Chapter 66

Romance Completed 46068

Bab 66

“Nukman, ini gambar-gambar kamu,” Nukman Faris yang baru sahaja membuka kasutnya di muka pintu itu tersentak. Dia ada perkara hendak dibincangka dengan papa.

“Gambar apa papa?” soalnya kehairanan. Datuk Norman sudah menunjukkan beberapa kotak yang berisi gambar. Entah gambar apa tu? Gambar dalam kotak besar dan siap dengan bingkaki emas itu? gambar siapa?

“Gambar sanding kamu hari tu. Tadi ada Ah Chai tu datang hantar. Dia tak tahu alamat rumah kamu, jadi papa minta dia hantar ke sini.” Kata Datuk Norman. Nukman Faris garu kepalanya yang tidak gatal.

Dia sudah lupa akan cerita mengenai gambar itu. Selama ini dia sibuk dengan kerjayanya sehinggakan terlupa hendak balik ke rumah sendiri. Lagipun tidak ada sesiapa di rumah itu. Hanya ada dia sendirian di situ. Natasya Umaira tidak pernah lagi datang ke rumah mereka itu. Entah, sedih dan pelbagai perasaan berbaur-baur.

Dia pun masih tidak puas hati bagaimana hendak memujuk Rozaila yang meminta dia menikahinya. Dia serba salah dibuatnya. Hari-hari juga dia memujuk mamanya agar membenarkan dia menikahi Rozaila namun mamanya tidak sesekali memberikan dia kebenaran itu. Lampu hijau tidak pernah hijau. Ia tetap merah dan terus marak merah. Malah, mamanya akan memarahinya dan papa pula memberikan dia tazkirah.

“Mama, keluarga Rozaila minta mama dan papa datang jumpa mereka.” Pernah dia memberitahu hal itu kepada mamanya. Hendak terkeluar biji mata mamanya mendengar permintaannya yang tidak masuk akal itu. Namun selepas peristiwa berdarah di panggung wayang itu, dia sudah bertaubat. Dia tidak akan mempercayai kata-kata pujukan Rozaila lagi.

“Kau nak minta mama jumpa emaknya Rozaila? Kau siapa? Anak teruna yang belum ada isteri? Selama ini kau abaikan isteri kau sendiri dan kau nak nikah pula satu lagi! Eh, tolong lah sayang Nukman! Tak ada dalam keturunan mama dan papa yang kahwin dua tiga!” balas mamanya. Dia garu kepala mengenangkan kata-kata mamanya.

“Ma, gadis itu mendesak ma,” kata Nukman Faris merengek seperti anak kecil. Dia mahu mamanya bertemu dengan ibu bapa Rozaila untuk menyatakan persetujuan menikahi Rozaila. Namun Datin Zahara menggeleng dan mukanya kelat. Tidak sesekali Datin Zahara akan setuju dengan cadangan anak lelakinya itu.

“Sayang Nukman, kalau anak mama belum kahwin, belum nikah mama sanggup jumpa dengan mak Rozaila tu. Tapi anak mama dah kahwin pun! Dan, mahu tak

Rozaila tu bermadu? Dia dah tahu kan Nukman ada isteri?” Nukman Faris angguk. Namun mereka berdua merancang hendak bercerai apabila tiba masanya.

“Jangan sebut Nukman dan Tasya nak cerai. Mama tak rela dunia akhirat.” Tambah mama pula. bertambah bingung Nukman Faris melayani kerenah mama dan Rozaila. Natasya Umaira pula tidak banyak kerenah, tidak membantah dan hanya mendiamkan dirinya. Dia pun tidak pernah mendengar berita mengenai gadis itu.

“Ya mama, saya hanya nak beritahu saja yang mak Rozaila tu nak jumpa mama.” Marak mata mamanya semula.

“Nukman tak nak dengar cakap mama. Mama cakap jangan dekati dosa. Berjumpa dengan gadis yang bukan isteri itu berdosa tambah-tambah lagi kalau dia mahu meminta diperisterikan. Tanyalah dengan isteri-isteri mana dalam dunia yang mahu suaminya berkahwin lebih dari satu. Tanya!” kata mamanya lagi. Dia terbayang wajah Natasya Umaira.

Redakah gadis itu jika dia menikah lagi? Bukan dia hendak sangat menikah tetapi dalam perjanjian pun memang mereka akan bercerai jika tiba masanya. Namun, besar sungguh halangannya. Bukan halangan Natasya Umaira tetapi halangan mamanya sendiri. Aduhai.

“Nukman, kau tengoklah dulu gambar-gambar kahwin kau tu! Kalau tak kena di hati beritahu dengan Ah Chai. Papa ada ambil nombor telefonnya.” Nukman Faris angguk. Ah Chai memang kawannya sama-sama belajar di sekolah rendah dahulu. Ah Chai meneruskan perniagaan ayahnya sedangkan dia meneruskan pelajarannya.

Hilang ingatannya terhadap mamanya yang membantah permintaannya.

Selepas perbalahan mereka itu, Nukman Faris tidak lagi bertemu mamanya dan Rozaila. Dia terlalu sibuk dengan kerjayanya. Sesekali dia balik, dia hanya menginap di mana-mana yang dia suka. Sehinggalah hari ini hatinya terbuka untuk melawat mama dan papa serta adiknya Nuraina. Lagipun papanya menghubunginya seminggu yang lalu.

“Mama mana papa?” soalnya. Rumah kelihatan lengang. Papa pandang jam di tangannya.

“Entah tadi, mama dan Aina pergi facial katanya. Katanya mama nak jenguk menantunya di Kinrara kalau sempat. Tak tahulah pula papa. Papa pun baru balik dari pejabat ni.” Jawab papanya. Dia pandang papanya.

“Oh, dia lawat Tasya.” Papa angguk.

“Nukman kan tak nak dengan isteri Nukman tu. Tulah mama lawat dia. Nak tanya khabar.” Bentang papanya. Terbayang wajah ayu Natasya Umaira. Siapa yang membantu dia sekarang ini? Sepatutnya ada suaminya di sisi menemaninya pada saat genting begitu. tetapi Natasya Umaira hanya bertarung sendirian. Tabahnya gadis itu!

“Siapa kata tak nak papa?” jawabnya.

“Nukman masih nak?” dalam segan Nukman Faris angguk. Mukanya panas.

“Bukankah Nukman nak nikah dengan Rozaila? Nukman boleh saja kalau nak memadukan isteri. Kat Selatan Thai tu banyak sindikiet menikahkan orang Malaysia.

Kalau Nukman nak pergilah!” kata papanya. Gemuruh darahnya. Takkan dia hendak membelakangkan mama dan papanya serta isterinya.

“Belum lagi papa.” Katanya selamba tetapi wajahnya kelat. Hasrat memadukan isterinya itu memang ada tetapi dia tidak melihat akan relevannya akan hal itu. kasihan pula isterinya.

“Nukman boleh saja kahwin sampai empat, memang dibenarkan tapi apa yang papa takut, Nukman tak mampu nak berlaku adil nanti. Kalau tak percaya cubalah!

Papa takut Nukman menyesal kalau tak mencuba hal ini!” kata papanya. Dia pandang papanya. Tidak ada tanda-tanda Datuk Norman bergurau. Dia digalakkan bernikah lagi satu jika mahu. Namun, dia sudah memutuskan. Memutuskan satu keputusan yang sangat penting dalam hidupnya.

“Nantilah saya fikirkan papa.” Katanya yang masih bingung dengan keadaan isterinya.

“Hari tu bukan main semangat. Sekarang macam dah kendur pula semangat tu!

Kalau papa, apa yang papa mahu mesti papa dapatkan.” Papanya seperti menggalakkan dia bernikah lagi satu.

“Tunggulah dulu papa. Dulu lain sekarang lain!” katanya sambil menyanyi.

“Sama saja Nukman. Apa yang penting apa penerimaan Nukman terhadap satusatu pilihan!” katanya. Nukman Faris angguk.

“Apa khabar Tasya papa?” papanya menggeleng. Tak pernah dibuat orang bertanyakan isteri sendiri kepada orang lain.

“Itu kena tanya tuan punya badan lah! Takkan nombor telefonnya Nukman tak simpan?” Nukman Faris garu kepala yang tidak gatal. Malu pun ada. Ada, nombor isterinya memang ada dalam simpanannya. Kenapa pula tak de kan?

“Tak apalah papa, nanti saya cari Tasya.” Katanya. Datuk Norman hanya menggeleng melihat telatah anaknya itu.

“Jangan lupa tengok dulu gambar tu! Tasya nampak cantik di dalam gambar tu, kena sangat dengan Nukman. Takkan anak papa sanggup menikah lain setelah ada isteri yang lengkap begitu!” kata papa.

Papanya seperti menyindirnya. Papa macam tak faham masalahnya. Rozaila masih membuat dia pening. Mati-mati gadis itu minta dinikahinya tetapi kalau ke kelab malam keluar dengan lelaki lain. Pelik sungguh manusia sekarang ini! Bisiknya.

“Ya papa, saya nak rehat dulu. Nanti saya belek-belek satu persatu gambar itu.” kata Nukman Faris perlahan. Sebenarnya iangatannya tepu kepada Natasya Umaira.

Entah apa yang akan berlaku selepas ini. Dia hanya memikir sendirian.

“Nak belek-belek buat apa? Pergilah susun di rumah Nukman tu! Tentu nampak berseri bilik tidur dan ruang tamu kamu. Gambar-gambar perkahwinan itu akan menjadi kenangan sepanjang hayat kamu!” kata papanya. Dia angguk. Memang, banyak kenangan mereka di dalam gambar itu. Benar juga kata papanya. Ada baiknya dia gantung gambar itu di bilik tidurnya. Gambar yang paling romantik antara mereka berdua. Pasti Natasya Umaira juga akan terkejut dengan kejutan yang dibuatnya nanti.

“Nanti-nanti lah papa. Sekarang ni saya belum ada cuti lagi. Esok pun saya kerja lagi. Tak ada masa saya papa.” Kata Nukman Faris kepada papanya. Ah, banyak kenangannya dengan Natasya Umaira di rumahnya itu. Di mana-mana pun dia nampak Natasya Umaira. Bagaimana dia hendak memadamkan kenangan mereka itu?

“Ya lah. Jangan sampai isteri kamu tu merajuk buruk padahnya nanti!” dia tidak yakin Natasya Umaira akan merajuk. Natasya Umaira seorang yang tabah orangnya. Dia tahu gadis itu tabah. Entah bagaimana dia hendak memulakan pertemuan mereka semula setelah sebulan lebih dia mendiamkan diri. Susah benar hidupnya seorang Nukman Faris ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience