Chapter 61

Romance Completed 46068

Bab 61

“Jadi, sayang akan terus tinggal di sini selepas bulan madu kita nanti?” soal Nukman

Faris selepas dua malam kami di bilik hotel yang ditaja oleh papa dan mamanya itu. Masam mukaku. Susah aku hendak menjawab soalan itu. Tetapi aku kena memberitahunya yang aku tidak mempercayainya dan menunggu surat cerainya.

Jangan dia hendak melengah-lengahkan lagi. Aku geleng.

“Selepas semuanya selesai, abang buatlah apa yang abang rancang sebelum ini,” aku menjawab. Aku mahu dia bahagia. Aku kasihan melihat dia terkontang-kanting hidupnya kerana dia terpaksa memutuskan hubungan dengan kekasihnya. Mahukah dia mendengar cakapku ini?

“Rancangan apa?” soalnya seperti pura-pura tidak tahu pula. Aku pandang wajah itu. Keningnya yang tebal itu menjadi perhatianku. Matanya kuyu. Ah, berkali-kali aku jatuh cinta kepadanya. Ah, tidak ada gunanya. Aku tidak mahu jatuh cinta kepadanya sebenarnya tetapi hati mudaku sukar ditahan-tahan. Akhirnya aku relakan. Aku rela mencintainya dalam diam kerana aku jatuh cinta kepadanya dalam diam juga. Ah, Natasya Umaira!

“Abang, dulu abang rancang kita cerai dan surat cerai ada dalam simpanan abang, saya dan peguam abang. Then, abang nak kahwin dengan kekasih abang.

Itulah yang sebenarnya!” kataku memberikan penerangan agar dia mula teringat akan rancangannya sendiri. Kami bertatapan seketika. Betapa membuaknya kasih kami berdua dari pandangan itu hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Ya Allah, jika benar kami memang berjodoh, dekatkanlah hati kami berdua.

Dalam diam aku menyimpul doa dalam hati.

“Sayang...” dia sudah memeluk aku. Aku kaku bagaikan batang kayu. Apa lagi yang harus kujawab. Aku mahu dia bahagia. Kalau dia tidak bahagia dengan pernikahan sementara kami, aku rela kalau dia ceraikan aku. Nanti pandailah aku menerangkan dengan emak dan ayahku mengenai kedudukan kami. Ah, betapa kompleksnya hubungan kami berdua.

“Jangan begini bang,” kataku menolak pelukannya. Selama ini aku selalu sahaja kalah oleh tindakannya. Tetapi hari ini aku mahu dia tahu betapa aku mahu dia menceraikan aku jika dia mahu kembali kepada kekasih yang setiap menantinya.

“Sayang, abang takkan ceraikan sayang.” Bisiknya. Aku yang meronta di sisinya tidak dipedulikan.

“Kasihan Rozaila bang. Dia kekasih abang. Kita kan kahwin olok-olok aje.” Kataku memberitahu kedudukannya yang sebenar. Dia menggeleng. Bersungguhsungguh gelengan itu.

“Abang tak boleh nak ceraikan sayang.” Katanya nekad. Aku juga nekad agar dia menceraikan aku. Kenapa dia tidak mahu menceraikan aku? Dia sudah jatuh cinta dengan sesungguhnya? Ah, betapa cepatnya hatinya berubah?

“Lupakan hal itu. Kita sedang bergembira sekarang,” bisiknya lagi. Aku mula sebak. Kalau aku di tempat kekasihnya pasti aku lebih menderita sebab kekasihku sudah beralih cinta. Benarkah Nukman Faris sudah beralih cinta?

“Bang, saya tak gembira. Saya hanya mengikut kata orang tua kita. Hakikatnya kita tak sepatutnya begini! Kita hanya kahwin olok-olok! Selepas semuanya selesai kita akan cerai!” kataku memberitahu kedudukan kami yang sebenarnya. Kasihan pula kekasihnya. Sungguh kasihan. Tetapi, aku? Siapa yang hendak kasihankan aku?

“Boleh tak jangan cakap yang bukan-bukan sekarang? Abang ingat semuanya tu! Tapi abang nak isteri abang sekarang? Sekarang... faham?” aku diam dan sudah menutup mataku. Dia suami dan aku isteri. Apakah kuasa yang aku ada?

Kami belum balik ke rumahnya semula. Semalam kami baru sahaja bertemu dengan ibu bapa kami. Dengar khabar kami akan duduk di situ selama tiga malam.

Kemudian kami akan terbang ke Eropah. Aku diam dan memikir sesuatu.

“Mungkin tak lah. Saya tak nak duduk kat rumah awak tu!” kataku. Bulat mata kuyu itu memandang pengakuanku. Bukan aku tidak sudi tetapi aku sukar hendak mempercayainya lagi. Cukuplah sekali aku dibulinya!

Aku terbayang jarak yang agak jauh antara rumahnya dan sekolah tempat aku mengajar. Aku pula jenis yang lambat bangun. Kalau hari-hari aku datang lambat ke sekolah, apa akan guru besar aku cakap? Silakan berhenti atau beri tunjuk sebab! Katanya. Ah, aku tidak mahu membayangkan kata-kata begitu. Sakit hati tau! Malu pun ada, banyak malu tahu!

“Rumah kita!” katanya membetulkan ayatku. Eh, bila masa pula aku beli rumah dengan dia ni? Soalku dalam hati. Mukaku sudah masam seperti termakan mangga masam.

“Percayalah, apa sahaja harta abang, harta sayang juga,” katanya. Eh betulkah tu? Kenapa dia terlalu baik? Mungkin dia hanya rasa bersalah dan semua harta miliknya dia hendak berikan kepada aku? Selama ini dia berkira dengan harta dan statusnya. Aku tahu dia sangka aku tergila-gila nak nikah dengannya kerana status pilotnya dan status keluarganya yang tinggi di mata masyarakat. Ah, memang pun aku sayang dia dalam diam tetapi aku bukan menggilai statusnya. Aku suka dia kerana dia yang dulu. Kalau yang sekarang ni, maaflah, aku tak harap!

Eh, aku tak nak! Aku tahu dia tidak cintakan aku, tak perlu nak beri aku harta segala! Kataku dalam hati.

“Mana-mana awaklah! Tapi saya tak nak duduk rumah tu! Jauh dengan sekolah saya. Susah pula saya nak drive car nanti!” kataku memberi alasan yang paling mantap. Bulat matanya. Aku agak kelucuan memandang matanya itu.

“Tak pe, abang boleh jadi driver nanti!” aku ketawa. Dia kehairanan. Mukaku kelat. Aku tidak mengharapkan dia akan jadi driver kepadaku. Mungkinkah mustahil!

“Kenapa sayang ketawa?” soalnya.

“Takkan awak nak hantar saya dengan kapal terbang! Hei, agak-agaklah Nukman! Saya ni tak lah kemaruk nak naik kapal terbang tu!” kataku seperti mengenakan dia pula.

Aku ketawa lagi. Dia garu kepalanya. Nukman Faris belum memberitahu isterinya mengenai cuti panjangnya dalam bidang penerbangan dan tugasnya yang baru sebagai CEO di syarikat papanya. Dia belum mahu berkongsi perasaan itu dengan isterinya. Dia tahu perasaan isterinya belum stabil sejak hari berdarah itu.

“Tak, tak, saya akan duduk di rumah kita sama-sama dengan sayang, takkan sayang seorang diri di sini. Abang takkan biarkan sayang sendiri,” katanya.

Apakah aku salah dengar? Kenapa pula dia nak tunjuk baik sangat kepadaku selepas kejadian itu? Dia nak kongkong dirinya? Dia nak teruskan pernikahan kami ini tanpa perceraian? Eh, wait-wait, mungkin dia sudah silap ni?

“Tak nak lah Nukman! Saya selesa duduk rumah sewa saya dengan Shamira,” kataku memujuk agar dia menarik kembali kata-katanya. Katakanlah dia tidak tinggal di rumahnya. Aku tidak mahu menerima kebaikannya.

“Kenapa pula awak tak nak? Abang kan dah bertanggungjawab kat sayang? Kalau ada apa-apa kat sayang, siapa yang susah?” soalnya. Aku pula buntangkan mata kerana kehairanan dengan perubahan sikapnya ini. Janganlah aku mati terlentang di depannya hanya kerana aku kehairanan. Doaku dalam hati.

Kenapa lelaki ini nak tunjuk baiknya kepadaku? Aku tidak mahu dia mengambil alih tanggungjawabnya selepas kami berbulan madu nanti. Kalau boleh aku mahu kami hidup berlainan haluan. Aku tidak mahu hidup bersamanya dengannya. Aku tahu dia tidak cintakan aku. Aku tahu dia dapatkan tubuhku pun hari itu kerana nafsu marahnya. Jadi aku tidak mahu terpedaya dengan pujukannya. Biarlah aku dengan diriku sendiri.

“Tak perlu awak tunjuk baik kat saya. Jika ada apa-apa kat saya, saya tahu jaga diri saya,” kataku. Bulat matanya memandang aku.

“Tak, jangan degil!” katanya. Aku geleng.

“Tak saya tak nak! Saya tak sedia!” kataku. Dia angguk.

“Baik, kalau awak dah sedia nak tinggal serumah dan sehidup semati dengan abang nanti, beritahu abang! Jangan nak berlagak hebat pula!” katanya. Ah, takkan hadir perasaan hendak duduk serumah dengannya. Aku tidak rela. Cukuplah lapan hari ini. Alamak minggu depan kami akan terbang ke Eropah? Aduhai, kami akan bersamasama lagi!

“Tengoklah nanti!” kataku berbasa-basi.

“Jangan tunjuk degil, nanti apa kata mama kalau kita hidup berlainan haluan,” katanya. Aku pandang mukanya dengan tajam. Aku terkenangkan mak aku sendiri. “Awak hanya menyandarkan mama awak, papa awak dalam hal kita! Saya tak mahu kerana mama dan papa awak, awak buat baik kat saya! Saya tahu apa yang awak buat tiada kaitan dengan perasaan awak sendiri tetapi semuanya kerana mama awak!” aku tegaskan hal itu.

Aku tidak mahu dia hanya menyandarkan kepada mamanya sahaja. Asyik-asyik mama dan papa. Aku tidak suka. Aku tidak mahu dia berpura-pura.

“Baik, saya berikan awak masa sama ada sayang perlukan kita serumah atau tidak. Saya takkan paksa!” katanya mengalah. Dia tidak mahu menyuarakan bisikan hatinya pada masa ini. dia tidak mahu memberitahu sayangnya pada masa ini. gadis di depannya ini tidak akan percaya dengan pengakuannya. Dia tahu, mungkin isterinya ini fobia dengan tindak tanduknya selama ini.

“Terima kasih kerana berikan saya masa. Saya menunggu awak hantar surat cerai kalau sudah awak bersedia. Saya tak paksa awak tapi saya harap awak tepati janji!” kataku dengan penuh ketegasan. Selama ini aku seperti diperkudakan olehnya. Aku tidak mahu terus diperbodohkan oleh sesiapa.

“Tengoklah nanti!” katanya. Aku terus duduk di birai katil sedangkan dia duduk di kerusi meja solek dengan wajah kusutnya. Entah apa yang dia fikirkan, aku malas mahu memikirkannya.

“Jangan nak tengok-tengok. Buat aje. Kekasih awak tak sabar nak nikah dengan awak,” kataku seperti memaksa dia. dia raup mukanya dengan tangannya dengan kasar. Apakah dia kesal dengan apa yang berlaku kepada kami? Kenapa kami tidak bermula sahaja sebagai sepupu yang dinikahkan dengan sebuah rasa saling mencintai dan akhirnya berbahagia? Kenapa sukar sangat bahagia menjadi milik kami?

“Kenapa awak nak terjun dari bahtera yang awak duduki sekiranya awak sudah rasa selamat di dalamnya?” soalnya. Aku tidak faham. Buat apa aku berdiam diri dan tidak terjun dari bahtera jika bahteraku sudah bocor-membocor keadaannya.

“Nukman, saya beri awak masa fikirkan perceraian kita. Jika awak sudah sedia, ceraikan saya, walaupun dengan hanya hantar surat cerai! Saya tak kisah!” kataku penuh penghayatan.

Angan-anganku tinggi hendak bercerai walaupun perasaan sayangku kepadanya cukup tinggi selepas kami nikah dulu. Tetapi selepas kejadian hari itu, aku buang semua perasaan sayang itu. Aku gantikan ia dengan perasaan benci meluap-luap!

“Sekali lagi sayang sebut perkataan itu, abang takkan teragak-agak buat lagi sekali apa yang pernah buat hari itu! Sayang terlalu degil sekarang ya! Abang cakap, abang takkan cerai! Takkan cerai! Faham tak?” suaranya yang nyaring bagaikan halilintar itu mengejutkan aku. Nasib baik hanya kami berdua. Tubuhku menggeletar mengingati perbuatannya yang dulu. Apakah yang perlu aku buat lagi? Aku tidak mahu dituduh jadi perampas buat selama-lamanya. Rozaila sedang tunggu dia. Kenapa aku pula hendak diikatnya sampai mati?

“Err, jangan nak pandai-pandai nak ugut saya!” kataku pula. Mukanya sudah merah. Aku lihat dia jarang marah. Kenapa sekarang dia amat marah kalau aku cakap tentang cerai?

“Saya tak nak ugut sayang! Tak guna kita nak ugut-ugut! Takkan kita nak bercerai pula! Jangan-jangan awak dah fikir nak kahwin dengan bekas tunang sayang kan?” aku termangu.

Eh, bila masa aku fikir aku nak kahwin dengan Amri? Tolong! Aku takkan kahwin dengan lelaki itu. Lelaki penipu dan penjahat tu! Aku rela cerai dan tak kan berkahwin dengan sesiapa lagi selepas ini. Aku mahu majukan diri dalam kerjayaku. Buat apa aku nak kahwin dengan lelaki yang telah memalukan aku?

“Jangan nak tuduh-tuduh ya. Saya ni bukan apa, saya nak bagi jalan agar awak dapat hidup bahagia dengan bakal isteri awak. Taklah awak main luar nanti!” dia sudah mendekatiku.

Aku cuba menjauh. Pergerakanku agak tersekat. Di belakangku sudah dinding konkrit. Aduhai, tangannya agak panjang dan memegang lenganku. Dia menarik aku ke dalam pelukannya. Sepanjang selepas kami bersanding di sini, aku tidak pernah rasa serapat ini dengannya. Aku cuba menjauhkan diri. Dia cuba merapati aku. Aku benci kepadanya.

“Sayang, dengan sayang pun abang boleh bahagia, kenapa nak bina hidup baru kalau di depan kita sudah ada jalan kebahagiaan?” soalnya pula. Aku geleng.

Air mataku sudah bergenang bagaikan air di kolah. Kalau sebelum dia merampas mahkotaku dia bercakap mengenai hal ini, memang aku akan melompatlompat bahagia tetapi sekarang perasaanku sudah masam-masam pahit. Bukan masam-masam manis. Ah, kenapa aku tidak bahagia?

“Sudahlah Nukman! Saya tak mahu awak nak banyak berpura-pura! Awak kahwinlah dengan kekasih awak kalau pun awak nak gantung pernikahan kita sampai saya mati!” kataku perlahan. Aku masih meronta di dalam pelukannya. Aku benci, benci!

“Tak! Mungkin abang silap selama ni! Nanti saya akan beritahu bekas kekasih saya tu yang saya sudah jumpa kebahagiaan saya.” Katanya. Aku tidak salah dengar? Dia terus peluk tubuhku erat.

“Kasihan kekasih awak!” jawabku teresak perlahan. Dia tidak tahu bagaimana pedihnya sekeping hati ketika ditinggalkan kekasih. Kami sudah bertahun dengan Amri, akhirnya dia putuskan pertunangan pada saat akhir, tidakkah tragis? Sekarang dia mahu tinggalkan kekasihnya kerana aku pula? Aduh,kasihannya Rozaila.

“Nukman, saya faham perasaan orang yang dikecewakan, kenapa awak nak kecewakan kekasih awak, hanya kerana peristiwa itu? awak pergilah kepada kekasih awak, saya rela!” kataku seperti tercarik pedih perasaan mengungkapkannya. Memang sedih aku sendiri. Namun aku datang kemudian jadi kekasihnya layak mendapatkannya.

“Sayang, percayalah! Abang cintakan sayang! Bukan Rozy! Awaklah kekasih saya, isteri saya dan ibu kepada anak-anak saya nanti! Soon! Trust me!” aku bulatkan mata dan mendongak memandangnya. Aku tidak akan percaya betapapun jantungku berirama rancak.

“Sudahlah Nukman! Biarkan lah saya bersendirian dulu selepas ini! Saya mahu kita berpisah lah dulu. Saya tak mahu terima apa yang awak cakap ni! Saya tak nak cinta awak! Kepada siapa, saya tak peduli!” kataku tegas. Dia sudah tersenyum. Barangkali sudah puas hati dengan ungkapannya.

“Ya abang setuju. kita berikan peluang kepada diri kita sendiri. Abang setuju dengan kata-kata sayang. Jika sayang benar-benar mendapat ilham, carilah abang nanti. Abang menanti cinta sayang juga,” katanya. Oh, baiknya lelaki yang sedang memeluk aku ni! Kenapa dia terlalu baik dan memberikan aku masa untuk memikirkan masa depanku sendiri. Kenapa dia tidak ceraikan aku sekarang?

Ah, benarkah dia sudah bahagia hidup denganku? Apakah dia sudah mula membuka hatinya untuk menerima aku dalam hidupnya? Bukankah dia menerima aku kerana takutkan mama dan papanya? Ah, aku rasa dia tidak tulus dan telus. Aku rasa dia masih hendak berpura-pura denganku. Aduhai!

“Saya nak tidurlah dulu. Berikan saya masa untuk fikirkan hal ini! Saya mahu awak terikat kepada saya kerana perbuatan awak hari tu Nukman!” kataku yang sudah memohon dia melepaskan pelukannya. Dia mengucup dahiku.

“Percayalah abang sayangkan Tasya.” Bisiknya. Aku menutup mataku untuk menikmati keindahan ucapan itu. Kalaulah ucapan itu tulus dari hatinya, alangkah baiknya. Aku pasti akan berasa sungguh bahagia saat ini!

Aku menutup mukaku dengan buku cerita bertajuk Magis yang belum habis aku baca. Mukaku masih masam. Aku terdengar dia mengeluh perlahan. Mungkin baru dia tahu betapa keras kepalanya aku!

Tetapi sepasang tangan itu sudah memegang pinggangku. Aku diam dan menikmati kebahagiaan yang hadirnya tanpa kupinta ini. Aku menutup mataku.

Tahukah dia betapa aku bahagia saat ini? Apakah dia sepertiku jua?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience