Usai menunaikan solat subuh dalam keadaan duduk, Ania turun kebawah dengan sokongan tongkat. Terkial kial dia melangkah seolah cacat.
Dengan keadaan mengandung lagi, lenguh pinggangnya lagi amat menyakitkan hati.
Nana yg menyediakan sarapan pagi dibantu Fizz menjeling ke arah Ania.
"Hati hati Kak" pesan dia sebelum meneruskan kerja yg tergendala.
Ania memandang tak percaya. Dia mengelipkan kedua mata berkali kali.
Wah inikah yg dipanggil Mustahil Bin Ajaib?Dengan muka pelik dia duduk di meja makan. Matanya masih tak lepas memandang bodyguard peribadi yg elok tersenyum manis macam dunia ini dia punya di samping Nana. Wow, sakan engkau yer? Dengan aku semalam kemain muka dingin macam tertelan ubat nyamuk. Cheese betul!
Nana duduk bersebelahan Ania. "Kak, tengok apa tu?" tegur si gadis. Sambil tangan ligat mencedok mee ke dalam pinggan buat Ania.
"Tengok keajaiban dunia"balas Ania selamba. Fizz yg tika itu menyedut minuman terus tersedak.
Kalut dia mencapai tisu lalu dihulurkan buat Nana kerana tempias itu terkena tepat pada muka gadis comel tersebut.
Ania buat muka jijik lantas menggeleng tak percaya. Pagi pagi dah bagi dia layan free drama tak berbayar. Huh!
Kasar tangan meraup muka sendiri. Segala air yg melekat di muka dilap menggunakan tisu YG DIAMBILNYA SENDIRI. Ulang eh.....SENDIRI!
Amboi amboi leka betul dua orang saling mengelap muka yer.
"Sudah sudah! Rimas lah! Pepagi dah kena hadap drama! Ni bukan slot tv3 okey?Behave" tegas Ania. Bukan apa, dia dah nk termuntah tengok drama sebabak ini. Paling teruk mungkin dia akan terus terberanak kat sini.
Fizz kembali duduk manakala Nana berdehem ditempatnya.
"Pukul 8 lepas ni kita bertolak. Make sure segalanya dah ready. And aku nk kau settlekan semua masalah sebelum kita bertolak pulang. Faham? Lagi satu aku taknak dengar apa apa perkara yg mengaitkan aku dan Harraz!And also, no dating. Kau orang nk dating biarlah lepas aku bersalin. Nak muntah hijau aku tengok tau!"
Dalam diam Fizz dan Nana simpan senyum. Jelous la tu!
Ania seakan dapat membaca akal kedua mereka terus menghentak meja kuat.
"Awas ehh..Aku perhatikan kau orang"
Semua masalah yg tertangguh diselesaikan dengan jaya.
Penat tubuh Ania dapat rasakan. Menegak badannya sebaik pintu ditolak mengejut dari luar.
Tanpa segan silu Nana duduk di depannya.
'Lah budak ni rupanya. Ingatkan siapa dah tadi' omel Ania.
"Menempel sini macam takde kerja nk apa?"malas nada Ania menyoal.
"Boss betul ke nk pergi balik rumah puaka tu? Perlu ke pergi sana? Bahaya lah..Kalau jadi apa apa macam mana?Kalau dia pukul boss? Kalau dia dera boss? Kalau dia nk bunuh boss?"
Bertalu talu soalan menerpa gegendang telinga Ania yg penat menguruskan urusan kerja sejak pagi tadi sampai ke petang. Untung ada Fizz untuk membantu.
Wajah Nana dipandang. Inilah dia Nana. Di luar pejabat panggilan lain di waktu pejabat pula lain namun aura ke'adikkan' masih jelas terpapar.
Lembut Ania menerangkan situasi, "Jangan risau. Kakak pergi sana untuk uruskan semua hal antara Harraz dan kakak"
"Maksud kakak apa?"
Bulat mata Nana bila mana dia dapat tangkap apa yg ingin Ania sampaikan.
"Ye. Kakak ke sana untuk uruskan hal penceraian kami. Kakak dah tak sanggup hiduo dibelenggu kesakitan sedangkan dia bergembira. Inilah satu satunya jalan buat kakak. Perpisahanlah dapat jauhkan jarak antara kami, dapat buat kakak lupakan dia, suami di atas kertas yg selama ini kakak jaga dan cinta setulusnya. Biarpun diri ini dihantui rasa bersalah sebab tak dapat tunaikan janji pada ibu mertua akak, tapi kakak yakin ibu mertua akak juga faham akan keputusan ni"
Cukuplah sampai di sini mereka bermain. Lelah sudah diri ini mengejar pada yg tak sudi. Dirinya ibarat perigi mencari timba. Sungguh sakit tak terkata. Selama perkahwinannya, Harraz tak menganggapnya sebagai isteri jadi biarlah impian lelaki itu menjadi kenyataan.
Anak ini, bukti cinta dia buat Harraz dan anak ini juga yg menjadi saksi terlukanya dia kerana perbuatan Harraz.
Benarlah kata orang. Cinta tak semestinya memiliki. Jika ditakluk jua, tak semestinya cinta kita berbalas. Kau buktikannya Harraz yg ianya benar!
Dikala dia terkapai dilautan menanti seorang nahkoda menyelamatkan dia, seorang Harraz lebih memilih Qila yg berada di tepian hanya kerana bimbang gadis itu ditimpa ombak. Betapa besarnya cinta seorang Harraz buat Qila.
Wanita yg selama ini dibesarkan dalam keluarga yg sama. Yg selama ini disangkakan kakak tirinya. Dan yg selama ini menyakitinya. Bukan Ania tidak tahu ,Qila menaruh rasa cemburu pada dia.
Semua yg dia ada dirampas dengan kejam. Jadi akan dia biarkan gadis itu bersama Harraz. Mengalah hanya untuk kali ini.
"Kakak masih tetap mahu ke sana?"
Nana duduk di birai katil manakala Ania mengemas barangan miliknya yg bakal dibawa ke rumah Harraz. Semua itu adalah barangan milik Harraz. Dari hadiah perkahwinan sampailah cincin serta rantai pemberian Puan Sri Halimah disimpan dalam bagasi.
"Kamu jangan buat perangai Nana. Kakak dah siap kemas dah pun"
"Tapi Nana risau kak. Hati ni rasa lain macam. Kakak jangan pergi ehh?" ujar Nana masih memujuk tanpa mengalah.
Ania mengeluh perlahan sebelum kedua bahu Nana ditarik menghadapnya.
"Dalam hidup kakak, kamu antara yg terpenting. Sampai mati kakak akan ingat kamu Nana. Kamu adik kakak dan takkan ada yg mampu ubah apa tentangnya"
Nana diam, terharu...
"Setelah semua selesai, kakak akan kembali. Kita sama sama pergi dari sini dan mulakan hidup bersama. Buka buku baru"
Ania terhenti bicara setelah Nana peluk dirinya kuat sambil teresak esak menangis.
"Kita start our new life together okey? Semuanya akan baik baik. Hanya untuk malam ini kakak pergi untuk selesaikan segalanya" Ania beri kata putus. Dirinya bertekad untuk selesaikan semuanya malam ini.
"Percayalah kak, Nana rasa sesuatu tak kena. Kalau Nana ikut juga boleh?"
"No dear" tolak Ania lembut.
"Fizz ikut jugak?"...
"Kakak nk masalah yg tercipta ni diselesaikan antara kami. Kakak taknak campur aduk kamu berdua"
Riak wajah Nana berubah kecewa bila Ania tetap dengan keputusannya. Dia risau jika terjadi apa apa. Dan hatinya tak salah. Ada yg perkara tak kena dirasakan.
Ania tahu Nana bukanlah degil menghalangnya tapi dia hanya bimbang sesuatu yg buruk berlaku.
"Kakak akan jaga diri. Jangan risaukan kakak. Just take care of yourself" tutur Ania cuba meyakinkan Nana.
Sepanjang perjalan ke rumah Harraz Fizz kerap kali memandang Ania. Bukan Ania tidak sedar yg lelaki itu memandangnya melalui cermin pandang belakang.
"Kau dah kenapa pandang pandang? Ada hutang ke?" akhirnya dia bersuara memecahkan kesunyian mereka berdua.
"Kau betul tak nak aku teman?" serius suara itu kedengaran.
"Kau pun macam Nana. Cengeng sangat. Aku nk pergi rumah laki aku lah. Bukan nk pergi berperang"....sambil gelak dia berkata namun tetap saja tak lawak bagi Fizz.
Inilah dikatakan lelaki beku sejati. Dia dan ais tiada beza. Kedinginan dan dia berpisah tiada.
"Akal fikiran manusia kita takkan pernah tahu atau faham. Mereka mampu bertindak di luar kawalan. Dan Harraz termasuk dalam kalangan orang begitu. Bila manusia terlampau serabut , akal waras ditolak ketepi. Macam macam yg mereka boleh bayangkan...dan lakukannya juga sesuatu yg tak mustahil mereka lakukan"
Tersentak Ania dengan kata kata Fizz. Hatinya mula berdetak canggung. Sebolehnya dia tepis dengan ketawa halus.
"Aku okey lah. Buat apa nk risau. Aku rasa Harraz lagilah bahagia kalau aku minta cerai. He might be the happiest man in the world" seloroh Ania walau disambut krik krik krik.....
Dia berdehem membetulkan suara.
"Kau suka Nana?"
Belum sempat Fizz balas Ania sudah cantas.
"Kalau kau suka, aku nk kau jaga dia baik baik. Jangan permainkan perasaan dia. Sayang dia. Cintai dia sepenuh hati kau. Didiklah dia agar menjadi yg lebih baik. Saling bertolak ansur.Di saat dia memerlukan pinjamkanlah bahu untuk disandar. Telinga untuk mendengar. Mulut untuk menasihat dan menenangkan dia serta tangan untuk sentiasa sambut kejatuhannya. Dia lemah....Kau tahu first time aku jumpa dia masa tu ada geng pembuli keliling dia. Dia nangis je kerja. Lemah betul...Puas dah aku ajar dia keras tapi sama je. Sampailah kejadian masa aku kena serang klien, dia cuba nk bantu alih alih dia kena tolak pula. Aku baru feeling bangga terus tak jadi" sambil tersenyum dia bercerita.
"Aku dan dia tak seperti kau sangka. Aku hanya anggap dia tak lebih dari seorang adik"
"Tapi kau nampak rapat....,"
"Kami dibesarkan di rumah anak yatim yg sama" sebaris ayat itu cukup membuat Ania faham.
Lama dia merenung suasana malam bersama senyuman tipis.
'Akhirnya Nana, kau jumpa orang yg layak melindungi kau. Aku lega. Dapatlah aku berehat dengan tenang.....'
BERSAMBUNG...
done up. maaf kalau ada typo. bab kalini kita slow sikit sbb next bab adalah scene konflik utama novel ni.. pelik kan ayat akhir Ania. What's gonna happen? hahaha. love from me❤
Share this novel