Chapter 13

Romance Completed 46068

Bab 13

“Nukman, mama tak mahu awak abaikan kebajikan Tasya. Tasya dah jadi isteri awak yang sah, kau kena ingat tu,” Nukman Faris yang baru balik dari bertugas terasa bengang seketika. Ketika dia sampai di rumah keluarganya, rumahnya sangat lengang.

Rupanya mamanya sedang duduk di dapur menikmati hidangan petang.

Dia sudah berjanji dengan kekasih hatinya yang dia akan meneruskan kehidupannya macam biasa walaupun dia sudah memegang status berkahwin. Dan, persoalan Natasya sudah dia padam dari akalnya. Kenapa pula mamanya ini hendak buka semula kisah yang sudah dia padam itu?

“Apa lagi mama nak saya buat ni ma? Kan saya dah tolong hari tu? Ni sampai nak ... eh saya tak faham lah dengan kemahuan mama dan budak tembam tu! Mama ni macam tak faham pula saya masih penat!” soal Nukman Faris. Wajah Datin Zahara sukar diteka. Datin Zahara geleng kepala. Anak lelakinya ini memang agak degil. Namun, degil-degil Nukman Faris, dia tetap sudi membantu adik perempuannya yang sedang kesusahan. Itulah yang dia sangat puji anak lelaki tunggalnya itu.

“Budak tembam awak kata? Cantiknya menantu mama awak kata tembam! Mungkin anak mama buta ni! Isteri awak tu cantik dan ayu menutup aurat Nukman. Syurga sudah di depan mata! Isteri awak tembam tu lah nanti lahirkan anak-anak untuk kau! Ha, awak nak ke mana tu?” soal Datin Zahara tegas. Naik sakit telinganya mendengar pujian mamanya terhadap isteri di atas kertasnya.

‘Lahirkan anak? Eh, dah berapa bulan kandungan Tasya tu ya?’ soalnya dalam hati. Dia terbayang lagi wajah comel itu. Matanya terkerdip-kerdip kalau dia malu. Bagaimanalah dia menghadapi kandungannya seorang diri. Kenapa dia tidak ada di sisi isterinya pada saat isterinya sangat memerlukannya! Kasihan Natasya Umaira.

“Nak naiklah mama, nak rehat. Penat tau kerja, ni pun baru balik!” jawab Nukman Faris. Sebenarnya dia tetap terbayangkan wajah ayu Natasya Umaira sepanjang masa.

Hampir-hampir dia terbabas tetapi dia tidak boleh menerima dua cinta dalam satu masa. Cintanya hanya untuk Rozaila kekasihnya. Tetapi kenapa dia terbayang-bayang Natasya Umaira ketika dia sedang bertugas hari itu? Malang pula baginya kerana tidak mengambil gambar isterinya itu.

“Duduk dulu, kita minum, mama ada buat kuih ni. Mama belum habis cakap lagi. Jangan nak buat muka monyok macam budak-budak tak cukup umur!” kata Datin Zahara tegas. Nukman Faris ketawa. Ketawa dengan peribahasa mamanya. Dia yang sudah di ambang tiga puluhan dikatanya dia budak-budak tak cukup umur. Mama!

“Mana ada mama! Mama nak apa ni sebenarnya? Kalau kisah isteri saya tu, tak ada masalah bagi saya! Dia kerja, saya pun kerja! Nak buat macam mana? Tak dapat nak jumpa selalu! Lainlah kalau dia suri rumah!” soal Nukman Faris lemah. Dia berasa kasihan pula. Ia terbawa-bawa di wajahnya.

“Mama tak nak awak nak jumpa perempuan murahan tak ada maruah tu. awak sudah ada isteri yang sah. Mama nak awak jenguk isteri awak tu! Dia tu kan mengandung. Kalau awak jaga isteri awak ada banyak pahala lagi tahu, berbanding awak nak berpeleseran dengan perempuan lain! Berdosa tau tu!” Nukman Faris sudah garu kepala yang tidak gatal. Permintaan mamanya memang permintaan yang tidak boleh ditentang. Dia mesti buat walau apapun keadaannya.

“Yang mengandung dia, bukan saya ma! Yang buat hal dia mama, yang jadi mangsa saya mama! Mama tak ingat? Saya ni jadi kambing hitam!” jawab Nukman Faris tegas. Datin Zahara geleng kepala memandang anaknya ini.

“Mama tak mahu anak mama degil dan memalukan mama dan keluarga. Tasya perlukan perhatian suaminya. Awak tak kasihan sepupu awak sendiri? Mama ni kalau boleh nak jaga dia di rumah sewanya tu. Awak kan sudah fly dalam dua minggu, bila masa awak jalankan tugas awak sebagai suami?” soal Datin Zahara geram dengan peribahasa anaknya. Nukman Faris terbayang lagi wajah ayu dan comel Natasya Umaira. Memang dia tidak mengambil tahu tentang khabar isterinya itu selama ini. Ah, mamanya ini selalu memintanya membuat yang bukan-bukan!

“Saya tak peduli mama. Saya tak mahu buat semua tu! Mama hanya minta jadi suami dia sementara saja, bukan untuk selamanya,” Nukman Faris mengungkit semula.

Bulat mata Datin Zahara memandang anaknya itu. Datin Zahara geleng kepala. Kesal dengan kedegilan anak sulungnya itu. malah anak sulungnya itulah harapan mereka suami isteri. Adik kepada Nukman, iaitu Nuraina masih belajar di sebuah universiti di dalam negara.

“Jangan buat begitu Nukman. Ingat hukum tuhan. Jangan belakangkan tuhan. Kalau awak sudah nikah, anggap saja awak sudah nikah untuk selamanya, bukan nak nikah dua tiga hari! Siapa ajar awak hukum yang tak senonoh tu?” soal Datin Zahara dengan penuh ketegasan. Marak matanya memandang anaknya itu. Nukman Faris pula semakin bengang. Keinginan mamanya sudah berubah.

“Ya ma, saya ingat mama, ingat tak kan pernah lupa!” katanya menggaru kepala. Datin Zahara puas hati. Jika dia tidak bertegas, anaknya itu sesuka hatinya hendak memijak-mijak kepalanya. Dia tidak mahu anaknya itu berdegil dengan arahannya.

“Isteri awak tu mengandung. Berikan dia penjagaan rapi. Layan dia macam awak layan kekasih awak. Dia nak makan apa sekarang. Dia mana larat nak jalan. Kasihan dia Nukman. Apa yang akan terjadi kalau adik awak diperlakukan seperti apa yang awak lakukan ini? Cuba awak fikirkan dulu!” soalan Datin Zahara betul-betul mematikan akal Nukman Faris. Terkenang adiknya Nuraina yang masih menuntut di universiti. Dia tidak mahu adiknya teraniaya seperti mana isterinya Natasya Umaira.

Dia juga tidak mahu adiknya dibiarkan oleh bakal suaminya. Tetapi dia adalah suami yang sah kepada Natasya dan mengabaikannya. Aduhai!

“Mama ni memang banyak betul songeh!” kata Nukman Faris. Datin Zahara tersengih.

“Semalam mak ngah awak telefon, dia tanya awak di mana. Mama beritahu yang anak mama akan datang hari ini dan bawa Natasya jumpa doktor esok pagi atau petang ni, kasihan anak mak ngah tu Nukman!” kata Datin Zahara. Nukman Faris garu kepalanya yang tidak gatal. Anak mak ngah macam anak mama juga. Mamanya terlalu sayangkan Natasya Umaira. Sayang bukan apa, sayang kerana Natasya Umaira pandai menjaga tingkah lakunya di depan orang tua. Mamanya memang suka anak saudaranya yang seorang itu. hampir bengkak telinganya kalau saban hari asyik menyebut nama anak saudaranya yang dianggapnya baik itu. sekarang anak saudaranya sudah mengandung, siapa yang disalahkan? Siapa yang tidak menjaga tingkah laku?

“Alahai kalau hari ni tak dapat lah mama. Saya penat lagi ni, kalau boleh esukesok lah mama! Rasanya kalau esok-esok dunia belum kiamat lagi mama!” kata Nukman Faris memberi alasan. Dia terfikir di mana dia hendak mencari Tasya, dia tidak tahu di mana gadis itu tinggal.

Antara Natasya dan emak mertuanya, dia terkenang-kenang pesanan ayah mertuanya. Ayah mertuanya mahu dia menjaga Natasya seperti dia menjaga nyawanya. Bagaimana dia mampu menjaga gadis itu seperti itu? Ah, itu hanya janjinya.

“Mama, dia tahulah nak jumpa doktor, kenapa nak susahkan saya pula? Itu pun bukan anak saya!” soal Nukman Faris tidak puas hati. Marak mata Datin Zahara. Mahu sahaja dia menumbuk-numbuk tubuh anaknya itu. Dia sudah memaklumkan hal itu tetapi kenapa anaknya itu tidak mahu faham-faham?

“Mestilah kena bawa dia. Natasya tu bukannya sihat sangat. Kerap dia mengambil cuti tu Nukman, mungkin dia tak sihat. Mama pun kasihan kat menantu mama tu! Menantu mama tu tak banyak kerenah!” terang Datin zahara. Harapannya hendak bertemu dengan kekasihnya tidak kesampaian lagi pada malam ini. Sudah beberapa kali dia tidak dapat berjumpa dengan kekasihnya sejak dia menikah dengan Natasya.

“Budak Natasya memang buat masalah kat aku lah mama! Tak suka saya!” katanya dalam hati. Datin Zahara masih memandangnya.

“Itu tanggungjawab awak sebagai suami Nukman. Berdosa awak abaikan isteri. Nanti di akhirat awak akan ditanya semuanya, jangan cuba nak ambil ringan hal ini!” ingatan Datin Zahara sangat menyakitkannya.

“Mama pun sama! Dulu mama hanya minta tolong aje, sekarang nak berlagak sebagai suami betul-betul pula! Eh apa ni mama?” soalnya. Mamanya memandang sayu kepadanya. Dia terkenang mak ngahnya, tentu mak ngah sedih jika mendengar kata-kata. Tetapi baginya, cinta dan berumah tangga bukan hanya sekadar rasa kasihan. Dia tidak mahu dibebani rasa kasihan maka dia menyayangi isterinya yang juga sepupunya. Itu tidak adil kepada diri dan kekasihnya.

“Tunggulah sampai dia sudah bersalin nanti! Sekarang memang kasihan kalau kita nak abaikan dia. Awak tak sayangkan Natasya tu? Natasya tu cantik, jaga aurat dan sopan-santun!” kata Datin Zahara. Nukman Faris geleng. Dia tidak mahu menyebut sayang.

“Lagi.. lagi kasihan. Lagi kasihan. Susah lah kalau macam ni mama!” katanya kepada mamanya. Datin Zahara sekali menarik nafas keras. Anaknya ini seperti tidak mahu bekerjasama dengannya.

“Mama sayangkan menantu mama tu. Mama kalau boleh kamu berdua akan hidup sebagai suami isteri sampai akhir hayat,” doa Datin Zahara kepada anak dan menantunya. Dia tidak menyenangi kekasih anaknya.

“Mama ni tak boleh nak dibawa bincang! Saya takkan nak dia jadi isterinya sampai billa-bila. Saya akan buat apa yang sudah saya beritahu kat mama hari tu!” kata Nukman yang masih ingat janjinya dengan ibu bapanya.

“Tak boleh gitu Nukman, mama berdoa kamu akan saling jatuh cinta dan jadi suami isteri hingga ke syurga. Papa dan mama nak awak bawa Tasya balik ke sini hujung minggu ni, kita pun nak raikan dia di rumah ni. Sudahlah kamu tak buat resepsi di sini, nak bawa dia jejak rumah kita pun awak tak nak! Nanti apa pandangan keluarga mak ngah kepada kita Nukman! Nanti dikatanya kita tak de sopan dan sahsiah! Mama tak mahu dituduh begitu!” kata Datin Zahara lagi.

Nukman Faris bertambah pening mendengar doa emaknya. Dia tidak tahu bagaimana hendak menghubungi Natasya pula selepas ini. Kepada siapa hendak mengadu? Mama? Malunya! Papa? Lagilah malu! Pasti dia akan menyaksikan senyuman nakal papanya! Ah, kepada siapa lagi? Adiknya? Mungkin adiknya!

“Papa pun doakan kebahagiaan kamu berdua Nukman. Papa mahu kamu bahagia, papa doa hari-hari dalam solat papa,” kata Datuk Norman secara tiba-tiba. Dia sudah duduk di bahagian tengah meja itu. Nukman Faris menyalami tangan papanya.

“Eh, papa tak kerja ke? Cuti ya papa?” setahunya papanya di pejabatnya pada waktu petang begini. Ayahnya belum bersara sepenuhnya dari syarikatnya sendiri. Malah papanya mahu dia menggantikan tempatnya sebagai pengerusi di syarikat NFN itu. Dia memilih untuk tidak menyertai syarikat papanya. Dia masih muda lagi. Dia mahu mengambil pengalaman kerja dalam bidang lain.

“Papa cuti hari ini. Papa nak cuti panjang tapi tak ada sesiapa yang nak gantikan tempat papa di pejabat tu. Nukman yang ganti nanti ya, papa nak rehat kejap,” kata Datuk Norman tiba-tiba. Nukman Faris tepuk dahi pula. Dia masih mencintai kerjayanya. Dia belum bersedia untuk menyandang tugas penting di dalam syarikat papanya.

“Belum masanya papa. Saya masih sayangkan kerjaya saya ni! Papa juga yang hantar saya jadi pilot! Kalau tak saya sudah jadi seorang ahli perniagaan yang berjaya!” Datuk Norman ketawa. Nukman Faris pandang papanya. Dia sengaja memujuk papanya. Walhal dia sukakan kerjayanya berbanding menjadi seorang ahli perniagaan macam papanya.

“Sayangku Nukman, hendak membina kerjaya sebagai ahli perniagaan yang berjaya bukan ambil masa yang singkat. Kau perlu berusaha dari bawah sebelum berjaya! Jangan ingat kerana kau menyambung legasi papa, kau akan jadi ahli perniagaan yang berjaya dalam masa dua tiga tahun!” kata Datuk Norman dengan panjang lebar.

Dia memang tidak berminat hendak memasuki dunia perniagaan papanya. Mungkin suatu hari nanti dia akan menjalankan perniagaan lain dan bukannya menyambung legasi perniagaan ayahnya. Entahlah buat masa ini dia belum ada perancangan. Papanya sudah berkali-kali mendesaknya agar memasuki perniagaan papanya. Mamanya belum ikut campur. Jika mamanya sudah ikut campur dalam hal perniagaan keluarga mereka, sudah pasti dia terpaksa sangkut kerjayanya sendiri.

Namun dia memang belum cukup bersedia.

“Sokong papa! Saya gurau aje tadi!” katanya melayan papanya.

“Jangan nak main sokong saja Nukman. Papa tahu Nukman hanya bergurau dengan papa. Papa tak suka Nukman ambil lewa. Sepatutnya Nukman masuk pejabat papa kalau tak fly ke luar negara, bukan asyik nak tidur! Lainlah kalau layan isteri,” mahu sahaja tersedak Nukman Faris dari meneguk air milonya petang itu.

“Hmm, papa ni nakal tau!” Nukman Faris mahu melupakan isterinya. Namun makin dia mahu mellupakan gadis itu, makin terbayang pula setiap masa akan wajah cantik itu. Apakah yang harus dilakukannya?

“Papa cakap sesuatu yang serius, bukan main-main! Jaga isteri baik-baik! Jadi suami yang soleh dan bukannya main selalu! Tak baik mainkan perasaan anak orang Nukman. Papa tak pernah ajar awak buat sesuatu yang tak baik. Menganiaya namanya tu sayang!” kata Datuk Norman lagi. Nukman Faris mengangguk.

Dia sedar papanya juga merestui hubungannya dengan Natasya Umaira. Mungkin dengan restu keluarga hubungan lebih bahagia. Jadi, tanpa restu keluarga akan bahagiakah dia dengan Rozaila nanti?

Aduhai, sakit pula kepalanya. Mamanya sudah cakap selalu, dia tidak mahu dia mendekati kekasihnya itu. Namun, cintanya kepada gadis itu masih kukuh sekukuh batu granit. Bagaimana dia melunturkan cintanya buat kekasihnya itu? Kahwin dua? Oh, patutkah dia buat macam itu? Apa kata mama dan papanya? Apa yang penting ialah apa kata mertuanya kelak? Bagaimana perasaan Natasya Umaira jika dia dimadukan?

Sediakah dia hidup dengan dua orang isteri?

“Saya naik dulu mama, papa. Nak rehat kejap,” kata Nukman Faris meminta diri. Datin Zahara sudah menjelingnya. Dia memperlahankan langkahnya.

“Mak mertua kamu dah tahu kau balik Nukman. Natasya pun mama dah beritahu yang kau akan ambil dia di rumah petang ni, jangan lupa jemput Tasya, mama nak jumpa,” kata Datin Zahara agak tegas. Nukman Faris tidak bersuara. Mahu sahaja dia pengsan di tangga itu.

“Petang ni? Orang penatlah mama! Boleh tak kalau esok-esok atau lusa?” kata Nukman Faris memberi alasan. Namun senyuman manis dan malu-malu Natasya Umaira sentiasa terbayang-bayang di matanya. Wajahnya itu menimbulkan kerinduannya pula. Kenapa bukan wajah Rozaila yang muncul saat ini? Huh! Dia sendiri pun hairan. Apakah ini penangan orang yang sudah beristeri tetapi menipu semua orang? Bisiknya. Ah, tidak! Ini bukanlah yang sebenarnya! Tolaknya dalam hati.

“Jangan banyak alasan! Mama tak suka! Masih siang lagi ni, sempat lagi kalau awak nak ambil dia di puchong tu, bukannya jauh sangat!” kata Datin Zahara. Nukman Faris tepuk dahi. Patutlah sejak tadi mamanya sibuk menghubungi dia. Macam orang bercinta pula dia dan mamanya.

Perlahan dia menapak naik ke tingkat atas. Geram sungguh dia dengan mamanya. Ada-ada sahaja permintaannya. Papanya pun sama! Suka menyebelahi mamanya.

“Jangan lupa bawa isteri awak tu ke sini. Mak nak ukur saiz baju pengantinnya hujung minggu ni, awak pun sama, jangan nak menghilang pula! Mama dah tempah dengan butik Datin Murni. Jangan nak buat hal pula ya!” pesan Datin Zahara dengan penuh teliti. Pedih telinga Nukman Faris mendengar kata-kata mamanya.

“Baju apa?” soal Nukman Faris tidak tahu menahu mengenai baju. Baju mengandung isterinya? Ah, Natasya boleh beli sendiri. Lagipun anak itu bukan anaknya! Bisiknya dalam hati.

“Baju pengantin,” kata Datin Zahara selamba. Mata Nukman Faris sudah membuntang. Mamanya memang suka buat hal kepadanya. Dia pula tidak mampu membantah.

“Nak buat apa baju pengantin mama? Baju hari tu pun masih ok lagi mama! Mama ni suka membazir tau! Saya taulah papa banyak duit tapi janganlah membazair! Jadi, gunakan baju yang hari je mama?” soal Nukman Faris tidak tahu apa-apa mengenai baju pengantin. Dia ingat adiknya Nuraina yang akan kahwin. Setahunya adiknya itu mempunyai buah hati tetapi dia tidak tahu sejauh mana hubungannya dengan teman lelakinya.

“Baju tu lain. Awak anak mama tu kahwin bukannya selalu. Seumur hidup awak tu inilah saja awak kahwin. Jadi, mama nak raikan anak menantu mama di sini. Berkenalan dengan pekerja di syarikat papa dan kawan-kawan mama. Hari tu mereka tak sempat nak datang, Nukman pun boleh jemput kawan-kawan Nukman sekali,” Kata Datin Zahara. Nukman Faris sudah picit kepala.

“Siapa nak kahwin lagi mama?” soal Nukman Faris malas. Mesti adiknya yang hendak kahwin. Duganya. Berkerut dahinya. Ingatkan semuanya sudah selesai. Natasya Umaira pun cakap sudah selesai dan dia sudah membantu gadis itu menjadi raja sehari. Huh! Kenapa lagi mamanya hendak membuat sesuatu di luar pengetahuannya?

“Kamulah! Anak mama dan Natasya menantu mama!” mahu terbeliak mata Nukman Faris. Dia tidak menyangka mamanya akan membuat majlis lagi di pihak mereka. Dia ingat selepas majlis nikah di kampung hari itu, keadaan akan kembali seperti biasa. Rupanya mamanya mempunyai agenda tertentu pula selepas ini.

Kalau macam ini, mahu atau tidak dia terpaksa berdepan lagi dengan Natasya, isterinya. Aagak lama juga dia tidak bertemu dengan gadis itu. Mahu rindu juga dia. Rindu? Huhu! Dia bukan apa, dia takut berlaku sesuatu pula antara mereka. Inilah masalahnya lagi! Aduhai, sakit pula hatinya!

“Ha? Saya? Kenapa saya pula? Dulukan sudah kahwin di kampung? Kira dah afdal dah tu ma! Buat apa membazir lagi ni ma? Saya tak suka lah mama nak membazir duit begini!” soalnya seperti mahu terkeluar mata kuyunya itu. Mamanya angguk. Dia tidak tahu kalau Rozaila akan meraung jika dia tahu dia akan melangsungkan persandingannya di Kuala Lumpur untuk kali keduanya. Aduhai! Kasihan kekasihnya.

“Yalah sapa lagi nak kahwin? Anak mama dan menantu mamalah! Tak adalah membazirnya! Anak mama bukannya ramai, Nukman dan Nuraina aje kan!” aduhai mahu sahaja Nukman Faris pengsan mendengar kata-kata mamanya. Papanya hanya tersengih.

“Bila pula ni mama nak langsungkan?” soal Nukman Faris yang sudah tidak bermaya.

“Lagi dua minggu, mama dan papa sudah edar kad jemputan! Mama tak jemput ramai, hanya dua ribu lebih sahaja!” Nukman Faris memikirkan jadualnya. Sejak akhirakhir ini dia memang sibuk. Urusan pejabat banyak yang hendak diuruskannya. Dia tidak menyangka mamanya sudah merancang sesuatu yang dia tidak tahu. Nasib baik dia tidak menceraikan isterinya. Kalau tak, naya dia!

“Kenapa cepat sangat ma? Saya kan kena fly,” jawabnya ringkas untuk mengelakkan sesuatu yang amat tidak disukainya. Pening kepalanya memikirkan kerenah ibu bapanya yang hendak buat itu dan ini. Dia berasa hidupnya dikongkong.

Namun dia sedar dia siapa hendak membantah?

“Tak! Tak! Mama dah buat kad. Nukman kena ambil cuti. Urusan di hotel mama dah siapkan. Jangan buat malu pula. kahwin bukannya dua tiga kali. Kahwin hanya sekali,” kata mamanya pula. inilah Datin Zahara yang bertuah punya mama. Katakatanya tidak dapat dibantah. Kalau dibantah memang dia akan nahas. Sejak kecilnya dia sudah tahu sikap tegas dan kuat memaksa mamanya. Namun dia tetap sayang kepada mamanya. Tetapi bagaimana, aduh! Dia tidak akan dapat menutupi perkahwinannya dengan Suffian lagi. Aduhai!

Nukman Faris tarik nafas berat. Dia jarang membantah cakap mamanya. Bagaimana nak jaga hati Rozaila? Dia terkenang kekasihnya. Sudah hampir sebulan mereka tidak bertemu. Ada-ada sahaja agenda mamanya yang menyebabkan dia tidak dapat bertemu dengan kekasihnya. Mamanya memang perancang yang hebat. Dia sakit hati sebenarnya.

“Kenapa mama buat macam ni? Mama kan tahu saya ada kekasih?” Datin Zahara ketawa. Lalu menggeleng.

“Jangan nak buat lawak depan mama! Itu bekas kekasih kau! Kau kena terima hakikat yang kau sudah kahwin! Sekarang kau kena jaga Natasya, bukan orang lain tu! Mama tak suka kau buat tak senonoh! Kalau mak ngah kau tahu, apa yang mama akan jawab? Cuba kau jawab?” kata Datin Zahara menekankan suaranya. Kedengaran suara itu tegas. Nukman terdiam. Mamanya memang banyak rancangan untuknya.

“Dia dah tahu? Mana ada cuti dia lagi ma,” kata Nukman Faris cuba menolak lagi. Mana tahu ada harapan.

“Ada, dia dah tahu dan dah setuju pun! Memang patut pun kita buat majlis besarbesaran di tempat kita ni! Supaya semua orang tahu tuan pilot kita sudah kahwin! Jangan ada sesiapa nak mengorat dan jangan kekasih kau tu berani nak masuk lagi dalam urusan kau! Mama akan pantau pergerakan kau Nukman!” mahu menggelegak darah Nukman Faris dengan persetujuan Natasya dengan apa yang akan berlaku. Datin Zahara sudah ketawa. Perkataan pantau itu memang agak keras bagi dirinya. Tetapi dia tahu mamanya akan mengotakan apa yang dia cakap. Aduhai! Kenapa hidupnya penuh dengan lilitan kawalan mamanya?

“Mana-mana mamalah! Tak kuasa saya nak layan rancangan mama!” Nukman Faris mengeluh berat.

“Jangan nanti kau hubungi pula kekasih kau tu! Itu tempah dosa namanya! Baikbaik kau ada isteri, kau layanlah isteri kau! Jangan pandai-pandai nak jumpa kekasih pula! Mama tak suka kau buat dosa kering! Kalau buat dosa, mama pun terpalit sama!” kata Datin Zahara lagi. Nukman Faris angguk lagi. Mahu atau tidak dia terpaksa menurut.

“Tapi, kami dah janji nak kahwin mama!” katanya perlahan dan tidak bermaya. Namun dia tetap memberitahu hal yang sebenar. Buntang mata Datin Zahara.

“Jangan kau nak pandai-pandai buat hal Nukman! Mama takkan rela andai sesuatu berlaku kepada perkahwinan kau dengan Tasya. Mama kasihankan dia. Kau ni memang nak ikut nafsu muda kau saja! Mama tak suka! Kalau mama cakap mama tak suka, tolong jangan sakiti hati mama! Kau nak mama mati sebelum waktunya?” kata Datin Zahara. Nukman Faris cepat-cepat menggeleng. Dia tidak sesekali akan menyakiti hati mamanya. Dia hanya geram sahaja dengan arahan mamanya.

“Tak mama, saya tersasul! Janganlah mama cakap yang bukan-bukan pula! saya akan ikut cakap mama!” kata Nukman Faris mengalah dengan sikap mamanya yang tegas dan kuat memaksa itu.

“Jangan lupa Nukman, dua minggu lagi majlis kamu.” Nukman Faris mengangguk.

“Ye ye!” kata Nukman Faris yang sudah tidak bermaya. Datin Zahara lega jika anaknya mahu menurut kata-katanya. Dia sudah tahu anak lelakinya itu tidak akan membantah dengan arahannya. Senang hatinya! Malam nanti dia akan memberitahu besannya mengenai rancangannya yang sudah berjaya diberitahu kepada anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience