Chapter 72

Romance Completed 46068

Bab 72

“Awak kenal tak perempuan ni?” gadis manis didepannya itu dipandangnya. Gambar di dalam gambar itu dipandangnya. ‘Natasya!’ Bisik hatinya. Dia angguk perlahan. Gadis di depannya terlalu garang. Bukan macam Natasya Umaira yang lemah lembut.

“Awak kenal dia ni kan?” soal gadis itu lagi. Hidungnya kembang kempis. Agak marah mengingati kemesraan mereka suami isteri ketika dia melihat beberapa bulan lalu.

“Kau siapa?” soalnya tidak mengetahui dengan siapakah dia bercakap. Gadis itu ketawa. Ketawa yang tidak padan dengan panggilan gadis kepadanya. Amri tidak melihat watak itu di dalam diri bekas tunangnya Natasya Umaira. Dia tahu gadis di depannya ini tidak mempunyai sahsiah yang diimpikannya ada dalam diri gadis yang diintipnya selama ini.

“Kau tak kenal aku?” Amri geleng. Memang dia tidak pernah kenal dengan gadis yang tidak cukup kain itu. Putih kulitnya melepak. Itu lah persepsi pertamanya tadi.

“Kalau kau tak cakap, mana aku tahu kau siapa! Kau ni tak faham bahasa ke?” soalnya geram kepada gadis yang berdiri dengan penuh kuasa di tangannya itu. Amri tidak takut kepada gadis itu. Dia hanya bimbang kalau bekas tunangnya itu diapaapakan. Maka dialah yang akan mempertahankan bekas tunangnya itu. Sekalipun tunangnya itu sudah berkahwin dengan orang lain, dia yakin, dengan kekuatan dan usahanya, bekas tunangnya itu akan selamat menjadi isterinya. Dia tidak peduli dengan semua halangan yang ada. Apa yang penting, bekas tunangnya menjadi miliknya.

“Aku Rozy, aku ni kekasih Nukman, lelaki yang tunang kau rampas tu!” kata gadis yang mengaku sebagai Rozy itu.

“Apa kau nak?” soalnya agak marah. Dia tidak mahu tahu mengenai Nukman Faris yang merupakan suami kepada bekas kekasihnya itu. Kalau boleh dia mahu kenakan lelaki itu cukup-cukup sebab merampas bekas tunangnya. Dia tidak suka akan hal ini dipanjang-panjangkan.

“Kau kenal kan aku? Aku tanya ni? Kau kenal aku tak?” soal perempuan itu lagi. Dia terpaksa angguk kalau gadis itu melibatkan Natasya Umaira, bekas tunangnya itu.

“Kenal, kenapa?” soalnya semula. Siapa yang tidak kenal dengan bekas tunangnya. Ah, kalau boleh dia mahu kembali kepada gadis itu semula.

“Kau tahu dia kahwin terpaksa kan?” dia kerut dahi. Gadis itu menarik tangannya. Mereka masuk ke dalam sebuah restoran. Dia terpinga-pinga. Sudahlah saat-saat cuti dia sering kebingungan.

“Apa awak mahu saya buat?” soal Amri.

“Aku akan terangkan sekarang apa yang hendak dibuat.” Kata perempuan itu.

“Bila nak buat ni? Tak sabar nak buat pula,” kata Amri yang tidak sabar hendak bertemu dengan bekas tunangnya itu. Dia memang sudah menyatakan hasratnya hendak kembali kepada bekas tunangnya itu. Dia memang bersalah dalam hal itu.

“Hari ini!” kata perempuan itu.

“Bagaikan hukuman mandatori.” Kata Amri. Perempuan cantik di depannya itu tersengih. Dia mahu Amri melepaskan dendamnya. Dia tidak peduli. Apa yang penting dia akan kahwin dengan bekas kekasihnya. Dia memegang perutnya yang makin membesar. Dia tidak boleh melengah-lengahkan hal ini. Dia harus mempercepatkan projek yang sudah dirancangnya agak lama ini.

“Memang mandatori. Awak mahu atau tidak kekasih awak tu?” soal perempuan itu. Amri terangguk-angguk macam burung belatuk.

Sudah lama dia mengimpikan bekas tunangnya itu kembali kepadanya. Dia memang menyesal bekas tunangnya itu sudah kahwin dengan orang lain. Tetapi apabila dia tahu lelaki itu hanya mahu kahwin sementara dengan bekas kekasihnya Natasya Umaira, dia jadi gembira sekali. Gembira kerana dia masih mempunyai peluang. Ini peluang kedua untuknya.

“Sudah lama saya tunggu peluang ini!” kata Amri.

“Bagus! Saya suka dengar tu!” kata perempuan itu.

“Baik, esok awak bawa dia ke sebuah banglo yang akan saya beritahu kemudian. Esok sebuah kereta BMW akan datang mengambil awak di sini. Dan, kita akan tangkap gadis itu. Awak tak perlu tahu mengenai yang lain-lain. Awak kena sedia hendak kembali dengan bekas tunang awak sahaja! Itu sudah cukup!” kata perempuan itu. Amri terangguk-angguk.

“Baiklah, saya setuju!” katanya.

“Jangan beritahu polis mengenai hal ini.” Marak mata Amri.

“Buat apa saya nak lapor polis?” soalnya semula.

“Bagus! Jangan beritahu sesiapa hal ini. Ini hal yang rahsia.” Amri teranggukangguk. Dia memang sudah setuju sangat dengan hal ini.

“Bodohlah saya kalau nak beritahu hal ini dengan orang lain!” kata Amri. Perempuan itu ketawa. Bersorak hatinya. Dia yakin bekas kekasihnya itu akan dapat kembali kepadanya.

“Bagus! Awak ada masalah esok selepas balik sekolah?” kata perempuan itu.

amri memikir-mikir. Amri menggeleng. Esok dia memang kebetulan cuti.

“Tak de! Tak de!” katanya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Jadi, esok petang kita akan jalankan projek ini. Ini projek rahsia.”

Dia keluar dari restoran itu dengan perasaan gembira. Perasaannya hendak balik kepada bekas tunangnya menjadi cerah.

“Natasya, engkau akan menikah dengan aku nanti! Kita akan kembali menjadi suami isteri yang sah! Aku tahu antara kau dan suami kau hanya sementara sahaja. Aku tahu kamu mahu berpisah. Ah, aku tahu kamu hanya berlakon di depan ibu bapa kamu! Ah, di depan ibu bapa kita nanti, kita tidak akan berlakon. Kita memang pasangan kekasih sejati!” katanya dalam hati. Dia sudah tidak sabar hendak kembali kepada bekas tunangnya yang didambakannya sejak dua tiga bulan ini. Bekas tunangnya itu terlalu degil. Jika dia degil, dia akan mendapatkan isterinya dengan apa cara sekalipun!

Dia yakin dia boleh mendapatkan semula Natasya Umaira! Itulah tekadnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience