RDD 11

Romance Completed 54733

Harraz memaku pandangan ke arah BIDADARI di hadapannya. Wajah itu cukup cantik. Malah terlampau cantik cuma.....terlalu kekampungan dengan baju kurung dibadannya. Laju sahaja tangan Harraz dihulur ke arah Ania.

Tercengang Ania." Awak ingat dengan saya yg lemah ni awak boleh lah nk ambik kesempatan?! Dasar pervert!" segera Ania bangun lalu berlalu pergi meninggalkan Harraz yg terkebil kebil.

" Apahal lah minah tu. Harap muka je lawa tapi sikap dengan penampilan too much kekampungan" ejeknya.

PENAT dan sakit yg mencengkam kaki membuatkan Ania duduk di salah satu kerusi yg ada di taman berdekatan Mall yg dimasukinya tadi.

Terbit keluhan berat sebelum tangan naik meraup muka sendiri. 'Ya Allah..berdosanya daku menolak dugaanmu. Baru ku sedar di dunia ini bukan diriku sahaja yg diberi dugaan namun berpuluh juta lagi manusia yg berkemungkinan mempunyai dugaan yg lebih besar. Ampunkan dosaku Ya Tuhan' air mata diseka. Dada ditepuknya untuk memberi galakkan. 'Akan aku terima dengan redha'

HARRAZ duduk merenung Nelly. "So apa yg you nk cakap penting sangat tu?" soalnya tanpa basa basi. Kalau dilayan buat bazir masa dengan air liur je.

"Waalaikumussalam Harraz" perli Nelly. Berubah 360 darjah wajah Harraz. Sampai merah telinganya.

"You tak payah nk berlagak alim sangat lah. Pakai baju pun macam bogel ada hati nk tegur i.." wajah Harraz mencebik dengan bersahaja.

"Harraz! You don't have the right to judge me!" ujar Nelly kasar. Sakit hatinya mendengar perlian Harraz.

"Kalau you tak mula, i pun malas la nk compete sindir menyindir ni. So now straight to the point..cause i don' t want to waste my time with useless thing" balas Harraz selamba. Air kopi yg panas disisip sambil telinga sedia menanti tutur kata gadis di depannya.

"I dah jumpa bakal isteri untuk you..." belum habis percakapan Nelly, Harraz terlebih dahulu tersentak. Air yg diminumnya tersembut tepat ke wajah cantik Nelly.

"Harraz! Apa ni? You're so disgusting!" tisu yg ada di depan mata diambil sebanyak yg boleh lalu dilap mukanya yg dah macam mandi kopi.

Omelan Nelly pula bagai masuk telinga kiri keluar telinga kanan. "What you just say?" soal Harraz inginkan kepastian.

"Eh Harraz...you ni dah pekak ke apa?!"kemarahan Nelly dah bertingkat tingkat. Tunggu masa nk hamburkan je. " Ok i malas nk ulang. So bila you nk i bawak your future wife meet your mom?"

"Tomorrow" balas Harraz sepatah.

"Ok our deal done. After i bring her to your mom, money must already in my hand" ucap Nelly sebelum pergi.

"Entah macam mana la rupa isteri aku ni? Harap harap tak hodoh. And why hidup aku always kena paksa. Can't i have my own choices?' dengus Harraz. Bila difikirkan balik hidup Harraz memang penuh dengan paksaan. Setiap yg dilakukan dalam keadaan terpaksa. Tak ada yg ikhlas kecuali menjadi CEO syarikat ayahnya. Sampai bila la dia harus menjadi sebegitu.

Baru Ania nk melepaskan lelah pintu biliknya diketuk.

"Ada apa ni Mak Mah?" soalnya sebaik pintu dibuka.

"Aizzat datang nk jumpa kamu. Tu haa dekat depan sana tu" ujar Mak Mah.

'Hadoi la. Ni lagi satu masalah. Kenapa la aku boleh lupa dekat Aizzat' keluhnya sebelum memberi anggukan kepada Mak Mah.

"Ada apa nk jumpa saya?" duduk dilabuhkan di kerusi yg ada. Penat masih belum hilang.

"Saya nk bincang hal kita"

'Ahh! Tak habis habis hal ni. Tadi hal ni sekarang ni pun hal ni! Rimas!'

"Maafkan saya...between ki...." belum habis bicara Ania ada pulak yg menyampuk. Terus tertoleh wajah Ania kepada manusia tak bertauliah tu.

Bulat mata Ania melihat gerangan Qila dengan baju kurung. 'Mimpi apa entah yg merasuki Kak Qila ni?' . "Aduh la. Belum settle bala ni dah datang pulak bala lain" ucap Ania perlahan.

"Hah? Apa awak cakap?" soal Aizzat. Rasanya dia terdengar gadis itu menyebut perkataan BALA.

"Takde apa apa. So hal tadi.."

"Ania akan kahwin. So you tak payah nk kacau adik i. Get lost" kata Qila tenang.

Aizzat pula bagai dipanah petir. "Nia awak tak bergurau kan?"

"Tak Aizz. Saya akan kahwin tapi bukan dengan awak. Saya minta maaf. Mesej yg saya hantar tu just a mistake. Saya nk hantar pada orang lain tapi tersilap. Maafkan saya" bohong Ania.

Tanpa berlengah Aizzat terus pergi meninggalkan dua beradik itu di situ.

"Bagus...pandai kau menipu"

"Saya belajar semua ni dari akak la!"

"Esok kau ikut aku pergi jumpa bakal mertua kau" ucap Qila tenang sebelum berlalu masuk ke rumah.

Cehh dah macam rumah dia pulak!

RUMAH agam di depan mata langsung tak mampu memukau pandangan mata Ania. Kosong! Itulah perkara yg ada di otaknya.

"Besar gilerr rumah jantan ni. Tak sangka...Sungguh tak sangka" gumam Qila.

Mereka kemudiannya diiring masuk oleh pelayan yg sedia menunggu. Bersinar sinar mata Qila melihat setiap inci rumah tersebut manakala Ania sama sahaja. Kosong!

"Silakan duduk, Cik Qila. Saya akan panggilkan Puan Besar"

Mereka berdua akur. Bayang yg dinanti nanti muncul juga. Terbeliak mata Harraz melihat gadis di samping Qila. Namun langkah kaki diatur juga ke sofa di ruang tamu.

Beberapa minit kemudian, muncul pula wanita yg agak berumur tapi masih kekal jelita. Wanita itu merenung kedua gadis di depannya.

Yg satu tu seksi. Yg satu lagi....PERFECT.

"Mana satu bakal menantu saya?" soal Puan Sri Halimah tanpa sabar.

"Ni dia"tangan Qila pantas merujuk ke arah Ania."Nama dia Ania Maisarah, adik kepada saya Puan Sri" senyuman mekar diberikan pada Puan Sri Halimah. Ania pula dah macam orang tiada perasaan. Harraz sekadar diam memberi ruang untuk bondanya menilai.

Tiba tiba Ania bangun mendadak. Terbeliak mata Qila. 'Janganlah dia lari' bisik hati kecil Qila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience