Chapter 57

Romance Completed 46068

Bab 57

“Awak nak makanan yang kita rasa tadi? Tak rasa something sikit?” soal Nukman Faris kepada isterinya. Mereka berpegangan tangan keluar dari hotel itu. Dalam masa yang sama ada mata yang sedang memerhati dengan dada yang membara dan seperti mahu terbakar.

Natasya Umaira terbayang makanan yang mereka rasa tadi. Memang agak sedap juga. Pilihan makan barat dan Melayu. Banyaknya pilhan. Dia memang tidak larat hendak merasai semuanya. Ini kerana dia yang jenis makanan satu jenis makanan sahaja. Nasi dan sayur dan lauk. Mana larat dia hendak makan semua makanan yang disediakan tadi.

Eh, tunggu, berapa pula Nukman Faris kena bayar untuk semua makanan dan dewan hotel yang ditempah khas itu? Tentu agak mahal dan memang mahal pun! Gajinya setahun pun belum tentu dia dapat melunaskan harga sewa hotel dan dewan itu. Eh, memang mahal lah tu! Kalau mereka anak beranak di kampung, tentu tak nak sewa dewan di hotel yang mahal setengah mati tu! Memang membazirlah keluarga Nukman Faris tu! Ini memang mama dia yang uruskan semua!

“Oklah. Saya tak larat nak makan semua! Nampak banyak dan terus kenyang!” kata Natasya Umaira jujur di depan suaminya.

“Patutlah sayang kurus sekeping aje.” Kata Nukman Faris mengusik isterinya. Muka isterinya sudah kemerahan.

“Kak Tasya, sepatutnya kak makan banyak sikit lagi,” kata Nuraina di sisi kirinya. Dia angguk. Dia memang mahu makan banyak. Memang makanan yang sedang dihadapinya itu sedap-sedap belaka tetapi dia segan kepada suami dan iparnya itu. Dia tidak biasa makan diperhatikan orang. Orang di sekeliling mereka pula seperti mengenali Nuraina dan suaminya. Dia pula buat tak tahu je.

“Memang kak dah kenyang Aina. Tak larat perut ni dah nak terima makanan.

Abang datang lambat tadi kan? Jadi saya dah masak nasi goreng sambal berlada,” katanya. Nukman Faris angkat kening. Nama nasi goreng pun sudah sedap. Memang sedaplah makanan yang isterinya masak itu.

“A’ah lah bang, kami dah makan tadi di rumah. Memang sedap nasi goreng kakak ipar Aina ni, memang cun-cunlah rasanya bang!” kata Nuraina mula menyokongnya. Nukman Faris terpaksa mengalah.

“Ya ke ni? Entah-entah kamu berdua ni memang tak suka makanan yang abang pilih ni kan?” soal Nukman Faris pula. Natasya Umaira segera menggeleng. Dia memang suka. Dia memang tidak banyak komen. Tetapi dia benar-benar kenyang.

“Kak Tasya, cantikkan jubah kat sebelah sana tu tadi? Kak nak beli satu tak?” soal Nuraina. Natasya Umaira memikir seketika. Dia sudah ternampak harga di baju jubah itu. RM299.00? Eh, kedai apa macam tu? Dia tak naklah beli. Katanya dalam hati. Nukman Faris sedang menunggu jawapannya. Matanya yang bagaikan mata helang itu, tidak lekang dari pandangannya.

“Lain kali lah kak beli Aina, Aina ajelah yang beli. Kak ni bukan apa, banyak lagi jubah yang belum habis pakai,” katanya memberikan alasan. Terbuntang mata Nuraina mendengar ayat penolakannya itu. Dia ingat kakak iparnya itu mahu membeli jubah yang cantik-cantik tadi, rupanya tidak mahu! Memang tip-top lah kakak iparnya ini!

“Tudung?” soal Nukman Faris pula. Natasya Umaira pandang Nukman Faris. Nukman Faris menjongketkan keningnya. Dia hanya tersenyum. Memang dia akan kalah kalau berlawan pandang dengan suaminya ini. Nukman Faris sudah datang gatalnya. Tangannya sudah dipegang dan dielus-elus perlahan. Itu yang Natasya Umaira tidak suka. Nuraina pula buat tidak tahu aje!

“Tak de tudung yang menarik hati saya bang,” jawabnya. Sekali lagi mata Nuraina terbuntang mendengar jawapannya.

“Betul ke kak? Banyaknya tudung yang cantik-cantik tadi, takkan kakak tak suka?” soal Nuraina seperti mendesaknya pula. Dia geleng. Dia malu mahu menunjuk itu dan ini. Dia memang segan. Akhirnya dia berikan ayat penolakan sahaja.

“Tak apalah bang, abang belikan aje mana yang patut,” kata Nuraina. Natasya Umaira jatuh kasihan kepada suaminya sendiri.

“Kasihanlah abang Aina, dia kan sudah bayar baju pengantin kami, lebih sepuluh ribu! Abang nak bayar sewa hotel lagi, bayar artis lagi, persembahan kebudayaan lagi, eh banyak sangat nak bayar!” katanya.

Nukman Faris membuntangkan mata, sungguh terkejut dengan pernyataan isterinya ini. Dia berasa kasihan pula kepada Natasya Umaira yang sungguh pandai melihat nilai wang yang banyak dia belanjakan. Namun, wang membeli pakaian itu bukan wang dari poketnya. Wang itu adalah bajet untuk hari perkahwinannya. Natasya Umaira tidak tahu.

“Mana ada...” kata Nuraina. Nukman Faris sudah pegang tangan adiknya dan menahan adiknya daripada memberitahu perkara yang sebenarnya. Biarlah Natasya Umaira tidak tahu.

“Sayang duit abang tu Aina. Aina ajelah yang beli. Aina kan nak makan malam dengan tema Arabian nanti,” nasihatnya kepada adik iparnya itu. Nuraina hanya angguk. Betapa lah kakak iparnya ini....

“Tak pelah kak, nanti Aina nak beli satu aje,” kata adik iparnya. Nukman Faris hanya mengangguk. Makanan di pinggan suaminya sudah habis. Ini bermakna mereka akan membuat latihan berjalan menuju ke tempat persandingan sebentar lagi. Eh, lenguh kakinya kalau macam ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience