Chapter 56

Romance Completed 46068

Bab 56

“Saya tak mampu papa,” buntang mata Datuk Norman. Dia memang tidak mampu menamatkan kerjayanya sekarang. Dia rindukan terbang di udara. Terbayang wajahwajah para pilot seperjuangannya, para pramugari dan para pramugara yang bertugas dengannya.

“Apa yang Nukman tak mampu?” soal papa. Nukman Faris memandang papanya dengan pandangan simpati. Dia takut papanya terkejut lagi dengan sikapnya yang tibatiba menyuarakan tidak mahu bertugas di syarikat papanya.

Siapa lagi yang papanya harapkan selepas ini? Takkan adiknya Nuraina? Ah, serba salah pula dia dengan pengakuannya sendiri. Dia tidak mahu papanya akan sakit lagi mendengar keluhannya. Papanya berusaha bersungguh-sungguh untuk menaikkan nama baik syarikat mereka. Sekarang papanya sudah tua, dia pula tidak mahu menggantikan tempat papanya.

“Saya kalau boleh akan uruskan syarikat pada masa cuti saya tak terbang aje papa, masa lain saya nak teruskan kerja saya. Ni pun saya dah cuti tiga minggu papa. Nanti apa pula kata majikan saya.” Kata Nukman Faris.

Bertambah tajam pandangan papanya ke arahnya. Dia tahu papanya tidak setuju dengan apa yang dia buat. Dia tahu papanya tidak mahu dia bekerja sebagai pilot dan kemudian bekerja lagi di syarikat papanya. Bagaimana dia hendak menumpukan perhatiannya kelak? Bagaimana dengan kehidupan peribadinya? Bagaimana dengan isterinya? Bagaimana nanti jika dia sudah ada anak-anak? Lambat laun ahli keluarganya akan berkembang. Ah, dia juga berdoa isterinya akan menjadi penyokongnya yang baik untuknya.

“Hanya Nukman harapan papa,” kata Datuk Norman. Nukman Faris faham. Hanya dia yang papanya harapkan. Orang lain dah tak ada. Papanya pun tidak mahu mengambil orang luar menjadi penggantinya kecuali seorang pembantu sahaja. Baginya, dia faham kedudukan papanya sekarang.

“Tak pelah papa, saya fikirkan dulu hal ini. Kalau boleh memang saya berat hati nak tinggalkan kerjaya saya.” Kata Nukman Faris. Begitu senang dia hendak menukar pendapat dan pendiriannya. Bertambah terluka papanya. Dia tahu dari pandangan papanya itu.

“Tak boleh nak fikir-fikir lagi dah Nukman. Jawatan tu memang papa dah beri untuk selama-lamanya. Tak perlu nak susah jadi pilot lagi. Papa hanya mahu anak papa yang uruskan syarikat kita. Papa tak mahu orang lain! Itu sahaja yang muktamad!” kata papanya dengan tegas.

“Tapi papa...”

“Papa tak mahu mendengar alasan demi alasan. Kita dah bincangkan hari tu sayang. Tolong beri papa kerjasama. Jangan berikan papa masalah. Papa dah tak ada sesiapa lagi dalam hidup papa ni! Papa hanya ada Nukman dan Nuraina! Kalau kalian dua orang dah tak de barulah papa cari orang lain,” kata papanya dengan penuh ketegasan. Dia terpaksa menerima lantikan itu.

“Papa beri saya masa.” Katanya masih berdegil dengan keputusan papanya. Dia memang masih sayangkan kerjayanya sebagai pilot.

“Tak perlu banyak masa nak fikir benda senang macam ni Nukman. Papa rasa cukup dah dua minggu tu! Selepas balik dari berbulan madu nanti kau terus sahaja jalankan tugas macam biasa,” kata papanya dengan tanpa bertangguh. Haruskah dia mengangguk atau terus menekuri lantai menunjukkan dia tidak setuju?

“Papa hanya bagi peluang ini untuk anak papa, untuk kebaikan anak papa juga,” kata papanya lagi. Dia angguk kali ini.

“Ya papa itu betul...” katanya.

“Sekarang mungkin ya tapi nanti kalau dah ada anak-anak, papa yakin Nukman tak sanggup nak tinggalkan mereka,” kata papanya yang memikirkan masa depannya.

Memang dia teringin mempunyai anak. Dia pun bukan muda lagi. Setahun lagi dia akan menjejak usia tiga puluh tahun. Dia memang sudah agak berusia.

Selama ini dia menanti kekasihnya bersedia menjadi isterinya. Tetapi lamakelamaan, gadis itu semakin rancak dengan kerjayanya. Dia adalah model sepenuh masa yang memperagakan pakaian. Sebenarnya dia bangga mempunyai kekasih yang terkenal tetapi dalam masa yang sama dia risau. Bagaimana jika sudah kahwin nanti?

Apakah dia mahu melahirkan anak untuknya?

“Saya akan fikirkan dulu papa. Kalau ingat semula memang saya rindukan kawan-kawan saya. Tapi apa boleh buat papa, demi syarikat dan perniagaan kita,” kata Nukman Faris. Datuk Norman juga faham akan kerjaya anaknya tetapi dia tidak ada pilihan lain. Anak gadisnya Nuraina masih terlalu muda untuk dikahwinkan.

“Kita sama-sama fikirkan hal ini. Tapi papa dah tahu, hanya awak yang perlu jalankan tugas gantikan papa di syarikat kita. Takut kalau awak tak de banyak anak syarikat kita akan bermasalah Nukman! Awak dengan Tasya dah ok?” soal Datuk Norman yang faham akan situasi anak lelakinya ini. Nukman Faris angguk.

“Ok papa. Berkat doa papa semuanya akan menjadi elok dan baik-baik sahaja.” Jawabnya dengan penuh keyakinan. Papanya tersenyum penuh bahagia.

“Betul ni? Jadi? Rozaila yang awak agung-agungkan selama ni macam mana?” soal papa lagi. Nukman Faris geleng. Dia tahu Rozaila pun sudah bahagia dengan kekasih barunya. Jangan-jangan mereka sudah merancang hendak kahwin siapa tahu?

“Dia masa silam saya papa! Sekarang adalah masa saya menghadapi isteri saya dan masa depan saya yang akan datang,” kata Nukman Faris. Papa ketawa.

“Baguslah kalau Nukman dah sedar. Mama dah carikan Nukman jodoh yang baik-baik!” kata Datuk Norman.

“Ya papa.” Itu saja jawapannya. Dia tidak mahu mengulas panjang-panjang. Dia juga agak segan kepada papanya.

“Syukurlah tu!” kata Datuk Norman.

“Doakan kami papa,” kata Nukman Faris. Papa mengangguk.

“Papa dan mama sentiasa doakan yang terbaik buat anak kami.” Kata papa. Nukman Faris bersyukur mempunyai ibu bapa yang sentiasa mendoakan kebaikan anak-anaknya. Nanti kalau dia sudah ada anak, dia juga akan berbuat perkara yang sama kepada anak-anaknya.

‘Akan adakah zuriatnya nanti? Mahukah isterinya mengandungkan anaknya nanti? Ah, dia hanya berharap dan berdoa agar isterinya itu menukar kata-katanya hari itu. Dia berdoa agar hubungan mereka akan lebih diberkati nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience