"Ini semua maklumat yg saya dapat. Mengikut apa yg tertera di situ, Princess Ania berkahwin dengan Harraz Firdaus secara mengejut. Sebelum tempoh itu, mereka bukanlah kenalan rapat mahupun saling mengenali" dia berjeda. Kertas bercetak itu dihulur.
"Princess Ania juga disahkan pernah hamil dan sebelum hampir melahirkan, beliau dilanggar dan direkodkan keguguran. Namun jasad yg dikubur bukanlah bayi Ania. Perkara ini dirahsiakan pihak hospital dan Ania hanya dikhabarkan bayinya telah mati kerana kemalangan yg ditimpa"
"Adakah kamu jumpa siapa pelakunya?"
Lelaki itu angguk.
"Qila. Puteri tunggal keluarga angkat Princess Ania yg kini sah bergelar isteri kedua Harraz"
Elizabeth picit pelipis kepala yg pening. Keluhan terbit. Tak sangka segila ini kisah silam keluarga mereka berlanjutan. Nampaknya dia perlu bertindak segera sebelum ada nyawa tak bersalah diambil.
"Sediakan tiket untuk ke Malaysia. I wanna see this guy" kasar gambar Harraz dihempas ke meja.
Segala maklumat tadi dibaca kembali. Ahh rumit! Kenapa kau perlu sekejam ini Ariey?
"Auntie tak datang ke?" soal Ania. Baru tadi pengumuman kapal terbang bakal berlepas. Sudah tiada masa untuknya berlengah.
Tapi hati ini teramat rindu pada Elizabeth. Ingin sekali dia berjumpa dengan wanita itu. Mengucup dan memeluk erat tubuh tua Elizabeth.
Amzan mengucup syahdu dahi adiknya. Agak sulit untuk melepaskan kepergian buat kali itu. Keadaan yg kucar kacir tak bagus buat Ania apatah lagi gadis itu sedang hamil.
Ania tetap pendiriannya untuk pulang ke Malaysia bagi menyelesaikan apa yg tertangguh di sana. Katanya usai semua selesai, dia akan segera kembali ke pangkuan keluarga tercinta.
Bukan tidak mahu ikut bersama. Tapi dia mempunyai tanggungjawab besar untuk digalas. Grey House kini dibawah tanggungannya setelah ibunya sendiri lepas tangan dan sehingga kini masih belum diketahui dimana keberadaannya. Untung sahaja Alvin semakin membaik.
Jadi tidaklah berat tugas yg digalas.
Sambil membelai kepala Ania, Amzan berkata "Mungkin auntie busy. Sudah. Pergilah. Nanti lambat. Along nk kamu jaga diri di sana. Jaga kesihatan. Dan banyakkan rehat. Kaki kamu masih belum sembuh" pesanan itu menusuk lembut ke hati Ania.
Dibalas pula anggukan.
Seluruh ahli keluarganya yg hadir melambai buat kali terakhir pada Ania yg semakin ditolak menjauh.
Akibat kejadian yg berlaku kakinya masih sukar berfungsi. Untuk berdiri sahaja dia memerlukan tongkat atau kerusi roda. Sukar. Namun semangatnya jugaklah yg buatkan dia masih bertahan walau seringkala ditimpa badai.
Selamat tinggal semua. Nantikan kepulangan diri ini. Getus Ania sendirian.
------------------------------------------------------------
Bunyi bingit irama muzik rancak meniti bagai alunan suci di telinga manusia di seluruh kelab itu. Arak menyelusuri tekak ibarat air biasa. Pakaian yg separuh bogel amat tak dihiraukan. Segala aset atas dan bawah ditonjolkan buat tatapan umum.
Masing masing tenggelam dalam dunia ciptaan mereka. Berpelukan dan saling bercumbu sakan di sana sini tanpa malu.
Jauh dari satu sudut Qila duduk bersendirian. Gelas berisi arak diteguk rakus lalu dihempas gelas itu ke lantai.
Fikirannya serabut. Hanya kerana perutnya yg buncit ini tiada seorang pun lelaki mahu mendekatinya. Pelbagai cara dilakukan, tetap tidak berhasil.Sungguh sadis dan malang sekali.
Disangka lepas keluar dari rumah Harraz dapatlah dia buat sesuka hati tapi lain pulak yg jadi.
Seorang gadis seksi datang menyapanya.
"Hey babe, kenapa u kat sini? Go lah dance ke apa? Tak bosan ke? I yg tengok u pun bosan tau"
Qila menjeling sebal. Ish ni lagi sekor. Menyemak!
"U ni kan..takkan tak faham lagi. Dari tadi tau i goda lelaki dalam klub ni. Tapi seorang pun tak datang, semua sebab budak ni haa!" perut yg buncit ditunjal dengan jari telunjuknya. Geram!
"Alah u ni. Why not u gugurkan je budak tu? Lagipun u dengan Harraz dah takde apa apa right? Buat apa u nk simpan lagi budak ni?"
Qila berfikir. Ada betul jugak apa yg si semak depan dia cakap. Buat apa nk disimpan benda yg membebankan diri sedangkan semuanya dah berakhir.
"Eh u jangan gugur!" canggah gadis itu pula.
Bulat mata Qila terkejut. Cakap elok elok tak boleh ke? Bukan dia nk gugurkan budak ni dekat sini pun
"Kenapa? I nk jugak gugur. Budak ni betul betul menyusahkan i tau tak. Semua benda yg i suka buat terhalang dengan kehadiran dia! U tahu, hidup dengan Harraz dah cukup terseksa ditambah pulak dengan budak ni lagilah bertambah keseksaan i tu" rungut Qila panjang lebar.
"Yes i know. Tapi cuba u fikir balik. Kalau u gugurkan budak ni and contohnya Harraz ceraikan u, u got nothing babe. But kalau budak ni lahir and u dah cerai dengan Harraz, he still perlu bagi nafkah pada anak u"
Qila yg lesu berubah teruja.
"Betul jugak apa u cakap tu kan...Baiklah i takkan gugurkan kandungan ni. By the way u enjoy lah ehh, i nk balik. Tidur. Penat sangat. Kesian anak i" laju dia berjalan keluar.
Perasaan jengkel timbul di hati gadis seksi itu. Apo punyo perangai lah si Qila ni? Gila punya hipokrit!
---------------------------------------------------------
Ania tiba di lapangan terbang Kuala Lumpur tepat jam 10 malam.
Ketika menunggu ketibaan Nana, tekaknya terasa haus. Tongkat di sisi dicapai namun ada pula tangan lain menahan.
Berdecit sebal Ania di kerusi. Aihh bala bala. Inilah dia bala yg sebenar benarnya dibawa pulang ke Malaysia.
Menyesalnya tak ambil kerusi roda. Kalau tak dah lama dia race tengah tengah lapangan terbang ni!
"Tuanku nk kemana? Bukanke pembantu Tuanku belum sampai?"
Mencerlung mata Ania pada lelaki sasa disampingnya kala itu.
"Slow sikit suara tu boleh tak? And jangan panggil saya Tuanku! Takkan tak ingat syarat yg saya bagi? Awak jangan main main dengan saya. Kang saya tinggal awak sorang diri kat sini nak?" ugutan itu bagai usikan kanak kanak di telinga Fizz. Tak goyah langsung.
Nak taknak dia terpaksa ikuti jua.
"Baiklah Puan. Maafkan saya"
"Dah sedar kesilapan ke belum?"
Fizz angguk. Dalam hati tak! Haha! Memang taklah!
"Mulai sekarang panggil aku Nia. And nama kau apa? Aku tak ingat"
"Fizz" balasnya sepatah.
Ania mencebik. Ceh pendeknya nama. Letak lah panjang panjang baru menarik. Ni tak. Nama boring tuan punya badan pun boring. Dua dua sama naik.
Sempat lagi Ania mengutuk dalam hati.
"Kau pergi belikan aku air sana. Dahaga ni!" gesa Ania. Dah tadi tak bagi dia pergi sendiri kan?
"Air apa?"
Mengeluh Ania. Kenapalah payah sangat kau nk bercakap haa!? Dalam mulut tu ada emas ke?
"Takde" ucapa Fizz tiba tiba hingga berkerut kening Ania.
"Apa yg takde?" soal Ania kembali.
"Aku beli je air apa apa. Kau jangan banyak songeh. Oh ye, dalam mulut aku takde emas. Ada berlian" ujar Fizz tenang sambil berjalan. Nada lawak pun tak. Hapak gila dingin mamat ni!
Entah jatuh dari planet mana la? Nasib baik handsome. Dapat juga dia cuci mata walau perangai tu seringkali menyebalkan dia.
Berbakul bakuk sindiran dia hadiahkan buat Fizz dalam tak sedar dirinya sedang diperhatikan.
Bibir manis itu tersenyum lembut ke arah Ania yg masih membebel tanpa bunyi.
"Saya harap masih ada peluang untuk saya betulkan segala yg terjadi Nia. Bertahan..." ujar suara itu sendiri.
Seorang wanita berniqab menyentuh lembut bahunya.
"Jom. Semua dah tunggu"
Agak berat melepaskan pandangan dari Ania namun dia pergi.
"Tetaplah bertahan Nia. Saya akan pastikan semuanya balik ke asal. Saya akan tebus segala kesilapan di masa silam!"
BERSAMBUNG...
Done 57. ok hero baru dah muncul. Fizz namanya. haha! Agak agak siapalah si dia yg nk perhatikan Nia tu? Stay tuned kalau nk tahu siapa itu. love u guys❤
Share this novel