Chapter 84

Romance Completed 46068

Bab 84

“Ya mama, isteri saya dah ada di rumah saya mama.” Kedengaran suara Nukman Faris sudah berbicara dengan mamanya di telefon. Aku terbangun apabila terdengar suaranya. Aku bulatkan mataku. Jam sudah menunjukkan pukul 7.00 pagi. Ya Allah, aku dah lewat hendak ke sekolah ni. Kataku dalam hati. Aku terus hubungi kawan baikku untuk memberitahu tentang aku cuti pada hari ini. Aku telah menghubungi Shamira sahaja. Shamira akan memberitahu pihak pentadbir nanti.

“Ada berita gembira mama,” katanya lagi. Mukaku terasa panas. Aku turut mendekati balkoni di mana suamiku sedang bercakap-cakap dengan mamanya.

“Ya mama, hari ni isteri saya cuti mama. Nanti kalau isteri saya sihat saya akan bawa dia jumpa mama dan papa.” Katanya. Aku sudah terdiam.

“Ya mama, kami bergelar papa dan mama seperti mama. Gembira sangat mama,” katanya. Kulihat mukanya berseri-seri. Mungkin berita itu sangat memberi makna kepadanya. Mukaku membahang. Sudah lama mukaku ini tidak panas seperti ini. Apabila aku sudah berdekatan dengan suamiku ini jantungku akan tidak tentu iramanya dan begitu juga mukaku ini asyik-asyik memerah macam kena sapu pemerah pipi. Itulah yang aku tidak suka.

“Ya mama, saya akan jaga isteri saya sebaik mungkin. Terpaksalah dua hari ini saya cuti mama, sebab isteri saya tak sihat mama. Papa kena turun pejabat.” Katanya pula. Dia kena turun pejabat? Apa maksudnya? Bukankah dia kerja di syarikat penerbangan? Kenapa dia kena turun pejabat papanya pula? Dia sudah tukar kerjayanya? Suami aku bukan pilot lagi? Soalku dalam hati.

“Baik mama, nanti saya akan bawa isteri saya makan di luar. Dia tak dapat masak mama. Ha, makan kat rumah mama? Tengah hari ni? Oh, boleh juga mama.

Nanti saya maklumkan mama, saya kena tanya Tasya dulu lah mama,” aku bertambah terkejut.

Dia memang sudah berubah. Suaranya bukan suara kepura-puraan. Aku dapat bezakan sama ada dia hanya berpura-pura atau bersungguh-sungguh dengan mamanya, Datin Zahara. Dia memang sudah mahu berubah. Dia selalu meminta pendapat aku kalau dia nak bawa aku ke mana-mana. Dulu bukan main ikut sedap perasaan dia sahaja. Sekarang, sejak aku sudah mengandungkan anaknya ini, dia sudah berubah banyak. Mungkin dia mahu menjadi suami soleh dan papa yang membahagiakan. Aku mengucap syukur dalam hati.

“Ya mama, assalamualaikum mama.” Aku sudah kaku di pintu balkoni itu. Air mataku mengalir deras lagi. Mungkin terharu dengan perubahan suamiku ini.

“Sayang...” lelaki itu terus memeluk tubuhku apabila dia sudah terlihat aku di muka pintu balkoni. Aku pun silap juga. Sepatutnya aku pura-pura berbaring di atas katil sahaja tadi. Kenapa pula aku gatal-gatal nak berdiri di depan pintu balkoni. Aku sudah kantoi!

“Sayang, mama jemput kita makan tengah hari di rumahnya. Kita pergi sana sayang?” aku angguk. Aku memang rindukan mama mertuaku juga. Bayangkan kalau selama hampir sebulan kami tidak bersua muka dan berbual di telefon pun tidak ada.

“Sayang, sayang ok?” soalnya memandang aku. Aku angguk.

“Tak muntah pula?” aku pandang wajah kacaknya itu. Aku jatuh cinta lagi kepadanya dalam diam. Wahai hati, jangan beritahu dia aku sayangkan dia. Biarlah hatiku sahaja yang berbicara.

“Tak... muntah-muntah ni pada waktu petang. Itulah sebabnya saya nak pergi bertugas. Sebab masa di sekolah saya tak pernah muntah.” Kataku. Dia ketawa. Dia kucup pipi dan dahiku bertalu-talu. Janganlah aku muntah lagi kalau terhidu bau badannya ini.

“Bang, bang, bau. Abang mandilah dulu!” pintaku apabila aku terasa sesak. Dia sudah ketawa.

“Abang dah mandilah sayang. Abang dah maklumkan dengan pihak sekolah sayang yang isteri abang tak dapat hadir.” Aku bulatkan mata. Tidak menyangka dia begitu prihatin. Sebenarnya dia sudah menyusahkan kawan-kawan aku. Kalau aku awal bangun tadi, aku mahu mengajar pagi ini.

“Abang dah maklum?” soalku. Dia mengangguk.

“Terima kasihlah bang. Tak sangka pula.” Kataku. Aku ingat dia sudah lupa kalau aku bercuti hari ini dan esok.

“Ya lah, kan sayang penat tu. Kasihan pula sayang.” Katanya. Aku masih dipeluknya.

“Abang, kalau abang terus-terusan peluk saya, saya nak muntah,” kataku mengugutnya. Dia melepaskan pelukannya. Aku lega kalau dia sudah mendudukkan aku di bibir katil saiz Kingnya ini.

“Melampaulah pula baby abang ni, kenapa baby tak suka bau papa ya sayang...” dia sudah mengusap-usap perutku yang masih kempis ini. Aku terasa geli pula namun aku tidak mampu menolak dia bercakap-cakap dengan anaknya.

“Baby mana suka! Papa dia jahat!” jawabku selamba. Dia pandang aku. Tangannya masih melekap di perutku. Dia mengucup perutku perlahan. Bertambah geli aku dibuatnya. Hendak menolak pula, tangannya terlalu kuat untuk dikalahkan.

“Baby... papa tak sabar nak jumpa baby keluar ke dunia ini,” katanya sudah mengucup perutku pula. Aku semakin kegelian. Dia pula sudah mengusik aku. Macam sengaja pula mengangkat baju tidurku.

“Abang...” dia sudah tidak mempedulikan aku.

“Abang nak sayang, baby kita okay kan...” bisiknya. Aku menutup mataku. Aku tidak tahu jawapan apa yang hendak aku berikan lagi kepadanya. Mukaku sudah membahang.

***

“Sayang, inilah hadiah yang abang nak berikan tu,” katanya apabila kami sudah membersihkan diri. Aku sedang menyikat rambutku dan duduk di meja solek di dalam bilik ini. Dia pula sudah berdiri di sisiku dengan tangan memegang bakul kertas. Aku lihat sebuah bakul kertas dan sebuah kotak cantik di dalamnya. Bulat mataku melihat dia menghulurkan bakul kertas itu.

“Apa ni bang?” soalku agak terkejut. Memang dia tidak berbohong yang dia membawa hadiah untukku semalam. Sebenarnya aku malas hendak mengambil hadiahnya. Aku takut tergadai body pula kalau asyik nak ambil hadiahnya. Aku pula tak pernah berikan dia hadiah.

“Kan abang dah janji nak berikan sayang hadiah, inilah hadiah abang tu. Bukalah sayang,” katanya. Aku tidak cepat-cepat mengambil hadiahnya itu.

“Abang lah buka. Malaslah nak buka. Macam susah pula nak buka,” kataku. Aku terasa sayang pula hendak membuka kotak cantik itu. Bungkusannya pun cantik.

Bakulnya pun cantik. Dan, aku agak jarang menerima hadiah begini.

“Takkan abang beri hadiah, abang pula nak buka. Mana aci,” katanya pula.

“Ya lah!” kataku seperti merajuk. Dia sudah mengelus rambutku yang masih basah.

“Wangi,” bisiknya pula. Aku bulatkan mata. Dia sudah tersenyum gatal di sisiku. Mata kami bertentangan ketika kami sama-sama memandang ke cermin besar di biliknya ini. Sejak akhir-akhir ini pula aku suka memandang cermin. Cermin kecil di bilikku itu pun aku rasakan terlalu kecil.

“Abang apa ni?” soalku pula.

“Bukalah sayang,” katanya. Aku mengeluarkan kotak itu dari plastik bungabunganya. Agak cantik balutannya. Aku menggoncang-goncangkan kotak itu. Memang elok aje bunyinya. Apa ni ya?

“Bang, nantilah saya buka. Macam sayang pula nak buka kotak yang berhias cantik ini,” kataku yang sudah meletakkan kotak itu di atas meja solek. Dia bulatkan matanya.

“Sayang, kenapa pula macam ni?” soalnya. Aku memang mahu melihat kotak yang agak cantik balutannya itu lama-lama. Aku sayang sekali hendak membukanya.

“Kena buka sekarang,” arahnya macam arahan Hitler lagi. Aku angguk.

“Sayanglah bang,” kataku lagi. Kotak sudah kubelek-belek. Aku goncanggoncang semula.

“Apa pula sayang? Sayang kena sayang dengan orang yang beri hadiah ini,” katanya. Aku kalut. Siapa yang tidak sayang suami sendiri? Soalku dalam hati.

“Terima kasih bang,” aku membuka perlahan-lahan.

“Tak cukup tu!” katanya pula. Aku buntangkan mata.

“Nak apa pula?” soalku. Mukaku sudah membahang.

“Nak kiss,” bertambah merah pipiku ini bersama jantungku yang sudah berubah iramanya.

“Kiss?” soalku malu-malu. Dia angguk.

“Buat apa nak kiss?” soalku pura-pura marah.

“Sebab abang beri hadiah. Abang kan selalu kiss sayang kalau sayang beri hadiah.” Katanya. Aku buntang mata dan kerutkan dahi. Bila aku beri dia hadiah? Aku kalut.

“Bila masa saya beri hadiah?” soalku jujur. Dia sudah senyum. Senyuman yang manis yang menggoda aku.

“Sayang kan dah beri hadiah kepada abang, semalam dan tadi,” semakin membahang mukaku. Aku ingatkan hadiah apa. Eh, lelaki ini suka memalukan aku.

“Eh, abang ni lucah tau!” kataku. Dia sudah memeluk bahuku. Aku pula benamkan mukaku di dada bidangnya. Aku segan sebenarnya. Segan hendak memandang wajahnya itu.

“Bukalah sayang, nanti tak sarapan pula kita sayang asyik nak goda abang!” bisiknya. Aku sudah menolak tubuhnya.

“Bila masa saya goda abang?” soalku pula. Mataku aku tumpukan ke lantai. Aku tidak mahu pandang matanya. Aku segan sekali.

“Hiss, abang selalu kena goda, mana abang tahan godaan sayang,” katanya pula. Aku sudah cubit lengannya. Aku yang begini tidak sihat dia tuduh pula menggoda dia? Siapa yang goda siapa ni? Soalku dalam hati.

“Ha, goda abang lagi!” aku diam. Eh, lelaki ini kan macam-macamlah! Macamlah aku hendak sangat menggoda dia! Kalau aku muntah atas pakaian dia yang mahalmahal tu baru dia tahu!

“Cepat buka sayang. Kalau cepat buka hadiah, nanti sayang bagi abang hadiah pula.” Katanya mengusik aku semula. Tanganku terus lincah membuka hadiah itu.

“I-phone?” soalku. Iphone yang cantik di tanganku berwarna putih. Dia mengangguk dan tersenyum dengan sayu. Kenapa pula dia perlu menghadiahkan aku benda yang agak mahal ini? Soalku tidak puas hati.

“Mahal ni bang.” Kataku melepaskan hadiah ini. Aku pernah melihat-lihat telefon jenama Apple ini. Aku terpaksa lepaskan sebab aku tidak sanggup menghabiskan lebih separuh daripada gaji bulananku untuk membeli telefon mahal ini. Aku lebih suka membeli barangan yang agak murah harganya dan sesuai dengan statusku yang berada di tahap sederhana ini.

“Sayang lebih mahal daripada hadiah ini sayang,” katanya. Aku terus menangis. Entah kenapa aku terlalu sebak dengan pemberiannya ini. Aku sedih sungguh melihat benda di tanganku ini.

“Kenapa ni sayang? Kenapa sedih ni? Sayang tak nak telefon ni? Sayang nak jenama apa? Sony? Samsung?” soalnya pula. Aku geleng. Aku tidak begitu mampu hendak membeli jenama telefon yang sangat mahal itu. Biarlah aku bersederhana sahaja dalam berbelanja. Sebab aku membantu ayah dan emak membiayai persekolahan adik-adikku yang masih belajar. Aku ingat. Kalau adik-adikku berpelajaran, ayah dan emak juga akan gembira dengan pencapaian anak-anak mereka.

“Kenapa sayang sedih ni? Inikah pemberian abang. Abang pun bukannya selalu beri sayang hadiah. Kita saling tak sama-sama. Mungkin ini kesilapan abang. Abang selalu membiarkan sayang sendirian. Selepas ini abang janji akan selalu di sisi sayang.

Abang harap sayang tak tolak pemberian abang ni,” katanya. Aku angguk. Memang kami selalu berjauhan. Memang kami selalu ditakdirkan tidak bersama-sama. Aku pun agak segan untuk bersama-sama dengannya.

“Telefon ni dah ada nombor sendiri. Sayang dah boleh gunakan telefon kalau nombornya sudah diaktifkan, cuba hubungi abang sayang, nombor abang sudah ada di situ,” aku terketar-ketar menekan telefon itu. Hendak tekan nombor pun aku tidak mengerti. Aduhai, aku ni memang agak kolot dalam menggunakan telefon canggih abad ini.

“Tak pandai bang,” kataku. Dia terus menekan nombor.

“Ada pasword pula. Abang lupa nak beritahu sayang.” Katanya yang sudah menekan nombor telefonnya. Telefonnya berbunyi. Dia matikan pula. Kemudian dia ambil telefonnya dan menghubungi telefonku pula. Bunyinya agak romantik. Aku suka dengan bunyi telefon itu.

“Sayang, telefon kita sama, sayang punya putih dan abang warna hitam. Sarung aje yang lain-lain warna,” aku angguk. Suka melihat warna merah jambu itu.

“Terima kasih bang, susah-susah aje abang nak belikan benda mahal ni,” kataku yang terlalu sebak dengan kebaikan suamiku ini.

“Tak susah. Telefon kita sama. Tapi kena beri abang hadiah,” aku tidak menyangka dia masih mengungkit hadiah daripada aku.

“Apa?” aku pura-pura tidak tahu. Malas aku hendak memandang wajahnya. Aku tunduk. Dia pula sudah meraih daguku. Dia mahu aku memandang wajahnya. Kami bertatapan seketika.

“Kat sini!” dia tunjuk pipi kiri dan kanannya.

“Tutup mata,” kataku memberi syarat pula. Dia tutup mata dan aku kucup pipi kanan dan kirinya. Dia terus memeluk tubuh kecilku ini.

“Terima kasih sayang...” katanya. Dia turut mengucup pipiku dan mengejapkan pelukannya.

“Abang, saya nak minum. Saya dah lapar.” Kataku memohon agar dia melepaskan aku dari pelukannya.

“Abang pun laparkan sayang!” katanya membisik romantik di telingaku. Aku semakin resah dengan desahan nafasnya begitu. Nanti tidak pasal-pasal aku diheretnya lagi ke bahagian yang aku tidak sukai itu.

“Jangan nak gila bang! Saya cakap yang betul ni! Anak abang dalam ni dah lapar! Awak pula asyik nak lapar lain!” kataku agak berani. Sebenarnya aku tidak tahan asyik berkurung di dalam bilik ini.

“Yalah! Abang saja je nak gurau dengan sayang abang ni! Kan lama kita tak jumpa!” katanya. Aku angguk. Dia sempat kucup dahi dan pipiku. Akhirnya kami samasama turun ke sebuah restoran berdekatan dengan rumahnya untuk bersarapan pada pagi yang mulia itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience