Chapter 26

Romance Completed 46068

Bab 26

Dalam rasa agak lapar dia masuk ke restoran itu. Dia menempah makanan laut dan segelah jus oren. Dia terkenang bekas tunangnya, suka sangat minum jus oren jika mereka minum bertiga dengan adiknya atau dengan kawan serumahnya, Shamira. Dia agak pening malam ini. Tetapi dia agak lapar. Jadi dia turun ke restoran ini untuk menempah makanan. Dia sudah tidak tahan.

Dalam samar-samar cahaya dia ternampak sepasang kekasih bersuap-suapan makanan. Dia mengintai-intai dari jarak yang agak jauh. Betapa gembiranya mereka. Ah, kalau dia tidak buat hal dia sudah menikah saat ini. kalau dia tidak memutuskan pertunangan, dia sudah berdua-duaan dengan Natasya Umaira saat ini. kalau dia tidak menurut nafsunya dia sudah berbahagia dengan gadis yang dicintainya sejak di bangku sekolah menengah itu. kalau lah dia tidak mengikut kemahuannya, dia pasti akan duduk berdua-duaan dengan gadis dan pemuda yang sedang memadu asmara di depannya itu. ah, dia yang sudah buat hal. Kalau tidak, dia sudah menayangkan senyuman ke mana-mana sahaja dia pergi. Ah, semuanya kalau tidak!

Tetapi, ah, dia mahu melihat siapakah pasangan yang sedang berbahagia dan bersuap-suapan ketika makan itu? dia tidak sabar mahu mengintip pasangan yang sedang berbahagia itu. kalaulah itu dia dan Natasya Umaira, alangkah baiknya!

Hidupnya tidak terurus sejak dia memutuskan pertunangannya dengan Natasya Umaira. Hidupnya tidak tenang. Jiwanya muram. Keadaannya tidak terurus. Ah, kalau boleh dia mahu rujuk semula dengan bekas tunangnya yang telah disakitinya. Kasihan sungguh dia. tetapi kenapa rasa kasihan itu timbul setelah dia menghuru-harakan kehidupan gadis itu?

“Amri, yang kau termenung sana termenung sini tu kenapa? Apa yang kau fikirkan? Tunang kau?” sapa ibu Amri kedengaran dalam ingatan kekalnya. Dia tersengih. Kehidupannya bukan ceria macam dulu. Dia sering sahaja gelisah tidak tentu arah.

“Dia dah kahwinlah Am! Ibu pun malas nak pergi masa dia kahwin!” kata ibu Amri. Dia serba salah membuat fitnah kepada tunangnya sendiri. Puncanya kecil. Dia ternampak bekas tunangnya itu bercerita dengan guru lain di kantin sekolahnya. Itulah yang mendidihkan kemarahannya. Ah, dia tahu dia telah buat silap. Inilah kesilapan yang paling besar yang pernah dia lakukan dalam hidupnya. Inilah kesilapannya!

“Tahu lah ibu. Mana ada saya ingat dia! Dia dah jadi sejarah lah!” kata Amri menutup kekhilafannya sendiri. Dia tidak mahu ibunya tahu mengenai dirinya. Mungkin sahaja ibunya tahu apa yang bermain di dalam akal fikirannya. Ibunya senyum sinis memandangnya.

“Ibu risau aje anak ibu ni. Macam tak nak makan dan tak terurus. Dulu bukan macam ni!” kata ibunya lagi. Mungkin ibunya susah hati melihat dirinya yang asyik termenung. Entahlah, siapa yang dia kenang, dia pun susah nak cakap!

“Tak adalah ibu. Saya macam biasa aje!” katanya lagi menolak kemungkinan akalnya tidak tenang sejak akhir-akhir ini.

Ah, betapa tergamaknya dia menyakiti hati be kas tunangnya yang dipikatnya sekian lama. Bukan sehari dua dia memikat gadis itu. Tetapi kenapa setelah bertunang setahun lamanya dan akan menikah sebulan lagi, dia sendiri yang buat hal? Ah, memang dia yang telah buat naya!

Perlahan-lahan dia bergerak menuju ke bilik air. Sebenarnya dia bukannya mahu pergi ke bilik air. Kebetulan pasangan itu duduk membelakangkan bilik air. Dia tahu dari kawasan bilik air itu dia dapat mengintip siapakah yang sedang berbahagia itu. ah, alangkah penyibuknya dia!

Kedengaran bunyi gelak ketawa pasangan yang nampaknya sangat bahagia itu. Gelak ketawa halus itu seperti seperti biasa di pendengaran telinganya. Kenapa hatinya sakit tiba-tiba? Benarkah dia?

Dia melihat betul-betul siapakah sebenarnya yang sedang bergelak-ketawa itu. Benarkah Natasya Umaira? Dia tahu gadisi tu agak pemalu. Dia terkenang gadis yang malu-malu ketika mereka sering bertemu suatu hari yang telah lalu.

“Natasya?” soalnya apabila betul-betul berada di belakang lelaki itu. Natasya Umaira sedang duduk berdepan dengan lelaki itu. Berderau darahnya. Kenapa dia dipertemukan dengan gadis yang sering dikenang-kenangnya sejak akhir-akhir ini? Ah, mengapa gadis itu muncul di sini? Mengapa gadis itu sedang berbahagia? Benarkah dia bahagia?

Ah betapa sakit hatinya dia? Mahu sahaja dia mengetuk lelaki yang duduk berdepan dengan bekas tunangnya dan digantikan dengan dirinya. Ah, silapnya!

***

Malam itu dia tidak dapat tidur. Entah kenapa, perasaannya tidak bahagia sama sekali. Pasangan bahagia yang dilihatnya tadi rupanya bekas tunangnya dan suaminya.

Ya Allah kenapa semudah itu dia membuang permata itu dalam hidupnya? Ya Allah kenapa dia sendiri tergamak mengubah hidupnya dan percuma dia telah mencatur hidupnya sendiri. Ya Allah, kenapa setega itu dia melakukan hal itu? Apakah dia menyesal? Menyesal? Sakit hati? Usah dicerita!

***

“Assalamualaikum,” Amri mendekati pasangan yang sedang tersenyum malu-malu dan mesra itu. Natasya Umaira angkat muka dan seperti mengenali suara itu. Dia menyambut salam lelaki itu. Patutlah berat hatinya hendak keluar makan di sini tadi. Rupanya ada sesuatu yang tidak mampu diungkapkan dalam hatinya. Sebenarnya dia tidak mahu lagi hendak berjumpa dengan lelaki yang sudah melakukan huru-hara dalam hidupnya. Namun mungkin sudah ditakdirkan mereka bertemu di sini

“Walaikumsalam,” jawab Nukman Faris yang sudah kehairanan menghadap Amri yang datang tiba-tiba. Mereka bersalaman.

“Siapa?” soal Nukman Faris masih tertanya-tanya. Dia mengingat-ingat sesuatu. Apa yang akan dijawabnya. Takkan dia nak jawab inilah bekas tunangnya. Oh tidak!

“Kawan... kawan saya...” kata Natasya Umaira.

“Bekas tunang, saya Amri bekas tunang Natasya Umaira, sayang hubungan kami tak sampai ke jinjang pelamin!” jawab Amri pula. Marak mata Natasya Umaira.

Tidak disngkanya Amri sungguh berani di depan Nukman Faris. Apalah yang akan dibuat suaminya ini selepas ini kepadanya? Dipancungnya mungkin! Ah tidak!

“Oh tunang, apa khabar? Saya suami Natasya, Nukman Faris. Marilah minum, apa salahnya sebagai meraikan pertemuan pertama ini,” kata Nukman Faris penuh ceria. Mahu sahaja Natasya Umaira menangis. Ya Allah suaminya ini lebih-lebih lagi gentlemennya.

“Err, tak pelah. Saya pun ada kerja kat rumah tadi. tak apalah, saya balik dulu.” Kata Amri meminta diri. Natasya Umaira berasa lega namun perasaannya Tuhan sahaja yang tahu. Setelah Amri berlalu, mereka mendiamkan diri dan mencicipi apa yang patut sahaja. Tidak ada lagi suara antara mereka. Kalau tadi mereka bergelak ketawa dan bersuap-suapan tetapi sekarang masing-masing mendiamkan diri. Apakah yang sebenarnya di hati masing-masing?

“Itulah bekas tunang awak ye? Kacak jugakan?” kata Nukman Faris yang tibatiba bersuara. Dia hampir sahaja tersedak. Ah, dia sudah tidak ada apa-apa dengan dia. buat apa dia nak puji-puji pula?

“Itu cerita dulu Nukman, saya tak de kaitan dengan dia. lainlah awak tu masih ada kekasih. Saya ni tak de sesiapa dah!” kataku perlahan. Sayu terasa di hatiku ini. Wajah itu sedang memandang aku tanpa berkelip. Kami tidak semesra tadi. Kami bagaikan terkena Tsunami dan terkapai-kapai dengan akal fikiran sendiri.

“Ya ke? Saya kan ada.” Katanya. Aku geleng. Terasa semakin sebak dengan kata-katanya.

“Awak kan nak nikah dengan kekasih awak! Awak nak buat apa kat saya, beri madu?” soalnya bodoh. Lelaki di depanku itu hanya ketawa. Tidak ada balasan daripadanya.

“Jangan fikir yang bukan-bukan. Mungkin bekas tunang awak tu masih ada perasaan kat awak. Lihat cara dia pandang awak tadi. Saya hanya mentafsir!” katanya perlahan. Dia menggeleng. Dia tidak mahu mendengar khabar itu. Cukuplah sekali dia hampir hidup dengan lelaki itu. Nasib baik hubungan mereka terputus!

“Lupakanlah semuanya. Saya tidak kisah kalau hidup sendiripun!” katanya perlahan. Air matanya suka sangat bertakung di kolam matanya. Mahu sahaja dia pengsan saat ini.

“Ya saya tahu awak terluka. Lupakanlah semuanya.” Kata Nukman Faris seperti seorang suami yang pengasih kepada isterinya. Dia mengangguk juga. Dalam hatinya bukan main dia marah kepada lelaki yang telah mendatangi hidupnya tadi. Sakit hatinya kepada Amri, sukar hendak ditawar lagi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience