Chapter 87

Romance Completed 46068

Bab 87

“Jadi awak dah sedia?” soal mak ciknya. Dia angguk. Dia memang sudah lama mengidam hendak menikah dengan kekasihnya yang sudah beralih arah itu. Dia tahu akan hal itu. Namun dia tidak akan berputus asa.

Kekasih yang sudah berjanji akan menikahinya akan dinikahi apabila tiba waktunya. Dia akan mengajari bakal mertuanya mengenai cara dan tindakan yang bakal dilakukannya. Baru padan dengan muka mereka. Benci sungguh dia ddengan penolakan Nukman Faris kepadanya. Dia tidak menyangka yang lelaki itu akan membuangnya setelah dia mempunyai seorang isteri sebenarnya.

“Sedia apa mak cik?” soalnya kepada ibu saudaranya yang banyak membantunya selama ini sehinggakan tersedianya majlisnya yang agak kecil juga di perumahan mak ciknya ini.

“Sedia nak nikahlah, nikah dengan kekasih yang ditunggu-tunggu dan diharapharapkan selama ini! Apa lagi nak disediakan,” kata makciknya, Rose Harlina itu.

“Memang dah lama saya sedia mak cik, tak tahu macam mana nak cakap lagi. Lelaki tu dahlah tipu saya sekarang dia tak nak saya pula. Memanglah saya sakit!” katanya. Puan Rose Harlina tersengih. Puan Rose Harlina sedar yang anak saudaranya ingin sangat berkahwin dengan Nukman Faris. Dia hanya membantu.

“Mama awak macam mana pula? Dia tak membantah? Papa?” soal Mak cik

Rose Harlina.

“Ditanggung beres mak cik! Don’ worry! Bila tiba masanya nanti panggil mama dan papa ke sini!” katanya memberikan arahan.

“Ya, mak cik dah tahu hal tu!” katanya.

“Ok, mak cik saya akan atur hal ini,” kata Rozaila dengan penuh yakin. Dia sudah tidak sabar hendak menjadi isteri kepada Nukman Faris.

***

Ricky Ridzuan sudah dengan perancangannya pada hari ini. Dia sudah nekad. Dia sudah tidak tahan dengan penolakannya. Dia juga seperti dapat menduga yang kekasihnya dalam diam ini sudah mempunyai perancangan hendak menyisihkan dia. Dia pernah terdengar perbualan di telefon antara Rozaila dengan orang suruhannya.

Anak Datuk Ismail ini memang licik!

“Pastikan awak dapatkan kekasih awak dan saya akan bernikah dengan

Nukman! Jangan sampai hal ini pecah kepada orang lain!” dia terdengar perbualan Rozaila entah dengan siapa. Rozaila pula sudah semakin menjauhinya. Kalau dia bercakap dengan seseorang di telefon, dia akan pergi bersembunyi di mana-mana. Semakin Ricky Ridzuan berasa syak. Dia yakin ada sesuatu yang sedang dirancang oleh Rozaila kekasih yang diidamkannya selama ini.

Kenapa dirinya yang begitu prihatin dan berjanji akan bertanggungjawab ini dibuangnya? Kenapa kekasihnya yang sudah kahwin itu juga yang digilainya? Kenapa Rozaila hanya memandangnya dengan sebelah matanya? Kenapa Rozaila tidak mahu menikah dengannya walaupun sudah berkali-kali dia mengajak agar mereka segera menikah? Dia juga tahu kekasihnya itu sudah mengandung. Tetapi kenapa dia pula disingkirkan sedangkan dia adalah papa kepada anak di dalam kandungan kekasihnya itu? Ah, risau sungguh dia. Risau dengan penyisihan Rozaila terhadap dirinya.

Akhirnya dia nekad. Nekad bertemu dengan Datuk Ismail.

“Apa hal awak datang ni? Awak ni siapa?” soal Datuk Ismail yang tidak mengenalinya. Mama kepada Rozaila yang cantik bersanggul dan bergaun bungabunga merah hati itu memang memandangnya bagaikan tidak ada mata. Namun dia berjanji. Dia berjanji akan berterus-terang dengan kedua-dua ibu bapa kekasihnya itu. “Saya Ricky Ridzuan, Datuk,” katanya. Dia sedar dia bukan anak siapa-siapa.

Dia anak orang biasa sahaja. Namun cintanya kepada Rozaila setinggi Gunung Kinabalu, malah kalah Gunung Kinabalu. Jadi, cintanya tidak harus dipertikaikan oleh sesiapa. Dia tahu datangnya tidak diundang namun dia mahu menyelamatkan hubungannya dengan Rozaila yang dianggapnya sebagai kekasihnya selama ini. Dan dia mahu bertanggungjawab terhadap gadis itu.

“Ricky Ridzuan?” soal mama Rozaila. Menjeling wanita bersanggul tinggi itu. Dia angguk. Dia tahu hadirnya seperti tidak dialu-alukan. Namun dia berjanji kepada dirinya, jika dia diterima dalam lamarannya ini, dia akan membawa ibu bapanya untuk melamar Rozaila.

“Ya mak cik, pak cik.” Jawabnya. Dia tidak perlu takut. Dia sewajarnya berani berterus-terang kepada ibu bapa kekasihnya ini. Sekali pun Rozaila tidak mahu menganggapnya kekasih, dia reda. Dia mahu bertanggungjawab. Anak yang Rozaila kandung itu adalah anaknya.

“Awak ni siapa sebenarnya?” garang suara mama Rozaila. Gayanya yang ada sedikit kasar ada persamaan dengan Rozaila. Ke mana tumpahnya kuah... bisiknya.

“Saya dah lama kenal dengan Rozaila pak cik.” Katanya jujur. Buntang mata Datuk Ismail. Begitu juga dengan mama Rozaila.

“Rozaila sudah punya kekasih.” Kata mamanya agak keras. Oh Nukman Faris yang sudah berbahagia dengan isterinya itu kekasih anaknya ini, ops, tolong sikit. Dirinya inilah kekasih Rozaila. Bukan Nukman Faris!

“Kekasih yang sudah kahwin!” jawabnya berani. Mahu terbuntang mata wanita ego itu. Sama egonya dengan anaknya Rozaila. Namun dia harus menerima Rozaila kekasihnya.

“Itu bukan urusan awak!” kata mama Rozaila dengan lantang.

“Mama, dengar dulu apa anak muda ni nak beritahu kita! Tak perlu kita nak sibuk beritahu itu dan ini kepada anak muda ini. Mungkin dia lebih rapat dengan anak kita.” Kata Datuk Ismail yang lebih rasional dalam berfikir. Dia angguk. Memang ada kebenaran dalam kata-kata Datuk Ismail itu.

“Teruskan anak muda,” pinta Datuk Ismail.

“Saya mahu menikah dengan dia, saya cintakan dia. Dan kami sudah terlanjur

Datuk, Datin,” katanya. Tabah kedua-dua ibu bapa Rozaila itu mendengar pengakuannya?

“Terlanjur? Kau dah terlanjur dengan anak saya?” soal mama Rozaila. Dia cepatcepat mengangguk. Dia mengakui kebenaran yang sebenarnya. Dia tidak akan berbohong kepada kedua-dua ibu bapa Rozaila itu.

“Apa buktinya?” soal Datuk Ismail.

“Dia mengandung Datuk,” jawabnya.

“Anak awak?” soal Datuk Ismail lagi. Wajah mama Rozaila usah dicerita. Sangat terkejut dan semakin marah dengan kenyataannya itu.

“Ya Datuk. Anak itu memang anak saya. Selama ini dia memang bersama-sama saya. Di luar negara di dalam negara, kami sering sama-sama. Sekarang pun kami selalu di apartmen saya,” katanya seronok bercerita. Semakin Datuk Ismail teruja.

“Kamu sudah buat maksiat!” kata Datuk Ismail.

“Saya akan bertanggungjawab terhadap Rozaila Datuk, Datin,” katanya memberitahu rasa tanggungjawabnya dan ingin menyunting Rozaila menjadi isterinya.

Dia mahu melindungi isterinya.

“Jangan-jangan awak sengaja kenyataan fitnah kepada anak saya!” katanya. Dia terkejut dengan tuduhan itu. buat apa dia hendak memfitnah kekasihnya. Dia lebih suka kalau mereka cepat-cepat dinikahkan. Dia sudah banyak melakukan maksiat dengan gadis itu.

“Ini gambar kami sama-sama datin,” katanya menunjukkan gambar-gambar mereka berdua di mana-mana. Mereka sudah macam suami isteri. Bulat mata mama Rozaila melihat kemesraan mereka dalam gambar tersebut. Datuk Ismail hanya diam.

Mungkin selama ini mereka tidak tahu akan aktiviti mereka di luar negara.

“Awak nak bertanggungjawab?” soal Datuk Ismail. Butang mata mama Rozaila.

“Kita siasat dulu budak lelaki bang!” kata mama Rozaila yang tidak sewenangwenang percaya akan hubungan mereka itu.

“Anak kita sudah macam suami isteri dengan budak ni mama! Kita kena nikahkan mereka cepat-cepat!” kata Datuk Ismail.

“Kita siasat dulu!” kata mama Rozaila menunjukkan rasa degilnya. Dia diam.

“Ricky, awak beri nombor telefon dan alamat rumah awak selepas ini. Rozaila anak kami di mana?” soal Datuk Ismail. Dia tersenyum. Ada perkembangan yang baik jika dia bercakap dengan papa Rozaila. Lelaki itu agak positif orangnya. Berbeza dengan mama Rozaila.

“Ya datuk. Saya akan berikan alamat lengkap saya, senang datuk nak hubungi saya. Rozaila ada di rumah saya. Kadang-kadang saya ke rumah dia,” Katanya.

“Panggil ibu bapa awak jumpa saya. Kalau betul anak kami mengandung, kami akan nikahkan kamu secepatnya!” tegas suara Datuk Ismail. Buntang mata mama Rozaila pula.

“Abang nak nikahkan anak kita dengan budak tak tentu asal usul ni bang?” soal mama Rozaila.

“Awak kerja apa?” soal Datuk Ismail.

“Saya ada syarikat pengiklanan kecil-kecilan di Shah Alam datuk.” Katanya memberitahu kerjaya yang sebenar. Selama ini dia mengadakan pertunjukan pentas semata-mata hendak mengikuti perkembangan Rozaila. Dia tidak percaya Rozaila akan menjaga dirinya jika berada di luar negara tanpa sekatan ibu bapanya.

“Bagus! Sekurang-kurangnya awak berusaha!” Kata Datuk Ismail. Dia angguk.

Dia memang berusaha membesarkan syarikat yang diturunkan papanya kepadanya itu.

“Terima kasih datuk.” Katanya.

“Rozaila tahu tak awak ke sini?” soal Datuk Ismail. Dia menggeleng. Perancangan halus Rozaila menyebabkan dia sendiripun membuat perancangan sendiri. Dia tidak mahu Rozaila akan jatuh ke tangan orang lain.

“Kami akan berbincang dengan Rozaila dulu, apa-apa nanti pak cik akan hubungi awak.” Kata Datuk Ismail yang membahasakan dirinya pak cik. Ada ikatan hati antara mereka. Mereka bersalaman dan dia meminta diri dengan kepuasan di wajahnya.

“Terima kasih datuk, datin. Saya pergi dulu.” Katanya kepada Datuk Ismail dan isterinya.

***

“Apa yang awak sudah buat dengan papa dan mama saya? Apa hak awak nak jumpa mereka?” soal Rozaila tidak setuju dengan tindakan Ricky Ridzuan. Dia ketawa kecil. Baguslah kalau gadis itu sudah tahu. Dia memang mahu menamatkan hubungannya dengan gadis manis ini. Dia tidak mahu kekasihnya ini terhegeh-hegeh dengan Nukman Faris yang sudah bahagia dengan isterinya.

“Saya melamar awak! Takkan datang melamar pun salah! Kan Rozy ni kekasih saya!” katanya berani. Rozaila rasa hendak termuntah mendengar kata-kata Ricky Ridzuan yang selama ini cukup menyayanginya. Dia pula semakin membenci lelaki ini. Mahu sahaja dia hantuk kepala mendengar kata-kata lelaki ini. Orang lain kalau saling jatuh cinta pasti sudah saling gembira dengan keputusan yang dibuat lelaki ini tetapi dia rasa nyawanya mahu putus!

“Melamar saya? Muka macam awak ada hati nak kahwin dengan saya?” soal

Rozaila angkuh. Lelaki itu angguk. Rozaila semakin tidak puas hati.

“Ya saya mahu kahwin dengan awak. Awak setuju kan?” duganya lagi. Mahu sahaja Rozaila menangis dan merayu kepada lelaki ini agar membatalkan tawarannya hendak menikah dengannya. Dia tidak mahu. Dia tidak mahu lelaki ini berhasrat menamatkan zaman bujangnya. Harapannya menikah dengan usahawan yang sedang meningkat naik namanya hampis musnah. Ah, memang musnah pun!

“Saya tak mahu kahwin dengan awak! Awak boleh mati lah!” dia ketawa mendengar kemarahan kekasihnya itu. Dia memang mahu menikahi gadis yang sudah lama digaulinya. Dia melihat wajah sayu di mata gadis impiannya itu.

“Saya mahu mati dengan awak sayang!” katanya tambah menyakiti hati Rozaila. Bertambah geram Rozaila kepada lelaki itu.

“Gila!” jawabnya marah. Dia memang tidak akan menerima lelaki ini namun apa lagi dayanya yang dia ada? Mak ciknya Rose Harlina? Mahukah mak ciknya itu membantunya? Mak cik Rose Harlina itu adik kepada emaknya. Dia tidak pasti kalau mak ciknya itu mempunyai kuasa sepenuh papanya dalam hal ini. Papanya seorang yang tegas dalam mendidiknya. Mamanya pula hanya terikut-ikut dengan gaya papanya. Itulah yang dia tidak suka dengan penampilan mamanya selama ini. Mamanya suka mengikut kata telunjuk papanya.

“Memang saya gilakan awak!” katanya. Ada-ada sahaja jawapannya. Jawapan yang membuatkan dia semakin parah dan tidak akda jawapan!

“Saya takkan kahwin dengan awak! Awak tak laku di mata saya! Tak laku awak tahu?” kata Rozaila dengan penuh yakin. Lelaki itu mengangguk. Kenapa pula lelaki ini tidak pernah marah walaupun dia sering memarahinya.

“Kita memang ada jodoh sayang.” Katanya. Dia peluk gadis itu. Gadis itu berkeras menolaknya. Sejak akhir-akhir ini gadis ini tidak mahu mendekatinya.

“Tidak! Itu barang mustahil! Saya takkan kahwin dengan awak! Mungkin kita kahwin dalam mimpi awak lah! Kalau dalam dunia nyata ni memang barang mustahillah!” kata Rozaila lagi. Lelaki itu tersengih lagi. Kenapa lah pula dia menjadi begitu rapat dengan Ricky Ridzuan ini? Lelaki ini hanya digunakan untuk mencurahkan perasaannya. Akhirnya mereka menjadi rapat dan terlanjur pula. Hairan sungguh dia!

“Mak dan ayah awak dah setuju!” katanya. Bertambah terlopong mulutnya. Mengapa lelaki ini begitu yakin? Kenapa pula papanya tidak terlalu memilih menantunya? Kenapa asyik mahu menikahkah dia dengan lelaki playboy ini?

“Siapa yang mahu kahwin dengan playboy macam awak!” kata Rozaila yang tahu akan latar belakang kehidupannya. Dia mengaku. Sebelum mengenali Rozaila dia memang ada ramai kawan perempuan. Sejak mengenali dengan rapat gadis ini dia sudah memutuskan hubungan rapatnya dengan gadis lain.

“Awak akan kahwin dengan saya! Saya bukan playboy lagi sejak kenal awak sayang!” tambahnya sambil mengucup tangan Rozaila.

“Gila! Awak gila!” telefon Rozaila berbunyi lantang. Dia mahu mendengar dengan jelas siapakah yang menghubungi gadis di sisinya ini. Dia menjauhkan dirinya daripada lelaki yang tidak disukainya itu. Lelaki ini tetap pula memburunya. Sakit hatinya!

“Mama?” soal Rozaila. Hairan sekali dia. Biasanya mamanya jarang menghubunginya. Dia yang sering menghubungi mamanya. Dia sering berada di luar negara kerana membuat pertunjukan nfesyen yang ditaja oleh syarikat tempatnya bernaung selama ini. Begitu juga dengan Ricky Ridzuan. Benci sungguh dia dengan lelaki ini.

“Walaikumsalam. Ada apa mama?” soalnya. Dia tersenyum manis. Mungkinkah ada berita baik yang mamanya mahu sampaikan kepadanya pada hari ini? Kalau ada berita baik dia pasti berasa sungguh gembira dan bakal meninggalkan lelaki yang sangat tidak disukainya ini.

“Balik rumah mama sekarang? Kenapa pula mama? Tak pernah-pernah mama suruh saya balik pada masa saya sangat sibuk begini mama!” soal Rozaila kehairanan dengan arahan mamanya. Agak tegas suara mamanya itu. Tidak ada gurauan dan ketawa riang di kata-katanya tadi. Apakah yang berlaku? Adakah ini berkaitan dengan lelaki itu? Ah, bencinya dia!

“Baik mama! Bawa Ricky? Saya benci dia mama! Jangan sebut nama dia di depan saya mama! Kalau dia nak, biarkan dia naik keretanya sendiri! Dia bukannya tidak ada kereta!” kata Rozaila.dengan agak kasar. Lelaki itu masih di sisinya. Dia tidak peduli kalau pemuda itu masih di sisinya. Dia memang mahu menjauhi lelaki itu. Ricky Ridzuan tersengih di sisi Rozaila. Tidak ada perasaan sungguh lelaki ini. Telinganya kebal macam kereta kebal!

“Baik mama! Petang sikit saya balik nanti!” dia menekan butang merah. Marah kepadanya masih belum reda lagi. Geram sungguh dia kepada mamanya. Sudahlah dia sibuk dengan kerjayanya lelaki ini pula buat hal dengannya. Mahu sahaja dia sekeh lelaki ini!

“Awak jangan nak pandai-pandai mengatur hidup saya. Saya takkan nikah dengan awak!” katanya mengugut dirinya. Dia sengih sahaja. Dia sudah mempunyai perancangan mengenai hubungan mereka berdua.

“Saya takkan mengatur hidup wanita yang saya cintai sayang! Saya mahu awak bahagia!” kata lelaki itu dengan penuh yakin. Selama ini dia mengenali lelaki ini sebagai playboy yang mendampingi sesiapa sahaja yang dia sukai. Tiba-tiba mereka berdua menjadi begitu rapat sekali.

Bencinya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience