 2 bulan dia koma, hidup bergantung dengan alat bantuan pernafasan. Dan setahun dia hidup seperti mayat hidup. Sedar tetapi tak terdaya.
Kehilangan anaknya buat kali kedua amat mengecewakan. Hampir dia hilang kewarasan dengan berita yg satu itu. Tertanya tanya mengapa Tuhan mengambil nyawa anak anaknya tanpa sempat dia mendengar tangisan dan merasai nikmat menjadi seorang ibu.
Ania mengeluh panjang.
Dia hilang pertimbangan. Hilang arah. Hilang Tuhan. Lama kelamaan barulah dia sedar siapa dia. Manusia yg kerdil ini begitu berani mempersoalkan takdir yg telah ditetapkan. Betapa bodohnya diri ini!
Asyik mempersalahkan Tuhan di atas kehilangan nyawa raganya. Sedangkan itu adalah anugerah Tuhan buatnya. Layakkah dia mempertikaikan semua itu?
"Andai saja waktu mampu ku putar, ku menyesalinya ya Allah. Cinta terhadapMu melebihi segalanya. HanyaMu ya Tuhan. Tiada yg duanya atau ketiga. Jagakanlah dia untukku. Dia anak syurga. Sungguh ku menyayanginya, anugerah paling berharga dariMu itu"
Tanpa esakan, air mata merembes laju di pipinya. Nelly disebalik tirai langsir turut menangis dalam diam. Dapat dia rasakan kesedihan di dalam wanita itu. Wanita tertabah yg pernah dijumpainya. Tak kenal erti mengalah tanpa berusaha.
Wanita inilah yg disia siakan Harraz. Wanita sebaik ini...baginya sedikitpun tidak layak bergandingan dengan Harraz.
"Kau silap melepaskan dia Harraz. Kau silap! Jadi jangan pernah lagi muncul dalam hidupnya! Aku akan pastikan kau tak hadir dalam hati yg telah kau hancurkan. Aku nekad separuh jiwanya aku taruhkan jiwa aku. Akan aku pertahankan dia dari lelaki yg kejam seperti kau!"
Fizz bergegas ke hospital sebaik menerima panggilan dari pihak hospital. Sayu hati lelakinya melihat keadaan insan yg dianggap adik kini bertarung nyawa.
Wajah pucat lesi yg tampak lena dibuai mimpi meruntun seluruh jiwanya.
Masih terbayang sikap Nana yg berubah sebaik kehilangan Ania. Gadis itu mula bersikap bengis dan dingin. Dengan urusan yg perlu digalas buatkan Nana menjadi hilang pedoman. Gadis itu mula liar. Masuk ke kelab malam. Tapi dia tahu Nana tidak menyentuh perkara yg haram itu.
Disebabkan perkara itu juga dia dan Nana menjadi renggang. Tambahan pula dia dipersalahkan atas kejadian yg menimpa Ania.
Fizz meraup muka sendiri.
'Mana kau Nia...? Kami merindui kau.. Pulanglah ke pangkuan kami...'
Dari kejauhan Fuaz memerhati lelaki itu. Niatnya untuk menjenguk Nana terbantut sebaik melihat seorang jejaka di depan bilik rawatan yg kini sedang memandang ke arah Nana melalui tingkap kaca.
Dalam berperang dengan hati, tak sedar dia berdiri bersebelahan dengan Fizz.
Tertoleh Fizz ketepi setelah menyedari ada makhluk lain di situ.
"Kau ni siapa?" soal Fizz dingin tak berperasaan. Tiada langsung riak mesra di wajahnya. Yang itu usah dibahas, sejak azali lagi dia begitu!
Melihat kebisuan lelaki berkot putih seperti doktor amat mencurigakan.
"Kau doktor yg rawat dia?" soalnya mengajuk kepada Nana.
Dibalas gelengan oleh Fuaz.
"Then who are you? Kau jangan memacam! Better kau blah dari sini sebelum penumbuk aku melayang di wajah handsome kau tu!" amuk Fizz tak tertahan.
"Kau tiada hak nk halang aku. Ini tempat umum. Dan aku pula doktor. Kau ni siapa? Husband dia?"
"Apa urusan kau?"
"Aku sukakan dia. Sejak 5 tahun lepas lagi"
Terbuntang mata Fizz. Wah selamba budak ni jujur dengannya.
"Umur kau berapa? Nampak macam muda jer. Mampu ke jaga adik aku tu?" tiada lagi nada dingin. Suara berubah lembut. Terpapar jelas keikhlasan Fuaz dapat dia kenal pasti. Dan dia yakin lelaki itu benar benar mencintai Nana.
"Oh kau abang dia. Ehehe ingat siapa la tadi. Kalau macam tu aku panggil abang jugak lah. By the way nama aku Fuaz. Umur 28. Single and available" nada Fuaz turut berubah.
Suasana janggal tadi berubah menjadi tenang. Sekelip mata mereka menjadi mesra. Malah cerita tentang Nana turut diberitahu kepada Fuaz. Dia harap lelaki itu mampu mengubah Nana kelak.
"Mana Tok Bonda? Orang nk Tok Bonda. Taknak Papa! Nk Tok Bonda!" Harriz masih lagi memekak.
Harraz mulai bengang. Sudah berkali kali diberitahu yg Bondanya sedang ada urusan di luar. Tapi anaknya tak makan saman.
Tak betah lagi dia di sana, tandas di tuju tanpa menghiraukan Harriz di sana.
Harriz menanggalkan benda yg menempel di tangannya dengan kening berkerut menahan ngilu di tangan, dia berlari selaju yg mungkin ke bumbung hospital.
Di situ dia melampiaskan tangisan sayu yg tiada siapa tahu.
Kanak kanak berusia 6 tahun itu kuatkan semangat..dihampiri hujung tempat dia berpijak. Gayat dirasakan saat dia memandang ke bawah. Sungguh tingggi.
Kedua mata dipejam rapat. Dia tak sanggup lagi.
Papa tak sayang aku! Papa lebih membandingkan kerja dari aku! Aku cuma mahu secebis kasih sayang darinya!
Baru sahaja dia ingin melompat terjun, sepasang tangan erat merangkul dirinya merapat hingga dia jatuh ke atas badan si dia yg jatuh terbaring. Dapat dia dengar detak jantung itu berentak laju. Entah mengapa dapat dia rasakan ketenangan.
Perlahan lahan dia memeluk erat tubuh yg berbau strawberi itu kemas. Seluruh mindanya bagaikan tidak asing dengan bauan itu.
Ania terpempan apabila dia merasakan tangan kecil itu memeluk erat dirinya. Tanpa dipinta ubun ubun kanak kanak lelaki itu dikucupnya penuh syahdu.
"You're safe now dear.." bisiknya perlahan. Tangannya diangkat separa tinggi melihatkan bodyguard peribadi yg mengirinya mahu menghampiri mereka.
Tidak lama kelibat mereka semua hilang dari situ. Namun pelukan Harriz masih lagi tidak dilepaskan.
Kanak kanak itu seakan tidak mahu berjauhan dengannya. Dengan susah payah, dia berdiri tanpa melepaskan pelukan tersebut. Harriz kini berada di dukungannya.
'Haih..anak siapa lah ni. Tak pandai jaga anak. Nasib aku sempat selamatkan budak ni' sempat lagi dia mengomel di dalam hati.
Rambut Harriz dibelai lembut. Dapat dia rasakan bahunya basah lencun menandakan anak kecil itu menangis tanpa suara.
"Jangan menangis... Orang cakap, anak lelaki tak boleh menangis. Nanti orang perempuan tak suka mereka" pujuknya lembut.
Ajaibnya dia tidak lagi merasakan budak itu menangis.
Harriz mengangkat pandang. Sepantas kilat, dia mengucup pipi Ania.
Saat itu juga pandangan Ania bersabung dengan Harriz. Hatinya dipalu detak yg kurang pasti.
Mata itu....Wajah itu... Dan tanda lahir itu...
BERSAMBUNG...
done up..missing me? hahaha just kidding.. agaknya apalah jadi kalau ania jumpa harraz ekk? hahaha. happy reading and love u guyss❤
Share this novel