Chapter 46

Romance Completed 46068

Bab 46

Aku bersendirian di rumah Nukman Faris ini. Aku tidak tahu ke mana perginya lelaki itu tadi. Katanya dia nak jumpa kawannya. Aku tidak tahu siapa yang dia jumpa. Kalau aku tanya, aku takut dia akan kata aku penyibuk atau cemburu pula nanti. Jadi, lebih baiklah aku diamkan diri sahaja. Ada lagi baiknya. Aku pun selamat.

Aku hendak menelefon emakku. Agak lama juga aku tidak mendengar suara emak. Rindulah aku sangat-sangat kat emakku.

“Mak kat mana ni? Bila nak datang rumah kami ni mak?” soalku sebaik memberi salam dan mendengar suara emakku.

“Mak dah di rumah mak long kau ni nak!” kata Puan Zurain kepada anaknya. Aku sungguh gembira. Tidak lama lagi emak akan datang ke sini.

“Ayah ada tak mak?” soalku. Wajah tirus ayah terbayang mata tetapi kenapa wajah kacak Nukman Faris pula kuterbayang? Apakah aku sudah gila bayang? Gila bayangkan suami sendiri, tak salahkan? Eh, aku ni sudah angau agaknya.

“Ada, ayah ada kat sini. Mungkin esoklah kami akan ke rumah kamu tu Tasya. Bukan apa, mak long kau pun sibuk ni hah, tu yang mak dan ayah setuju kalau ke rumah kamu esok pagi.” Kata emak. Sebenarnya aku lega. Aku masih lagi kepenatan selepas berkuliah sepanjang tiga hari di Perak.

“Sibuk apa mak?” soalku kehairanan. Setahuku mama mertuaku ada pembantunya yang tersendiri untuk menguruskan persandingan kami. Apa lagi yang mama sibukkan yang aku tidak tahu? Soalku dalam hati.

“Mama mertua sibuk di hotel apa entah tempat kamu nak sanding tu. Mak tak reti nak sebut. Omputih aje cakapnya! Mama mertua awak tu pun bukannya cakap Melayu macam mak ni hah!” kata emak menerangkan kesibukan mama mertuaku. Aku ketawa kecil.

“Mungkin ada urusan sikit lah tu mak, mak jangan tak tahu pula mama mertua saya tu mak datin mak!” kataku berseloroh dengannya.

“Ya mak tahu, mama kamu tu memang sibuk amat! Mak ni aje yang hanya sibuk tengok-tengok persediaan mereka di rumah ni. Mama kamu juga yang lantik mak! Mak ni tak reti sebenarnya!” kata emak. Aku ketawa kecil lagi.

Kalau ikutkan hati aku mahu sahaja tidur seorang diri di rumah sewaku. Tidak ada sesiapa yang ganggu aku. Tetapi di rumah Nukman Faris ini, aku rasa terganggu pula. Ke mana-mana aku pergi, Nukman Faris nak dekat denganku. Mungkinkah Nukman Faris rindukan aku seperti mana aku rindukan dia... tetapi dalam hati aje! Ah, kami seperti orang bercinta pula. Padahal selepas persandingan kami ini nanti kami akan membuat kehidupan membawa haluan masing-masing lagi. Ah, benarkah?

“Ya oklah mak. Saya pun tak kisah, tapi saya memang rindukan mak, kirim salam dengan ayah dan mertua saya mak!” kataku kepada emak. Aku mahu sahaja memeluk emak.

“Esok kita jumpalah. Tapi Tasya dah bersihkan rumah? Rumah tu rumah jantan, mak tak nak kalau Tasya tak kemaskan rumah tu, bukan apa, takut mak long kau yang tak selesa nanti,” kata emak. Pesan ke apa tu?

Aku lihat sekitar rumah Nukman Faris ini. Keadaan rumah ini agak kemas dan seperti yang kutinggalkan empat hari yang lalu. Mungkin Nukman Faris memanggil seseorang untuk bersihkan rumah dia ini. Aku hanya mengagak.

“Not bad lah mak. Oklah. Lagi pun mak long tu saya tahu bukannya banyak cerewet!” kataku yang tahu akan kerenah mama mertuaku itu. kalau dia rasa rumah Nukman Faris ini semak, pasti dia akan panggil sesiapa untuk bantu bersihkan rumah anaknya ini. Tetapi kalau aku lihat rumah ini bersih aje. Mungkin Nukman Faris dah panggil sesiapa bersihkan rumah ini. Pandailah dia nak jaga hati isterinya kan!

“Ya lah, mak bimbangkan juga anak mak. Kalau anak mak yang kena, mak pun susah hati sama!” kata emak. Aku faham hati seorang emak.

“Saya faham mak.” Kataku.

“Nukman mana Tasya?” soal emak tiba-tiba. Aku sedang menonton drama Korea tetapi ia sudah tidak masuk dalam akalku. Apa yang aku hendak jawab?

“Abang Nukman tak de mak, dia keluar kejap tadi.” kataku. Dia keluar ke mana aku memang tidak tahu. Jangan pula emak banyak tanya tentang menantunya itu.

Sejam yang lalu kami berbincang seperti orang hendak bergaduh pun ada. Sekarang suasana sudah tenang kembali sebab Nukman Faris sudah keluar bertemu dengan kawannya.

“Ya lah, kunci pintu semua. Tasya seorang diri aje kan! Jangan beri orang asing masuk!” ah, emak memanglah kalau berpesan kepadaku. Pesanan itu masih sama macam dulu sewaktu aku belum kahwin.

“Ya mak, terima kasih atas pesanan tu! Assalamualaikum mak!” kataku yang sudah mematikan telefonku. Aku terus menyimpan telefonku di poketku. Kalau suamiku terlihat lagi akan telefonku ini pasti dia akan ketawakan aku lagi. Harap-haraplah dia tidak nampak! Doaku dalam hati.

“Walaikumsalam.” Kata emak yang sudah menutup telefonnya. Aku pun sama. Kemudian aku duduk semula di sofa empuk milik Nukman Faris ini.

Setelah berbual agak lama, pintu berkeriut dibuka dari luar. Apakah aku tidak mengunci pintu tadi? Seingat-ingatku aku sudah menguncinya. Kenapa pula pintu itu terbuka sendiri? Ada hantu kah dalam rumah ni? Kalau ada hantu, sah-sah esok aku akan balik semula ke rumah sewaku. Aku takkan duduk lama-lama di rumah berhantu ini.

Aku agak terkejut. Baru sahaja emak beri aku pesanan tadi agar aku mengunci semua pintu. Sekarang ada orang masuk tanpa pengetahuanku. Siapa yang masuk? Ah, aku ingatkan siapa yang masuk macam pencuri.

“Takut ya? Kenapa muka tu pucat dan mata bulat macam mata Doraemon?” soal Nukman Faris yang sudah mentertawakanku. Mukaku memang sudah menunjukkan ketakutan. Takutku seperti tikus takutkan kucing. Memang aku takut. Memang aku kecut perut tadi.

“Kenapa muka pucat ni?” soal Nukman Faris. Aku pandang wajahnya. Aku mahu sahaja menangis. Nasib baik dia. Kalau bukan dia apa yang aku akan cakap? Mati mungkin aku!

“Memang lah saya takut, awak masuk macam pencuri!” kataku kepada Nukman Faris. Nukman Faris sudah ketawa. Aku pula terus mahu ke dapur. Dia pula sudah pegang tanganku. Aku sudah kaku. Tetapi aku meneruskan langkahku. Kami berpandangan.

“Nak ke mana ni?” soalnya. Aku pandang dia. Dia pun pandang aku. Dadaku berdegup kencang. Dada dia aku tak tahu lah! Aku cepat-cepat tundukkan pandangan.

Sebenarnya baru dua jam dia keluar aku sudah rasa rindu. Apakah maksudnya ini?

“Err, saya nak ke dapur,” kataku. Aku takut kalau dia belum makan atau belum minum. Kalau dia belum makan, aku nak hidangkan makanan. Kalau dia sudah makan atau minum, apa yang akan aku buat? Takkan duduk lama-lama di sisinya ini? Naya aku!

“Sayang dah makan?” soalnya. Aku angguk. Aku hanya makan biskut dan secawan milo tadi. Aku tidak mahu makan lebih-lebih, nanti baju aku tidak muat pula.

“Awak?” soalku. Dia berhenti melangkah. Kami berpandangan lagi. Aku rasa dunia ini kami yang punya.

“Abang tak makan lagi tapi abang tak lapar. Abang nak makan sayang!” katanya.

“Hah!” kataku yang sudah terkejut. Nukman Faris sudah ketawa. Aku pula terbayangkan apa yang dia sudah buat kepadaku minggu lalu. Menggigil tubuhku. Aduh!

“Kenapa ni? Abang gurau ajelah!” katanya. Aku diam. Kaku bagaikan anak patung di sisinya.

“Saya ni nak buatkan awak air.” Kataku. Dia bawa aku duduk di sofa semula. Entah apa yang dia hendak bincangkan lagi. Tadi bukan main panjang lebar perbincangan kami.

“Boleh tak sayang panggil saya ni ‘abang’? Ikut abang, bukan apa, esok pagi kan mama dan mak kita akan datang sini. Tak baiklah kalau sayang berlakon-lakon aje nak saya ni abang. Macam nampak sangat pula berpura-pura!” katanya meminta aku memanggilnya abang. Eh, kenapa dia ni?

“Memang pun!” kataku sudah agak marah. Tanganku dipegangnya dan dikucupnya. Aku terus jadi kaku semula.

“Jangan marah sayang. Panggil abang ya. Ulang semula apa yang sayang cakap tadi.” pintanya.

“Baiklah. Saya buatkan ab... a...a...bang air,” dia sudah peluk tubuhku. Aku tergagap-gagap pun dipeluknya. Aku sekali lagi terkaku. Aku tidak mahu membalas pelukannya.

“Sayang, terima kasih. Abang sangat menghargainya. Marilah kita ke dapur abang pun haus ni!” katanya. Aku tidak percaya dia haus. Mesti dia baru sahaja minum dan makan dengan kawannya. Mungkin dia sengaja nak ambil hati aku. Ah, lantaklah!

“Marilah, lepaslah tangan saya. Macam mana saya nak gerak ni bang,” kataku meminta dia melepaskan tanganku.

“Kita gerak sama-sama sayang,” eh, bertambah berdenyut-denyut pula dadaku ini. Tetapi aku gagahi juga menuju ke dapur dengannya.

“Sayang buatkan abang milo ya dan segelas air suam,” katanya. Aku membeliakkan mata. Permintaannya selalu sama dengan apa yang aku selalu minta kepada Shamira. Memang kami berjodoh ke? Soalku dalam hati. Dalam hatiku pula semakin subur tamannya. Bunga pelbagai warna kian mekar dan berkembang gembira.

“A... a...a...ba...”

“Abang!” katanya. Aku tergagap lagi ketika kami sudah di ruangan dapur.

“Abang, boleh tak lepaskan tangan saya?” soalku gugup pula tiba-tiba. Nukman Faris pandang tangan kami yang masih berpegangan. Dia ketawa. Sukalah tu!

“Boleh sayang,” katanya. Dia melepaskan tanganku tetapi sebelum itu dia mengucup tangan dan kedua-dua keningku pula. eh, pelik sungguh dia ni. Cakap dulu tak sukakan aku, sekarang ni aku tak tahan pula asyik dikucup sana kucup sini di tubuhku ini! Aduhai, kalau tak tahan macam mana ni? Balaslah ek? Eh, tak nak aku!

Aku bergerak membancuh sepeket milo 3 in 1. Siap aku letakkan secawan milo dan air suam di depannya. Setin biskut Jacob turut aku letakkan di depannya. Serasa aku mahu pengsan sahaja melihat gerakan mata kuyunya yang tidak henti-henti memandangku.

“Nah, silakan minum.” Kataku yang sudah duduk di depannya.

“Kenapa sayang duduk sana?” soalnya. Aku biasa duduk di depannya. Di mana lagi aku nak duduk? Ada empat buah kerusi. Di sisinya ada satu kerusi lagi.

“Duduklah kat dekat abang ni,” katanya menunjukkan kerusi di sebelahnya. Aku menggeleng.

“Eh, gatal!” kataku tidak dapat menahan geramku. Dia sudah ketawa.

“Ops sorry!” kataku. Aku sudah menutup mulutku.

“Tak pe, sayang memang macam tu kat sayang aje!” mataku sudah terbuntang. Tubuhku hendak mengeras pun ada mendengar kata-katanya. Hari sudah malam, lain pula pandangannya kepadaku.

“Dah lah tu bang, saya dah penat ni. Saya masuk dulu ya.” Kataku mahu meninggalkannya. Aku sudah berdiri. Dia pula pegang tanganku semula.

“Sayang, takkan nak tinggalkan abang dah ni?” aku dengar suaranya seperti bahagia pula.

“Ye lah saya tunggu.” Kataku mengalah.

“Sayang...” panggilnya sambil menikmati minuman yang aku berikan.

“Ya...” kataku. Kami berpandangan lagi tapi kali ini aku duduk di sisinya.

“Sayang tak marah abang lagi kan?” aku terpaksa geleng. Untuk sementara waktu terpaksa aku hilangkan marah dan sakit hatiku. Bukan apa, aku ni kenalah bertoleransi kepadanya. Kan esok ibu bapa kami datang ke sini. Sekarang lah masanya aku nak membiasakan diriku.

“Tak!” jawabku ringkas. Dia sengih. Kemudian dia bangun. Dia pegang gelas dan cawannya.

“Nak ke mana?” soalku. Aku pula tahan tangannya. Mencuci cawan dan gelas itu tugasku.

“Tak pe, abang boleh cuci sendiri,” katanya. Dia degil pula.

“Tak pe, abang duduk. Mari saya cucikan.” Kataku yang sudah mengambil gelas dan cawan di tangannya. Dia pula terpaksa mengalah.

“Terima kasih sayang.” Katanya setelah aku siap mencuci gelas dan cawannya. Kami masuk ke ruang tamu tetapi dia menarik aku ke biliknya pula. Apa pilihan yang aku ada?

“Abang dah solat?” soalku. Dia geleng.

“Dah nak habis maghrib ni,”kataku mengingatkannya. Dia bergegas menuju ke bilik air dan kudengar air mengalir perlahan. Aku termangu dan duduk di atas katil.

Cadar katil sudah bertukar. Cadarnya kali ini kelabu berbunga mawar merah agak besar-besar mengalahkan tapak tanganku ini. Memang cantik, apa lagi aku ini penggemar warna merah. Memang semua cantik di mataku kalau warna merah.

“Tenung apa tu?” aku terpinga.

“Tak de.” Dia sudah mengibar-ngibarkan sejadah warna coklatnya. Dia sudah mahu memulakan solatnya. Aku berasa syukur sebab dia sudah mahu melakukan ibadah penting dalam hidup kami. Iaitu solat.

Aku mahu baring dan malas mahu mengingati sesuatu yang aku benci di katil ini.

Perlahan aku tutup mataku!

***

Kami mengerjakan solat Isyak bersama-sama. Aku tetap akur dengan permintaan lelaki yang ingin bersolat bersama-samaku. Sudah beberapa hari aku keluar dari rumah ini dan tidak timbul-timbul selama tiga hari. Suka betul hatiku dapat menghilangkan diri dari pandangannya. Sebenarnya aku tidak mahu lagi berada di rumah ini.

Namun, apakan dayaku. Aku ditunggunya hari ini di rumah sewaku. Aku pula jujur betul. Kenapa aku tidak cepat-cepat melarikan diri? Sudahnya, aku tidak mampu hendak membantah lagi. Dia memang mahu memberikan perhatian kepadaku. Huhuk!

“Abang tak jadi nak bawa sayang makan kat luar,” kata Nukman Faris setelah keluar beberapa lama. Bertambah terkejut aku dengan perubahan arahan. Tadi katanya, mama dan mak mertuanya mengajak kami makan di luar. Sekarang apa sudah jadi? Rancangan tukar pula? Apa yang berlaku ni? Soalku dalam hati.

Sebenarnya aku risau kalau dalam kepenatan menggila ini dia suruh aku memasak. Kalau dia yang memasak, lain cerita. Tetapi aku sudah makan roti dan secawan milo. Dia pun sudah minum milo tadi.

“Kenapa, hairan?” soal Nukman Faris. Aku ketuk kepalaku perlahan. Hairan pula aku. Kenapa setiap apa yang terlintas di kepalaku boleh diketahui oleh suamiku itu. Benarkah kami berjodoh? Jodoh yang panjang dan kekal? Gegau aku memikirkan hal ini.

“Hairan lah sayang, kejap makan kat luar, kejap tak jadi!” kataku berseloroh. Mulutku mengapa celupar? Aku tutup mulutku dengan tangan. ‘Apa? Dia sebut suaminya sayang?’

“Sayang sebut apa tadi? Sayang? Sayang abang sayangkan abangkan?” soal

Nukman Faris yang baru balik entah dari mana itu terus memeluk tubuh kurusku ini.

Aduhai, jantungku ini sudah menyanyi lagu yang tidak sekata. Aku sudah kepanasan. Mukaku membahang. Adakah tubuh kecilku ini sudah diangkatnya dengan penuh kegembiraan?

“Abang, apa yang abang buat ni?” soalku dalam rangkulannya. Di dapur pula tu! Kenapa dia ni? Aku sudah lah salah cakap tadi! Namun mulutku tidak mampu mengeluarkan suaraku.

“Abang ni kenapa?” soalku ketika dia sudah menurunkan aku di atas sofa. Dia masih memandang aku dengan pandangan yang aku tidak sukai. Dia memandang aku seolah-olah akulah isteri yang dicintainya dan kami sudah bercinta sejak di bangku sekolah kononnya. Padahal kami ini macam anjing dan kucing sewaktu kecil dulu. Asal jumpa mesti gaduh! Entah kenapa kami ada jodoh!

“Sayang, sayang ni sayang abangkan?” Ya Allah perasannya lelaki ini? Kenapa dia terlalu perasan ni? Soalku dalam hati.

“Abang tahu abang tidak bertepuk tangan. Dalam dada sayang hanya melagukan irama cinta kat abang kan?” soalnya memegang dadaku. Aku geleng dan cuba melarikan tangan gagahnya dari dadaku.

Aku tidak mahu memberikan dia harapan walaupun taman di hatiku sudah cukup indah dengan mekarnya bunga-bunga yang ada di hatiku. Aku geleng lagi. Aku tidak akan mengaku. Aku tidak akan mengaku! Tidak!

“Tak! Saya tak cintakan abang! Belum lagi sampai tahap itu. kita kan mula dari angka 1.” Kataku memulangkan paku buah kerasnya.

“Betul?” soalnya. Aku angguk. Belum ada bukti yang kukuh yang dia mencintaiku. Hanya di mulutnya mencintai aku tetapi di hatinya aku tahu masih ada wajah kekasihnya. Jadi, aku tidak mahu diberi harapan dan tidak mahu memberikan harapan.

“Percayalah! Saya masih tak belum terima abang dan perbuatan abang tu!” kataku sayu dengan apa yang berlaku.

“Sayang, Nabi pun maafkan umatnya.” Katanya yang sungguh kesal ldengan apa yang berlaku kepadaku.

“Maafkan saya bang, saya bukan Nabi.” Kataku. Dia kesal dengan apa yang berlaku. Ia tergambar di wajahnya. Aku diam. Memikirkan sesuatu.

“Sayang, Allah pun ampunkan hambanya!” jawabnya lagi.

“Tapi saya bukan Tuhan bang!” kataku. Dia sudah menundukkan pandangannya ke arahku. Aku selalu tidak sampai hati kalau dia buat begini kepadaku. Aku bukannya tuhan.

“Tak pe, abang akan tunggu sayang maafkan abang.” Katanya. Aku angguk. Aku pun tidak mahu bermusuhan lama-lama dengannya. Harap-harap aku akan dapat memaafkan semuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience