Chapter 91

Romance Completed 46068

Bab 91

“Amri, batalkan semua rancangan kita. Saya ada masalah yang tidak dapat diselesaikan!” kata Rozaila kepada Amri yang sedang berkawal di kawasan rumah banglo tiga tingkat itu. Dia meminta Amri membawa Natasya Umaira di bahagian loteng di rumah itu. Di bahagian atas sekali.

“Kenapa? Apa hal pula?” Amri kehairanan dengan arahan baru itu. sepatutnya dia sudah hendak dinikahkan. Itu perjanjian awal mereka berdua. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Kata Rozaila beberapa hari yang lalu!

“Saya ada masalah awak tak dengar? Saya cakap tak clear?” soal Rozaila pula. Agak garang bunyinya. Amri yang tidak tahu menahu tentang masalahnya itu menjadi bingung. Pasti dia sedang menjaga isteri Nukman Faris. Baru padan pula muka Nukman Faris.

“Apa nak buat sekarang?” soal Amri macam orang bodoh. Sakit hati Rozaila. Papa dan mamanya pula sudah mengetahui kegiatannya. Ini pun semua kerja Ricky Rozaila. Memang buat dia sakit hati.

“Awak buat apa yang awak suka lah! Saya tak dapat nak tolong!”

“Begitu? Orang suruhan awak mana?”

“Mereka sudah saya minta berhentikan hal ini! Saya takut kalau kamu semua ditangkap polis. Saya tahu suami tunang awak tu takkan berdiam diri. Sebelum ada apa-apa berlaku baik awak hantar perempuan tu dekat-dekat dengan rumahnya.” arah Rozaila.

“Baiklah!” kata Amri lemah. Harapannya punah sekelip mata. Dahulu dia sendiri yang memusnahkan impiannya sendiri. Sekarang sekali lagi harapannya punah.

Wajah ayu Natasya Umaira dipandangnya. Dia kasihan melihat gadis itu. Makanan yang disuakannya tidak dimakannya. Haripun semakin malam. Sejak tadi perempuan ini muntah-muntah.

“Awak dah mengandung?” soalnya tadi. Terkenang perbualan mereka.

“Apa awak peduli!” kata Natasya Umaira kasar.

“Awak cintakan suami awak tu?” soalnya. Dia masih ingin tahu. Dia tidak puas hati kalau dia tahu bekas tunangnya itu mengandung.

“Apa awak nak pedulikan saya? Awak boleh mati sana!” agak kasar kata-kata Natasya Umaira. Darahnya menyirap. Sudahlah harapannya punah. Sekarang gadis ini pula menjawab dengan kasar.

“Mati? Awak nak saya mati? Lelaki yang pernah awak cintai?” soalnya sengaja memancing hati dan perasaan bekas tunangnya itu.

“Sudahlah!” kata Rozaila.

Perlahan-lahan dia membuka ikatan tangan Natasya Umaira. Dia kasihan kepada gadis itu. Sudahlah muntah-muntah sejak tadi, tangannya pula diikat. Tiba-tiba kedengaran pintu diketuk dari luar. Mereka berpandangan.

“Siapa?” soalnya. Amri tidak terus membuka pintu itu. mata marak Natasya Umaira memandangnya.

“Buka pintu ini!” kata suara lelaki dari luar. Sejak tadi Rozaila mengarahkan dua orang lelaki menjaga mereka berdua di rumah banglo ini. Tetapi Rozaila memaklumkan yang dia sudah menyuruh lelaki itu pergi. Tinggallah mereka berdua di rumah banglo ini. Dia memang mahu membawa Natasya Umaira keluar dari rumah ini.

Dia membuka pintu. Terpacul dua orang lelaki lengkap berpakaian seragam polis.

“Jangan bergerak! Awak ditahan kerana dituduh cuba menculik!” kata polis yang lengkap dengan senjata itu. Dia tergamam. Dia tidak menyangka yang begini takdirnya.

“Saya... saya...” dia masih terkejut.

“Apa?” soal polis yang sudah menunda tangan Natasya Umaira itu. Natasya Umaira juga dilihatnya masih terkejut.

“Saya disuruh!” katanya.

“Siapa yang menyuruh awak buat begini?” soal polis yang agak besar badannya. Dia diam. Takkan dia hendak mengaku Rozaila yang menyuruhnya. Ah, dia terpaksa mengakui dia sahaja yang bersalah. Dia kasihan pula kepada Rozaila yang terpaksa merengkok di penjara. Dia tidak apa.

Apabila mereka keluar dari kawasan rumah banglo itu, suami Natasya Umaira sudah menunggunya. Dia tidak tahu siapakah yang melaporkan hal ini kepada polis. Mungkinkah Natasya Umaira sendiri yang menyuruh suaminya melaporkan kepada pihak polis? Dia sendiri tidak perasan.

Apa yang dia tahu malam ini dia akan tidur di dalam penjara kerana kesalahan yang dilakukannya ini. Tindakannya memang salah. Dia memang silap. Silap kerana tidak memikirkan baik buruknya hal ini.

***

“Sayang...” demi melihat suaminya di perkarangan rumah banglo itu bersama pihak polis dia terus mendekati suaminya dan mereka berpelukan. Dia tidak peduli siapapun di sekelilingnya sekarang ini. Dia sudah menghamburkan semua kesedihannya di dada suaminya itu.

“Sayang tak apa-apa?” soal suaminya. Dia bertambah sebak. Hanya air mata sahaja yang menjadi penemannya sejak ditahan tadi.

“Tak ada apa-apa bang!”

“Kita ke klinik.” Kata suaminya. Dia mahu sahaja berehat. Sejak balik dari sekolah tadi, dia belum berhenti berehat memikirkan bala yang menimpanya ini.

“Oh ya, sebelum tu kita kena ke balai polis untuk membuat aduan sayang.” Dia pandang suaminya. Dia terkenangkan Amri yang akan merengkok di penjara pada malam ini.

“Abang, boleh tak kita tarik balik tuduhan terhadap lelaki itu?” soalnya. Nukman Faris hairan memandangnya. Perlahan-lahan lelaki itu mengangguk.

“Baiklah.” Kata suaminya setuju.

“Kita balik bang, saya penat.” Katanya. Mereka beriringan ke kereta suaminya.

“Kita kena selesaikan dulu urusan sayang ni di balai polis dan klinik sayang,” kata suaminya. Dia mengangguk.

“Emak mana?” soalnya. Emaknya sudah berjanji akan ke rumahnya petang ini.

“Emak di rumah. Mereka menunggu kita sayang.” Dia rindukan emaknya. Sudah agak lama juga mereka tidak bertemu.

“Ya kita selesaikan dulu urusan kita bang. Saya pun dah tak larat ni!” katanya memberitahu mengenai penatnya lagi.

“Sabarlah sayang. Syukurlah isteri abang sudah selamat.” Kata Nukman Faris memegang tangannya. Dia hanya mengangguk.

“Terima kasih bang sebab selamatkan saya.” Katanya. Nasib baik dia sempat menghantar mesej kepada suaminya ketika Amri keluar entah ke mana petang tadi. Dalam sukarnya dia hendak menekan nombor di telefonnya, dia akhirnya berjaya menghantar berita kepada suaminya. Semuanya dengan adanya telefon yang baru dihadiahkan suaminya kepadanya beberapa hari yang lalu.

“Sayang, sayang umpama nyawa abang!” katanya.

“Terima kasih bang!” katanya melentokkan kepalanya di bahu suaminya.

“Ada apa-apa cepat-cepat beritahu abang, bukan diam-diam. Abang tunggu sayang begitu lama di kawasan sekolah hari tu!” kata Nukman Faris memberitahu kecemasan hatinya. Syukurlah kalau isterinya sudah selamat tiba di pangkuannya semula.

***

Selepas semua urusan selesai mereka telah balik ke rumah ibu bapa mertuanya. Hampir pukul 12.00 tengah malam baru mereka selesai. Nasib baik kandungan isterinya disahkan selamat. Jika tidak, memang dia tidak akan menarik balik tuduhan terhadap Amri, bekas tunang isterinya itu. Sakit hatinya kepada lelaki itu. Sudah berpisah pun masih ada hati kepada isterinya.

Amri masih ditahan di penjara walaupun isterinya sudah menarik semula tuduhan menculik isterinya itu. isterinya itu memang baik hati. Kalau ikutkan dia, biar sahaja lelaki tidak boleh diharap itu dihadapkan ke mahkamah kerana cubaannya hendak menculik isterinya itu. Lelaki itu sudah ada perancangan hendak menikah dengan isterinya. Ah, kasihan pula isterinya. Dalam masih mual-mual kerana mengandung anak sulung mereka pun, masih ada peminatnya. Dalam kasihan dia berasa geli hati juga. Mujur juga dia cepat bertindak. Jika tidak, dia tidak tahu apa yang akan terjadi kepada isterinya tadi. Dalam diam, dia bersyukur kepada Allah kerana telah menyelamatkan isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience