Chapter 4

Romance Completed 46068

Bab 4

Pagi itu aku bangun awal. Selepas berbalas cakap dengan Nukman aku turun ke bawah. Sakit hatiku kepada lelaki itu belum habis lagi. Aku mahu menemani emak menyediakan sarapan pagi. Aku pun tidak mahu pintu bilikku diketuk oleh emak atau lelaki itu bangun awal daripadaku. Itu pantang perempuan yang sudah kahwin kata emak. Aku dengar pesanan emak walaupun aku nikah dengan dia kerana satu perkara yang sangat tidak disangka-sangka, namun selagi dia belum menceraikan aku, dia tetap suamiku. Aku ini hak mutlaknya. Itu yang aku kena ingat. Apa pun yang dia buat kepadaku, aku juga kena terima yang dia suamiku. Jadi, sebelum apa-apa kejadian yang menyakitkan terjadi antara kami, aku kena ingat dia sudah menjadi suamiku yang sah! Sudah sah!

Itu ingatan emak. Aku hanya mengingati kata-kata emak. Kalau ikutkan aku, aku hanya akan memohon cerai selepas semuanya selesai. Kebetulan pula dia mempunyai sekeping perjanjian pula antara kami. Aku terus sahaja bersetuju. Tidak ada fikir-fikir lain lagi dah!

Selesai solat Subuh tadi aku mengejutkan dia dan terus turun ke dapur. Sebenarnya aku langsung tidak dapat melelapkan mata semalaman. Entah mengapa. Aku tidak dapat memaksa mataku sendiri. Kesemua perkara yang telah berlaku kepada hidupku ini terlalu ngeri bagiku. Terlalu cepat perubahan berlaku dalam diriku.

Sekerdipan mata kurasakan!

“Assalamualaikum mak,” emak menjawab salamku sambil tersenyum. Emak tersenyum memandangku dengan senyum penuh makna.

“Syukurlah hal kita sudah selesai dan selamat. Nasib baik ada anak mak long. Kalau tak, tak tahu bagaimana keadaan kita! Amri sudah sah-sah mungkir janjinya hendak menikahi anak mak ni!” aku peluk emak. Terasa sebak terbawa-bawa sejak semalam hingga pagi ini. Mengingati Amri aku semakin benci. Dia lah punca segala masalahku. Kalau aku tahu dia hanya mahu mempermainkan aku, aku tidak akan menerima cintanya dulu.

“Sabarlah mak, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Biarkanlah Amri dengan dunia gilanya! Benci nak ingat manusia tu! Dulu bukan main lagi dia memujuk aku terima dia sebagai kekasih dia konon! Aku tak percayakan cinta perlahan-lahan memujuk hati belajar mencintai dia! Ah, tak berbaloi mak!” emak mengangguk. Mungkin emak faham dunia orang muda seperti anaknya ini.

“Sabarlah nak, mungkin itu cabaran atau ujian. Rupanya suami Tasya ada depan mata, sepupu sendiri! Tapi selama ni kita tak perasan!” kata emak. Aku buntangkan mata.

Sepupuku sendiri? Ah, dulu memang aku ada simpan sedikit perasaan kepadanya tetapi sesudah dia tak pernah balik-balik ke kampung emaknya ini, aku tidak menyimpan harapan itu lagi. Aku tidak percaya cinta kenapa? Kerana kasih sayangku sudah kupaterikan untuk sepupuku itu. Last-last dia sudah ada kekasih mungkin! Kenapa dia tidak pernah rindu nak balik kampungku ini dan mengejek aku si tembam macam dulu? Ah, memang dia tidak pernah menyimpan harapan apa-apa untukku! Janganlah aku perasan! Uhuks!

“Entah lah mak, susah saya nak cakap! Tapi syukurlah semuanya sudah selamat!” kataku tidak mahu memanjangkan kisahku dengan sepupuku ini. Selepas tiga hari ini aku harap dia lepaskan aku. Aku lebih gembira hidup macam biasa selepas ini!

“Ya emak pun syukur ke hadirat Allah sebab semuanya sudah selesai. Mahu dekat dua minggu juga mak dan ayah susah hati! Siapalah nak jadi pengganti Amri! Rupanya masih ada insan yang berhati mulia. Rupanya masih ada anak saudara mak yang begitu baik hatinya!” kata emak. Aku berasa terharu juga dengan apa yang telah berlaku kepada keluarga kami selama hampir sebulan ini. Tidak pernah berlaku kepada orang, pengantin lelaki mengundur diri pada kala jemputan kahwin sudah diedarkan.

Berapa lama aku menangis tidak berlagu, Allah sahaja yang tahu.

“Ya mak, syukurlah!” kataku perlahan. Datang sebakku semula. Namun kutahan sebak yang singgah ke dalam jiwa mudaku ini. Kami akhirnya berpelukan dengan emak di dapur.

“Sudahlah nak, kita lupakan aje mana yang tak baik tu. Mak doakan anak mak dan menantu mak akan hidup baik-baik dan bahagia hingga ke akhir hayat,” kata emak membisik di telingaku. Terasa syahdu kudengar doa emak untuk aku dan menantunya. Dalam sebak tidak terhingga aku tetap angguk. Betapa pun kuatnya aku memohon cerai daripada Nukman Faris, kurasa kuat pula doa emak dan ayah ingin melihat kami berbahagia. Macam mana ni? Ah, tunggu ajelah Nukman Faris buat keputusan! Kataku sambil mengetatkan pelukanku ke tubuh kecil emak.

“Terima kasih mak, moga mak dan ayah juga terus sihat walafiat dalam menjalankan ibadah kepada Allah,” doaku kepada emak. Emak hanya mengangguk.

Tidak ada riak-riak marah lagi di wajah emak setelah berlangsungnya pernikahanku dengan Nukman Faris, anak saudaranya itu. Selama ini, tak ada lain kerja emak, hanya marah-marah sahaja emak. Aku jauh di Kinarara Selangor pun dileterinya melalui telefon. Ayah pun sama. Bukannya salah ku. Tetapi apa yang kukesal, aku dituduh mengandung oleh keluarga Amri. Sungguh aku tidak mampu hendak menolak tuduhan itu. Aku pula tidak diberikan peluang untuk membela diri. Itu yang aku tidak puas hati. Mungkin Nukman Faris pun dimaklumkan yang aku mengandung. Ah, biarlah masa sahaja yang menjawab segala-galanya nanti. Aku malas mahu buka mulut pada ketika ini. Keadaan masih belum reda.

“Macam mana tidur semalam dengan orang baru, ok tak?” soal emak. Aku tersengih-sengih. Ah emak, macam tidak mahu faham. Lelaki itu kan aku baru jumpa, memang lah aku agak kekok dan sukar hendak membiasakan diri. Di dalam bilik aku asyik segan dengan dia walaupun lelaki itu adalah sepupuku. Walaupun kami bersepupu yang agak rapat tetapi kami tidak pernah sebegini rapat. Naik kembang muka aku sebab terlalu segan dengan sepupu. Huhu!

“Baik mak, tak ada yang tak baik.” Jawabku. Perasaanku cuak. Aku tidak tahu kenapa. Tangan emak lincah mengupas bawang dan menyediakan pelbagai lauk yang hendak dimasukkan masakan yang hendak disediakannya nanti.

“Syukurlah kalau baik-baik saja. Mak tahu anak mak long awak tu memang anak yang baik. Mak suka kat dia, sejak dulu.” Kata emak. Berbulu telingaku mendengar kata-kata emak. Emak menyukai Nukman Faris sejak dulu? Sedangkan aku membencinya sejak dulu! Eh, tidak! Sebenarnya di hati kecilku ini tetap ada sayangnya untuk sepupuku itu. Begitu bertentangan perasaan kami.

Tetapi tetap tersimpan perasaan sayang dan ingin disayangi terhadap lelaki, tetapi jauh di sudut hatiku sahaja. Di luar nampaknya aku membencinya sepenuh hatiku. Di dalam belum tahu!

“Tasya sayang Nukman?” soalan apakah tu? Tanya perasaanku segala? Mestilah aku segan hendak menjawabnya dengan hati yang tulus ikhlas ini. Ah, tahukah emak apa yang di dalam hatiku ini? Aku pasti dia dapat membayangkan perasaanku, dia mengandungkan aku selama sembilan bulan lebih, pasti dia dapat merasai apa yang kurasai. Aduhai! Mana nak simpan mukaku yang sudah terasa panasnya ini?

“Entah lah mak. Kami pun lama tak jumpa! Perasaan tu berbaur-baur,” jawabku. Emak sudah tersenyum manis. Wajah emak berseri. Apa maksud emak tu?

“Lama-lama dah sama-sama nanti timbullah perasaan sayang tu,” kata emak pula. Wajahku semakin terasa bahangnya. Doakah itu? Ya, di mulut emak penuh dengan doa dan harapan. Kata emak, cakap kita mesti yang baik-baik sahaja. Katakata yang baik itu doa. Aku ingat akan hal itu.

“Tak tahu lah mak. Abang Nukman tu orang berada dan dikelilingi orang hebathebat. Macam tak sekufu pula dengan kita yang dari golongan sederhana ni mak. Saya sedar siapa kita mak,” kataku penuh sedih. Ah,aku rendah diri kah?

“Jangan macam tu nak. Mak dan mak long tu sama aje. Dia tak pilih bulu pun nak! Dia kan kakak mak. Jangan risau, Nukman sudah dididik dengan baik dan menjadi orang baik-baik,” kata emak. Pasti kah emak akan penerimaan Nukman Faris kepadaku? Ah, sukar kutangani perasaanku dan perasaan Nukman Faris sendiri.

“Mak nak masak apa ni?” emak menutup matanya. Pedih mungkin. Cili padi dipecahkannya.

“Kira-kira nak masak nasi goreng. Nasi semalam masih banyak lagi tuh,” kata emak. Aku menjenguk ke periuk nasi yang paling besar penuh dengan nasi.

“Saya masaklah nasi goreng mak. Bukan selalu dapat makan masakan saya,” kataku bergurau. Sejak akhir-akhir ini aku selalu berjauhan dengan emak. Selepas menamatkan ijazah pendidikanku, aku terus ditempatkan di negeri yang agak jauh dari emak. Apa yang dapat aku lakukan, mungkin sudah nasibku berjauhan dengan emak dan ayahku. Emak mengangguk.

“Ya lah, nanti kalau mak tak setuju, anak mak merajuk pula.” Jawab emak sendu. Memang agak lama aku merajuk. Pandai sungguh emak bergurau. Aku menghidupkan api dan memanaskan kuali.

“Pandailah mak!” aku tepuk bahu emak. Sebenarnya aku sedih dengan apa yang berlaku namun aku berjanji tidak akan berkongsi dengan emak. Aku tidak mahu emak bersusah hati kepadaku. Sudah beberapa minggu emak memikirkan hal aku. Amri lagi satu, bekas tunangku.

“Mesti sedap Tasya masak kan mak,” tiba-tiba satu suara dari arah belakangku.

Meremang bulu romaku. Aku sangka dia akan menyambung tidurnya. Semalam dan pagi ini bukan main dia menunjukkan syarat-syaratnya kepadaku. Itu syarat, ini syarat. Lama-lama aku gelar dia suami syarat ni nanti! Tadi Subuh bukan main dia jerkah-jerkah aku sampai aku sedih sangat.

Hari ini dia tunjuk kemesraannya di depan emakku. Bukan main aku terkejut. Emak pula tersenyum-senyum manis memandang aku. Dia sudah berdiri di belakangku dan memegang pinggangku. Lebih meremang bulu romaku. Dalam hati aku berdoa, janganlah lelaki itu pegang-pegang tubuhku ini. Baru sahaja dia memarahi aku sekarang dia sudah memegang pinggangku. Apa yang harus aku buat? Menepis tangannya itu? Apa kata emak?

Bukankah kami akan bercerai tidak lama lagi? Sekurang-kurangnya pun aku akan bakal mendapat madu kalau kami tidak bercerai! Ah, sakitnya hati! Janganlah aku mati sebelum tercapai cita-citaku! Panjang sangat doaku sambil memohon dia melepaskan tangannya dari pinggangku.

“Lepaslah! Tak baik mak tengok, malu saya,” bisikku dengan jelingan maut memandangnya. Marah betul, dia masih meneruskan lakonannya. Macamlah aku suka! Dia tersenyum. Mata kami bertatapan semula. Ya Allah, matikan lah waktu dan aku dan dia ingin kekal bertatapan dengan senyuman manis begini! Rahmat Allah turun pagi ini.

Aku sungguh bersyukur.

“Mestilah anak mak pandai masak Nukman. Isteri merangkap sepupu kamu juga,” kata emak tersenyum manis kepada Nukman. Aku cuak lagi. Dalam debar senyuman Nukman Faris singgah di wajahku menyebabkan bergetaran halus di dadaku ini. Aduhai, kenapa begini perasaan seorang isteri sementara ini!

“Mestilah anak mak kan? Isteri abang juga kan,” jawab Nukman Faris memeluk bahuku. Mahu bernanah telingaku mendengar pujiannya. Tadi di bilik bukan main dia memarahiku. Entah dia sudah solat Subuh atau belum aku tidak pasti.

“Tak lah, saya biasa-biasa aje, tak biasa masak kan mak!” kataku merendah diri. Emak hanya tersenyum manis. Aku pula tersenyum kelat.

“Nukman duduk di luar dulu sementara Tasya sediakan sarapan. Nukman nak minum air apa, nescafe, kopi, milo?” soal emak. Aku memasang telinga. Wajahku usah ditanya, tidak mampu memandang wajahnya yang asyik menatap seraut wajah merahku ini.

“Apa-apa saja mak, semuanya saya minum tapi mesti Tasya yang buat,” jawabnya yang masih memeluk bahuku. Ya Allah mahu saja aku pengsan di dapur ini. Nasib baik aku mampu mengawal diri. Kalau tidak, sudah sah-sah aku rebah di depan mak!

“Betulkah abang nak saya ni buat kan air?” soalku perlahan. Mataku kutundukkan menghadap lantai. Pipiku sudah kepanasan. Darahku bagaikan sudah naik ke muka. Malu aku sebenarnya. Aku kalau boleh tidak mahu memandang matanya yang agak garang memandang aku. Kebetulan emak pula di sisiku. Emak menjelingku.

Dia mengangguk.

“Ya Allah anak mak, kalau suami cakap dia nak air yang isterinya buat, betullah tu, apa pula nak tanya suami macam tu!” emak sudah membebel. Merah padam wajahku. Seketika Nukman Faris sudah mencuit pipiku yang merona merah.

Ya Tuhan hentikanlah waktu, alangkah bahagianya aku di sisi lelaki yang bernama suami ini! Kalau lah dia mahu menjadikan aku isteri seumur hidupnya, alangkah bahagianya aku!

“Sayang buat air sedap-sedap tau,” bisiknya di telingaku lantas mengucup pipiku yang sudah berbahang menahan asmara ini. Aduhai adakah ini mimpi? Mukaku sudah memerah, bagaikan udang terbakar. Kenapa begini suaranya? Kenapa bukan semalam dia memulakan kemesraan? Ah, aku tahu hari ini dia hanya melakonkan wataknya di depan ahli keluargaku. Mungkin dia tidak banyak pilihan. Aku hanya mengangguk kemudiannya.

Syukur dia tidak memilih makanan. Tetapi aku tidak tahu jika dia hanya berlakon sahaja. Ini kerana dia paling pandai berlakon dalam adegan kami ini. Sebelum ini dia tidak pernah begini. Kecuali semasa bersanding, dia menunjukkan mukanya yang ceria walaupun sesekali kami bertemu pandang dia jeling aku. Jeling suka atau benci?

‘Mak ai, bukan main demand pula dia!’ kataku dalam hati. Marah sebenarnya.

“Aduhai berkucupan lah pula pasangan pengantin ni depan mak dia! Tak puaspuas pula dalam bilik mereka ni!” kata emak mengusik kami.

Aku tidak tahu hendak meletak mukaku di mana ketika ini. Tebalnya kulitku mengalahkan kulit kawah hitam buat gulai daging semalam! Emak sentiasa memerhatikan kami rupanya. Dengan senyuman bangga dan bahagia pula tu!

Dia ingat aku bahagia semalam? Huhu, Allah sahaja yang tahu perasaan tidak bahagiaku! Apatah lagi apabila disorongkan dengan berkeping-keping surat perjanjian kami! Aduhai, kalau emak tahu apa yang akan berlaku? Mungkin emak akan pengsan juga!

“Mengadalah awak ni Nukman! Jangan nak berlakon kat sini, tak ada anugerah untuk awak tahu!” kataku marah dan berbisik di depannya. Dia ketawa. Sinis kurasakan tawa itu.

“Mana saya pandai berlakon sayang. Sayang ni tak mahu pula saya sayangsayang kat sini,” aku sudah memandangnya penuh curiga. Dia pula menatap wajahku penuh perhatian. Apakah aku harus jatuh cinta lagi saat matahari baru membuka cahayanya ini atau harus pengsan di dapur ini? Aduhai, Nukman Faris jangan buat lawak bodoh kat sini boleh tak? Aku kesal, kesal kerana lelaki di depanku suka sangat berlakon.

Tambahan lagi lakonan Nukman Faris yang mantap menyebabkan emak galak mengusik kami. Aku hanya menundukkan pandangan dengan dada bergendang hebat dan air mata berkumpul di kolam mataku. Benarkah Nukman Faris ini?

“Mak dan ayah kamu datang sini tak pagi ni Nukman?” soal emak lagi. Nukman Faris angkat bahu dan sebelah tangannya masih memegang pinggang keringku pula.

Bertambah bergemuruh dadaku. Emak pula sudah tersenyum manis kepadaku. Tidakkah dia tahu aku berasa malu dengan situasi ini?

Ya Tuhan, kenapa lelaki ini melebih-lebih pula pagi ini. Kalau dia tidak begini, tidak adalah benda yang akan kukenang sepanjang hari kunanti. Namun apabila dia sudah bertindak begini, apakah perasaanku? Aku terasa dipermainkan!

“Itu mak kena tanya dengan mama. Saya tak nak masuk campur,” katanya pula. Jawapan itu memang tepat. Ini kerana mereka berdua adik-beradik.

“Saya ke depan dulu sayang, mak,” katanya memanggil aku ‘sayang’ dan merendahkan tubuhnya untuk berdiri sepadan denganku, memandang wajahku yang masih merah padam dan jantungku yang kononnya terlompat keluar entah ke mana.

Sejak dulu aku menyayanginya walaupun aku tidak pernah menyimpan harapan dia akan menikahiku. Kini, perbuatannya begitu menyebabkan darjah cintaku kepada sepupuku ini semakin menebal setebal novel cinta!

Namun pada saat mamanya dan emaknya merestui pernikahan kami, dia sudah ada orang lain. Memang menyakitkan hakikat itu namun aku tidak dapat menyangkalnya, mungkin sudah takdirku begini.

Ya Allah, macam mahu gugur jantungku. Kurasa sesaat ini, dunia ini aku yang punya. Sayangnya hanya sesaat. Selepas itu, aku tidak akan mendengar lagi suara lembutnya. Apa yang ada hanya pandangan matanya yang kejamnya dan kata-katanya yang kurang sopan dari wajah kacak itu.

“Ya pergi dulu ke depan. Ayah kamu ada di situ, sedang ambil angin katanya,” kata emak menyelamatkan keadaan.

Aku terus memasukkan bawang dan ramuan lain. Aku urut dada seketika, merasai debaran yang masih bersisa. Apakah ini cinta? Kenapa ketika aku bertunangan dengan Amri dulu aku tidak merasai getaran begini? Kenapa bersama yang tidak mencintai aku, memandang aku dengan jijik ini pula aku terasa sesuatu yang aneh?

Apakah ini cinta? Aku tidak berani mengakuinya! Aku takut dituduh perasan pula! “Sayang, abang ke depan dulu. Sayang masak sedap-sedap tau, abang dah lapar ni,” bisiknya di telingaku.

Tuhan, hentikanlah waktu, aku sangat bahagia saat ini. Bisikku dalam hati. Perlahan aku mengangguk dan tersenyum dengan senang hati. Tetapi apabila mengenangkan syarat-syarat perkahwinan yang sudah aku tandatangani,aku berasa diri ini tidak ada nilainya di mata lelaki itu.

Tuhan, pinjamkan aku nafas aku rasa hendak mati saat ini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience