RDD 45

Romance Completed 54733

Malam yg sunyi menandakan semua penghuni telah lena dibuai mimpi kecuali pasangan suami isteri yg saling tengking menengking antara satu sama lain. Kaca bertaburan di mana mana.

"Aku dah cakapkan jangan sentuh barang aku. Kau ni bodoh ke hah?! Tak faham bahasa Melayu?" si suami dengan berang membaling jam tangan kesayangan isterinya ke lantai hingga hancur berkecai.

Terkedu si isteri. "Awak dah gila ke? Itu jam saya lah!"

"Oh, jam kau... Yang elok hancur atas lantai tu hp siapa? Aku atau kau?! Sewenangnya sentuh malah kau hancurkan pulak tu!" tajam matanya mencerlung.

Arluna membalas pandangan Harraz.

"Kalau awak tak curang dengan saya, hp awak tu elok elok je. Patut lah selama ni awak cipta syarat syarat yg tak masuk akal . Sebab nk sorok perbuatan terkutuk awak ni kan?!" patut beria letak syarat itu, ini rupanya ada udang di sebalik batu.

"Urusan aku tak perlu kau menyibuk. Apa aku nk buat itu hak aku. Kerja kau duduk rumah ni and berlakon jadi isteri terbahagia atas dunia ni! Faham?! Kalau aku dengar kau merungut, mampus aku kerjakan!" usai amaran diberi, Harraz melangkah pergi tidak lama kemudian enjin kereta mula kedengaran meninggalkan Arluna sendirian yg jatuh terduduk atas lantai. Mutiara jernih membasahi pipinya. Bibir gadis itu seolah berbicara sesuatu namun tidak dapat didengari mahupun dikenal pasti apa yg dituturnya.

"Kau dah kenapa 3 minggu ni aku tengok kusut semacam. Bakal pengantin haruslah happy. Ni tak kau ni macam muka orang yg nk dikafankan.. Hahahah!" gelak Aizzat jahat dengan penuh beradab Aizzat duduk tanpa dipelawa. Tangannya dibawa menongkat dagu.

Harraz menjeling sebal ke arah sahabatnya. "Mulut kau takde insurans ke? Atau kau nk aku sumbat cili kasi pedas lagi?" tempelak Harraz. Sudah lah mengganggu dia yg mengelamun. Sibuk betul!

"Chill la bro... Bakal pengantin baru kena ada seri, tak gitu? Kau ni mendung je... Tak faham betul aku.. Eh ni aku nk tanya isteri kau tu bila kau nk cerai?" soalnya teruja namun sebolehnya disorok dari pengetahuan Harraz.

"Amboi siap mengeluh lagi. Kenapa? Bonda tak kasi korang cerai ke?" sambung Aizzat lagi.

"Bukan macam tu lah!" nafi Harraz

"Then...?"

"Nia yg taknak bercerai" ujar Harraz menala pandangan pada cermin kaca yg memaparkan kesibukkan ibu kota. Entah kenapa fikiran bercelaru memikirkan Ania. Satu rasa halus menyelinap ke hatinya tatkala bayangan wanita itu muncul. Adakah ianya rindu? Buntu memikirkan dia sering sibukkan diri namun sangkaan meleset kerana walau sesaat wanita itu sentiasa berlegar di mindanya.

Diam diam Aizzat mengepal penumbuk. Mengapa sukar untuk dia peroleh si pujaan hati? Ada saja rintangan . Ni semua disebabkan Harraz. Kalau saja Harraz tidak muncul antara dia dan Ania sudah pasti sekarang mereka berdua tengah berbahagia.

"Dahla cakap pasal ni. Jom lunch, aku lapar dah ni. Rasa macam tak makan setahun" pelawa Harraz sedia bangun dari duduk.

Aizzat yg tersentak senyum yg tak seberapa nk senyum(senyum tk ikhlas). "Kau belanja aku on sentiasa" balasnya membuntuti langkah Harraz yg sudah jauh ke depan.

Azamnya kini berkobar kobar ingin melihat kejatuhan sahabatnya itu dan dia akan pastikan waktu itu tiba kerana dendam atas perbuatan Harraz merampas apa yg hampir menjadi miliknya. Pasti!

"Puan, apa pendapat puan berkenaan projek di Dubai itu?"

Nana yg sedari tadi gelisah ingin membuka mulut namun saat tangan Ania berada di awangan menghalangnya dari meneruskan niatnya itu.

Ania memandang ke arah klien lelaki yg agak berusia didepannya. "Seratus peratus gagal" perkataan itu meluncur keluar tanpa sebarang riak darinya.

Encik Abu gelak sakan tapi lebih kepada gelak tercekik tulang ikan! Haha!

Berkerut Nana terpinga pinga akan situasi tersebut.

"Benarlah khabar angin yg berlegar legar antara syarikat syarikat gergasi tentang CEO A&A Holding seorang yg bijaksana. Saya tak perlu nk terangkan lebih terperinci Puan dah faham apa jawapan yg saya nak. Saya akui Puan layak memimpin syarikat syarikat gergasi yg lain" beritahu Encik Abu sambil menilik wanita di depannya.

"Oh really?" mata yg tadi kosong bertukar tajam memanah mangsanya. Menunggu masa untuk menerkam! "Terus terang saya katakan..." Ania membawa kedua tangan lalu disilang bersama..."Projek di Dubai itu seratus peratus gagal....kalau anda yg mengetuainya dan bukan kerana kos peruntukkan yg terlampau tinggi tapi sebab ia jatuh ketangan Encik."

Kelu lidah Encik Abu. Hatinya bagai dipanah petir.

"Malah bukan projek ini sahaja.. Tetapi kesemua projek yg Encik handle 100 peratus GAGAL!" sinisnya lagi membuatkan Encik Abu kian bungkam ditempatnya.

"K..kau!..."

"Apa? Encik jangan ingat saya tak tahu kegiatan haram Encik selama ni? Apa yg Encik jangka sebenarnya? Saya bodoh?"

Mendadak lelaki itu bangun lalu kolar kemeja Ania dicekak kasar. Geram dengan apa yg keluar dari mulut gadis itu. Seakan tak percaya gadis senaif Ania mampu mengetahui tembelang yg selama ini dia sorok.

Melihat Boss nya yg kini dikasari buatkan Nana bertindak merentap tangan itu jauh dari Ania. Namun malang tidak berbau bila dia pula yg menjadi mangsa setelah ditolak sehingga terhantuk pada bucu meja yg agak tajam. Dia mengaduh kesakitan sebelum melihat cecair merah membasahi pipi dan kemeja putih miliknya.

Ania naik hantu tatkala pekerjanya diserang melayangkan tamparan padu pada lelaki tak guna depannya. Melekat elok tapak tangan 5 jari pada pipi lelaki itu buatkan Ania rasa puas.

Namun secara tiba tiba Encik Abu menyimbah mukanya dengan air manis. Nana cuba bangun untuk menolong namun kudratnya tak termampu dek pergelangan kakinya yg terkehel serta kepala yg berdenyut kesakitan. Dia hanya mampu melihat apa yg bakal terjadi pada Bossnya.

Dengan bersahaja Ania mengelap sisa air dimukanya. Jika diikutkan hati mati dia kerjakan orang tua ni namun dibatalkan niat yg satu itu kerana mereka kini menjadi tumpuan publik.

"Macam perempuan main simbah simbah air... Encik ingat ini drama tv 3 ke? Saya pun taknak perbesar masalah ni, so tunggu surat dari mahkamah" cebik Ania.

Briefcase dicapai lalu disangkut pada bahu. Huh! Buang masa dia kalau bercakap dengan tua bangka tak sedar diri ni. Dari dia membazir masa yg ibarat emas tu ada baik dia blah dan biarkan peguam dan mahkamah uruskan hal selebihnya. Bukan nk mengalah ehh..tapi sebolehnya dia taknak naik hantu. Tak pasal pasal mati datuk orang dia kerjakan. Bukan baik sangat dia nih! Boleh dikategorikan iblis jugak!

Encik Abu menggeleng tak percaya. "T..tak. Kau..t..tak boleh saman aku!"

Apa lagi la masalah kau ni si tua bahenol oii!

Jarak antara mereka dihapuskan. Rapat dia meletakkan bibir pada telinga Encik Abu..."Aku berhak sebab kau gelapkan wang syarikat aku sebanyak 10 juta. See? I can! Oh ya! Kau patut bersyukur sebab aku gunakan undang undang sebab budak budak yg kau rasuah tu semua aku dah tamatkan riawat dia orang. One more thing, takyah lah main simbah simbah air ni tau. Aku tak jamin yg aku boleh tahan diri aku dari simbah asid pada kau... Selamat untuk pindah rumah baru.. Anggap saja tu hadiah paling berharga yg aku bgi pada kau okey... Jaga diri" bahu berkot coklat itu dia tepuk perlahan.

Nana yg terkebil kebil sambil menahan sakit dipapah keluar meninggalkan Encik Abu yg meraung raung bagai orang gila.

BERSAMBUNG...

Done chap 45.. 46 in progress.. sy nk panjangkan chap 46 bnyk lagi. maaf lama menunggu, sy busy dengan homework yg bertimbun banyak. haha...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience