Chapter 14

Romance Completed 46068

Bab 14

“Kenapa pula mama nak mengada-ada suruh aku bawa Tasya ke sini? Eh budak kampung tu apa kelas jadi isteri aku! Memang tak ada kelaslah!” kata Nukman Faris sudah mengomel dalam hatinya. Dalam hatinya Tuhan sahaja yang tahu. Namun entah mengapa dia tidak suka disuruh-suruh oleh mamanya begitu. Egokah dia?

Dia menghempaskan semua pakaiannya ke atas katil. Sakit betul hatinya dengan permintaan mama dan papanya. Gadis kampung itu pula sering sahaja bermain-main di matanya. Apakah dia rindu? Kenapa bukan rindukan kekasihnya?

“Assalamualaikum bang, eh bila abang sampai?” adiknya Nuraina sudah tercegat di pintu biliknya. Dia tarik muka masam. Dia rasa semua orang menganiayanya.

“Walaikumsalam, baru aje abang balik. Malas abang dengan mama dan papa tu, suka-suka nak nikahkan orang. Sekarang suka-suka hati nak suruh orang ambil perempuan tu entah di mana entah! Kekasih abang nak simpan mana? Eh tak sukalah!” soal Nukman Faris. Nuraina sudah ketawa.

“Abang, terimalah hakikat yang abang dah kahwin. Jaga rumahtangga abang tu.

Jangan nak buat macam-macam, kalau pak mertua abang tahu, naya abang,” kecut perut Nukman Faris melihat misai sejemput milik ayah Natasya.

“Kahwin konon! Kami kahwin bohong ajelah! Bukannya kahwin macam orang lain,” jawab Nukman Faris. Adiknya Nuraina ketawa.

“Tak boleh nak bohong abang, jaga baik-baik kak Tasya tu, beruntung dah abang dapat dia. Sepatutnya abang bawa dia pergi umrah sebagai tanda kesyukuran dapat gadis baik macam dia,” kata Nuraina menasihati abangnya.

“Tak dapat pegi umrah Aina, dia sedang mengandung!” kata Nukman Faris. “Mengandung? Betulkah berita tu? Entah-entah fitnah orang kampung aje!” kata Nuraina membuntangkan mata. Nukman Faris memikir seketika. Mungkinkah fitnah?

Susah pula orang kampung!

“Fitnah? Fitnah apanya? Kenapa mereka berhabis nak nikahkan budak tu kalau tak mengandung? Sekarang ni kita nak minta penjelasan dengan siapa?” soal Nukman Faris pula. Nuraina garu kepala yang tidak gatal. Soalan yang sungguh sukar untuk dijawabnya. Lebih mudah jika dia mendengar penerangan pensyarah fiziknya, ada lagi fahamnya dia. Nuraina teringatkan pensyarahnya yang tampan dengan janggut sejemput yang sering merenungnya dari dewan kuliah itu. Dia pula buat-buat tidak tahu! Takkan seorang pensyarah matang begitu ada hati dengan pelajar yang masih mentah sepertinya. Fikir Nuraina.

“Dia kan difitnah oleh bekas tunangnya. Mungkin mak dan ayahnya pun percaya dengan fitnah tu. Kenapa abang tak siasat dulu? Kenapa tak minta kak Tasya berterusterang? Kita kan sepupu bang,” kata Nuraina pula. Nukman Faris pula yang gelenggeleng. Dia pula yang bingung. Hendak bercakap dengan gadis itu pun dia rasa jijik. Ini kan pula bercakap-cakap. Dua hari mereka berkursus kahwin pun, mereka tidak bertegur sapa, ini kan bercakap dan berbual bertanyakan masalahnya, memang jauh api dari panggang lah katakan!

“Entahlah, kalau abang tanya dia diam je macam batu. Abang pun susah nak cakap.” Kata Nukman Faris yang pernah cuba bercakap dengan Natasya Umaira yang agak pendiam. Dia seperti seorang gadis misteri yang cuba melarikan diri daripada masalahnya sendiri. Lagipun dia sendiri tidak banyak masa hendak melayani kerenah gadis manis itu.

Nukman Faris geleng kepala. Semua orang di sekelilingnya cakap dia bertuah dapat menikahi Natasya Umaira. Tidak tahu pula sama ada ia benar atau tidak. Apa yang penting dia mahu berkahwin dengan Rozaila kekasihnya tetapi tahun lalu dia mahu melamar gadis itu, gadis itu menolak. Katanya mereka masih muda. Masih muda? Dia sudah di ambang tiga puluh tahun. Rozaila pun sudah melimpasi dua puluh lima tahun. Last-last, dia dinikahkan dengan Natasya Umaira yang dia sendiri tidak tahu berapa usianya. Rozaila pula masih mahu memajukan kariernya. Kononnya lah! “Kenapa awak ketawa? Awak tak tahu bagaimana orang kena paksa kahwin tahu!” kata Nukman Faris yang geram dengan sikap adiknya. Nuraina masih ketawa melihat gelagat abangnya itu.

“Saya faham tapi saya tahu kakak Tasya tu baik orangnya. Sepatutnya abang kena layan isteri abang baik-baik, ada pahala tau! Kalau layan kekasih dapat dosa!” kata Nuraina. Dia garu kepala lagi. Memang haru sungguh suasana yang melumuri hatinya. Nuraina seperti tahu apa yang bermain di hatinya.

“Awak apa tahu? Kalau awak yang kena paksa baru tahu!” jerkah Nukman Faris geram dengan adiknya. Nuraina ketawa melihat gelagatnya. Nuraina belum mahu kahwin. Dia baru sahaja di tahun kedua pengajiannya di universiti.

“Saya tahu bang. Kakak Tasya tu orang yang baik, jangan abang dikaburi oleh kemewahan kita sehingga abang tak tahu nak nilai kaca atau permata,” kata Nuraina lagi. Budak lulusan Fizik itu pun tahu mengenai perkahwinan? Soal Nukman Faris dalam hati.

“Awak diam sudahlah! Jangan nak banyak cakap macam mama tu! Saya ni tak suka! Hidup saya ni penuh dengan kongkongan!” kata Nukman Faris marah-marah.

“Dulu kan abang sayang kak Tasya, kenapa sekarag dah berubah hati?” Nukman

Faris jeling adiknya.

“Bila masa awak tahu aku sayang dia? Dia si budak gemuk tu awak tuduh aku sayang dia? Dalam mimpilah jawabnya!” Nuraina ketawa lagi. Nukman Faris bertambah geram dengan sikap adiknya.

“Tahulah! Kalau kita benci sangat orang tu, lama-lama nanti orang itu lah yang akan kita peluk setiap hari! Susah nak berenggang gitu! Sekarang ni memang lah benci!

Pegang cakap saya ni bang!” Nukman Faris tepuk dahi. Apakah kata-kata adiknya itu ada kebenaran?

“Boleh tak jangan masuk campur urusan abang? Benci tau!” Nuraina ketawa.

Rasa lucu dengan sikap abangnya itu.

“Saya cakap yang benar tau! Jangan pula nanti terkena batang hidung sendiri baru tau!” kata Nuraina lagi. Dia sudah marakkan matanya. Sakit hati dengan kata-kata adiknya Nuraina itu.

“Entah-entah awak yang macam tu nanti! Mana tau!” katanya kepada Nuraina. Nuraina geleng kepala.

“Tak mungkinlah. Cinta kita orang sweet aje!” kata Nuraina dengan selamba. Oh maksudnya adiknya itu sudah ada kekasih.

“Awak jangan pandai-pandai nak tunjuk pandai ye! Mentang-mentang dah ada buah hati! Eksyen pula ya!” katanya kepada adiknya Nuraina. Sebenarnya dia sudah geram kepada adiknya itu.

“Maaf tuan pilot! Saya hanya bergurau! Takkan ketawa pun tak boleh? Eh, tuan pilot ini terlalu sensitif macam mak nenek!” kata Nuraina yang sudah berlari menuju ke tangga. Bertambah mencuka wajah Nukman Faris. Ketawa Nuraina masih bersisa.

“Pandailah awakkan! Nah ambik awak!” kata Nukman Faris membalingkan bantal kecil kepada adiknya.

Nuraina sudah berlari menuju ke biliknya. Didengarnya adiknya ketawa terkekekkekek di dalam biliknya. Nanti awak ya! Ada ubi ada batas tahu! Katanya dalam hati. Sabar ajelah!

Nukman Faris mahu sahaja terus tidur tetapi akalnya masih berputar mendengar permintaan emaknya agar menjemput isterinya di atas kertas itu datang ke rumahnya ini. Aduhai, gagal lagi urusannya sendiri. Ini semua gara-gara Natasya Umaira. Detiknya sendiri.

Namun dalam diam-diam, wajah manis Natasya Umaira tetap menari-nari di matanya. Apatah lagi mengenangkan wajah sedih Natasya Umaira saat kali terakhir mereka berpisah. Apakah ada kasih sayang di anak mata yang sedang bersedih dan selalu menangis itu?

Apakah gadis itu mahu bercakap sesuatu yang tidak memuaskan hatinya? Mahukah gadis itu berkongsi sesuatu dengannya? Ah, kenapa ingatannya menjadi-jadi kepada gadis itu? Asal tutup mata saja nampak gadis itu. Di mana-mana pun dia nampak isterinya. Di dapur, di ruang tamu, di depan mamanya pun dia nampak gadis itu. Senyumnya, sedihnya, sebaknya, air matanya dan tawanya.

Apahal sebenarnya? Jatuh cintakah dia? Jatuh cinta kepada isteri sendiri?

Rozaila nak simpan kat mana?

Aduhai! Tak mungkin! Tak mungkin dia akan jatuh cinta dengan semudah itu! tetapi kenapa dia terkenang-kenang? Dengan kekasihnya tidak pula dia mengenang sekerap ini! benarkah dia jatuh sayang kepada isterinya sendiri? Atau, dia jatuh sayang kepada sepupunya sendiri? Atau inikah namanya cinta? Atau, ini hanya dugaan buatnya? Apa yang sebenarnya ya? Soalnya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience