Sudah seminggu berlalu pergi. Keadaan Alvin kian membaik malah lelaki itu pula yg kerap menjenguk Ania. Sejak dikhabarkan berita kepergian Alex, dirinya benar benar terpukul dengan kebenaran yg satu itu.
Kenapa satu persatu insan yg dia sayang pergi dengan tragis. Dan kedua duanya melibatkan pembunuhan dirancang yg hingga kini tak dapat dijejak.
Apa motif sebenar pembunuh? Atau semua ini ada kaitannya dengan Harraz? Atau ibu bapanya?Atau mungkin kedua dua mereka?
Seraya itu pintu ditolak dari luar lalu terjengul kelibat wanita berusia 50an kemas bergaya dengan aura penampilan kuat jalan mendekat.
Ania masih bungkam tak memberi apa apa reaksi. Mungkin reaksinya sudah mati. Barangkali......
Tangan tua menyentuh lembut kaki Ania.
"Hmm kaki kamu nampaknya makin membaik..." jedanya seketika. Wajah kacukan yg dimiliki tak mempengaruhi percakapan bahasa melayunya dengan lancar.
"Bagus untuk kamu. Mari...."
Ania angkat kepala dongak ke arah wanita tadi. Bukan apa, curiga dengan ajakan MARI...Maksudnya.....?
Elizabeth gelak kecil. Hidung mancung kepunyaan Ania dicuit geram.
"Mari jalan jalan. Auntie bawa kamu ke taman nak? Makan aiskrim? It's been a long time since we ate ice cream right?" soalnya. Nada teruja berubah kendur sebaik kata kata di hujungnya disebut.
"You treat me like a baby....." balas Ania. Buat pertama kalinya setelah seminggu, dia bercakap.
Ketawa hambar terhambur dari bibir Elizabeth.
"Yes..you are my baby. Yg auntie main masa kecil dulu. So let's go. Auntie tahu kamu bosan dalam ni. Tak sihat juga kalau asyik terperap dalam tu" bebelnya. Sambil kerusi roda dicapai, leka dia menilik sampai tak sedar Ania memandangnya bagai nk tembus.
"Don't you hate me?"
Terus terhenti perbuatan Elizabeth. Jatuh kedua tangan ke sisi. Pandangan di buang menghadap tingkap.
"Why would i?" soal dia kembali.
"Nia lukakan auntie. Don't you remember. I said that i hate you. Ni......!" jari telunjuk naik mengarah pada dahi Elizabeth.
"Parut tu, Nia yg buat kan? Jadi why? Why auntie masih baik pada Nia?! Ke auntie tak ingat? Perlu ke Nia ingatkan balik?"
"Tak...Nia tak perlu ingatkan auntie..I know and i remember every single things you had done"
Amat sukar dia mengucapkannya. Hampir air mata membanjiri pelupuk mata.
"Auntie tak pernah lupa detik Nia ucapkan kata rindu dan kata cinta. Malah setiap detik kamu menghiasi minda auntie. Sakit di parut tu tak sesakit hati auntie bila Nia pergi. You are the best thing ever happen in my life...."
"Kenapa? Kenapa masih di sini walau tahu Nia pernah kecewakan auntie? Lukakan auntie?"
"Sebab Nia anak saudara auntie yg sejak kecil auntie tatang bagai minyak. Beri kasih sayang secukupnya. Jaga makan pakai Nia. Dan auntie tahu segala yg terjadi bukanlah kehendak Nia. Semuanya kerana angkara insan yg busuk hati...Jadi berhentilah salahkan diri sendiri. Nia berhak bahagia"
"Tapi Nia takut...andai kehilangan auntie. Nia tak mahu lagi kehilangan orang yg tersayang. Nia tak sanggup. Kepergian Zalin dan Alex cukup meninggalkan trauma dalam diri Nia" keluhan demi keluhan dilepaskan. Kedua jejaka itu mati di depan matanya tanpa mampu dia berbuat apa apa. Hanya ratapan sedih yg menjadi peneman.
"Auntie tahu...Tapi selagi kita percaya padaNya, segalanya tak mustahil. Teruskanlah berdoa. Tetaplah berjuang. Bawa pandangan mu ke depan, berdirilah dengan megah. Takuti mereka dengan kedinginan. Sembunyikan ketakutan..."
Ania pandang Elizabeth tak percaya.
"Wahh Nia tak tahu auntie pandai berkata madah bagai ni"
"Well well well ini Queen Elizabeth okay?Seorang pemimpin haruslah bersikap tenang and pandai bermain kata. Kalau tak lama dah auntie turun takhta" ujarnya mengundang tawa Ania.
Ya inilah identitinya. Mempunyai ibu saudara yg memegang title Queen. Malah dirinya juga memegang gelaran Princess. Cuma perkara itu tidak dihebohkan. Ianya kekal sebagai privasi kerana dia lebih suka hidup bersendirian di Malaysia. Maka tak perlulah dia umumkannya. Kalau tak berderet bodyguard yg akan mengawalnya ketat. Itulah yg paling dibencinya.
No privacy, No life!
Ini dia aiskrim strawberry for my little princess.."
Ania sambut huluran itu dengan senyuman manis.
"Doktor cakap apa tadi?" soalnya sambil membetulkan duduk bersebelahan Ania.
"Nothing serius. Katanya Nia dah boleh keluar esok petang"
"Tapi kamu kan still tak dapat berjalan dengan stabil lagi" protes Elizabeth.
"I can by using tongkat sakti" seloroh Ania.
Buat sementara sunyi. Mereka berdua sama sama menikmati suasana petang.
"Esok Nia terus pulang Malaysia"
Mendadak Elizabeth toleh ke tepi.
"Why so soon? Auntie tak puas lagi lepas rindu dengan Nia"
"Bukan Nia tak mahu, tapi rasanya dah banyak kerja Nia tinggal di sana. Kesian pula PA Nia nk urus semua sendiri" kata Ania.
"Nia tak janji, but believe me..one day Nia akan kekal di sini. Temankan auntie okay? Maafkan Nia sebab abaikan tugas Nia selama ni"
Elizabeth genggam kemas tangan anak saudaranya itu.
"It is okay. Auntie faham. Nia tak mahu bergantung hidup dengan kemewahan ni. Nia nak bangun sendiri kan? Apa apa pun auntie akan sentiasa sokong"
Seluruh tubuh Ania menggigil.
"Sejuk?" soal Elizabeth.
"Suasana sini tak sesuai dengan Nia. Nampaknya harus jarang lah balik sini ye tak?"
"Amboi jangan mengada ehh. Di sinilah Nia membesar tau. Dah kira macam kampung halaman. Haa auntie lupa pulak nk tanya, macam mana suami kamu? Baik ke? Dia ada dera kamu tak? Auntie dengar dia kahwin lain"
Sakit menyerang hati Ania. Ahh kenapa perlu dia ingat lelaki itu. Berbahagiakah dia di sana bersama isteri pilihan hati? Atau terseksa? Ahh! Mesti bahagia. Tapi bagaimana dengan Qila. Tidakkah dia dikacau dengan makhluk itu?
"Nia...Nia!"
Tersentak Ania dibuatnya. Secara mengejut dia berpusing menghadap Elizabeth.
"Are you okay dear? Mind to share?"
"Eh taklah. Nia okay je. Takpelah. Nia masuk dulu. Sejuk kat luar ni. Kang nanti tangkap cinta dengan selsema pulak. Nia naik atas dulu ehh?" pamit Ania lalu berjalan pergi.
"Come here!" arah Elizabeth tegas. Kemudian muncul seorang lelaki di balik tiang yg agak tersorok. Pakaiannya serba hitam dengan hoodie menutup mata dan mask menutup hidung serta mulut. Sekilas pandang macam pembunuh ngeri.
Kehadirannya langsung tak disedari sesiapa. Malah detak kasutnya ibarat berjalan di atas angin. Sedikitpun tak menghasilkan bunyi. Siang dan malam dia menjadi bayang buat pemimpin negara 4 musim itu.
"Aku nk kau siasat apa yg sedang berlaku terhadap anak saudara aku. Dan jangan tinggalkan sebarang maklumat. Pastikan ianya lengkap. I want it by tomorrow" cukup tegas dan dingin suaranya.
Lelaki misteri tadi angguk faham.
Di sudut lain pula, Amzan ke hulu ke hilir menunggu sahabatnya.
"Haish suka sangat menghilang mamat sekor ni. Ada jugak aku cepok satgi" dengus Amzan kegeraman.
BERSAMBUNG...
ok done. so this chap memang pendek cozz sy tk sempat taip panjang2. Insyaallah malam nanti sy tambah balik bab ni. which is mean anda kena baca balik. haha. sorry. so terungkai sudah siapa ania. hehehe. agak mengarut kan. tapi apakan daya sudah itu jalan ceritanya. LOL ^ω^.. LOVE♡
Share this novel