Chapter 54

Romance Completed 46068

Bab 54

Semenjak diberikan tugas penting itu, Nukman Faris sering keluar pada waktu malam bertemu dengan pelanggan dan kenalan perniagaan papanya. Dia seperti agak jarang duduk di rumah. Ahli keluarganya di rumahnya pun dibiarkannya sahaja. Sebenarnya dia terasa agak rindu juga kepada isterinya namun tugas yang berat menantinya di pejabat papanya. Pekerja-pekerja papanya juga seperti kurang memberikan kerjasama kepadanya. Mustafa, pegawai kewangan pula sering beralasan jika dibawanya berbincang. Jawapannya pun agak kreatif dan sukar dia hendak membuat siasatan.

“Kita harus lantik jawatankuasa penyiasat papa,” katanya kepada papanya pada suatu hari.

“Kita akan bincang kemudian dengan seluruh ahli direktor,” dia angguk. Sebenarnya dia tidak mahu sesiapa tahu. Jawatankuasa yang dilantik mestilah orang luar yang bertauliah. Sekarang jawatankuasa sudah ditubuhkan. Dia hanya mahu jawapan kenapa bahagian kewangan ada masalah.

“Awal balik malam ni Nukman?” suara mamanya memecah kedinginan malam. ‘Pukul 12.45 pagi mama cakap awal?’ Soal Nukman Faris dalam hati.

Ah, dia tahu mamanya hanya memperlinya. Sebenarnya tidak elok dia balik lewat malam ini. Ibu bapa dan mertuanya ada di rumah. Tetapi apa yang dia boleh buat. Dia ada masalah dengan para penyiasat yang sudah dilantik.

“Kenapa marah-marah, ada masalah?” terkejut Nukman Faris. Mamanya memang terlalu prihatin kepadanya. Dia tahu mamanya mahu menutup kekurangannya di depan keluarga mertuanya. Apakah emak mertuanya sudah tidur? Isterinya sudah tidur ke belum?

“Tak de mama! Tak de!” Nukman Faris menafikan hal itu.

“Takkan tak de? Macam masam aje muka Nukman malam ni! Selalunya kacak aje wajah anak mama malam ni!” Nukman Faris ketawa. Mamanya memang pandai menghiburkannya.

“Perempuan tu lagi ya?” Nukman Faris angkat kening.

“Perempuan mana mama?” soal Nukman Faris seperti pura-pura tidak kenal perempuan yang mamanya maksudkan.

“Siapa lagi? Perempuan yan tergila-gilakan anak mama tu lah!” kata Datin Zahara. Nukman Faris menggeleng. Dulu dia memang sukakan Rozaila tetapi sekarang hatinya bagaikan tawar. Bagaikan kopi tidak ada gula.

“Dia minta nikah mama! Mummy nya nak jumpa saya! Sakit hati saya mama! Dulu dibawa kahwin tak nak!” kata Nukman Faris berterus-terang dengan mamanya.

Dia tidak mampu menanggung sendirian.

“Kat mana pula nak simpan isteri awak yang cantik jelita tu? Takkan nak cerai? Mama tak reda hidup awak kalau awak buat macam tu! Anak mama hanya awak sorang, jangan nak buat hal!” Nkman sesak dengan situasinya ini. Dia anak sulung dan anak lelaki tunggal pula. Susahnya dia!

“Tak tahu mama! Tapi saya takkan ceraikan isteri saya. Saya sayangkan dia. Tetapi kepala saya memang celaru sekarang ni!” kata Nukman Faris.

Dia terkenang Rozaila. Rozaila anak seorang ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan dalam bidang pengangkutan dan pelancongan. Selain itu, ayahnya seorang duta di luar negara. Emaknya yang menjalankan perniagaan. Namun ibu bapanya tidak berkenan dengan Rozaila. Pakaian Rozaila menjatuhkan air muka ibu bapanya.

“Takkan nak nikah lagi. Sudah kan nikah! Sudah-sudahlah tu Nukman! Jangan nak buat hal pula. jaga status diri awak. Awak bakal dilantik jadi CEO syarikat sekarang. Papa harap awak akan berterus-terang dengan kekasih awak tu! Jangan nak buat hal!

Mama tak suka!” kata mamanya menasihati.

“Ya mama saya tak mahu! Tapi Rozy ugut saya!” buntang mata Datin Zahara mendengar keberanian cubaan kekasih anaknya itu.

“Jangan sampai Tasya tahu! Kenapa dia sangat berani tu? Kamu sudah terlanjur sebelum ni?” kata mamanya. Dia geleng. Dia hanya terlanjur dengan isterinya bukan dengan kekasihnya. Dia masih ingat dunia walaupun hidup dalam limpahan harta yang melimpah.

“Tak de mama! Mama jangan risau! Dia tu yang perasan! Kepingin sangat nak kahwin dengan saya! Dulu saya nak kahwin dengan dia tapi dia tak mahu! Itu yang saya kesal!” kata Nukman Faris kesal. Wajah Datin Zahara pula yang kelat. Dia memang tidak mahu anaknya memperisterikan Rozaila. Dia kenal benar anak Datuk

Ismail itu.

“Mama percayakan anak mama! Mama harap awak takkan buat sesuatu yang memalukan keluarga dan prestasi syarikat kita! Papa kata syarikat kita dalam keadaan yang agak tidak stabil sekarang. Mama harap Nukman akan stabilkan syarikat kita sekarang! Jangan nak main-main lagi sekarang! Nukman pun dah berkahwin! Jaga status keluarga kita! Bukannya asyik nak keluar dengan buah hati! Padahal buah hati ada di rumah sendiri!”kata mama.

Dia angguk. Dia terbayang wajah kelat isterinya. Apakah isterinya bakal menerimanya dengan segala perbuatan yang pernah dia lakukan sekarang? Mahukah isterinya memaafkan dirinya?

“Terima kasih mama, kerana percayakan Nukman! Nukman akan cuba buat yang terbaik!” kata Nukman Faris kepada mamanya.

“Mama tak ramai anak sayang! Mama hanya ada Nukman! Nuraina anak perempuan. Mama harap Nukman takkan mengecewakan mama dan papa!” kata mama dalam keheningan malam ini.

“Nukman tak janji, tapi Nukman akan selalu berusaha mama!” kata Nukman Faris. Wajah isterinya tidak kelihatan malam ini. mungkin dia sudah tidur. Tetapi benarkah isterinya sudah tidur? Dia terasa rindu pula menatap wajah bujur sirih yang agak comel dan agak berisi itu. Putih mulus pula kulitnya. Siapa yang tak sayang?

Ketika itu Nukman Faris terlihat Natasya Umaira berdiri di balkoni biliknya dengan air mata bergenang. Kenapa dia menangis? Bukankah dia minta cerai? Ah, kalau diikut, isteri mana yang mahu suaminya memikirkan hendak nikah lain? Dia mahu pergi mendekati isterinya itu dengan sesegeranya. Namun hatinya menahannya. Mungkinkah angkara telefon atau perbualan dengan mamanya tadi?

“Sayang,” panggilnya perlahan. Isterinya terus masuk ke dalam bilik air. Apakah yang terjadi kepada isterinya itu? Takkan merajuk pula! Ah, dia kena pujuklah! Aduh, banyak sangat silapnya dengan isterinya itu!

Aduhai, bagaimana masalahnya ini diselesaikan? Semakin menggebu masalahnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience