Chapter 48

Romance Completed 46068

Bab 48

Petang itu emak, ayah, mama dan papa mertuaku serta adik iparku Nuraina datang dengan senyuman manis mereka. Masing-masing membawa beg yang agak besar. Aku agak terkejut. Macam nak tinggal di rumah ini sampai sebulan pula, desis hatiku. Buat apa pula mereka nak tinggal lama-lama di sini? Aku pun bukannya lama di sini. Baju aku pun hanya dua tiga helai sahaja. Tak bawa pun beg besar macam mereka ni!

Eh, jangan-jangan mereka ni ada rancangan lagi tak? Eh, Natasya Umaira, cakap elok-elok sikit tau, tak baik buruk sangka dengan ibu bapa sendiri! Kata hatiku. Ia menoktahkan salah sangkaku. Biarlah, berapa beg pun mereka nak bawa, ada aku kisah? Kataku dalam hati. Aku senyum sendiri tetapi aku cepat-cepat mematikannya. Nanti apa pula kata tetamu-tetamu kami yang lima orang ni!

“Alahai Tasya, cantiknya Tasya dengan pakaian jubah hitam ni, sarat pula dengan bunga-bunga tampal dan manik-manik tu, kena dengan tudungnya,” kata mama mertuaku memuji baju jubahku yang aku sempat beli di Perak ketika aku berkuliah di situ. Tudung shawl Pashmina ni pula memang tudung aku yang sedia ada. Aku ni mana pandai nak beli apa-apa. Aku ni kedekut dengan wang yang aku ada.

Wang yang Nukman Faris beri aku hari tu sudah aku simpan dalam buku akaun Tabung Haji aku. Aku takut nak belanjakan wang tu. Nanti kalau Nukman Faris tanya mana wang tu, dapatlah aku jawab ke mana wang tu kan! Aku angguk aje dengan teguran atau pujian mama mertuaku. Suami di depanku angkat-angkat kening kat aku.

Eh, lelaki ni begitu pula dia kat aku! Aku buat tak layan!

“Biasa aje ni mama, mana ada masa nak jalan, sibuk aje saya, memanjang,” kataku. Emakku hanya memerhatikan bajuku ini. Aku sempat senyum kepada emak dan ayah. Kebetulan aku tidak membelikan sesiapa. Aku hanya sempat membeli untuk diriku sendiri. Aku nampak baju jubah ini bergantung di kedai yang kebetulan aku termasuk ke dalamnya. Aku tanya saiz. Saiznya 38. Aku terus angkat tanpa mencubanya. Dari jauh aku nampak cantik sangat baju yang sedang kupakai ini.

“Beli kat mana Tasya? Mama dan mak ni pun nak!” kata mama mertuaku. Mereka bergurau ke tu? Eh, seganlah pula. Takkan mak datin nak pakai pakaian biasa macam menantunya ni pakai? Kasihan pula mama mertuaku. Kalau emak tak apalah!

Kulihat emak hanya tersenyum manis.

“Kat Perak mama, kebetulan hari tu kami ke sana, kami kuliah,” kataku. Nukman Faris pandang aku tak berkelip. Eh, kenapa lah pula mamat ni pandang aku macam nak kucing nak makan ikan? Segan pula aku dengan pandangan matanya. Aku tajamkan pandanganku, eh segan pula aku. Akhirnya aku tundukkan pandanganku.

“Dengan Nukman?” soal papa mertuaku pula. Aku pandang Nukman Faris. Nukman Faris kerutkan dahinya. Terasa agak hampa pula wajah itu. Dia angguk.

Kemudian aku juga mengangguk. Walaupun aku sebenarnya pergi ke Perak dengan Shamira dan bukannya atas ehsan Nukman Faris. Aku geram jadi aku tidak memberitahu dia. Aku bergerak awal dari rumahku hari itu. Ah, pada saat aku sepatutnya gembira saat ini, kenapa lagi aku mengenang cerita yang mengerat luka hatiku itu?

“Ya papa, hari tu. Tak sempat pula beli yang lain-lain. Kami sibuk kuliah,” kataku. Emak sudah buntangkan mata dan sedangkan Nukman Faris sudah tersenyum berdiri berdepan denganku. Dia kemudiannya mengambil tempat berdiri di sisiku. Aku berdebar-debar lagi. Kalau setiap hari debaran ni tidak pandai berhenti, apa akan jadi kepada jantungku ini? Soalku dalam hati.

“Nukman, kalau ada masa tu bawalah Tasya jalan-jalan, beli pakaian. Dia hanya ada masa cuti ni aje,” kata papa lagi. Papa ni macam tahu-tahu aje aku jarang beli pakaianku sendiri. Sebenarnya aku tidak gemar sangat hendak membeli pakaian sendiri. Aku sayangkan wang aku. Kalau aku simpan wang aku beri mak ayah aku atau buat belanja adik-adikku, kan baik. Ada lagi pahala. Bisikku sendiri.

“Ya papa, esok Nukman bawa isteri Nukman ni beli pakaian papa,” kata Nukman Faris menyambut kata-kata papanya. Datuk Norman senyum bahagia memandang aku dan anaknya. Eh, buat apa nak bawa aku beli pakaian? Aku bukannya nak sangat beli pakaian! Pakaian yang aku ada pun, memang dah cukup! Dah penuh pun pakaian aku di dalam almariku!

“Tak apalah abang, pakaian saya ada lagi,” kataku tidak mahu menyusahkan dia, suamiku yang selalu sibuk ini. Setiap pagi dia mesti turun kerja. Entah di mana pula dia kerja. Mama mertuaku cakap dia cuti dua minggu. Mungkin dia ada kerja part time. Entahlah di mana!

“Tak apalah, itu memang tanggungjawab suami berikan nafkah untuk isterinya sementara belum ada anak,” kata mama mertuaku pula. Bulat mataku dan mata Nukman Faris memandang mama mertuaku. Aku diam menunduk akhirnya. Aku tidak ada komen tentang hal itu.

Kalau direnung jauh-jauh, entah sampai ke mana hubungan kami ini. Aku tidak mampu menganggar. Walaupun subjek matematik aku dapat A dalam SPM tetapi menganggar hubungan pernikahan kami ini, aku gagal. Aku tidak sampai ke mana tempohnya. Entah bila tarikh luputnya! Argh! Sukar... memang sukar aku mengagak!

“Silakan lah duduk mama, mak, papa, ayah,” kata Nukman Faris. Mereka semua berlalu ke tempat duduk di sofa hitam itu. Nuraina pula masih berdiri tegak di sisi kiriku sementara Nukman Faris berdiri di sisi kananku. Eh, kenapa mereka ni?

“Kak Tasya, kenapa tak belikan saya baju jubah macam ni? Kan cantik kak pakai, saya pun sama saiz aje dengan kak,” kata Nuraina sudah memegang tanganku. Ketinggian kami hampir sama. Tetapi dia agak berisi sedikit. Aku pula agak kurus sedikit. Tubuhku semakin menyusut semenjak menikah ini. Susut kerana memikirkan hubungan kami yang tidak tentu hala ini. Selepas ini apa lagi jadinya kepada hubungan kami ini.

Aku terbuntang mata. Nukman Faris pula sudah ketawa kecil di sisiku. Kemudian dia peluk bahuku. Ah, bagaimana aku nak singkirkan tangan gagah ini?

“Eh, awak ni Nuraina, pendengki betul!” kata Nukman Faris kepada adiknya. Aku pula buntangkan mata. Dia tidak sepatutnya bercakap begitu. Kasihan pula iparku yang seorang ini. Iparku bukannya ramai tetapi aku benar-benar tidak mampu hendak membeli lebih-lebih hari itu. Kami kebetulan lepas makan di sebuah restoran di Ipoh.

Tiba-tiba diberitahu, kelas tidak dibatalkan. Doktor Mahani ada. Takkah kami kelamkabut hendak menuju ke UPSI semula!

“Tak pe, esok kita jalan, kita jalan-jalan ya. Aina bawalah kakak ke mana-mana.

Kakak tak tahu di KL ni. Tak tahu jalan! Nanti kak belikan jubah pilihan Aina!” kataku memujuk adik iparku yang sudah menunjukkan muka panjangnya. Pasti dia marahkan abangnya dan bukannya marahkan aku. Kataku dalam hati.

“Esok? Ya esok, bolehlah kak, saya pun teringin nak pakai jubah macam kak ni, cantik pula,” kata Nuraina. Aku terharu. Baju yang aku beli dalam suasana yang agak tergesa-gesa mereka puji cantik. Mereka hendak ambil hatiku ke? Aku tahu dia anak orang berada, mungkin dia ingin sangat mengambil hatiku. Aku datang dari keluarga yang agak kurang mampu. Mungkin mereka kasihan melihat pakaianku yang agak kurang baik kualitinya ini. Ah, aku buruk sangka lagi! Buruk sangka kepada mak cikku sendiri!

“Sayang, esok kan kita nak pergi KLCC dan cuba makanan kat situ, hari tu tak sempat kan?” kata Nukman Faris mengingatkan aku. KLCC? Oh tempat tu agak mahalmahal barang-barangnya. Aku memang tidak mampu hendak membelanja adik iparku ini kalau kat sana. Ah, mungkin mereka sengaja nak test aku tak? Setelah Nukman Faris mengenyitkan matanya kepadaku, aku cepat-cepat mengangguk.

“Boleh juga kak, kita minta abang yang bayar walaupun harganya beribu.” Kata Nuraina hendak mengenakan abangnya. Nukman Faris tersenyum manis.

Harga beribu? Jubah yang aku pakai ini harganya tidak sampai pun RM100.00. Eh, takutnya aku dengan cara orang kaya menyebut harga. Baju sampai RM1000.00? Memang tak masuk akallah! Bajuku tidak pernah mencecah ribu. Memang aku tidak akan beli lah walaupun harganya RM250.00. Aku memang tidak akan beli! Mahal sungguh tu! Habis wang gaji aku sebulan dengan sepasang baju RM250.00. Kalau aku beli dua pasang? Memang nipis dompet aku!

“Ya tak jadi masalah adik Aina, kan sayang?” kata Nukman Faris meminta sokonganku. Aku angguk aje. Aku mana berani nak mengaku. Kalau sehelai baju berharga RM1000.00, habis gaji aku sebulan. Mana lagi aku nak bayar sewa rumah, ansuran kereta Myviku, barang dapur dan belanja mak ayah aku. Memang aku habis kopaklah!

Aku terus bergerak ke dapur. Emak sudah tertoleh-toleh memandang aku. Apakah yang emak nak beritahu aku? Takkan aku hendak berdiri tegak sahaja di depan pintu rumah ini?

“Ke mana tu Tasya?” soal mama mertuaku. Aku pandang mama mertuaku. Mama mertuaku berseri-seri wajahnya dengan solekan ringkas petang itu. Tetapi aku memang hormat sangatlah mama mertuaku, walaupun dia seorang datin dan orang berada begitu, tetapi dia seorang yang merendah diri. Malah dia boleh menyesuaikan diri dengan emakku. Mungkin sebab mereka adik-beradik dan sudah lama kawan baik! Aku suka penampilan mama mertuaku dan emakku itu. Mereka saling bantu-membantu selama ini! Tetapi yang aku tidak suka ialah anak lelakinya. Anak lelakinya sombong dan suka mengejek aku sewaktu aku kecil dulu. Sampai hari ini pun aku masih tidak lupa! Ah, anak lelakinya sudah pun jadi suamiku! Naya kan!

“Nak ke dapur mama, nak sediakan minuman kejap, tunggu kejap ya,” kataku agak gugup. Nukman Faris sudah bergerak di sisiku. Langkahnya panjang-panjang.

“Tak payahlah nak susah-susah Tasya, kami baru aje minum tadi,” kata mama mertuaku memegang tanganku. Kulihat ayahku juga mengangguk. Aku geleng. Tidak susah sebenarnya.

“Ma, kat rumah mama lain. Kat rumah ni lain. Tak susah, tinggal susun atur aje ma,” kataku lalu bergerak perlahan ke dapur. Takkan kami nak berlapar sambil berbualbual di ruang tamu itu? Kalau dah kenyang perut barulah selesa kalau nak bercerita kan! Itupun ajaran emak kepadaku sebelum menikah dulu. Lagipun memang begitulah emak kalau menerima tetamu. Dia layan betul je tetamu yang datang ke rumahnya.

“Nukman nak ke mana tu?” soal papanya pula. Aku tidak mahu pandang ke belakang. Aku tahu aku sudah malu. Aku berjalan sambil menundukkan pandanganku. Serbanya tidak kena aku di depan ahli keluarga kami ini. Memang aku segan sungguh lah!

“Nak temankan Tasya pa, takut dia tak biasa di rumah saya ni, maklumlah dia ni kan baru lagi kat sini!” kata Nukman Faris memberi alasan. Pandai sungguh dia.

“Abang tak perlulah nak temankan saya kat sini, malulah!” kataku cuba menghalau Nukman Faris keluar dari ruang dapur itu. Dia tetap berdiri di sisiku. Malah dia sudah memegang pinggang kecilku ini. Aduh, apa yang aku nak buat kalau macam ni?

“Biarlah, takkan tak sudi abang nak tolong sayang, siapa lagi nak tolong sayang, kalau bukan abang! Sayang kan isteri abang,” katanya yang sudah memegang tanganku. Mahunya aku tidak segan? Tanganku sudah agak sejuk!

“Terima kasihlah bang, sudi tolong saya,” kataku perlahan. Aku ambil cawancawan di kabinet yang cantik itu. Nukman Faris tolong aku menuang air dan aku menyusun puding-puding yang kubuat tadi di atas piring. Begitu juga dengan karipap.

“Hmmm, hemmmm, hemmm,” Nuraina datang mendekati kami. Kebetulan Nukman Faris sudah memegang pinggangku. Aku kaku lagi di sisi lelaki yang penuh dengan kasih sayang itu. Malah, aku meminta dia melepaskan pelukannya. Dia ni kan, di mana-mana pun nak memeluk aku! Aku tak lari lah Nukman oi!

“Romantiknya suami isteri berdua ni! Memang padanlah abang dan kak Tasya, macam sirih pulang ke gagang!” kata Nuraina memuji-muji kami yang sedang berdiri di sisi meja di dapur ini berdua-duaan. Adiknya ini pula mengambil kesempatan memuji kami. Sebenarnya bukan sirih pulang ke gagang tetapi bagaikan pipit dengan enggang!

“Lepaslah bang! Janganlah macam ni, tempat ni tak eloklah nak buat macam ni,” kataku berbisik. Nukman Faris sudah tersenyum nakal.

“Kat bilik bolehlah macam ni ya? Boleh tak sayang?” aku didesaknya ketika Nuraina sudah betul-betul dekat dengan kami. Aku terpaksa mengangguk. Aku sudah tidak ada pilihan. Mahu tidak mahu terpaksa mengangguk dan dia terus melepaskan pelukannya di pinggangku. Debaran jantungku bagaikan pohon mangga yang digegar dari bawah, bergoyang habis!

“Biarlah Nuraina kita ni jealous sayang. Mesti dia nak kahwin cepat-cepat tu, kalau nampak kita mesra sangat macam ni!” kata Nukman Faris selamba sambil mengucup dahiku. Aku dan Nuraina buntangkan mata. Ya Allah, kat sini boleh lagi dia nak kucup dahiku. Memang kami terlalu dekatlah nampaknya! Nuraina pula buat muka selamba badak aje melihat tingkah abangnya ini.

“Abang ni melampau lah tau!” kataku. Nuraina sudah tarik muka masam. Nukman Faris pula sudah seronok menyakat adiknya itu. Mereka berdua agak rapat dan mesra. Kuat saling menyakat.

Aku terkenang dua orang adik lelakiku. Kedua-duanya sudah agak besar. Seorang di UiTM di Semarahan Sarawak dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan seorang lagi di sekolah berasrama penuh. Dalam minggu ini dia ada latihan di sekolahnya. Adikku seorang lagi tidak ada cuti. Hanya sesekali kami bertemu. Tidak lama akan mengikuti pertandingan. Pada hari menikah hari itu ada juga mereka menjengukkan diri.

“Melampau apa sayang, dia dah ingat kekasih dia tu nak bawa nikah cepatcepat!” kata Nukman Faris lagi. Aku hanya ketawa kecil. Terkenang pula kepada Amri tiba-tiba. Amri yang bawa kahwin dan edar kad kahwin, Amri juga yang putuskan pertunangan tiba-tiba dan sebar fitnah di kampung. Ah, Amri mengapa begitu kejam kepadaku. Kalau aku tahu begitu ulahnya, dari awal aku tidak mahu terima pinangannya. Biarlah aku tidak kahwin sampai bila-bila kalau dimalukan begitu!

“Mama, tengoklah abang ni dah melampau ni ma!” jerit Nuraina dari dalam dapur. Aku bulatkan mata. Boleh-boleh adik iparku ini menjerit dari dapur. Aku tahu dia sudah agak geram dengan sikap abangnya ini. Mahu sahaja aku cubit suamiku yang agak nakal di depan adiknya ini. Kasihan pula kepada Nuraina!

“Kalahlah tu kan sayang! Kalau kalah panggillah mama, minta tolong!” kata Nukman Faris lagi sambil mengucup dahiku sekali lagi. Ya Allah kenapa lelaki ini sudah melampau? Adakah dia nak tunjukkan kepada adiknya pula berkali-kali pula? Aduhai!

Tak sanggup aku nak tatap mata adik iparku. Malunya!

“Tengok muka kakak sudah blushing bang!” kata Nuraina sambil ketawa, mentertawakan aku lah tu. Nukman Faris juga sudah ketawa sambil mengetatkan pelukannya di pinggangku. Aduhai, sakit hatiku tetapi kenapa aku gembira dengan tindakannya? Eh, kenapa aku begini?

“Mana ada!” kataku. Emak dan mama mertuaku sudah masuk ke dalam dapur kering di rumah Nukman Faris ini. Nukman Faris masih macam tadi, masih memegang pinggang kecilku. Aku menjeling dia tetapi dia pura-pura tidak nampak akan jelinganku.

Apakah dia mahu tunjukkan kepada ibu bapa kami ini yang dia sudah mula sayangkan aku? Ah, sayang bukan cinta kan? Mungkin dia sayang aku sebagai sepupu kan?

“Kenapa bising-bising ni Aina? Tak baik tau anak dara ni teriak-teriak! Kat dapur pula tu! Kalau ada anak teruna nak masuk meminang, akhirnya batal, tau! Apa kes ni sebenarnya?” kata mama mertuaku. Nuraina hanya ketawa kecil. Mukanya sudah agak kemerahan memandang mamanya. Aku hanya menjadi pemerhati. Tangan Nukman Faris sudah sibuk mengatur karipap di atas piring.

“Tengok dia ketawa pula!” kata mama mertuaku lagi. Aku pandang Nuraina. Kasihan pula dia. Mama mertuaku pun sama, kuat menyakat anak gadisnya.

“Memang dia tu mama, dia dengki tengok kemesraan kami!” kata Nukman Faris. Aku sekali lagi berasa malu dengan sikap Nukman Faris yang sudah memeluk aku seperti tadi. Apa cerita ni?

“Mana ada mama! Dia tipu tu mama!” kata Nuraina dengan suara manjanya. Nukman Faris sudah ketawa. Aku pula hanya memandang.

“Abang ni dah melampau!” kataku pula. Nukman Faris buntangkan matanya kepadaku.

“Mana ada sayang!” dahiku dikucupnya sekali lagi. Mama dan emakku hanya tersenyum. Bahagiakah mereka melihat lakonan kebahagiaan kami? Aku pula yang tidak bahagia walaupun jantungku kembali bagai gendang diketuk dengan sekuat hati, seperti dibuat permainan pula! Ah, aku sepatutnya bahagia tetapi memikirkan bahagia aku tidak rasa aku mahu menerimanya.

“Tasya masak apa ni sayang?” soal mama mertuaku memandang aku. Aku senyum malu-malu. Aku pandang Nukman Faris. Dia turut memandang aku. Apakah dia menunggu aku bercakap?

“Buat karipap dan puding roti simple aje mama,” jawabku malu-malu. Mama mertuaku terus duduk. Emak pun sama. Dia terus mengambil sekerat puding yang aku buat. Dia sukakah pudingku ini nanti? Aku tutup mata. Aku takut mendengar komennya.

Emak pula hanya memandang kami.

“Wah, pandainya anak kau Ain. Pandai dia buat puding roti! Puding kegemaran mama ni Tasya! Mana Tasya belajar buat ni?” kata mama mertuaku. Aku angguk dan malu sebenarnya. Mukaku kurasa sudah merah sekali lagi. Aku pandang emak. Emak hanya tersengih-sengih.

“Dia buat yang biasa-biasa aje tu kak long, kalau yang luar biasa kena tanya emaknya lah!” kata emakku. Aku angguk. Memang emak yang berguru dengan Dato’ Chef Rosli. Memang banyak benda lagi yang aku kena belajar dengan emak. Emak memang rajin memasak. Tidak hairanlah kalau ayah dan adik-adikku sihat-sihat belaka walaupun tidak terlalu gemuk!

“Wah, bukan main beruntung anak mama ni pandai menantu mama buat kuih muih ni semua. Memang mama bersyukur sangat! Untung Nukman tau!” kata mama.

Papa dan ayah sudah masuk ke dapur dan mengambil tempat.

“Memang pandai masak isteri saya mama, mama aje tak tahu! Terima kasih mama, mak, kerana nikahkan kami!” kata Nukman Faris perlahan. Aku sudah terharu. Terharu sangat. Aku terpaksa menundukkan pandanganku demi mengelak semua orang di dapur ini perasan yang mataku sudah mengandung air suam-suam kuku!

Aku dan Nukman Faris sibuk menghidangkan minuman dan makanan. Syukurlah kalau mereka semua gembira dengan buah tangan yang kubuat pada petang itu.

Sebenarnya aku sudah gabra!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience