Chapter 81

Romance Completed 46068

Bab 81

“Sayang apa khabar?” soal lelaki di sisiku itu apabila aku hanya mendiamkan diri selama beberapa minit. Hanya kedengaran lagu-lagu kegemarannya di stesen radio Hitz.fm. Malas aku mahu bercakap-cakap. Lagipun mereka baru sahaja bertemu malam ini, takkan aku hendak bercerita dengan rancak pula! Memang tak masuk kod lah kan!

Hmm, tanya khabar pula. Selama ini bukan main lagi. Dia hanya membiarkan diriku sendirian di sini. Apa yang terjadi kepadaku tidak ada sesiapa yang tahu.

“Baik.” Jawabku tenang. Pandangan aku talakan ke depan cermin kereta. Sebenarnya pandanganku kosong. Kepalaku agak pening. Aku mahu sahaja membungkus diriku dengan selimut dan tidur. Aku terasa sejak akhir-akhir ini tidurku agak terganggu. Mungkin ini pembawaan bayi.

“Tak tanya khabar abang?” soal lelaki itu. Aku berasa cuak. Aku hanya angkat bahu. Kalau dia dilayan memang menjadi-jadi lelaki ini. Dia suruh pula aku tanya khabar dia. Kalau dia sudah sampai ke rumah sewaku itu, aku tahu dia sihat. Sihat walafiat!

“Tahu, abang sihat,” jawabku. Aku malas mahu berdolak-dalik lagi dengan lelaki ini. Entah, ke mana dia selama ini. Sukar aku hendak bercakap. Kudengar lelaki itu ketawa kecil. Tangan kurusku sudah dipegang perlahan. Dia genggam kuat-kuat. Aku marakkan mata berulang kali tetapi macam mataku ini tidak ada kuasa hendak menakutkan dia. Alahai lah suami.

“Apa ni?” soalku memarakkan mataku. Dia senyum manis kepadaku dan mengenyitkan matanya. Aku benci dengan sikapnya yang suka berpura-pura begitu.

“Pegang pun tak boleh?” soal lelaki itu. Aku menggeleng. Memang aku tidak mahu dipegang-pegang sekarang ni. Aku benci dan terasa semak.

“Abang mahu saya muntah di kereta mahal abang ni?” soalku seperti menyindir suami sendiri. Lelaki itu tersengih-sengih. Geram pula aku dengan sikapnya yang tidak pedulikan perasaanku. Suka hati dia sahaja dia hendak memegang tanganku.

“Eh ok aje kalau sayang nak muntah di dalam kereta ni, sebenarnya sayang lebih mahal daripada kereta ni,” balas suamiku ini. Ah terasa cuak pula hendak mengaku dia suami. Dulu semasa baru kahwin, tiga bulan kami terpisah. Dia meminta aku berfikir yang dia akan menceraikan aku. Mula-mula kahwin banyak sungguh pesanan untukku. Selepas itu kami bertemu kembali dan bersanding dengan persandingan yang ala-ala Barbie pula aku rasakan. Apakan tidak, pelamin dibuat ala-ala dalam taman walaupun dibuat di sebuah hotel terkemuka.

Aku terkedu. Aku lebih mahal, akuinya? Biar betul mamat ni? Ah tidak percaya aku!

“Abang ni dah sasau nampaknya!” jawabku tanpa terfikir apa-apa. Dia ketawa. Lagi... lagi ketawa!

Memang kata-kata dia menyakitkan aku. Aku pun bukannya suka-suka hendak berbual-bual pada masa ini. Aku mahu tidur kalau boleh tetapi aku segan pula. Sebenarnya mataku sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi. Tetapi, memandangkan aku di dalam kereta mewahnya ini dalam perjalanan ke klinik, maka aku kuatkan semangatku, kupaksakan mataku agar mataku tidak terkatup!

Aku tidak mahu tengah malam nanti aku terjaga dan rasa nak muntah lagi. Sakit betul hatiku. Semalam bukan main aku muntah. Bukan sekali, sampai enam kali. Siapa yang tidak sakit? Tetapi aku buat-buat sihat dan datang ke sekolah. Kalian tahu kan, cuti aku sudah habis? Takkan aku nak kerjakan pula cuti sakit? Aduhai!

“Sasau sebab sayang lah ni,” aku bertambah cuak lagi. Rasa hendak muntah pula. Dia pegang tangan aku. Aku pandangan tangannya yang tidak pandai diam itu.

Dia hanya tersengih dan membiarkan aku menjelingnya.

“Kononlah! Bukan main lagi dia nak tinggalkan kita!” kataku menyindirnya. Dia berhentikan kereta. Memang aku mahu dia berhentikan kereta tetapi bukan secara mengejut begini. Kalau kepala aku terhantuk di dashboard keretanya ini bagaimana?

Soalku sendirian. Aku masih pandang wajahnya. Geram dengan sikapnya.

“Sayang, abang tak niat nak tinggalkan saya atau biarkan sayang sendirian tetapi sayang janji nak datang rumah kita. Kenapa sayang tak datang-datang? Abang tunggu...” jawabnya dengan bersungguh-sungguh. Dia pandang aku sejenak. Kemudian dia menumpukan perhatian kepada pemanduannya. Aku pejam mata. Benarkah dia prihatinkan diriku selama ini?

Aku pula yang sudah melupai janji sendiri. Memang aku telah dipujuknya agar tinggal di rumahnya hari itu. sebenarnya aku belum mahu tinggal serumah dengannya. Aku belum bersedia. Cukuplah kalau ada cuti-cuti sahaja aku ke sana. Entah bagaimana perasaanku bertukar cuak pula kerana dia tidak sekalipun tidak menghubungi aku.

Tetapi sebenarnya kami sama-sama saling menanti. Ah, rupanya kami samasama saling tersalah faham mengenai perasaan sendiri. Sekarang ni aku hendak salahkan siapa ni? Suami atau aku sendiri? Huhu!

“Saya tak tahu saya nak muntah!” aku terus keluar dan memuntahkan segalagalanya. Aku tidak peduli siapapun di sekelilingku ini. Apa yang aku tahu aku hendak memuntahkan semua sisa makanan yang ada. Dia turut mematikan enjin dan mengikut aku keluar dari kereta.

“Apa yang sayang makan tadi? Kenapa begini teruk muntah sayang?” soalnya berbisik. Dia resah melihat aku. Aku diam. Aku mengurut-ngurut leher dan dia mengurut belakangku.

“Eh lepaslah!” kataku menolak tangannya yang melekat di belakangku. Aku tidak selesa pula diurut-urut begitu. Entahlah kenapa mualku semakin teruk pada waktu malam begini!

“Jom, kita pergi klinik sekarang,” katanya menarik tanganku dan membuka pintu kereta untukku. Nasib baik dia sudah berhentikan kereta di bahu jalan.

“Ya.” Kataku mengangguk. Sebenarnya aku mahu tidur. Aku bukannya hendak ke klinik sekali. Jawapannya tetap sama, aku mengandung!

“Kita akan dengar apa kata doktor nanti. Apa yang sayang makan sampai teruk muntah sayang!” Berdenyut jantungku mendengar ungkapannya. Mungkinkah dia sudah tahu yang aku mengandung? Soalku dalam hati. Aku mengangguk juga.

Kemudian kami meneruskan perjalanan. Klinik bukannya jauh sangat tetapi lelaki ini membawa kereta macam membawa kereta sorong.

“Mungkin saya demam biasa aje.” Kataku berdalih. Dia menggeleng.

“Kenapa muntah-muntah? Ada apa-apa ke?” soalnya sinis. Aku diam dan gigit bibir. Wajah menyengih aku jeling.

“Biasalah kalau saya salah makan bang,” jawabku. Kemudian dia sudah memberhentikan keretanya di sebuah parkir yang agak jauh. Aku tidak suka parkir yang jauh-jauh begini sebab aku tidak suka berjalan-jalan jauh malam-malam begini. Mataku benar-benar mengantuk.

“Minum air ni,” katanya menghulurkan air mineral di botol kecil. Aku ambil juga unjukannya.

“Terima kasih.” Kataku menyambut huluran air itu. aku terus meminum sedikit dan membuangnya. Kemudian aku minum lagi.

“Ok ke ni? Ke nak muntah lagi?” soalnya. Aku geleng. Mungkin selepas dah muntah tiga kali, aku sudah berasa selesa selepas ini. Mataku sudah semakin mengantuk.

“Ayuh sayang, klinik tak jauh dari sini. Kita terpaksa ke hospital swasta ni, klinik kawan abang tutup pula,” katanya. Aku pandang wajahnya dengan pandangan pelik. Aku dengar dia bercakap-cakap dengan seseorang di telefon tadi. Aku tidak tahu siapa kawannya bercakap. Selepas itu dia paksa aku ke klinik. Aku tahu klinik kawannya tidak akan buka sampai malam.

“Ya lah bang, saya ikut saja.” Kataku. Dia sudah memegang tanganku. Kami berjalan beriringan. Mungkinkah dia sudah tahu aku mengandung? Mungkinkah Shamira sudah tidak tahan melihat penderitaanku? Mungkinkah dia sengaja menguji aku sekarang ini? Ah, pedulikanlah.

“Harap ada berita baik sayang,” aku sudah kembangkan mataku. Apa maksud dia? Kenapa dia nak aku berikan dia berita gembira? Ah, benarkah dia belum tahu yang aku mengandung? Aduhai, kalau dia tahu apa yang akan dia cakap? Sakitnya hatiku.

Tetapi aku malas hendak bercakap-cakap panjang. Biarlah dia tahu kalau memang ditakdirkan dia tahu mengenai hal aku. Haha!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience