"So Lola tell me apa tugas u dalam pejabat ni?"
Terketap bibir Lola menahan gentar. 'Mati mati mati mati! Oh ayah ibu di kampung sana, nantikanlah jenazah anakmu ini'
"Lola! I bercakap dengan u right now! Look at me bukan lantai. Apa lantai tu lagi handsome dari i ke?"
Wajah Lola mula membahang. Wajah kacak Aizzat ditatap polos.
Hampir sahaja Aizzat ketawa terbahak bahak. Asal cute sangat minah ni? Tadi kemain pot pet pot pet pasal Harraz sekarang dah takde mulut pulak.
"U hilang mulut ke? Berat nk bercakap. Ke ada emas?"
"Hah? I'm sorry Tuan Aizzat. Boleh Tuan ulang semula soalan?"
"I tanya apa tugas u dalam pejabat ni?"
Serba salah Lola. 'Nk jawab ke tak? Jawab sah sah nanti dia perli aku'
Aizzat kerling Lola atas bawah. 'Hidup lagi ke ni?'
"U memang bisu ke? I tanya taknak jawab. Membisu je"
"Saya mintak maaf Tuan. Bukan niat saya nk membawang tapi saya memang betul betul tak puas hati dengan Boss" luahnya akhir sekali.
Aizzat senyap tak terkata. "Maksud u? U benci Harraz? For what?" soal Aizzat.
"Nope. Bukan macam tu Tuan. Tapi saya tak suka cara Boss layan wife dia dan Puan Sri. Terlampau sangat. Dia tak fikir ke dosa pahala? Ibu tu syurga tau bukan main main. Wife dia pulak baik je. Tapi dia layan macam tu. Sanggup duakan wife dia dengan kakak tiri wife dia pulak tu. Eh kalau saya jadi wife Boss memang saya tikam dua dua tu! Perangai entah apa! Walau isteri pilihan keluarga sekalipun tak perlu la layan macam tu. Manusia ni ada perasaan bukan tunggul. Sekarang hah tengok apa jadi dengan wife pilihan dia. Suami orang lain balik rumah semua isteri dah sediakan. Boss pulak dia sendiri yg kena buat. Apa yg kita buat berbalik pada diri sendiri. Boss memang patut kena macam tu. Setimpal dengan apa yg dia dah buat"
Sejurus selesai Aizzat ketawa memegang perut. Senak weh!
"Tuan ketawa kenapa? Saya ada buat lawak?"
"Tak.." menggeleng kepalanya dalam sisa tawa. " U don't. But u just make a mistake"
"What? Bila masa?"
"Just now"
"Apa salah saya Tuan?"
"Salah u sebab burukkan Boss u"
"Tapi saya cakap perkara yg betul. Sesiapa sahaja perempuan atas dunia ni akan sakit hati dengan sikap Boss. Kerek semacam. Sekarang kena muka sendiri" cebik Lola. Terjuih juih mulutnya membicarakan sesuatu yg Aizzat tak pasti.
"U mencarut?"
Lola terdiam.
"Tak. Saya nyanyi Tuan"
"Really? Lagu apa? Seems like interesting" Aizzat layankan sahaja walau sudah tahu Lola menipu.
"Alif Ba Ta"
Tercetus senyuman sinis di mulut Aizzat.
"Tua bangka pun masih nyanyi Alif Ba Ta?"
"Practise make perfect. Apa salah kalau kita buat kan. Even basic pun sebab kita semua mula dari bawah. Kalau tak belajar Alif Ba Ta takdenya pandai baca Quran. So there is nothing wrong with singing Alif Ba Ta. Dari kerja melalut nyanyi lagu lagu omputeh tu ada baik nyanyi Alif Ba Ta"
Aizzat tersentak. Uishh agak terasa di lubuk hati. Mana taknya kalau setiap hari dia akan buka speaker dan pasang lagu omputeh.
"Ehh dahlah. Saya tak kira apa awak cakap. Disebabkan awak dah melakukan kesalahan awak didenda"
"Alaa taknak Tuan"
"No no no. U must obey me. So lunch nanti dengan i. Itu dendanya. Now get out. I nk buat kerja" halau Aizzat.
Lola akur tanpa menoleh lagi. Terseksa jiwa dan raga bila terpaksa lunch dengan kawan si Boss Bongok. Huh! Kawan pun sama perangai. Suka mengarah! Sebal betul dapat Boss Boss ceng gini!
-----------------------------------------------
Deringan hp yg bingit menggamit pemiliknya meleret butang hijau malas lalu ditekupkan ketelinga.
"Hello! U, i lapar lah. Balik ni beli kfc okey? And make sure u beli buah buahan banyak and lagi satu. U know my size right? I nk u beli baju for me. Semua yg ada dalam almari semua i dah pakai. Malam nanti i nk jumpa my friends. Takkan lah nk pakai baju sama"
"It just baju... Sama ke tak it doesn't matter"
"Ish u ni.. I ni kan isteri CEO muda yg terkaya di Malaysia. Confirm lah i kena bergaya sentiasa. Dah dah. Balik ni i nk baju i ada. Make sure top meletop and yeah baju baju kotor tu i dah kumpul nanti pepandai lah u bawak pergi dobi. Bye!"
Harraz memerhati skrin hp yg telah diputuskan panggilan. Ahh mindanya kacau.
Semenjak berkahwin sudah tiada lagi panggilan manja buatnya. Malah sikap Qila dari hari ke hari makin buat dia stress. Demand, up to date, bergaya, sampaikan satu benda pun tak dibuat. Kerja rumah semua dia yg buat. Penat lelah di pejabat usah dikata, balik rumah menghadap dinding. Tidur kadang berseorangan.
Qila pulak keluar. Walau perut agak memboyot sedikitpun tidak membataskan pergerakan wanita itu. Malah lebih aktif. Keluar malam malam, pagi tercongok di ruang tamu. Rumah pula seolah kapal pecah. Berbau dan tak teratur. Sejak kepergian Ania tanpa kabar berita,dapur rumahnya tak pernah berasap. Itu kerana Qila tak pandai memasak. Bila suruh belajar, katanya rosak kuku kuku mat lampir dia. Maka dapurnya berakhir usang menjadi tempat labah labah membiak.
Kerja rumah tak payah cakap. Satu pun tak pernah Qila buat. Pegang batang penyapu pun tak. Entah tahu ke tidak apa tu penyapu. Nak diharapkan dia, mampu lakukan sedikit saja kerana lelah di pejabat.
Ketika bersama Ania gadis itulah yg menguruskan segalanya. Makan minum, pakaian, kerja rumah dan lain lain. Senang kata semuanya tip top. Tak perlu dirisaukan. Lain benar dengan sekarang.
Menyesalkah dia bersama Qila?
BERSAMBUNG....
Sorry chap kalini pendek and x show life Harraz as author said before. actually author penat . ni pun gagahkan diri je tulis sampai 8 ratus lebih patah perkataan and tak mampu dah nk sambung. mianhae.... see you next chap. goodnight and happy reading.. love bnyk2♡. stay safe at home...
Share this novel