Chapter 52

Romance Completed 46068

Bab 52

“Rozy, bila lagi awak nak benarkan saya jumpa mak ayah awak? My parents dah tahu hal kita,” kata Ricky Ridzuan dari dalam selimut. Rozaila masih terbongkang tidur di sisinya. Namun dia tahu kekasihnya itu sudah mendengar akan soalannya.

Rozaila pula buat-buat tidak dengar. Eh, sejak bila aku nak kahwin dengan kau? Jangan nak mimpi lah! Kata hati Rozaila kepada Ricky Ridzuan. Baginya Ricky Ridzuan hanya layak menjadi teman bersosial sahaja dan bukan teman sehidup semati dalam pernikahan. Dia masih mengharap Nukman Faris kekasihnya menceraikan isterinya dan mereka menikah.

“Nanti kalau perut awak tu dah memboyot baru awak nak cari pak sanggup?” soal Ricky Ridzuan pula. Marak mata berwarna biru itu memandangnya. Tangannya dicekak ke pinggang. Kalau begitu, lelaki di depannya ini sudah marah. Sesak nafasnya sesaat.

Dia agak terkejut. Bagaikan tersentak pula. Memang dia sudah masuk bulan kedua belum datang haidnya. Dia pun sakit hati. Dia nak gugurkan tetapi dia sayang. Lelaki ini pula bukan main lagi. Ikut sahaja ke mana-mana dia pergi macam ekornya ke sana ke sini. Mereka macam suami isteri pula. Sanggup menaja ke sana ke sini asalkan dia ada. Eh, sakit hati Rozaila.

“Mana ada! Saya belum nak kahwin lah! Siapa kata saya dah memboyot! Eh awak ni macam orang gila pula!” katanya yang sudah agak kepanasan. Selimut ditolaknya ke kakinya. Sakit telinganya mendengar desakan kekasihnya ini.

Ah dia ni pun satu, berkasih dengan orang lain tetapi memadu asmara dengan orang lain lagi. Namun dia tetap mahukan Nukman Faris yang jadi suaminya. Dia tidak mahu dengan Ricky Ridzuan yang suka bertukar-tukar kekasih ini.

“Kahwinlah dengan saya, saya akan ubah sikap saya yang playboy tu!” katanya merayu. Mamat ni macam dengar pula kata hatinya! Eh, tak mahu dia kahwin dengan lelaki ini. Buat suka-suka bolehlah! Bisiknya jahat.

“Tak nak lah! Saya tak nak awakk! Awak suka tukar-tukar kekasih!” kata Rozaila berterus-terang. Terkejut dia dengan kata-kata Rozaila. Dia tidak menyangka setelah menyerahkan tubuhnya dan sudah terisi seseorang dalam rahimnya pun gadis ini masih tidak mahu menerima dia untuk bertanggungjawab menjadi suaminya. Apa yang harus dia buat sekarang? Takkan nak biarkan Rozaila meminta Nukman Faris menikahi gadis ini? Bukankah dia yang seharusnya bertanggungjawab kepada gadis ini?

“Mama saya hanya tahu Nukman kekasih saya, bukan awak tahu?” soal Rozaila dengan sombongnya. Dia ketawa. Mahu terjerit-jerit di ketawa.

“Awak ingat kalau saya edarkan gambar kita kepada mama dan Nukman kekasih awak, ada sesiapa lagi yang akan percaya awak kekasih Nukman?” soalnya memperdaya gadis tersebut. Dia tidak mahu terlepas mendapatkan gadis itu.

“Awak jangan nak buat gila ya! Saya takkan duduk diam membiarkan awak memburukkan saya. Kalau check DNA, awak ingat anak di dalam perut awak anak Nukman? Nukman pun jijik nak pandang dan sentuh awak tahu? Saya sahaja yang akan sudi menjadikan awak isteri saya walaupun awak sudah tak suci lagi!” Kata Ricky Ridzuan.

Terkesima Rozaila. Bagaikan dikunci mulutnya. Sebenarnya dia sudah bersedia hendak mendapatkan Rozaila dengan apa cara apa sekalipun. Dia mahu bertanggungjawab dengan anak yang sedang dikandung Rozaila. Sekalipun Rozaila tidak memberitahu tentang kandungannya, dia sendiri tahu kekasihnya itu sedang mengandung.

“Awak dah gila Ridzuan!” katanya seperti tidak sedarkan diri. Badan tegap Ricky Ridzuan itu dipukulnya dengan sekuat hatinya.

“Awak pun apa kurangnya darling! Jangan-jangan Nukman Faris dah tahu aktiviti awak di luar negara? Awak ni bukan gadis yang boleh dipercaya! Baguslah kalau saya yang nak pungut awak tahu!” kata Ricky Ridzuan yang sudah ketawa terbahak-bahak.

Sakit hatinya mendengar hinaan lelaki yang tidur seranjang dengannya itu. Mahu sahaja dia tolak dengan kakinya.

“Gila! Awak pungut gadis lain tu! Saya tak sudi!” katanya keras. Berdesing telinga Ricky Ridzuan mendengarnya. Baru padan mukanya!

“Saya tak pernah tidur dengan sesiapa sejak kita rapat tahu! Jangan awak pandai-pandai nak buat hal pula! Saya akan buat awak menderita dan putih mata! Biar kita sama-sama putih mata!” berat sungguh ugutan lelaki itu. Lelaki itu sudah berdiri dan menghisap rokoknya. Dia mengeluh kasar. Mahu sahaja dia meludah lelaki yang sudah menjeratnya ini. Rupa-rupanya lelaki ini ada hati kepadanya! Eh tak nak aku!

Bisiknya.

“Jangan nak ugut aku pula! Celaka!” kata Rozaila tidak mahu mengalah. Lelaki itu mendekat kepadanya.

“Awak tu patut diajar! Kita mati-mati nak nikah, awak mati-mati tolak! Tapi tidur dengan saya awak nak pula!” katanya yang sudah membuat onar sekali ke tubuh kekasihnya itu. Dia mahu mengajar Rozaila, mengajar sungguh-sungguh. Bagi Ricky Ridzuan, dia tidak kalah dengan Nukman Faris kekasih Rozaila. Dia juga hebat!

“Aku tak mahu nikah dengan kau!” dalam kesibukan usikan Ricky Ridzuan, Rozaila masih sempat menjawab dengan penuh keberanian.

“Awak mesti nikah dengan saya Rozy! Siapa yang mahu bertanggungjawab anak di dalam perut awak tu kalau bukan saya?” soalnya menambah sakit hati Rozaila. Apaapapun dia sudah berjaya memerangkap gadis impiannya ini. Rozaila hanya meraung sekuat hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience