RDD 46

Romance Completed 54733

"Nana, kamu tunggu di sini dulu okey? Saya pergi ambil kereta jap" laju dia berlari ke arah kereta yg diletakkan agak jauh tanpa balasan dari gadis itu.

--------

"Eh Harraz, kau jalan dulu. Aku nk ambil hp yg tertinggal dalam kereta"

Harraz angguk sesaat berjalan pergi.

Buk!

Ania menyeringai kesakitan bila dirempuh seseorang namun tidak sejenak pun dia berhenti melangkah malah laju melanjutkan langkah kerana bimbang akan Nana yg kesakitan.

"Cik! Cik!" terpekik, terlolong Harraz memanggil gadis tersebut. Sedikit pun tak berpaling! Nak ucap maaf sebab dia terlampau asyik melayan hp hingga dilanggar gadis tadi. Tapi nampak gaya macam tergesa gesa sangat. Automatik terbatal hasrat Harraz.

Macam rumah dia lari pulak laju laju. Bersama perasaan bercampur baur dia kembali melanjutkan langkah.

"Haa! Sini pun kau. Entah macam mana la kau boleh tertinggal ek?" pintu kereta ditutup rapat sambil mulut mengomel sendiri.

Siulan girang meniti di bibir sebelum hp miliknya jatuh terhempas cium jalan tar sebaik kelibat gadis yg dirinduinya kini berada depan mata.

Tak sedar diri diperhati, Ania bolos masuk ke dalam porsche diamond silver miliknya.

Cemas Aizzat memanaskan enjin kereta. Harraz tak Harraz belakang cerita. Sekarang dia harus tahu di mana pujaan hatinya itu menetap tanpa sebarang berita. Juga kerana dia ada rancangan buat Ania.

Kereta mewah di depan yg langsung tak dijangka milik Ania diekori secara senyap.

"Kali ni aku akan pastikan segalanya berjalan lancar. Kau akan jadi milik aku tak lama lagi. Sabar Ania sayang..."

Usai memapah Nana ke dalam, laju kereta itu menderum.

Wajah pucat Ania diamati Nana.

"Boss okey? Pening lagi? Takpelah biar saya pula drive" ajunya memberi cadangan. Mahunya Ania pengsan tiba tiba tak ke terbabas nanti? Kalau ye pun bagi la dia kahwin dulu! Meninggal dalam title andartu... Hell no!

Ania jeling sekilas ke arahnya sebelum kembali fokus memandu.

"Dengan keadaan awak yg lebih parah ni ada baiknya saya yg memandu"

"Tapi Boss pun sakit juga" balasnya tak mahu mengalah biarpun berkerut keningnya menahan sakit.

"Degil...." getus Ania perlahan.

"Alaa Boss stop la. Kasi saya drive pula. Larat lagi ni" Nana masih tak putus asa. Wajah comel ditayang namun tak dihirau langsung oleh Ania malah jeling pun tak. Sombong ehh?

Lantas dicondong badan merapat lalu ditarik sedikit tubuh Ania kemas ke dalam pelukan.

Aizzat yg mengekor dari belakang tersedak air liur sendiri.

Apakah yg sedang berlaku di depan matanya yg suci ini?

Manakala Nana sedia mengemam bibir sehingga lembab.

"Kamu jangan macam macan Nana. Ini bukan masa untuk JEJAK KASIH?" tegas Ania. Tetap tak diambil kesah oleh insan bernama Nana.

Seluruh wajah Ania dibanjiri kucupan hangat kecuali bibir. Okey dia masih waras lagi! Alah biasa la nk manja manja dengan kakak angkat dia. Haha!

Terdengar dengusan keras dari Ania. Cepuk kang baru tahu. Kalau bukan sebab dah anggap Nana seperti adik kandung sendiri, memang dah kena budak ni.

Sesedap secukup rasa budak tu buat itu ini pada dia. Tapi tak dapat dinafikan dia tak kesah jauh lagi tidak suka sebab diri sendiri rindu akan adik kembarnya yg entah di mana. Kehadiran Nana sedikit sebanyak menghakis rindu itu.

Meanwhile...Bertambah terkejut beruk Aizzat dibelakang.

Apakah? Jangan cakap yg pujaan hatinya itu serong mahu patah hatinya remuk kemik hancur berkecai segala bagai.

Geleng kepala dia dengan pemikiran sendiri. Sendiri fikir sendiri buat andaian pastu sendiri nafi.. Tak betul dah dia!

Sambil hujung kuku digigit kereta dipecut apabila porsche di depan mula menjauh.

Puas hati Nana bila mana kereta telah berhenti namun senyumannya mati bila memandang hospital di depan.

Apo? Patutlah berhenti sebab memang dah sampai. Bazir masa dia buat perangai. Kalau tahu dah nk sampai dia duduk diam dari tadi. Ini mesti Ania bawak kereta macam lipas kudung.

Senyuman colgate Ania tayang memberi isyarat kening 'Kenapa tak masuk?'

"Ish Boss ni kan...."

"Apa? Cantik? I know it"

Cemberut habis wajah Nana menahan rasa. Terbahak bahak Ania gelak sambil itu dipapah Nana ke dalam. Kang kalau biar mahu rebah anak orang tu!

Aizzat sekadar menjadi pemerhati. "Apa agaknya hubungan Nia dengan perempuan tu? Macam rapat je.. Adik beradik ke? Ehh tak kan lah.. Tak guna. Aku kena cari tahu jugak"

Terperanjat Aizzat dengan getaran di poket seluarnya tanpa berfikir panjang butang hijau dileret dan panggilan bersambung.

"Kau kat mana? Lama aku tunggu. Kau ambil hp ke buat hp?" sindir Harraz tanpa salam.

"Kau makan je lah. Tak payah tunggu aku. Aku ada hal lain yg lebih penting" malas dia menjawab. Kacau betul mamat sekor ni. Kecil dulu tak mati, besar menyusahkan dia pulak!

"Sampai hati kau kan...."

"Makan makan je lah. Dah besar panjang kan. Tak perlu berteman. Nk sangat berteman kau ajak bakal isteri tercinta kesayangan pujaan hati kau tu"

Harraz di talian mula kegeraman "Yang kau nk melenting apa hal? Aku gurau kut. Tak payah la ambil serius sangat. Cakap macam tak puas hati aku rampas awek kau..." getusnya.

Mati kata Aizzat dengan kata kata terakhir keluar dari mulut sahabatnya itu. Ingin sahaja hatinya menjerit 'Ya memang kau rampas awek aku! Kalau bukan sebab kau muncul dalam hidup aku dan Nia kami mesti dah bahagia.. Kau yg ubah aku Harraz. Kau yg buatkan aku benci dan berdendam pada kau. Semua salah kau! Kau musuh bukannya sahabat aku! Kau musnahkan kebahagiaan aku dan aku akan pastikan perlahan lahan kau hancur di tangan aku'

"Boss saya nk tanya,tadi Boss cakap apa dekat Encik Abu sampai dia meraung histeria bagai?"

Bila diingat balik Ania ingin ketawa namun dia tahan.

"Betul nk tahu?" duga Ania.

Polos Nana mengangguk.

"Saya cakap yg semua budak budak yg dia rasuah tu dah mati dan saya suruh dia bersyukur sebab saya ambil tindakan undang undang terhadap dia bukan macam apa yg saya buat pada budak budak semua tu" balasnya tanpa perasaan. Kini terjawablah persoalan Nana.

"Boleh tahan jahat jugak Boss ni. Kesian dia kena tipu hidup hidup dengan Boss. Setakat pijak semut Boss dah nk nangis apatah lagi nk bunuh manusia. Memang tak lah"

"Tipu sunat takpe.. Lagi pula manusia macam dia tu sekali sekala perlu jugak diajar. Tak selamanya yg di atas kekal di atas. Perlu jugak dia turun. Langit yg cerah tak selamanya cerah. Lumrah hidup badai dan pelangi datang silih berganti. Kita sebagai manusia ambil semua pengajaran yg berlaku. Tak kesian ke pada anak cucu dia? Takkan selamanya nk makan duit hasil dari sesuatu yg diperoleh secara haram. Anggap saja ini pengorbanan kecil buat sesuatu yg lebih besar. Kalau saya tak ambil tindakan, fikir tak nanti bila anak , cucu dia dah besar mereka akan terikut dengan ajaran datuk, ayah mereka. Takkan habis kalau perkara itu berlaku terus menerus" ucapnya tenang.

"Ni yg saya salute Boss. Ceng gini" ibu jari ditegakkan. "Boss ada ciri ciri penceramah tau.. Quit lah job CEO jadi ustazah. Keliling satu dunia beri tazkirah banyak banyak"

"Kamu ni puji saya ke perli?" mencerlung dia ke arah Nana.

"Both of it" balas Nana tanpa takut. Kemudian mereka tertawa bersama.

Usai menghantar Nana pulang dia memandu pulang dek pening yg kuat mencengkam di kepala. Entah apa la nasib dia kebelakangan ni asyik pening,muntah dan cepat letih. Mungkin kerana kurang stamina. Telahnya. Nk jangka yg lebih lebih dia tk tahu bab sakit penyakit ni. Nak pergi check dia malas. Jadi telan panadol je lah yg dia pandai.

Terhenti kereta Aizzat dengan mata yg bulat. Setahunya Harraz tak pernah beri duit pada Ania. Jadi sesiapa boleh terangkan pada dia macam mana Ania boleh tinggal di sini? White Crown?

Serius lah? Ini adalah kawasan perumahan elit. Bukan mudah nk masuk kawasan ni. Harga sebuah rumah mencecah hampir 60 juta. Dalam ni jugak terdapat 12 buah rumah dan ianya memakan keluasan bidang tanah yg banyak. Kalau dia hidup di sini gamaknya makan nasi kosong dengan garam tiap tiap hari pun belum pasti mampu ke tak nk bayar. Anyone boleh brain tak siapa Ania ni? Haha!

Nampaknya rancangannya bertambah mudah kerana lokasi Ania dah dijejak yg susahnya nk masuk dalam tu. Kawalan keselamatan tempat tu memang agak ketat. Pembetulan, bukan agak ketat tapi sememangnya ketat. Silap langkah lokap menunggu. Buntu sekejap..

Tiba tiba nombor seseorang di dailnya. "Hello... Aku ada job untuk kau...."

Malam itu lena Ania terganggu dengan pening yg buatkan kepalanya berat seperti batu itu belum lagi dengan ulang alik ke ke tandas untuk muntah sehingga lembik tubuh badan gadis itu bersandar pada pintu kamar mandi. Terasa seperti dia baru saja memuntahkan segala isi perut kecuali usus je!

Tiba tiba perutnya terasa memulas sebelum ianya naik ke atas...

Oh shit! Laju dia berlari ke dalam dan sekali lagi muntah. Oh Tuhan perit tekak tak terhingga. Seluruh wajahnya merah padam dengan mata berair.

Deringan telefon menyentakkan Nana dari tidur. Acehh sikit je lagi prince charming sado mata biru nk muncul. Siapa pulak yg kacau line pepagi buta ni?

Sebal dia mengangkat panggilan tanpa melihat pemanggil.

"Hmm..nk apa call orang pagi pagi macam ni? Takde kerja ke? Orang letih nk tidur takkan tak faham" bebelnya panjang.

"Na..nana.. Help me" lemah suara pemanggil di sana.

Sesaat segar bugar mata Nana dengan kening berkerut. Tadi kan mamai ni baru otak nk proses.

"Boss? Boss ke tu?" cemas dia menyoal namun tiada sahutan selain bunyi nafas yg agak tidak teratur.

"I'll be there in a minutes" kalut dia bangun mendadak. Tak ingat kaki sakit. Yg pelik tak pulak rasa sakit. Bergegas dia mencapai kunci kereta dan mula memandu ke rumah Ania. Bimbang tak usah dicakap.

Selama ni dia hidup susah kerana dia anak yatim. Nk sambung belajar pun tak boleh kerana kekangan wang. Dia diusir dari rumah sewanya dan merempat di kaki lima. Di situlah detik pertemuan Ania dengannya. Sungguh mulia hati Ania sanggup membimbingnya dan beri kelengkapan hidup buat dia. Segala jenis dipersediakan termasuklah rumah yg didudukinya kini.

Pada mulanya dia berkeras ingin membayar semua itu tapi mentah mentah dibantah Ania tetapi dengan syarat dia belajar bekerja di syarikat gadis itu demi masa depan yg masih jauh. Dek kerana itu Ania dianggap ibu bapa dan kakak baginya. Hanya gadis itu yg dia ada. Tak sanggup dia ingin kehilangan gadis itu.

BERSAMBUNG...

alhamdulillah author dah kembali.. dah okey elok dah. lol... so happy reading buat para readers... muah banyak². maaf kalau ada typo. busy tak sempat nk betulkan. kalau ada masa author betulkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience