"Kita tinggal berdua je ke?" soal Ania penasaran.
"Kalau awak nak boleh je dear" ucap Alex dengan mimik muka miang. Ni dah gatal nak kahwin sangat ke yg sangap tahap apa entah.
"Pervert! Saya report dekat Daddy mati awak dia kerjakan" kata² ugutan dari Ania sedikitpun tidak menggetarkan Alex malah pemuda itu siap senyum macam kerang busuk pakej acah handsome.
"Mana bilik saya" kata Ania mengubah topik. Malas hendak dilayan perangai tiga suku mamat import cina nih. Makin menjadi jadi.
"Dekat atas. Pintu kanan. Bilik berhadapan dengan awak tu bilik Mak Lah adik Pak Hamid. Dia yg jaga rumah ni" terang jejaka kacukan cina itu tanpa diminta.
Anggukan diberi lalu dia menapak untuk mendaki tangga ke atas. Hendak membersihkan segala KEKOTORAN yg diperoleh tadi.
Usai mandi, hp di meja sempat dicapai sebelum dia melabuhkan duduk di birai katil. Sesekali gadis itu terhinjut menangis hiba menatap imej terpapar di skrin hp.
"Mama rindukan Harriz nak...I miss u so much"sayu ayat tersebut dilafazkan bersama usapan pada gambar si kecil. Pelik tapi itulah kebenarannya. Memori tentang si kecil melekat kemas dalam ingatannya sedangkan kanak² lelaki itu langsung tiada kaitan dalam hidupnya dan kemunculannya hampir sama dengan Harraz. Malah Harraz muncul terlebih dahulu namun tetap juga tidak mampu dia ingati.
Malam itu Ania tertidur dalam seribu kedukaan meratapi kerinduan insan bergelar ibu.
"Morning pretty... How you feel? Better?" Alex menyoal lalu dengan penuh budiman kerusi ditarik buat gadis pujaan hatinya dalam diam.
Satu senyuman manis dilemparkan buat Alex"Thank you sir"
Alex tergelak.
"Saya okay je. Tak perlu risau. So macam mana keadaan my sister sekarang? Any good news?" soal Ania sambil menjamah roti bakar yg disediakan Alex.
"Everything still the same" pandangan dilorot ke bawah. Rasa bersalah juga pada Ania sebab dia merahsiakan perihal adik gadis itu yg kini entah berada di mana. Berita kemalangan Alisya sahaja yg dikhabar pada Ania.
Kunyahan terhenti. Roti yg disapu mentega kacang kembali diletakkan ke pinggan. Mati seleranya.
"No need to blame yourself Alex. Takdir dah tertulis macam tu. Kita doa yg baik² saja walau sakit" ujar Ania tanpa sedar perubahan riak jejaka di depannya. "So how about my family?"
"Sir Alvin masuk ke hospital a weeks ago. Sir Alvin and Madam Alice seems like having problem"
"Maksud awak?"
"Sebenarnya lepas je balik rumah agam, Madam Alice mengamuk tiba² and ungkit hal perjanjian lalu yg saya sendiri tak tahu. Parah lagi bila Madam Alice mintak cerai dengan Sir Alvin"
Kata² Alex menyentap hebat hati Ania.
"Apa dah jadi ni Alex? Kenapa family saya porak peranda sampai macam ni sekali? Mungkinkah ianya bakal hancur?"lemah suara Ania bertanya mengundang sayu di hati Alex.
Dia sendiri tidak tahu untuk berkata apa. Posisi itu tidak dialaminya. Pilihannya diam lebih baik. 'Semoga semuanya baik² sahaja buat keluarga ini Ya Allah'
"Sayang u marah i sebab betina tu ke?" soal Qila tak puas hati. Dari semalam lagi selepas Ania dihalau, Harraz palaukannya pula. Cakap tak ubah macam cakap dengan tunggul.
"Sayang...answer me atau sebenarnya u dah jatuh suka dekat betina tu?"
Harraz merentap kasar tangan Qila yg memegangnya. "U boleh tak jangan nak merapu. I rimas tahu tak? Semak u asyik nak tambahkan masalah. I tak risaukan dia tapi i tengah risau kalau dia mengadu dekat Bonda i. U sendiri tahu hubungan i dengan Bonda i macam mana sekarang kan?!"
"Tapi kenapa u nak salahkan i pulak? U yg halau dia, bukan i"
"Tu semua sebab u. Kalau u tak cari pasal dengan dia semua ni takkan jadi"
"Bukan aku suruh pun kan. Kau mengada nk emosi bagai" gumam Qila sendiri
"Apa u cakap?" rasanya tadi dia terdengar gadis itu berbicara namun tidak jelas.
"Nothing. You layan lah perasaan u tu. I nk keluar enjoy" beg tangan yg berada di atas meja disangkut pada bahu lalu kunci keretanya diambil.
"U jangan nak menggatal dengan lelaki lain" sempat Harraz berpesan.
"U ingat i ni gatal ke? I love u so much. Tak mungkin i duakan u sayang"
Harraz balas dengan keluhan.
Dengan senang hati Qila melangkah keluar. 'Correction Harraz. I do love your money not you'
"Nah" tin air disuakan di muka gadis yg ralit termenung itu. Termenung pun tetap cantik. Ahakss menyempat..
Ania senyum. Huluran itu disambut.
"Dah rasa tenang sekarang?"
"Sikit. Thanks. Apa² pun awak still tak jawab soalan saya. Macam mana awak tahu saya kat sini?" wajah tenang Alex ditatap walau pemandangan kota di malam hari itu tampak lebih indah. Kepala tak gatal digaru. Aku tanya tapi dia senyum pulak dah.
"Awak lupa ke status diri awak Nia?"
"Nak lupa macam mana...."
"That's it. Awak bukan golongan biasa. Kemana awak pergi Grey House sentiasa memerhati. Senang cakap nyawa awak tu precious"
"Habistu haritu saya hilang dari rumah Harraz you guys know saya kat mana?" tertanya tanya pula. Sebab masa tu dia hampir dirogol Aizzat yerr. Tapi kenapa takde pulak datang kecuali arwah Zalin.
"Awak memang tanggungjawab kami tapi kami juga ada had dan rules"
"Had apa pulak dah?"
Alex senyum kerang busuk. Rasa macam dah terlampau banyak pulak yg dia bagitau Ania. Haha kalau dah namanya cinta kan... Diturutkan saja. Air tin ditangan Alex teguk rakus.
"Kitorang ada 3 had. Pertama had SUAMI ISTERI which is mean bila awak berdua dengan suami automatik tanggungjawab teralih pada suami. Namun kami masih perlu memerhati. Cuma tak boleh melampau sangat. Apa pun yg jadi antara u guys, kami tak boleh masuk campur"
"Kenapa? Macam mana kalau suami yg menjahanamkan hidup wife dia?"
"Habistu tu masalah dorang not us" bulat mata Ania dengan ujaran selamba Alex. Woi kasihanilah aku ni...menderita tau dak kahwin dengan mamat gila Harraz tu.
"Saya gurau je lahh. Andai masalah macam tu terjadi kami mungkin perlu hapuskan si suami tu sebab mengancam nyawa dibawah jagaan kami"
GULP! Hapuskan?
"Tak kejam sangat ke?"
"Kejam tak kejam. Dia faktor nyawa dibawah jagaan Grey House bahaya, we need to clear him. Lagipun kejam, bunuh ,seksa semua tu bagi kami perkara biasa. Malah dah jadi tanggungjawab"
"Okey² had kedua pulak apa?" Ania berganjak mendekat dengan Alex penuh minat. Dia memang tak tahu apa² tentang Grey House. Yg dia tahu, segala apa urusan family dan kerajaan dikawal rapi oleh Grey House. Yg lain kelaut.
"Had MASA. Had masa terjadi bila bersama pasangan, tepat jam 10 30 sampai 7 pagi kami perlu lepas tangan. Kalau bersama family jam 9 hingga 7 pagi je"
"Interesting...tak penat ke? Kerja pagi malam petang macam tu? Tak terfikir dengan masa terluang awak boleh cari pasangan ke kan. Awak muda lagi. Masa depan masih jauh"
"Entah la. Hampir sepanjang hidup saya dihabiskan untuk berbakti pada family awak. Jasa family awak terlampau besar Nia. Tekad saya, hembusan nafas saya biarlah demi family awak. Pasangan tu biarlah dulu"
"Mengada ngada" Ania mencebik.
"Nk tahu tak apa had ke 3?"
Mata Ania kembali bersinar.
"Had FAMILY. Kami tak boleh campur tangan urusan family awak sembarangan"
"Had tu macam biasa je...."
"Memang biasa. Yg jadi luar biasa bila berlaku pertumpahan darah antara family kami perlu berdiam diri"
"What the hell! Kalau mati?"
"Matilah jawabnya. Dah² jom balik. Mengantuk saya ni. Tengok muka awak lagi mengantuk"
Alex bangun menyapu seluarnya takut ada habuk lah kan. Ania potpet² protes apa entah masuk telinga kanan keluar telinga kiri dia je.
BERSAMBUNG....
enjoy reading...follow and komen
Share this novel