Chapter 28

Romance Completed 46068

Bab 28

Kenapa perasaannya bagaikan dihiris-hiris saat ini? Berpelukan dengannya tetapi perasaan amarahnya memuncak? Apakah makna perasaan ini? Apakah dia cemburu jika dia menyebut nama lelaki lain yang pernah menjadi seorang yang sangat penting dalam hidupnya di depanku? Kenapa dia harus cemburu? Adakah dia sudah mula sayangkan isterinya itu? Apatah lagi apabila membayangkan cara pandangan bekas tunangnya Amri kepadanya tadi. Ah, berbolak-balik lagi perasaan lelakinya ini pada saat tengah malam ini.

Padahal sebelum ini, benar dia tidak berbohong, sebelum ini dia tidak ada perasaan kepada gadis kecil di dalam pelukannya ini. Tetapi kenapa saat hadirnya sayangnya kepada gadis ini, dia menyebut nama lelaki lain pula? Kenapa dia benarbenar rimas apabila gadis ini menyebut nama lain di depannya?

Bagaimana pula perasaan seorang isterinya ini apabila dia terang-terangan memberitahu dia ada kekasih dan mahu menikahinya? Terang-terang hati isterinya ini hancur berkecai. Kalau kaca sudah hancur terhempas ke lantai simen. Tetapi kenapa isterinya ini masih begitu tenang meminta dia diceraikan dan menyuruh dia menikah dengan kekasihnya?

Tidak ada perasaankah isterinya ini? Atau, dia sedar akan dirinya? Atau, dia menahan perasaannya dan bersabar dengan sikapnya? Aduh betapa ketenangan dan keluhuran sikap isterinya membuatkan dia terasa amat bersalah dan mahu memohon ampun kepada gadis yang selama ini disakitinya!

Masih adakah perasaannya untuk Amri? Kenapa lelaki itu yang disebut-sebutnya walaupun di depan dirinya selaku suaminya? Kenapa dia asyik menyebut nama bekas tunangnya itu? Apakah benar selama ini mereka terlalu akrab dengan diri lelaki itu?

Apakah pula perasaannya kepada dirinya ini sebagai suaminya? Ah, mungkin silapnya selama ini.

Dia sudah berjanji selepas nikah hari itu, mereka sudah berjanji akan membawa haluan masing-masing dan hidup sebagai manusia yang bebas dan bukannya kembali sebagai suami isteri walaupun hubungan mereka masih sah?

Mungkin selama ini dia tidak ada perasaan kepada sepupunya sendiri. Tetapi kenapa selepas tiga bulan tidak bertemu, tiba-tiba secara tidak sengaja ketika menatap keriangan burung-burung merpati di luar negara dengan keindahan dan ketenangan daun-daun berguguran, perasaannya berubah. Mula tersisip rindu, ingat-ingatan dan perasaan hendak menatap seraut wajah ayu, comel dan cantik milik isterinya ini menggebu-gebu? Walaupun di hatinya mengata benci dan tidak mahu tetapi kenapa di hati paling tulus dan halus, dia begitu rindukan dan berasa sangat sayang kepada sepupunya yag juga isterinya itu?

Apakah isterinya ini begitu juga? Apakah isterinya ini mempunyai perasaan sepertinya juga? Apakah isterinya juga terkenang-kenangkannya? Atau, isterinya ini hanya mengenang kemarahannya dan kata-kata kasarnya selepas nikah hari itu?

Pasangan lain yang menikah, bergembira di malam pertama tetapi mereka tidur dengan penuh rasa tertekan dan penuh perjanjian yang menyesakkan hanya satu pihak. Selepas menikah tiga hari membawa haluan masing-masing sehingga bertemu kembali selepas tiga bulan pernikahan.

Ah, betapa tertekannya isterinya ini. Apakah di dalam pelukannya malam ini gadis ini masih terus tertekan dengan sikapnya yang acuh tak acuh itu? Mungkin dia mengigau ada kaitan dengan sikapnya sendiri juga.

Apatah lagi apabila gadis itu menyebut nama bekas tunangnya Amri, kenapa hatinya sakit bagaikan isi tubuhnya disiat-siat dari kulitnya? Kenapa dia terasa begitu kecewa dan tidak terbendung rasa sakit hatinya? Inikah perasaan sebenar seorang suami yang benar-benar tulus mencintai seorang wanita bernama isteri?

Kenapa selama tiga bulan ini tega dia membiarkan isterinya terkontang-kanting seorang diri di tempat asing baginya? Kenapa dia tidak sudi menjenguk isterinya, padahal isterinya tidak jauh daripadanya selama ini? Kenapa dia tidak mahu mendekati isterinya walaupun nalurinya sendiri ingin sangat bertemu isterinya itu? Kenapa dia begitu sanggup mengabaikan tanggungjawabnya walhal dia sudah berjanji di depan ayah mertuanya yang dia akan menjaga isterinya seperti mana dia menjaga nyawanya? Kenapa dan kenapa terus bermain d jiwanya.

Dan, apa yang penting dia telah mengabaikan amanah yang Allah berikan kepadanya. Ketika menyedari hal ini baru dia sedar yang dia seperti orang terhantuk yang baru sedarkan diri. Kasihannya dia! Kasihan bukan apa, dia baru terasa betapa berdosanya dia kepada Allah, diri, isteri dan keluarganya.

Betapa kejamnya dia sebenarnya? Berjanji hendak menjaga anak orang yang sudah menjadi tanggungjawabnya tetapi dia dengan sengaja sudah mengabaikannya hanya kerana sebuah perjanjian mereka itu. Bagaimana kalau selama tiga bulan ini ibu bapa mertuanya membuat pemeriksaan kepada Natasya Umaira mengenai kehadirannya di sisi isterinya itu? Apakah yang akan isterinya jawab? Takkan dia hendak berbohong menyatakan dia datang melawat isterinya setiap dua minggu jika tidak ada kerja?

Kasihan pula isterinya. Bagaimana dia hendak menutup kesilapan mereka berdua selama tiga bulan ini? Takkan selama-lamanya isterinya hendak berbohong? Takkan isterinya tidak tahu hukum-hukum berbohong dan membelakangi ahli keluarganya sendiri? Dia sedar isterinya gadis yang baik-baik. Ah, sungguh dia resah pada waktu tengah malam ini.

Sekarang, bagaimana? Isterinya itu seperti memandang dia aneh dan kehairanan sekiranya dia bercakap-cakap yang baik-baik. Mungkinkah isterinya menuduh dia sasau atau terlupa perjanjian mereka yang mahukan dia menikahi isterinya tiga hari sahaja?

Wajah ayu isterinya ditatap lama. Bibir yang agak cantik dan merangsang mindanya mengingati bibir itu. Matanya yang bagaikan ekor sirih itu memang sudah mampu menawan sekeping hati lelakinya. Apatah lagi hidung sederhana mancung itu memang menambahkan lagi keayuan gadis kampung ini.

Wajah agak bujur tetapi agak montel ini memang sangat sesuai dengan mata yang bagai ekor sirih, alis yang agak panjang dan hitam, dahi yang sederhana luas, hidung dan mulut yang agak mungil. Ah, berada di dalam pelukannya pada tengah malam ini naluri kelakiannya terangsang seketika namun ah, tidak mungkin dia akan mengganggu isterinya yang sedang tidur nyenyak ini. Rasa kasihan timbul dengan menebal di hatinya saat ini.

Kenapa selama bertahun-tahun dia hidup dia tidak menyedari akan kecantikan isterinya ini. Kenapa selama berpuluh tahun hidupnya dia tidak pernah memikirkan isterinya ini? Sering-sering sekali mamanya menceritakan mengenai sepupunya ini namun dia tidak pernah peduli dengan kata-kata mamanya. Mak ngah dan pak ngahnya pun sering datang ke rumah mereka tetapi dia hanya melayan mak ngahnya kerana hormatkan wanita itu sebagai mak ciknya, adik kepada mamanya. Tidak lebih dari itu.

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini perasaan itu berubah.

“Lihat gambar ni Nukman!” dia pernah resah apabila mamanya meletakkan gambar sepupunya aka isterinya ini di depannya suatu hari yang tidak pernah dijangkanya. Malah, dengan sebelah matapun dia tidak mahu memandangnya.

Sakit benar hatinya mendengar mamanya hendak menjodohkan dia dengan sepupunya sendiri. Sepupu sekali tahu tak? Berbulu benar matanya hendak memandang gambar berukuran pasport itu. Kalau boleh dia memang tidak mahu pandang pun! Erk!

“Mama, apa ni mama? Kita ni orang moden dan berkedudukan tinggi pula mama tapi kenapa mama nak jodoh-menjodohkan saya dengan gadis kampung tu mama! Dengan sepupu sekali pula. Tak de orang lain yang lebih baik ke mama nak jodohkan dengan saya? Agak-agaklah mama,” jawabnya seperti memperlekehkan orang kampung.

Mamanya menjeling dia. Mungkin mamanya terasa dengan kata-katanya. Dia pun masih gagahkan diri tidak mahu pandang gambar pasport itu. Dia tidak mahu memandang gadis yang tembam yang kelak memalukan dirinya! Si gemuk!

“Ya Allah Nukman, mama dan papa ni pun orang kampung juga. Kalau tak de orang kampung macam kami ni tak delah orang bandar macam awak ni! Awak ni tak sedar diri langsung! Dan, untuk pengetahuan awak sayang anak mama Nukman, Natasya Umaira yang berkelakuan sopan itu lah jodoh awak yang paling baik! Mama tak mau dah gadis lain!” kata mama dengan penuh perasaan. Terkejut dia. Betapa bersungguhnya mamanya.

“Mama, agak-agaklah kalau nak jodohkan anak! Dan, apahal pula mama tiba-tiba nak kahwinkan kami, apa yang berlaku kepada dia mama? Dulukan dia dah nak kahwin, kenapa saya pula tiba-tiba ni mama?” soalnya kesal.

Kesal dengan takdir yang datang kepadanya. Kalau kawan-kawannya tahu, apakah yang dia hendak jawab? Kalau kekasihnya tahu dia akan menikah dengan sepupunya sendiri bagaimana dia hendak menghadapi hari mendatang? Eh, betul-betul dia sakit hati dengan kerenah mamanya ini.

“Memang ada hal di kampung tapi tolonglah awak nikah dengan dia Nukman!

Awak dah mengaku awak nak nikah dengan dia semalam. Jangan nak menolak pula.

Awak nak tengok mama pengsan pada hari nikah nanti?” soal mama menakutkannya. Dia tahu mamanya ada penyakit tekanan darah tinggi. Dia mengeluh perlahan.

Dia benar-benar tidak menyangka kepulangannya ke rumah mamanya pada kali ini bagaikan menempa bala pulal. Adakah patut dia diminta nikah dengan sepupunya sebagaikan menggantikan tempat bekas tunangnya yang sudah menghilang entah ke mana? Patutkah?

“Hairan betul mama ni. Selalu betul mengugut anak mama! Mama tak sayang ke nak kahwinkan saya dengan anak saudara mama tu! Banyak lagi gadis baik-baik di luar sana mama!” kata Nukman Faris cuba memujuk mamanya lagi. Mama menggeleng. Apakah dalam perancangan mama dengan emak saudaranya itu? Dua minggu lalu mereka dua beradik itu bertemu. Rupa-rupanya membincangkan hal sepenting mengenai dirinya pula. Aduhai mama, kenapa nak korbankan dirinya pula!

“Mama bukan mengugut. Sebab mama sayangkan anak mamalah yang menyebabkan mama mahu anak mak nikah dengan gadis sepupu kamu sendiri tu. Kalau tak, mama takkan buat macam ni! Sepupu awak tu akan jadi isteri yang baik dan insya Allah akan jadi ibu yang baik dan menantu yang terbaik buat mama. Mama tahu mama takkan menyesal dan awak akan berterima kasih kepada mama suatu hari nanti!” kata mama mempertahankan hujahnya kenapa dia hendak menikahkan dirinya dengan Natasya Umaira itu.

Mahu menangis dia mendengar kata-kata mamanya itu. Boleh-boleh dia hendak berterima kasih kepada mamanya kerana menjodohkan dia dengan gadis kampungan itu? Adakah patut?

“Saya takkan buat macam tu mama! Entah-entah mak ngah tu sengaja nak kahwinkan dengan saya sebab status kita!” kata Nukman Faris agak melampau. Satu tamparan hinggap di pipinya. Melekat tangan mamanya di pipinya. Aduh, sakitnya!

“Jangan nak cakap yang bukan-bukan kepada adik mama sendiri! Siapapun dia, dia tetap hamba Allah macam kita! Siapapun kita, kita tetap manusia biasa macam mereka Nukman! Jangan cepat jadi sombong dan lupa diri dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita!” kata mama yang kesal dengan kata-katanya. Dia memegang pipinya. Dia terus mengambil gambar di atas meja itu dan menatapnya seketika.

Terbuntang matanya. Seingatnya dia akan bernikah dengan gadis montel yang agak gemuk! Rupanya raut wajah gadis itu secantik Emma Maembong. Senyumnya mengalahkan senyuman Jandi dalam rancangan Korea bertajuk Boys Over Flower. Ya Allah, cantiknya gadis itu! Bisiknya tidak percaya.

Dia letakkan semula gambar itu di atas meja. Sakit hatinya masih belum habis dan kini rasa terkejut bercampur kagum pula menikam-nikam sukmanya! Rasa macam gementar pula tiba-tiba apabila menyebut perkataan nikah! Mama tolonglah Nukman!

“Awak jangan nak pandai-pandai nak hilangkan diri! Hujung minggu ni awak dah nikah tu! Putuskan hubungan dengan mana-mana gadis lain! Mama tak mahu awak akan buat hal selepas menikah nanti! Kalau awak buat juga, awas ya!” kata mamanya. Buntang matanya. Dia tidak tahu apakah yang sebenarnya mamanya mahukan daripada perkahwinan ini? Dia kecewa dan sakit hati.

“Kenapa pula tak boleh mama? Bukankah mama hanya nak minta tolong?” soal Nukman Faris kesal dengan permintaan mamanya ini.

“Jangan nak berniat mainkan anak orang Nukman, awak mahu kalau orang lain mainkan adik awak, macam awak buat ni?” soal mamanya. Dia kaku. Terbayang Nuraina adiknya yang masih belajar di pusat pengajian tinggi dalam negara ini. Dia menggeleng. Susah sungguh hidupnya sejak akhir-akhir ini. Mamanya terlalu mengongkongnya. Itu tidak boleh, ini tidak boleh. Jadi apa yang boleh? Soalnya dalam hati.

“Nukman, papa yakin awak akan bahagia dengan Tasya nanti! Dia dah jadi gadis yang sangat comel, bukan gemuk macam dulu dah!” ayah sudah menepuk bahunya sambil menatap sekeping gambar Natasya Umaira. Dia kerut dahi. Takkan dia hendak terima bulat-bulat kenyataan mama dan papanya?

“Tengoklah dulu papa!” katanya ringkas. Seketika dia terpandangkan senyuman manis seorang lelaki dipanggilnya papa itu. mamanya pula masih memandangnya dengan penuh harapan. Antara cinta dan harapan ibu bapanya mana yang patut dia utamakan? Soalnya dalam hati.

“Jangan nak tengok-tengok lagi! Ini memang dah confirm ni!” kata papa. Dia terdiam. Benarkah kenyataan ibu bapanya ini? Bukankah gadis itu sudah menikah dengan tunangnya, kenapa dia pula jadi mangsanya? Soalnya dalam hati?

Ya, setahunya isterinya ini hampir sahaja menikah dengan pemuda lain. Jika bukan kerana isterinya ditinggalkan oleh bekas tunangnya, mungkin tidak adalah peluangnya menikahi isterinya yang juga sepupunya ini. Mungkin memang telah ditakdirkan mereka memang berjodoh. Tetapi mampukah dia mengekalkan hubungan suami isteri mereka yang sedia tidak baik ini?

Isterinya di dalam pelukannya mengetatkan pelukannya. Baru dia tersedar yang dia belum tidur sejak isterinya menangis tadi. Dia membalas pelukannya. Ah, benarkah dia sudah jatuh sayang kepada sepupu aka isterinya ini?

Seketika dia mengucup dahi isterinya bertalu-talu. Entah kenapa dia terlalu sayangkan isterinya itu kini walaupun isterinya menyebut nama lelaki lain di depannya. Kemudian, dia bangkit dari tidurnya dan mahu mengerjakan solat hajat untuk kebahagiaannya suami isteri. Sudah agak lama dia tidak meminta.

Masihkah ada sinar buat cintanya? Benarkah cinta?

Rozaila bagaimana? Ah, sesak jiwanya. Gadis itu juga menagih sesuatu yang tidak kurang hebatnya. Gadis itu tiba-tiba merancang untuk menikah dengannya dalam tempoh terdekat ini!

Dia pula mati-mati menolak permintaannya itu. walaupun kawan-kawannya tidak tahu dia sudah menikah tetapi ramai saudara maranya yang tahu. Lagipun, bagai ada sesuatu yang merantai hatinyay daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hasrat hatinya. Benar dia tidak mahu menipu hatinya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience