Chapter 55

Romance Completed 46068

Bab 55

Aku terus masuk ke bilik air. Aku tidak mahu berpandangan mata dengan lelaki yang banyak menyakiti hatiku ini. Sakitnya hatiku. Baru sahaja tadi kami berjanji akan keluar makan pada malam ini. Dia balik sudah agak malam. Aku tidak akan keluar pada malam-malam begini. Aku pun sudah memasak untuk keperluan ibu bapa kami di rumah ini.

Aku sudah cakap awal-awal. Aku mahu minta cerai. Kalau benar dia memang sudah ada kekasih, ceraikan aku. Masalahku pasti sudah selesai. Dan, aku pun tidak pening kepala memikirkan pernikahan kami yang hanya setakat di atas kertas ini. Benci sungguh aku! Namun kebencianku terpadam setiap kali memandang wajah kacak dengan wajah sayu sedang menatap mataku ini.

Ah, kenapa aku terlalu cepat lemah dengan pandangannya? Sekarang aku tutup pintu bilik air dan aku tidak mahu memandang matanya yang sayu itu. Tetapi hatiku seperti disiat-siat? Kenapa hatiku sakit?

Dia sudah berjaya selesaikan masalahku dengan menikahiku selama tiga hari. Terima kasih banyak-banyak. Hari itu dia tidak mahu menceraikan aku sebab aku mengandung. Sekarang, aku sudah tidak mengandung. Alasannya lagi kerana kami akan disandingkan dan kemudian berbulan madu menjelajah ke seluruh Eropah. Kenapa dia tidak batalkan sahaja berbulan madu kami itu?

Bukankah mudah kalau hal itu dibatalkan. Aku sendiripun tidak akan bersemuka dengan guru besarku atau majikanku untuk memohon cuti tanpa gaji selama dua minggu. Bukan senang urusannya hal itu.

Wah, bukan main gahnya alasannya agar dia tidak menceraikan aku! Sekarang, kekasihnya minta nikahi. Sepatutnya dia ceraikan aku dan nikahi kekasihnya. Bukannya dia hendak memadukan aku. Aku takkan rela. Sampai mati aku tidak rela untuk dimadukan.

Bukannya apa, aku hanya meminta dia nikahi aku tiga hari sahaja. Kenapa sekarang sudah tiga bulan lebih aku dan dia masih dalam pernikahan yang sah? Dan, kekasihnya pula merayu-rayu meminta dinikahi, dibiarkannya sahaja dengan pelbagai alasan!

Apa yang sudah jadi kepada hatinya? Apakah benar dia sudah jatuh sayang dan aku sendiripun begitu? Ah, apakah perasaan kami sama dan rasa debar dada kami sekata? Kalau benar, apa yang perlu aku buat? Beritahu dia tentang hatiku yang sudah mula sayangkan hubungan ini dan ingin teruskan pernikahan ini sampai akhir hayat dan bukannya tiga hari? Aduhai! Benarkah apa yang kami rasa ini? Ya Allah, tolonglah kami!

Memang ada sedikit perasaan lahir dari sudut hatiku yang dalam tetapi apabila mendengar perbualan dengan kekasihnya yang meminta dia menikah, perasaan yang aku pendam selama ini aku padamkan. Aku padamkan cepat-cepat. Aku tidak mahu menjeruk perasaan kasihku ini lama-lama. Kelak ia akan menjadi barah dalam diam.

Aku tidak mahu menjadi duri dalam daging bagi apa yang akan dilakukannya. Dia masih muda. Aku pun masih muda. Kami boleh sama-sama menentukan lagi masa depan kami. Bukannya terus-terusan bertentangan mata begini dan kelak akan melahirkan perasaan yang lain pula. Aku tak mahu sebenarnya. Aku rela tersingkir daripada persaingan ini. Rozaila bukan pesaingku. Aku tidak mahu bersaing dengannya. Rozaila sudah lama menjadi kekasihnya, kenapa lelaki itu degil dan tidak mahu mendengar apa yang akan aku katakan kepadanya?

Mamanya pun satu. Dia pula melarang Nukman Faris daripada menikahi Rozaila. Apa salahnya Rozaila menjadi isterinya? Bukankah mereka sama sahaja. Sama-sama enggang. Dan bukan macam aku, umpama enggang dengan pipit. Kalau orang kampung tahu, lain lagi yang orang kampung akan fitnah kan kat aku. Nasib baik mama Nukman Faris kakak kepada emak aku. Kalau tidak, panjang lagi mulut orang kampung pot pet pot pet! Bencinya aku! Bencinya aku! Benci!

“Sayang, buka pintu ini, kenapa nak lama-lama di bilik air ni?” kedengaran satu suara dari luar. Aku terus menghadap cermin dan sinki di depanku. Aku lihat mukaku merah dan dadaku berdebar kencang. Apakah petanda kepada diriku ini? Apakah ini yang dikatakan cinta?

“Sayang keluarlah, kita bincang.” Katanya. Aku tahu dia tidak akan berbincang baik-baik denganku. Malah dia sengaja hendak mengambil peluang mengganggu aku. Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dulupun dia cakap begitu. Ketika kami baru balik dari klinik kawannya Dr. Shamsuri. Dia kata nanti kita bincang. Tetapi bincang apa?

Apa yang dia bincangkan? Dia bukannya hendak berbincang. Sebaliknya dia ragut dara yang kujaga sekian lama ini. Kenapa dia sanggup memperlakukan aku begitu? Kenapa dia tidak mahu bincang dengan baik-baik denganku. Kalau benar dia menyayangi aku selaku isterinya, kenapa dia tidak berterus-terang? Kalau rasa dah benci dan tidak sesuai dengan aku, kenapa dia tidak ceraikan aku sahaja? Kasihannya aku! Sering sahaja aku dibelenggu serba salah.

Kalau dia memang sudah tidak mahukan diriku kenapa dia tidak hantar aku semula ke rumah ibu bapaku? Kenapa dia hendak rogol dan jatuhkan maruahku di depannya sendiri? Aduh, sungguh malang nasibku. Apakah semua isteri teraniaya sepertiku? Kali ini, saat ini, hari ini dia memujuk aku semula seperti dulu. Apakah dia akan memuliakan aku dan mengembalikan kehormatan aku sebagai isterinya?

Kenapa dia begitu tega merogol aku dan kemudian membiarkan aku terumbang ambing seperti ini? Sepatutnya sekarang aku sudah dibebaskan aku dari alam pernikahan yang sangat menyakitkan ini. tetapi kenapa dia masih mengurung aku di sangkar mewahnya ini bersama keluargaku? Apakah dia ingat aku ini mata duitan? Apakah dia ingat aku akan terpujuk dengan wang ringgit dan lakonan kasih sayangnya di depan ahli keluarga kami? Ah aku tidak akan terpujuk. Aku tahu dia hanya berlakon mantap di depanku.

Aku tahu dia hanya akan menyakiti hatiku. Aku tahu dia hanya mahu menyeksa aku kerna aku kononnya telah memperdayakannya dengan pernikahan ini! jadi dia mahu membalaskan dendamnya? Ah, aku sungguh terseksa. Benar, aku tidak berbhong, aku terseksa. Kalaulah aku tahu dia menunggu aku di depan rumah sewaku hari itu, aku tidak akan kembali ke rumah sewaku.

Sebaliknya aku akan terus balik ke rumah emak atau nenek walaupun aku tahu emak tidak ada di rumah kami di kampung. Ah, kenapa aku diberikan kesilapan lagi kali ini? Kenapa aku harus dipertemukan lagi denagn lelaki ini? Kenapa aku diduga lagi dengan memandang wajah kacak yang cukup menyakitkan hatiku ini?

Benarkah kami ini berjodoh? Benarkah kami ini sebenarnya akan diikat dalam pernikahan seumur hidup kami dan bukannya setakat nikah tiga hari?

“Sayang, mama dah tanya tu? Malam ni sayang nak masak apa?” ah, perangkap lagi. Mamanya suka benar memasang perangkap di antara kami. Padahal aku dan emak sudah memasak tadi.

Apakah mamanya ini pengikat kasih sayang kami atau sekadar penghalang perceraian kami? Atau, antara kami memang ada persamaan dan perbezaan. Atau antara kami memang sudah saling jatuh cinta dan itulah pengikat kasih antara kami berdua? Oh tidak! Aku kesempitan idea sekarang. Aku tidak tahu yang mana satu yang benar. Aku pun tidak mampu untuk memberikan komen untuk

‘Masak? Aku nak masak apa malam ini? Kenapa bukan emakku yang memasak untukku ketika aku masih kepenatan ini? Kebiasaannya emak akan memasak untukku jika aku baru balik dari tempatku mengajar. Sekarang, di mana emak? Kenapa emak tidak mampu menyelamatkan aku? Kenapa aku harus dipanggil untuk memasak? Tunggu... tunggu... tarik nafas Natsya Umaira. Aku sepatutnya menjaga hati ibu bapa mertua dan suamiku sendiri dengan memasak pada malam ini. tetapi menu apakah yang akan aku msak pada malam ini?

Aku bukannya pandai sangat memasak. Masak nasi putih, ayam masak kicap dan sayur campur masak tumis. Itu sahaja. Aduhai, kenapa aku lagi yang akhirnya jadi mangsa pada saat aku ingin melarikan diri daripada cengkaman pandangan mata Nukman Faris yang menggoyahkan imanku saat ini. Aduh, mak, ayah tolong anakmu ini!’

“Sayang, kenapa lama sangat di dalam bilik air ni? Sayang merajukkah?” suara Nukman Faris kedengaran lagi. Aku bagaikan terkejut dikejutkan oleh suara gemersik seperti berbisik Nukman Faris di luar bilik air biliknya ini. Ah, aku hendak buka pintu ini atau aku terus berkurung di dalam bilik air ini? Aku keluar atau apa? Aku tanyakan diriku sendiri.

Debar dadaku hanya Allah sahaja yang mengerti saat ini. Kenapa aku harus gemuruh pula pada saat aku bersedia hendak keluar dan berdepan dengan lelaki yang telah mengoyak-ngoyak dan mencarik-carik secebis maruah seorang isteri di atas kertas sepertiku. Aku tiba-tiba sebak. Sangat sebak menumpu di dalam hatiku. Mahukah seorag lelaki itu memahamiku pada saat-saat aku sangat sebak seperti ini? mahukah dia memahamiku? Mahukah dia memujuk aku? Atau aku memang tidak mahu dipujuk lagi seperti selalu kerana aku takut lagi pisang berbuah dua kali.

Argh! Apa yang harus aku lakukan saat yang sangat membingungkan aku ini?

“Sayang, maafkan abang. Ampunkan abang. Kalau abang silap, maafkan abang,” kudengar suara itu sudah merayu.

Ah, benarkah rayuannya itu? Benarkah dia merayu dengan sepenuh hatinya atau sekadar hendak mempermainkanku lagi. Aku dua hati. Hendak keluar atau terus berkurung di bilik air yang agak selesa ini. Aduhai!

“Taklah, saya sedang cuci muka ni. Buat apa abang nak merayu-rayu di situ?” soalku pura-pura membuka pili air. Sebenarnya aku tidak berbuat apa-apapun.

“Tapi kenapa lama sangat? Tengah malam pula ni? Tak takut di dalam tu?” dia mahu mempermainkan aku pula. Keadaan bilik air yang bersih dan agak besar ini? Aku tak takutlah!

Tiba-tiba pintu bilik air sudah dibuka dari luar. Mataku terbuka lebar. Terkejut dengan kesungguhannya menunggu aku di luar pintu. Ah, kenapa aku harus merajukrajuk pula. Aku sepatutnya tidak perlu hendak merajuk.

“Sayang, apa buat kat sini? Menangis ya sayang?” soal Nukman Faris yang sudah berdiri mendepani aku. Aku geleng. Takkan aku hendak mengaku aku menangis di dalam bilik air pada waktu tengah malam begini? Ah, kenapa pula aku harus cemburu jika nama Rozaila yang disebut-sebutnya? Kenapa aku harus cemburu Natasya Umaira? Kenapa aku?

“Tak de, saya nak cuci muka,” suaraku serak. Wajahku kutundukkan ke lantai.

Dia masih menghadap wajahku dan menarik tanganku keluar dari bilik air itu.

“Maafkan abang tak sempat kita nak makan di luar. Mungkin esok malam boleh ya sayang. Abang akan cuba luangkan masa untuk sayang.” Katanya. Ya tengah hari tadi dia janji nak bawa aku makan di luar. Apa kisahnya? Aku tunggu sampai pukul 12.00 tengah malam pun belum nampak batang hidung dia. Alih-alih dia kata nak nikah lain! Suami apa begini?

Aku geleng. Aku tidak mahu dia paksa diri untuk luangkan diri keluar denganku. Dia boleh sahaja meneruskan kerjanya dan aku menyiapkan asignmentku. Aku hanya diberikan masa tiga minggu lagi untuk menyiapkannya. Selepas sekolah dibuka nanti, aku tentu akan sibuk setengah mati.

“Tak pe bang, kalau abang sibuk, saya ok, makan kat rumah aje.” Kataku yang tidak mahu memaksanya. Aku tidak suka memaksa-maksa dia mengikut kemahuanku.

Ingat apa yang ada dalam perjanjian sebelum pernikahan kami? Ya,aku masih ingat. Aku tidak boleh membuat apa-apa permintaan itu dan ini kepadanya. Selepas nikah kami akan mengikut haluan masing-masing seperti sebelum nikah.

“Sayang dah makan malam ni?” aku angguk. Aku makan dengan ibu bapaku malam ini. Dia juga sudah berpesan agar aku makan dulu dan dia akan balik lewat. Jadi, takkan aku cakap aku belum makan dan tunggu dia? Oh, tidak! Kalau aku tunjuk baik nanti dia akan berat hati menceraikan aku!

“Kenapa sayang macam orang bisu ni?” soalnya pula. Pandangan kami bertaut semula. Aku menundukkan pandangan. Selalu aku mengalah kepada pandangan tajamnya seperti seorang yang mengira jumlah jerawat di mukaku. Ngerinya!

“Nak cakap apa pula? Saya dah makan. Takkan abang tak makan lagi!” soalku memandangnya seketika. Aku takut memandangnya. Dia ketawa.

“Kita tidurlah ya. Abang pun dah penat sangat ni, tapi abang nak bersihkan diri sebentar,” kata Nukman Faris. Aku bergegas mengambil tualanya di balkoni.

“Terima kasih sayang,” katanya. Aku terus duduk di meja kerjanya. Aku mahu menyambung kerja kursusku yang tertangguh. Emosiku tidak stabil sejak akhir-akhir ini. Asyik memikirkan suami. Asyik memikirkan mengenai persandingan. Aku hanya menjemput Shamira dan beberapa orang kawan sekerjaku.

Selebihnya biarlah pihak mereka menentukan tetamu mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience