Chapter 64

Romance Completed 46068

Bab 64

Empat minggu kemudian.

Natasya Umaira mengandung tak? Soal hatinya tiba-tiba. Kertas-kertas bertaip kemas di depannya tiba-tiba menjadi rantaian kertas yang mengusutkan akalnya. Sejak akhirakhir ini wajah Natasya Umaira menaungi pandangannya. Di mana-mana dia berada gadis itu hadir di situ.

Walhal, dia mahu belajar melupakan gadis itu. Apatah lagi sejak dia menolak untuk tinggal bersamanya dan kemudian bertukar tempat kerja atau berhenti sahaja. Dia biarkan gadis itu untuk seketika. Ah, permintaan cerainya terlalu menyiat perasaannya sebagai seorang suami yang menyayangi isterinya.

Tetapi kalau dikira-kira dengan tarikh peristiwa mereka hari itu, dia tahu mereka sudah boleh berjumpa dengan doktor untuk memeriksa sama ada isterinya mengandung atau tidak. Tetapi bagaimana ni? Nak jumpa isteri atau tidak? Nak hubungi dia atau tidak? Atau tunggu isterinya hubungi dia? Sampai bila tu? Dah sebulan ni!

***

Menggeletar tangannya hendak membeli telefon i-phone5s untuk isterinya itu. Jika dengan Rozaila tidak ada perasaan gementarpun. Ini kerana, setiap kali dia hendak membelikan isterinya sesuatu, gadis itu akan memberikan banyak alasan untuk menolaknya. Isterinya pernah berjanji yang dia mahu dinikahi selama tiga hari sahaja dan tidak akan menuntut apa-apa. Isterinya sudah menepati janjinya. Pernah dia memberikan isterinya wang. Pelbagai pertanyaan singgah di telinganya. Dia paksa isterinya terima wang itu tanpa banyak cakap. Begitu tegas gadis itu.

“Saya tak boleh terima wang ni banyak ni! Saya tak perlukan semua ni. Abang nikah dengan saya pun dah cukup! Abang dah tutup aib keluarga saya!” Ya Allah terngiang-ngiang di telinganya suara isterinya. Kesal dia. Kesal kerana memarahi isterinya dan melakukan sesuatu yang di luar kemahuan isterinya. Aduh!

Sedihpun ada. Sudah hampir sebulan dia tidak bertemu dengan isterinya itu. Memang, memang dia sudah berazam yang kasih sayangnya hanya untuk isterinya itu. Namun dia tahu isterinya itu tidak mempercayainya lagi. Mungkin selama ini dia yang begitu taksub kepada kekasihnya menyebabkan isterinya berjauh hati pula. Kasihan pula mengenang isterinya saat di depan kedai telekomunikasi ini.

“Takkan isteri tak mengandung lagi Nukman,” tegur papanya suatu hari. Kaku dia. Apa yang dia hendak jawab?

“Takkan Nukman tak subur!” tambah papa lagi. Bertambah kelu dia. Apa lagi dia hendak jawab?

“Papa dan mama nak zuriat. Takkan kamu sengaja nak cerai!” semakin dia terngnga dengan kata-kata papanya.

“Belum ada rezeki lagi papa!” jawabnya senang. Muncung bibir papanya.

“Tak de rezeki ke kamu tak lakukan sesuatu atau kamu rancang nak cerai?” soal papanya. Semakin dia dicengkam rasa serba salah. Akhirnya dia menjadi seperti dinding yang diam menghadap dinding batu dan diam sekejap batu.

Dia belum pernah membelikan apa-apa untuk isterinya selama ini. Itu yang pasti. Dia hanya memberikan wang kepada isterinya itu. Itu pun hanya sekali itulah. Sudah berbulan ia berlaku. Tetapi setiap bulan dia tetap memasukkan sedikit wang ke akaun isterinya itu.

“Saya belikan yang ini,” pernah dia hendak membelikan telefon yang sama dengannya. Gadis itu menggeleng. Wajahnya redup. Entah apa yang ada difikirannya. “Tak perlu bazir wang, wang tu simpan untuk kegunaan masa depan awak.

Lagipun saya tak pandai nak pakai telefon macam tu!” katanya. Sedih pula dia berdiri di tempat yang sama tanpa gadis itu kini.

Ah, kenapa baik sangat isterinya aka sepupunya itu. kalau lain-lain yang diberikan peluang begitu, pasti tidak pernah menolak. Tetapi isterinya lain sekali. Mungkinkah kerana perjanjian mereka? Mungkinkah dia sangat terluka dengan perjanjian mereka itu? ah, balik nanti dia akan kaji perjanjian itu. Dia akan kaji kesesuaiannya.

Lihat, isterinya itu menunaikan janjinya. Selepas majlis persandingan mereka yang gah dan meriah itu, isterinya tidak pernah mengganggunya lagi. Tidak pernah menghubunginya. Ya, isterinya benar-benar mengakui janjinya seperti dalam perjanjian mereka sebelum bernikah dulu. Dia meraup kedua-dua tapak tangan ke mukanya. Perjanjian itu seperti memakan dirinya sendiri. Alangkah tragisnya dia!

Janjinya untuk membelikan isterinya telefon ditunaikannya. Selepas dia membayar telefon itu dia memikir sesuatu. Hendak ke mana dia?

Hari ini sudah 121 hari usia pernikahan mereka. Memang dia ingat, gadis itu meminta dia menikahinya hanya tiga hari. Tak masuk akal langsung. Akal siapalah yang dia pakai sehingga hanya mahu menikah tiga hari itu! Selepas berlaku pergolakan demi pergolakan, akhirnya tamat perjanjian antara mereka.

Lafaz cerai dan sebuah hadiah? Apakah tindakannya ini waras? Kenapa perasaannya berbolak-balik? Kenapa dia sedih sekali? Kenapa dia sendiri mahu menangis dan melutut di depan gadisnya itu? apakah yang harus dia lakukan sekarang? Lafazkan cerai seperti perjanjian dan permintaan isterinya? Atau tangguhkan? Atau bubarkan perjanjian itu?

Ah, memang jiwanya sedang kacau. Kacau dan haru!

***

“Kenapa ni Nukman? Kenapa resah semacam? Kata tak cinta tapi kenapa resah pula?” Suffian mengasak dia habis-habisan. Apa yang dia hendak jawab?

“Rozaila bagaimana?” soalan Suffian membuatkan dia seperti mahu hantuk kepalanya ke dinding. Bingung sungguh dia.

“Entahlah perasaan aku berdebar-debar aje ingat dia.” Suffian ketawa. Dia tidak tahu apa yang berlaku kepada kekasihnya itu.

“Siapa yang diingati tu, Rozy atau isteri?” soal Suffian yang masih ketawa. Fikirannya tidak tenang sekarang. Mana lagi mengingati isterinya dan bekas kekasihnya. Dua dua memerlukan perhatiannya.

“Entahlah, aku tak tahulah. Aku bingung!” katanya. Kacau akalnya selama beberapa hari ini. masalahnya sering tidak selesai meskipun dia berusaha hednak menyelesaikannya.

“Nukman, baik kau cuti aje, cari ketenangan dengan isteri kau, mungkin dia pun seresah kau,” cadang Suffian. Sejak dia ambil alih syarikat papanya dia memang agak sibuk. Dia bukan sahaja menguruskan syarikat di dalam negara malah di luar negara juga.

“Kau ni macam orang ada bini pula, pandai-pandai nak ajar aku!” katanya.

Suffian sengih.

“Aku beri cadangan aje. Aku rasalah kan, isteri kau pun macam ni! Bingung dan resah aje macam kau! Cuba kau cari dia!” kata Suffian lagi.

“Tak tahulah. Biar aku fikirkan dulu tapi perasaan aku ni memang agak parahlah Suffian. Susah aku nak tafsir.” Katanya memberitahu hal yang sebenarnya.

“Tu lah dulu bukan main, sampai membohong aku pula tu! Sekarang ni dah jatuh cinta pula!” perli Suffian. Nukman Faris tersengih-sengih. Tetapi salahkah, Natasya Umairakan isterinya?

“Mungkin aku sayangkan dia sebagai sepupu. Entahlah!” Suffian ketawa lagi.

Betulkah pengakuannya?

“Kalau sayang sebagai sepupu, pergilah ceraikan dia. Perasaan itu akan hilang tak? Kalau tak hilang, kau memang kena cari dia semula!” kata Suffian lagi. Nukman Faris menggeleng. Entah apa yang dia hendak buat sekarang.

Dahulu, dia sering mengusik-usik isterinya itu. Dia mengusik untuk menghilangkan perasaan gugupnya. Selepa dia tahu isterinya tidak mengandung, dia sudah dera isterinya. Pernah sekali mereka sudah terlanjur akibat sikapnya sendiri. Selepas itu sepuluh hari mereka tinggal bersama di rumahnya. Gadis itu cukup pandai berlakon di depan ibu bapa mereka. Mereka gandingan yang mantap.

Selepas itu mereka terpisah lagi. Sehinga ke hari ini dia tidak bertemu dengan isterinya. Hampir sebulan yang lalu, kali terakhir mereka bertentangan mata.

Entah perasaan apa yang mereka pendam sekarang dia sendiripun kurang arif. Namun kini selepas perjanjian empat bulan, dia ingin bertemu dengan isterinya itu dengan membawa bungkusan hadiah. Perlukah dia memberikan hadiah ini atau pun meninggalkan isterinya kerana perjnajian mereka sudah menuju ke penamatnya?

Aduhai sakitnya hatinya.

Dia tidak tahu bagaimana perasaannya kini. Dirasanya dadanya. Berdebar keras dan hatinya, ingatannya terarah terus kepada isterinya itu. Apakah dia mencintai isternya atau mengasihi sebagai sepupu? Atau, inikah cinta yang sesungguhnya? Kalau inilah cinta, betapa indahnya perasaannya. Ya Allah dia masih keliru.

“Kau buatlah solat sunat istikhorah dulu Nukman. Kau berehat dan minta petunjuk. Nanti kau tahu lah kepada siapa hati kau tu!” kata Suffian seperti seorang lelaki yang sudah punya isteri. Padahal dia masih bujang trang tang tang.

“Terima kasihlah Suffian. Aku akan fikirkan hal ini. Memang agak rumit aku rasakan. Sukar aku hendak meneka antara cinta atau kasih sayang sebagai sepupu.

Aku ni entahlah!” kata Nukman Faris memandang dirinya yang sudah agak tidak terurus sejak akhir-akhir ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience