Chapter 74

Romance Completed 46068

 Bab 74

“Tahniah.” Kata Doktor Raisya selepas memeriksa air kencing Natasya Umaira. Muka Natasya Umaira pucat sepucat-pucatnya. Bagaikan tidak ada darah.

“Puan Natasya dah mengandung lebih tiga minggu dan dah masuk empat

minggu akhir minggu ni.” Kata doktor tersebut. Shamira yang duduk di sisinya pula yang tersenyum lebih-lebih kepadanya. Dia pula risau. Risau memikirkan segala-galanya. Wajah suaminya terbayang di ruang matanya. Wajah kusut, wajah mengharap dan segala-galanya terbentang di matanya. Sebak dia dalam hati.

“Suami puan mana?” soal doktor lagi. Natasya Umaira kaku. Apa yang hendak dia jawab? Dia pandang Doktor Raisya dengan pandangan menduga.

“Dia kerja, doktor.” Kata Natasya Umaira yang sudah longlai dengan apa yang dia ketahui itu. Apa yang akan suaminya akan cakap nanti? Sudah lama mereka tidak bersama.

Kenapa hubungan mereka itu mencambahkan zuriat pula? Bukan dia marahkan hukum Tuhan tetapi pada saat dia celaru seperti sekarang ini, dia belum perlukan anak. Bukan dia tidak mahu ada anak tetapi dia terasa dia tidak bersedia hendak melahirkan zuriat lelaki itu. Tambahan lagi hubungan mereka yang agak tenat ketika ini. Hampir sebulan mereka tidak bertemu. Ah, apakah yang akan dikatakan oleh suaminya nanti? Mahukah dia mengaku anak yang dikandungnya ini adalah anaknya juga? Dia takut suaminya akan berasa ragu-ragu dan menolak anak ini! Ah, betapa lah sengsaranya dirinya ini menanggung derita ini! Semakin bertambah-tambah pula derita hatinya.

“Baguslah, nanti balik kerja boleh lah beritahu suami akan berita gembira ini. Puan bakal jadi ibu dalam lapan bulan lagi. Tahniah sekali lagi.” Kata Doktor Raisya. Dia mengangguk. Cuba menjadi setabah mungkin. Dia tidak mahu menunjukkan warna tidak bahagia di hujung senyumnya.

“Ya doktor. In Sha Allah.” Katanya perlahan. Bilakah masanya dia memberitahu suaminya yang dia sudah mengandung? Bilakah mereka akan bertemu selepas ini?

Suaminya tidak ada menunjukkan tanda-tanda akan datang menziarahinya.

“Tak da ubat doktor?” soal Shamira pula. Dia hanya tunduk menekur. Patutlah kepalanya sakit mencengkam-cengkam kepalanya.

“Kena tunggu di luar lah. Nanti saya akan berikan ubat tahan sakit dan vitamin.

Makan habiskan tau! Ubat tahan sakit tu makan jika perlu sahaja!” kata Doktor Raisya. Mereka pun keluar dari bilik pemeriksaan doktor itu.

“Syukurlah kau dah mengandung Tasya. Tak bolehlah kita tinggal serumah lagi. Kau perlukan belaian suami kau sendiri,” Kata Shamira. Buntang matanya. Pandaipandai saja kawan baiknya ini bercakap-cakap tentang anak dan suaminya. Ah, di manakah Nukman Faris, dia sendiri tidak tahu. Dia tidak mahu meneka-neka dalam diam. Dalam hatinya dia mahu ada anak, tetapi memikirkan kesedihan perasaannya yang sedang bersendirian ini, dia sebak.

“Kenapa pula?” soalnya pelik dengan kata-kata Shamira itu. Apakah selama ini kawan baiknya ini tidak selesa jika dia tinggal bersamanya? Dia pula jadi tidak selesa. Hendak bertanya pun dia serba salah pula.

“Kan kau dah mengandung. Tentu suami kau mahu jaga kau. Mak mertua dan mak kau pasti excited nak jaga kau! Mereka semua sayangkan kau Tasya! Berilah mereka peluang untuk curahkan kasih sayang mereka kepada kau!” Kata Shamira pula. Dia sudah berasa sedih. Sedih dengan apa yang berlaku. Dia tidak menyangka perbuatan tidak senonoh suaminya hari itu menyebabkan dia mengandung. Dia berasa kesal dan sedih sekali. Haruskah dia beritahu suaminya akan apa yang berlaku kepada dirinya?

“Entahlah Mira. Aku tak tahu dia suka atau tidak kalau dengar aku mengandung!” ah betapa rumitnya dan sakit hatinya apabila mengingati suaminya yang mahu melihat dia mengandung hari itu. Suaminya sanggup merogolnya. Sekarang, kalau dia tahu yang dia sudah mengandung, apa yang akan dia buat? Ah, dia tidak mahu lelaki itu tahu akan kandungannya. Biarlah dia memendam sendiri sahaja. Kalau lelaki itu tahu, mungkin dia hanya akan menjaga anaknya sahaja dan bukan kerana dia mencintainya.

Dia tahu siapa lelaki itu. Dia tahu lelaki itu hanya mahukan zuriatnya sahaja dan bukan cintanya kepada dirinya!

“Mesti dia suka Tasya, suami mana yang tak suka kalau isterinya mengandung,” kata Shamira seperti memahami sikapnya dan keputusannya yang tidak mahu memberitahu mengenai kandungannya kepada suaminya.

“Entahlah Mira. Aku susah nak cakap,” katanya. Dia sakit hati kepada suaminya yang telah merogolnya hari itu. Suaminya hilang pertimbangan kepada dirinya. Aduhai kasihannya dirinya. Sekarang siapa yang akan menanggung kesakitan ini kalau bukan dirinya? Suaminya hanya tahu melayan kekasihnya setiap hari dan setiap malam. Dia pula seperti si dara yang masih belum berkahwin.

“Untungnya suami kau sungguh mencintai kau Tasya. Aku tahu dalam diam kamu saling jatuh cinta,” berbunga hatinya mendengar kata-kata Shamira. Kalau lah ia adalah kebenaran, dia sangat bahagia. Namun ia bukan kebenaran. Dia tidak mampu membaca hati suaminya. Dia tidak tahu siapa suaminya. Dia tidak mahu menjangkajangka perasaan suaminya walaupun ketika mereka berbulan madu itu berulang kali suaminya memberitahu akan cintanya kepadanya.

“Pandailah kau! Kalau dia mencintai aku, dia takkan buat aku begini!” katanya meluahkan perasaan. Bulat mata perawan di depannya itu.

“What? Bukankah selama ini kau tak nak suami kau lawat kau di sini? Kau kata kau akan datang sendiri nanti!” ah sudah! Dia bulatkan mata memandang dinding. Dinding simen bagaikan tegang memandangnya. Apakah dia lupa dan Shamira tidak lupa? Ah, kuat sungguh ingatan kawan baiknya itu. memang dia berjanji kepada suaminya yang dia akan datang ke rumah suaminya nanti. Namun selepas sebulan dia masih duduk di rumah sewanya ini. Janji apakah itu? Ah, dia tidak mahu duduk serumah dengan suaminya sebenarnya. Itu yang sebenarnya!

“Mana ada! Bukan maksud aku begitu!” katanya menenangkan kekeliruan sahabatnya itu.

“Apa? Jadi apa maksud kau suami kau tak peduli? Kau mahu aku sampaikan kepada suami kau?” dia bulatkan mata. Kenapa asyik dia membulatkan matanya memandang wajah sahabatnya itu.

“Jangan kau nak cari penyakit!” katanya. Dia membebel sendirian. Sakit hatinya memandang wajah sahabatnya itu.

“Ha ha!” Shamira sudah ketawakan dia. Apa dia harap daripada Shamira? Shamira akan beritahu suaminya akan kesedihannya? Oh tidak!

“Jangan main-main dengan aku Mira!” dia sudah merayu. Dia terasa loya pula. Akhirnya dia terus berlari menuju ke bilik air dan memuntahkan semua makanan yang telah masuk ke dalam perutnya. Ah, susahnya mengandungkan anak orang! Bisiknya dengan air mata berlinangan di pipi.

“Kau kena beritahu suami kau yang kau mengandung Tasya, aku kasihankan kau,” kata Shamira yang sudah mengurut belakangnya. Aku menggeleng.

“Jangan beritahu kalau kau kasihankan aku,” katanya penuh mengharap. Dia tahu lelaki itu akan mengasihi anaknya sahaja jika dia tahu dirinya mengandung. Ah, sukarnya dia menghadapi saat-saat perit begini!

“Aku harap kau sabar hadapi keadaan ini,” kata Shamira yang sudah menghantar dia ke biliknya. Hari ini dia tidak dapat menonton rancangan kegemarannya. Lehernya terasa loya dan perit. Ubat sudah ditelannya selepas makan tetapi kenapa dia asyik muntah? Apakah yang hendak dia makan? Aduhai.

“Terima kasih Mira. Aku tak tahu bagaimana nak ucapkan terima kasih atas semua kebaikan kau selama ini,” katanya sempat berterima kasih kepada kawan baiknya itu. Shamira menggeleng.

“Tak perlu nak terima kasih. Kita sesama manusia memang kena buat begitu. Tambah lagi kita ni kawan baik sejak dulu. Tak payah nak banyak cakaplah. Kau kena rehat banyak-banyak,” kata Shamira sebagai penasihat yang baik. Dia berasa sungguh terharu. Betapa dalam suasana yang sangat getir begini dia masih mempunyai seorang kawan yang sanggup bersusah payah untuk dirinya.

“Terima kasih Mira. Kau tak pernah menyusahkan aku,” katanya sempat mahu mengungkit kebaikan kawan baiknya itu. Shamira menggeleng.

“Mungkin bukan sekarang. Kau kena kuat ya. Tak perlu nak ungkit-ungkit kebaikan aku pula. Sesama kita pun memang saling bantu membantu. Kau tak perasankah?” soal Shamira pula. Dia memandang dinding tegap biliknya lagi. Apa yang terbayang di dinding itu hanyalah suaminya, lelaki yang selama ini menyesakkan jiwanya.

“Kau tidurlah rehat dulu. Makin banyak kau cakap, makin kau loya. Mungkin baby tak suka mamanya banyak cakap,” kata Shamira cuba menghiburkannya. Bertambah sayu hatinya. Shamira sudah meninggalkannya dan menutup pintu biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience