Chapter 78

Romance Completed 46068

Bab 78

Aku tiba-tiba terbayang akan kemesraan, gelak tawa dan keprihatinan lelaki itu. Dia begitu pandai melayani kerenahku yang kadang-kadang agak melampau kepadanya. Tidak hairan kalau ramai gadis terpikakt kepadanya sebelum menikahi aku. Kasihan pula apabila mengenangkan Rozaila, kekasih hatinya yang berjaya meraih cinta pertamanya. Bagiku alangkah bertuahnya Rozaila, begitu jauh bertuahnya Rozaila daripada aku.

Aku tahu betapa besarnya juga cinta suamiku kepada Rozaila. Tetapi aku juga turut memandang betapa tinggi pun cinta mereka berdua, kasih sayang Allah kepada kami berdua iaitu antara aku dan suamiku lebih mengatasi cinta mereka berdua. Jadi dalam senak jiwa aku masih mampu bersyukur. Bersyukur dengan kurniaah Allah kepada aku dan suamiku Nukman Faris.

Tidak hairan kalau dia sanggup menolak aku dengan menikahi aku untuk sementara waktu sahaja setelah dia sudah mempunyai kekasih hati. Mereka juga sudah berjanji akan menikah apabila tiba masa yang dijanjikan nanti. Tetapi tiba-tiba aku muncul di antara mereka. Pastilah suamiku itu berasa berang dan tidak puas hati dengan kerenah mama dan papanya.

Aku terkenang begitu akrabnya kenangan dan begitu akrabnya kami berdua pada bulan-bulan keempat pernikahan kami. Kini aku hanya mengintimi kenangan dan menjauhi dia.

Kenapa pula lelaki itu tidak menghubungi aku selaku isterinya? Bukankah dia pernah membisikkan kepadaku betapa dia tidak mampu berjauhan denganku. Sekarang sudah hampir sebulan kami tidak bertemu, mendengar suaranya pun aku tidak pernah, apatah lagi hendak bertentangan mata dengannya. Nampaknya dia memang sudah biasa dengan ketiadaanku di sisinya.

Atau dia masih memegang janjiku kepadanya sebelum kami berpisah di depan rumah sewaku pada kali terakhir pertemuan kami.

“Abang tidak sabar hendak tunggu sayang balik ke rumah kita.” Katanya. Aku hanya mengangguk. Seolah-olah aku juga tidak sabar hendak kembali ke rumahnya dan meninggalkan rumah sewa yang kuhuni dengan Shamira sekian lama ini.

“Saya tak janji bilakah detik itu akan berlaku,” kataku perlahan dan mengucup tangannya. Dia pula sempat mengucup dahiku. Begitu pahit hendak kukatakan bilakah waktunya akan terbuka hatiku ini untuk kembali ke rumahnya. Sehingga ke hari ini setelah lebih sebulan aku duduk di rumah sewaku ini, aku belum menunaikan janjiku kepadanya. Ah, apa yang perlu aku buat sekarang ini? Takkan aku datang mengetuk pintu rumahnya pada saat aku seperti ini.

Kepalaku pula semakin sakit dan kadang-kadang aku tidak larat hendak membuat kerja-kerja sekolah. Paling-paling aku akan tidur seperti sudah setahun aku tidak tidur nyenyak. Hanya kadang-kadang aku keluar rumah menemani Shamira ke pekan membeli makanan yang sudah habis. Kadang-kadang seharian aku tidur di rumah sewaku ini selepas habis waktu kerjaku. Entah kenapa aku seletih ini. Entah kenapa kepalaku semakin tidak baik-baik ini.

“Tasya, kau dengar tak berita?” soal Shamira satu hari ketika aku duduk-duduk di depan televisyen sambil memakan makanan ringan yang aku beli ketika keluar bersama-sama Shamira.

“Berita apa? Banyak berita,” kataku yang fokus kepada televisyen. Sebenarnya aku jarang melihat berita sejak akhir-akhir ini. Tambahan pula sejak aku mendapat penyakit aneh sejak seminggu yang lalu.

“Hai kau ni tak peka pula!” kata Shamira pula seperti memperli aku. Baru sahaja kami berbuka puasa bersama-sama. Entah kenapa suamiku itu tidak peka kepada aku di sini. Walaupun sekarang ini bulan puasa, dia sepatutnya menghubungi aku dan membawa aku ke rumahnya pada setiap hujung minggu. Takkan aku tidak sudi pula kan!

Tetapi lelaki itu tidak sesekali pun menghubungi aku. Mengirimkan mesej rindunya pun tidak pernah. Dadaku ini bagaikan hendak pecah menahan rindu kepada suamiku sendiri. Di manakah dia? Ingatkah dia kepadaku? Atau masihkah dia menunggu aku di depan pintu rumahnya?

“Kapal MH17 terhempas semalam, kau tahu?” soal Shamira tiba-tiba. Mataku mahu sahaja terjegil. Itulah sebabnya sejak akhir-akhir ini aku terkenangkan suamiku itu. isu MH370 belum lagi selesai, sekarang isu MH17 terhempas di sempadan RussiaUkraine. Siapakah yang tidak terbang hati? Siapa yang tidak terkejut dengan berita yang tidak disangka-sangka pada bulan Ramadhan ini.

Adakah suamiku di dalam kapal yang terhempas itu? Tetapi aku sudah semak kepada syarikat penerbangannya. Bukan dia yang terlibat. Dia bertugas di syarikat penerbangan yang lain dan bukannya di syarikat MAS. Tetapi aku mahu suamiku itu berhati-hati juga. Jangan sampai kapal yang dipandunya pula terlibat. Selisih malaikat

44.

“Tahu! Err, kejap-kejap! Aku ke bilik air kejap!” kataku yang sudah berlari ke bilik air demi merasa aku hendak muntah. Semua makanan aku muntahkan. Tidak ada tinggal sedikitpun. Leherku terasa perit, pedas dan amat sakit.

“Nah air.” Kata Shamira yang sudah mengurut belakangku.

“Apa jadi dengan kau ni?” soal Shamira lagi. Aku geleng. Aku tidak tahu apakah sindrom yang menjangkiti aku sehinggakan aku menjadi seteruk ini.

“Entahlah, mungkin aku salah makan ni Mira!” kataku mengingati apa yang kumakan. Air cendol, air kelapa dan mee goreng. Kenapa perutku tidak dapat menerima apa yang telah aku makan tadi? Soalku sendiri.

“Apa yang kau makan, sama dengan apa yang aku makan tadi Tasya. Hairan kenapa kau muntahkan semua makanan yang telah kau makan tadi!” kata Shamira ragu-ragu dengan apa yang berlaku. Aku diam. Memikirkan apa yang sebenarnya yang berlaku kepada diriku ini. Sakit kepalaku belum baik dan sekarang aku rasa hendak muntah pula. Bukan rasa hendak muntah, sudah muntah pun!

Hampir seminggu aku sakit kepala dan sekarang aku muntah-muntah pula. Entah apa yang menyerang aku. Aku kurang pasti. Apa yang pasti aku tidak tahu apa yang menyerang aku.

Aduhai, bagaimana aku menghadapi hidup begini sendirian tanpa suamiku?

Soalku dalam diam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience