Chapter 89

Romance Completed 46068

Bab 89

Natasya Umiara merayu kepada Amri agar melepaskannya. Dengan syarat tidur bersamanya! Gila!

“Kau?” Natasya Umaira yang diikat tangan dan ditutup matanya itu terkejut melihat Amri di depannya sedang menatap wajahnya dengan rakus. Sakit sungguh hatinya.

“Aku lah!” jawabnya dengan senyum bikin panas. Mahu sahaja diludahnya muka Amri yang tersengih-sengih macam kerang busuk itu. kalau macam batu kerikil di jalanan sudah ditendangnya sekuat hatinya. Geram sungguh dia.

“Apa kau mahu daripada aku ni? Aku ni bukannya perawan macam dulu! Aku dah jadi isteri orang!” soalnya dengan jelingan tajam. Bertambah kembang hidung lelaki tidak sedarkan diri itu.

“Aku? Apa aku nak?” soalnya pula. Berdarah hati Natasya Umaira. Dia terkenang suaminya yang semakin prihatin sejak akhir-akhir ini. Apa lah agaknya yang dilakukan suaminya? Dia tidak mampu mengangkat telefonnya sejak tadi. Malah sejak tadi dia mutekan suara telefonnya sebab dia mengajar. Tidak baik mencampuradukkan antara tugas dan peribadi. Kalau nak hubungi dia, cukup sekadar menghantar mesej sahaja!

Ah, di mana suaminya sekarang? Sedang mencarinya kah dia? Bagaimana dia tidak perasan akan kehadiran lelaki asing ini tadi?

“Aku nak kaulah! Aku nak siapa lagi!” kata lelaki itu. ‘Mahu aku? Aku yang dah mengandungkan anak Nukman Faris ni masih ada harga di mata lelaki ni? Apa dia belum tahu aku ni bakal seorang ibu?’ soalnya dalam hati. Wajahnya kaku dan termangu. Apa yang dia mahu jawab?

“Sayangku Tasya, aku nak kau sayang. Ketahuilah aku sudah membuang berlian dari hidupku!” dia mahu sahaja batuk mendengar kata-kata menggoda lelaki itu. Gila! “Kau sudah terlambat Amri!” katanya. Mahu mengalir air matanya mengenang suaminya. Apakah yang telah dilakukan oleh suaminya? Apakah suaminya tahu dia dicoleh oleh orang gila ini?

“Aku takkan terlambat! Aku sudah sediakan kadi dan wali untuk nikahkan kita malam ini!” kata Amri menyeringaikan senyumannya. Macam mahu terbuntang matanya. Apa tidaknya, lelaki ini sungguh tidak bersopan dan bermaruah. Dia hendak mencabuli hak orang lain dalam hidupnya. Dia milik Nukman Faris dan sedang mengandungkan anak dari lelaki itu. kenapa pula dia hendak menjadikan dia isterinya? Sedangkan dulu dia dibuang! Kenapa ludah dijilat semula? Eh, geli pula dia mengenang ludah yang dijilat semula!

“Gila! Jangan kau buat hal pula! Kau sudah gila namanya!” katanya membisik dengan penuh geram. Lelaki ini sudah mengelus kepalanya. Nasib baik kepalanya beralaskan tudung, kalau tidak memang dia tendang lelaki ini.

Mahu sahaja dia muntah di depan lelaki ini. Kalau dulu bolehlah dia pertimbangkan. Tetapi sejak pertunangan mereka diputuskan dan dia dinikahkan dengan suaminya Nukman Faris, dia tidak akan pernah mempertimbangkan lelaki ini.

Boleh jalanlah!

“Memang aku sudah gila Tasya! Gila kan kau!” katanya pula. Lelaki ini memang tidak makan saman. Adakah dia mahu menikahi dirinya yang sudah begini? Memang tak patut sungguh!

“Aku tak gilakan kau! Kau yang gila sendiri! Baik-baik kita bertunang kau putuskan! Sekarang kau terhegeh-hegeh nakkan aku balik! Kau ni memang gila! Dulu gila dengar hasutan orang dan hasutan syaitan! Sekarang gila nak aku balik pula!

Aduhai!” katanya menerangkan kegilaan bekas tunangnya itu. Kesal sungguh dia. Kalaulah masa boleh diputar, dia tidak mahu lelaki ini memutuskan pertunangan. Namun mungkin perancangan Allah itu lain untuk dirinya maka dia bersyukur dengan apa yang telah berlaku. Syukur kepada Allah.

“Aku tak sabar nakkan kau Tasya!” tambah membulat matanya. Kenapa pula mati-matian nakkan dia? Dia tidak ingatkah yang dirinya ini difitnah di seluruh kampungnya sehinggakan jiran-jirannya sendiri memandang sepi dan meluat kepadanya. Siapa yang mahu tanggung kalau bukan dia? Ah, sukar dia hendak menerangkan tetapi untuk kembali kepada lelaki ini, ia sesuatu yang amat mustahil!

“Aku tak layak untuk kau!” jawabnya. Semakin dia letih dengan kegilaan lelaki ini.

“Kau saja yang layak untuk aku!” katanya membisik di telinganya. Meremang bulu romanya. Dia tidak tahu, dirinya mahu sahaja muntah! Hari sudah pun petang!

“Aku?” lelaki itu mengangguk.

“Ya hanya kau!” katanya. Dia semakin meluat.

“Gila!” katanya lagi. Lelaki itu menggeleng.

“Aku tahu kau patut aku ambil semula. Sebab kau bukan kahwin betul-betul dengan lelaki itu kan? Dia hanya tutup maruah kau kan? Jadi, aku kena ambil kau semula!” kata lelaki itu dengan kegilaannya. Dia menggeleng malah mahu sahaja dia menangis.

“Aku masih tak bercerai dengan dia! Aku masih isterinya yang sah! Aku masih isteri Nukman Faris bin Norman! Bukan kau! Jangan kau nak suka-suka nikahi aku tanpa perceraian dari suami aku!” katanya dengan suara yang jelas. Lelaki itu ketawa. Di tengah ruang tamu yang besar ini penuh suara ketawa mengilai lelaki ini. Bingit telinganya.

“Aku akan minta dia ceraikan kau sekarang juga! Buat apa dia simpan kau kalau dia tak pakai!” katanya pula. Dia menggeleng. Gila! Tidak mungkin suaminya akan menceraikannya. Tidak mungkin! Dia tahu Nukman Faris mencintainya sama seperti dia mencintai suaminya itu. Dan, cinta untuk lelaki ini sudah lenyap seperti lenyapnya kabut dijilat cahaya matahari!

“Tak mungkin kita akan terus kahwin hari ini jika dia ceraikan aku sekarang!

Hukum siapa kau pakai?” soalnya. Lelaki itu ketawa lagi. Jelingan matanya seperti tidak difahami oleh lelaki ini.

“Betul kan kau dan dia hanya kahwin olok-olok?” soalnya meminta pengesahan. Dia geleng. Mereka bukan kahwin olok-olok macam sang model. Mereka kahwin secara sah mengikut syarak. Kenapa pula dia mahu kahwin olok-olok? Kalau dia kahwin olokolok sudah lama dia minta suaminya ceraikannya. Dia pun senang dan lelaki itu pun senang!

“Tidak benar! Kami suami isteri yang sebenar!” katanya. Buktinya, dia sedang mengandungkan anak kepada suaminya.

“Aku tahu kamu hanya kahwin olok-olok! Lelaki itu akan kahwin dengan Rozaila.

Persiapan sudah dibuat! Kau saja yang bodoh, percayakan suami kau tu!” hasutnya pula. Menggigil tubuhnya saat mendengar suaminya hendak berkahwin lain. Bila masa suaminya memberitahunya yang dia akan kahwini Rozaila? Apa yang dia tahu, perjanjian perceraian antara mereka sudah dibatalkan. Kenapa pula tiba-tiba ada rancangan suaminya akan kahwin baru? Mana yang betul ni? Bingung pula dia. Kenapa suaminya berlaku begitu? Betulkah itu? ah, mungkin ini hanya kontroversi!

“Kau tak percaya sayang, suami kau akan nikah malam ni, serentak dengan pernikahan kita? Tengok ni pengumuman dalam twitter dan insta!” lelaki itu sudah membuka telefonnya. Dia ternganga. Tetapi dia masih tidak percaya. Fitnah senang sahaja diukir di mana-mana sejak akhir-akhir ini. Dia tidak percaya dengan semua fitnah yang sedang disebarkan dengan meluas ini. Dia memang tidak percaya! Malah, dia tahu suaminya sedang kecoh mencarinya di mana-mana.

“Itu tidak benar... dan tidak boleh berlaku!” katanya perlahan. Amri pula ketawa.

“Kenapa pula tak boleh berlaku? Kau siapa nak halang cinta keras suami kau?” soalnya. Bagaikan terhantuk ke batu dia mendengar pengakuan itu.

“Sebab aku mengandungkan anak kami, hasil kasih sayang kami Amri. Kenapa kamu sengaja mencipta fitnah begini? Lepaskan saya! Saya takkan nikah dengan kau! Kau carilah gadis lain yang lebih baik. Saya tak tahu saya tak cukup baik untuk kau

Amri! Sebab tu kau putuskan pertunangan hari itu!” katanya merayu Amri. Lelaki itu menggeleng.

“Aku tahu kau bohong! Aku tahu kau tak pernah disentuh suami kau! Sebab suami kau tahu aku sudah sentuh kau!” mahu sahaja dia meludah lelaki ini sekali lagi. Mulutnya cabul!

“Kau mana tahu!” jeritnya.

“Aku tahu sayang!” katanya menolak kebenaran.

“Kalau tidak pun, suami kau sengaja sentuh kau semata-mata mahu mempermainkan kau! Sekarang kalau kau sudah disentuhnya, apa yang kau boleh buat untuk halang suami kau dari berkahwin dengan kekasihnya?” soalnya. Mahu sahaja dia menangis. Memang dia tidak ada hak menghalang. Jika suaminya mahu berkahwin lain, dia hanya mampu menandatangani borang, itu sahaja!

Mahu sahaja dia tampar lelaki ini. Nasib baik sahaja tangannya diikat dengan kuat dan mulutnya sahaja yang dibuka. Lelaki ini memang mahu kena dengannya!

“Bawa mengucap Tasya, suami kau memang begitu! Suami kau memang kurang ajar. Suami kau menyusahkan kau sahaja!” kata Amri dengan pandangan yang cukup berani. Dia begitu berani meluahkan perasaannya. Kalau lah mereka tahu siapa Nukman Faris, baru mereka faham.

“Kau yang sepatutnya bertaubat Amri! Kau yang sepatutnya memohon ampun kepada Allah. Kau memang banyak buat dosa!” katanya kepada lelaki yang tidak sedarkan diri itu.

“Aku pula kau suruh? Sepatutnya kau marahkan suami kau yang tak bertanggungjawab tu! Bukan kau nak marahkan aku!” katanya lagi. Kesal dia. Suaminya sudah menjadi suami yang prihatin dan menjaga kebajikannya. Kenapa dia dituduh begitu? Kasihan pula dia kepada suaminya. Mahu sahaja dihamburkan semuanya menjadi muntahnya, biarkan dia tahu tinggi rendahnya langit!

“Marahkan suami? Buat apa aku nak marahkan suami? Kalau baik buruk dia, lelaki itu saya tahu! Lepaskan aku Amri! Tolong lepaskan aku!” rayunya pula.

Telefon bimbitnya berbunyi. Dia dengan senang hati menekan butang hijau.

Entah siapa yang berada di hujung talian, dia tidak peduli!

“Kau tunggu sini! Jangan nak lari!” katanya suka mengarah. Dia sedikit lega. Namun tangannya masih tidak dilepaskan. Hanya ikatan di mulutnya dan matanya sahaja yang dibuka.

***

“Ke mana anak mak Nukman?” soal emak mertuanya apabila dia sudah sampai di ruang halaman rumah sewa isterinya Natasya Umaira petang itu. Dia menyalami emak dan ayah mertuanya. Dia tidak menyangka isterinya akan hilang tiba-tiba. Dia hairan kenapa pula isterinya yang menjadi mangsa dalam hal ini.

“Saya tak tahu mak, saya pun datang agak lambat jemput dia tadi, saya tunggu dia tak datang-datang. Saya tanya kawan-kawan dia kat sekolah, dia sudah keluar sejam yang lalu. Entah ke mana dia dibawa. Setahu mak, dia ada musuh tak mak?” soal Nukman Faris. Terbuntang mata emak mertuanya.

“Tak... dia tak de musuh nak. Dia tak ada musuh!” kata emak mertuanya Puan Zurain menafikan musuh yang dikatakan oleh Nukman Faris.

“Dia tak ramai kawan Nukman. Dia tak de kawan sangat. Itu yang mak hairan kalau dia ad musuh,” kata emak mertuanya. Ayah mertuanya hanya mendengar sambil mengangguk.

“Kita laporkan polis.” Kata ayah mertuanya Encik Mohd. Tajuddin. Nukman Faris terganggu. Kalau tidak ada musuh, maksudnya, musuhnya yang datang dan ganggu isterinya. Begitu? Ah, tetapi siapa yang tidak bertanggungjawab tu? Soalnya dalam hati.

“Jangan dulu mak, ayah. Kita tunggu dulu.” Kata Nukman Faris. Mama dan papanya juga sudah dimaklumkan mengenai hal itu menyuruhnya mendiamkan dulu hal ini. Jangan dulu buat apa-apa. Pasti penjenayah yang melakukan hal ini akan menghubunginya.

“Nak tunggu apa lagi Nukman?” soal ayah Natasya Umaira seperti tidak puas hati dengan kenyataan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience