Chapter 75

Romance Completed 46068

Bab 75

Dia terasa sepi sejak ketiadaan Natasya Umaira. Namun dia tidak mahu memaksa gadis itu tinggal bersamanya. Dia mahu gadis itu yang datang secara sukarela. Dan bukan dengan paksaannya. Apa khabar agaknya gadis itu? tetapi mengigati Natasya dengan lelaki lain itu menyebabkan hatinya sakit sakit sangat.

Dia memang sudah tidak ada harapan. Baru dia tahu Rozaila kekasihnya hanya mempermainkannya. Dan, perasaannya memang benar. Dia memang mencintai isterinya sendiri.

Dia pergi ke rumah sewa isterinya. Sudah dua kali dia ke situ namun dia tidak ternampak kelibat isterinya. Apa yang dia kesal bekas kekasihnya yang sudah terang-

terangan ada kekasih itu mahu kembali kepadanya. Dia mahu dirinya bertanggungjawab dengan apa yang berlaku kepadanya. Sejak bilakah dia melakukan sesuatu kepada bekas kekasihnya itu? setahunya dia tidak pernah terlanjur dengan bekas kekasihnya itu?

“Awak mesti bertanggungjawab Nukman. Tambahan pula saya dah mengandung!” Itulah ugutan bekas kekasihnya. Dia tidak mempedulikan mesej bekas kekasihnya itu. Sebenarnya dia lebih risaukan isterinya yang tidak pernah menghubunginya itu. Kasihan pula dia kepada kekasihnya itu. Kasihan kerana dia tidak berpeluang hidup sebagai suami isteri dengannya.

“Bagaimana dengan isterinya? Sudah mengandungkah isterinya? Ah, kasihan pula dia kepada isterinya. Kasihan kerana sikapnya sendiri. Sikapnya yang tidak bertoleransi hari itu. Dia sepatutnya berbincang baik-baik dengan isterinya itu. Kenapa pula dia tiba-tiba mengganas kepada isterinya sendiri? Mungkinkah dia berasa tidak yakin yang dia adalah suami kepada Natasya Umaira? Ah, malunya dia kalau mengenangkan sikapnya sendiri!

Bagaimana kalau dia hubungi isterinya itu? Dia mengambil telefonnya. Dia menekan butang hijau di telefonnya. Namun telefon itu tidak diangkat. Ke mana pula isterinya itu?

“Sayang, rindunya abang kepada sayang...” bisiknya sendiri. Akhirnya dia meletakkan sahaja telefonnya di atas meja di ruang tamu itu. Dia terasa segan pula hendak menghubungi isterinya. Tetapi kalau dia tidak hubungi, bilakah dia akan ada masa bercakap-cakap dengan isterinya itu? Aduhai, aduhai!

Mahu sahaja dia pergi ke rumah sewa isterinya itu. Entah kenapa rindunya bagaikan air pasang yang naik membuak-buak. Dia mahu bertemu dengan isterinya itu. Dia mahu memeluk isterinya itu. Dia mahu menatap mata sayu itu. Dia mahu mengucup dahi isterinya itu. Dia mahu mengucup jari jemari isterinya itu satu persatu. Aduhai, bilakah dia dapat bertemu dengan isterinya itu. Ini pun sudah agak malam.

Dia berasa tidak selesa pula hendak ke rumah sewa isterinya itu sekarang. Dia pun baru sahaja habis bekerja. Dia baru sahaja balik ke rumahnya. Suasana rumah ini sungguh sunyi. Betapa rindunya dia kepada isterinya itu. Dia tidak puas hati. Dia mengambil semula telefon pintarnya. Dia menekan kembali telefonnya. Telefonnya masih tidak berangkat. Sehingga habis pun bunyinya, isterinya tidak mengangkat telefonnya itu.

“Ke mana sayang pergi selama ini? Kenapa tak datang ke rumah kita? Abang rasa sunyi pula sayang tiada di sisi abang, sayang, abang tunggu sayang tau!” soalnya.

Dia akhirnya menekan papan kekuncinya. Dia menulis sesuatu untuk isterinya itu.

Akhirnya dia masuk ke biliknya yang sunyi macam bilik mayat itu. Dia mengambil gambar persandingan mereka hari itu. Betapa terlihat bahagia isterinya di dalam gambar itu. Dia juga memberikan kerjasama yang jitu agar jurugambar mendapat hasil yang baik.

Dia teringat isterinya yang masih malu-malu kepadanya. Aduhai, bagaimana dia mengulangi kembali momen-momen indah bersama isterinya itu? Isterinya entah di mana!

“Gayat ke?” soalnya kepada isterinya semasa mereka dalam penerbangan menuju ke Eropah pada masa bulan madu mereka hari itu. Isterinya hanya mengangguk.

“Tak juga.” Dia sudah pegang tangan isterinya seerat-eratnya. Dia tahu isterinya agak takut dengan penerbangan yang agak panjang itu. Dia tahu isterinya tidak pernah menaiki pesawat ke mana-mana kecuali dalam penerbangan antara Malaysia sahaja. Dia tahu isterinya itu datang dari golongan sederhana sahaja. Dia tahu tetapi dia mahu isterinya itu walau bagaimanapun latar belakangnya.

“Tasya suka tak kalau kita macam ni selalu?” soalnya kepada isterinya. Isterinya senyum malu-malu dan melirik-liirk ke dalam matanya. Siapa yang tidak tertarik kepada isterinya sendiri saat itu? Aduhai, rindunya mengalahkan tingginya Gunung Kinabalu! Dia tidak setahan Gunung Tahan, percayalah! Mahu sahaja saat ini dia mencari di manakah isterinya itu!

“Bang, itu soalan budak-budak tingkatan satu,” isterinya sudah mengusik dia pula. Dia sudah kucup tangan isterinya. Kadang-kadang laju sahaja isterinya menyembunyikan tangannya.

“Maksudnya?” soalnya cuba mengusik isterinya semula. Sekali lagi isterinya senyum malu-malu. Barangkali tidak berani menentang matanya. Dia sendiri terlalu berani kepada isterinya sendiri. Ah, mamanya juga meminta dia melayan isterinya bagaikan permaisuri, ya permaisuri di hatinya. Kasihan pula dia mengenang isterinya itu. Di manakah isterinya itu? Dia mahu sahaja mengulang momen-momen indah antara mereka berdua. Siapa yang tidak mahu? Kan?

“Memang sukalah bang. Siapa yang tidak suka kalau jalan-jalan macam ni.

Tapi..” isterinya memandang ke bawah. Tangan isterinya masih dipegang erat.

“Tapi apa sayang?” soalnya menanti jawapan isterinya dengan rasa tidak sabar. Wajah isterinya kelihatan amat sedih dengan soalannya. Akhirnya mereka bertatapan seketika. Dia mahu memberikan perhatian kepada isterinya itu sepanjang masa. Dia tidak mahu selepas berbulan madu ini hubungan menjadi renggang semula. Dia mahu hubungan suami isteri yang serasi antara mereka berdua macam orang lain. Ah, alangkah tidak sabarnya dia menemui isterinya itu. Kalau dia tahu pilihan mamanya sebaik itu, dia tidak akan bercakap yang bukan-bukan kepada isterinya itu.

Percayalah!

“Saya tak suka sampai cuti tanpa gaji bang, saya takut... nanti kawan-kawan tak suka saya bang!” kata isterinya perlahan. Dia pun bingung. Semua urusan cuti dilakukan oleh mamanya.

“Bukan selalu sayang. Sekali sekala aje tahu! Tapi kenapa, sayang takut kalau sayang tak dapat nak naik pangkat?” soalnya pula. Isterinya menggeleng. Ternampak sedih wajah comel itu di matanya. Matanya menjadi kuyu dan asyik menunduk-nunduk sahaja. Kenapakah susah sangat isterinya hendak meminta cuti tanpa gaji? Kenapa isterinya takut sangat? Soalnya dalam hati.

“Saya tak suka susahkan guru-guru lain menggantikan saya. Kasihan mereka bang,” Kata isterinya yang begitu prihatin kepada tugasnya. Dia mendapat idea mengusik isterinya lagi.

“Kita belikan mereka hadiah nanti sayang,” katanya. Isterinya menggeleng lagi.

“Itu macam bagi rasuah pula bang, lagipun banyak nak beli. Mana ada duit saya banyak tu bang! Barang kat sini bukan murah! Tak sukalah abang ni,” kata isterinya itu. dia ketawa. Jadi apa yangharus dibuatnya agar isterinya ini suka? Kenapa asyik murung mukanya jika dikatakan mengenai cuti tanpa gaji? Soalnya dalam hati.

“Taklah, bukan rasuah, just hadiah aje. Tak pe, nanti abang belikan. Bukannya banyak mana pun! Tak salahkan? Kalau bagi hadiah, takkan nak salah pula,” katanya kepada isterinya. Isterinya menggeleng. Betapa merendah diri isterinya ini.

“Segan pula nak bagi-bagi hadiah! Macam lain pula rasanya saya ni bang!” kata isterinya memberi alasan tidak mahu memberikan hadiah kepada kawan-kawannya.

“Apa kata kalau sayang terus sahaja berhenti kerja. Jaga makan minum abang di rumah. Jaga makan pakai dan jaga anak kita yang bakal lahir nanti,” katanya seperti benar-benar meminta komitmen isterinya dalam hal ini. Wajah isterinya yang putih kuning itu sudah kemerahan seperti udang dibakar. Dia pula makin seronok mengusik.

“Saya tak sedia lagi bang. Lagipun takkan saya nak tunggu abang bermingguminggu di rumah. Abang kan kerja di udara. Lainlah kalau abang pun berhenti kerja dan kita sama-sama uruskan rumah tangga kita,” Kata isterinya pula. Isterinya tidak tahu dia sudah bertukar kerja. Dia sudah ditugaskan menguruskan syarikat papanya. Namun dia belum mahu memberitahu isterinya mengenai khabar dari papanya itu. Biarlah satu hari nanti baru isterinya tahu.

“Sayang nak abang berhenti kerja, apa yang kita nak makan sayang?” soalnya pula. Isterinya menundukkan pandangannya. Dia memang sudah bingung nampaknya kalau dia lagi yang berhenti kerja.

“Mana-mana abanglah, keluarga abang mampu. Lainlah keluarga saya. Ayah saya dah berhenti kerja, eh dah pencen bang. Kalau abang okey aje.” Kata Natasya Umaira. Dia sudah kucup pipi gebu isterinya itu. Suka benar dia mengusik isterinya ini. Isterinya gosok pipinya dengan muka yang sudah kemerahan. Ah, kenapa isterinya ini pantang dikucup pipinya dan perasaannya pula menjadi-jadi.

“Ya nanti kita tengoklah. Lepas bulan madu kita. Tengok siapa yang berhenti, sayang tau abang!” Katanya. Natasya Umaira pandang wajahnya. Seperti ada sesuatu yang hendak dia katakan.

“Bagaimana dengan hubungan kita ni bang? Bukankah abang dah ada perjanjian yang kita akan bercerai? Bagaimana abang dah lupa perjanjian kita? Kenapa perlu kita ada bulan madu kalau kita sudah sedia hendak bercerai tidak lama lagi.” Dia sudah peluk bahu isterinya itu. Dia tidak mungkin akan menceraikan isterinya itu. Bagaimana kalau isterinya ini tidak ada di sisinya, mampukah dia hidup tenang dan sendirian pula?

Dia selalu tertanya-tanya.

“Jangan sebut perkataan yang Tuhan tidak suka sayang.” Katanya perlahan. Wajah Natasya Umaira dipandang tegang.

“Kita kan sudah ada perjanjian bang?” soal Natasya Umaira memandang dirinya dengan bersungguh-sungguh. Berdegup jantungnya meneliti pandangan isterinya. Memang mereka ada perjanjian sebelum menikah hari itu. Dia juga yang terpaksa melakukan demi tidak mahu terikat dengan perkahwinan paksa oleh mama dan emak mertuanya ini. Namun sekarang, persepsinya sudah berubah dan sewajarnya perjanjian antara mereka suami isteri itu sudah tidak bermakna.

“Kita batalkan sahaja perjanjian tu. Perjanjian itu hanya antara kita berdua saja sayang. Orang lain tak tahu! Jangan pula sayang dah beritahu dengan semua ahli keluarga sayang, memang naya abang! Masak abang oleh mama!” katanya. Natasya Umaira masih termangu. Apakah isterinya ini tidak percaya yang dia mahu menumpukan sepenuh komitmen terhadap perkahwinannya ini? Resah dia dengan diamnya isterinya di sisinya ketika itu. Mahu sahaja dia mengoyakkan semua kertas yang berkaitan dengan surat perjanjian mereka itu dan bertaubat dia tidak akan melakukan hal itu. Saat ini, mahukah isterinya setuju?

“Tapi depan peguam abang tu bang! Bagaimana nak batalkan?” kata isterinya yang masih tidak puas hati. Dia ketawa. Dia memang anggap hal ini perkara mudah sahaja. Rahman adalah kawan baiknya. Surat perjanjian itu dibuatnya hanya untuk menakut-nakutkan dan seperti mengugut isterinya ini. Kasihan pula dia kepada isterinya ini.

“Sabarlah nanti abang uruskan hal itu. Tapi memang tak de masalah tu sayang!” katanya sudah serba salah dengan segala perjanjian yang sudah mereka meterikan hari itu. Dia agak menyesal juga sebenarnya. Selama dia bernikah dengan sepupunya ini banyak pula kesilapan yang dia lakukan.

“Bagaimana dengan kekasih abang. Bukankah abang janji nak nikah dengan dia? Kenapa pula abang berjanji sehidup semati dengan saya sekarang? Bagaimana dengan Rozaila? Saya tak mahu nanti saya dituduh tergila-gilakan abang pula sehinggakan abang tak nak dah dengan kekasih abang tu!” soal Natasya Umaira. Dia serba salah sebenarnya. Tetapi isterinya takkan tidak faham kalau dia sudah mahu memberikan sepenuh komitmen kepada isterinya ini? Kenapa isterinya tidak mahu mempercayainya?

“Sayang, abang dah janji nak menjadi suami sebenar dan sayang menjadi isteri abang kalau ada jodoh kita sampai akhir hayat kita. Tak usah bimbang tentang bekas kekasih abang. Dia sudah tak ada kena mengena dengan abang.” Katanya. Isterinya masih termangu. Mahukah gadis itu percaya?

“Tapi...” dia terus mengucup bibir isterinya itu sehingga isterinya tidak terkata apa lagi. Geram dia tingkah isterinya ini. Selalu benar berasa ragu dengan kata-katanya.

Adakah dia dilihat seperti seorang pembohong?

“Sayang... percayalah abang memang cintakan sayang.” Katanya selepas dia mengucup bibir merekah itu. Isterinya menundukkan pandangannya. Wajah yang sedia memerah itu semakin merah seperti dipakaikan mekap. Dan, itu sahaja caranya untuk menutup agar isterinya bercakap yang bukan-bukan mengenai hubungan mereka.

“Tapi,” isterinya masih ada persoalan yang tidak jelas. Dia pandang wajah pemalu isterinya. Apakah dia masih sangsi? Soalnya dalam hati.

“Apa lagi sayang?” soalnya. Wajah mereka didekatkan walaupun isterinya itu selalu menolak hadir dirinya.

“Bagaimana kalau kekasih abang tu datang dan ganggu saya ketika abang tak de? Saya tak mahu dia masih ada dendam bang!” katanya yang bimbangkan kedatangan bekas kekasihnya itu. Memang dia risaukan hal itu. Namun dia berdoa agar bekas kekasihnya itu tidak akan mengganggunya lagi.

“Jangan risau sayang. Dia takkan ganggu sayang. Abang kan ada? Jadi jangan risau!” Janjinya. Isterinya tetap berasa tidak percaya. Jauh sangat pandangan isterinya, jauh dari sasaran dinding keputihan di bilik mereka itu. Ah, Rozaila tidak akan berbuat sesuatu kepada isterinya itu. Dia tahu akan hal itu.

“Ada jaminan dari abang ke mengenai hal ini?” soal Natasya Umaira pula. Marak pula mata kuyu itu memandangnya. Mahu sahaja dia kucup-kucup mata cantik itu.

“Ya abang jamin.” Katanya dengan penuh keyakinan.

“Bagaimana abang jamin kalau dia tiba-tiba datang jumpa saya dan ganggu saya?” soal isterinya masih tidak meyakini akan kata-katanya.

“Sayang takut?” soalnya pula. Isterinya mengangguk. Benarkah dia takut? Apa yang hendak ditakutkan? Memanglah isterinya takut jika Rozaila datang mengganggunya. Rozaila seorang yang agak ganas dan suka memburukkan orang lain. Bagaimana jika dia mengandung disebarkannya di internet dan dia dikatakan yang bakal menjadi ayahnya? Bagaimana penerimaan ahli keluarga dan isterinya mengenai hal itu. Minta dijauhkan malaikat 44. Minta dijauhkan daripada bala. Minta Allah berikan dia dan isterinya perlindungan.

“Jangan risau sayang. Dia takkan datang ganggu sayang. Nanti abang akan cakap kepadanya.” Katanya memberi jaminan kepada isterinya.

“Memang saya sangat risau bang. Kalau abang tak perlulah risau, abang kan lelaki. Kalau saya ni lainlah!” kata Natasya Umaira lagi. Kenapa degil sangat isterinya? Tetapi dalam keadaan berjauhan begini, bagaimana dia melindungi isterinya?

Akhirnya dia tertidur setelah sekian lama mengenang isterinya.

Isterinya entah di mana?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience