Chapter 73

Romance Completed 46068

Bab 73

“Tasya, masih tinggal kat sini dengan Shamira?” soal Puan Zurain kepadanya melalui telefon. Menurut emaknya, emak dan ayahnya akan datang pada esok petang. Apa yang mampu dijawabnya kalau emaknya tiba-tiba membuat semakan kepada kedudukannya suami isteri? Aduhai, dia terpaksa membuat pengakuan sahaja.

“Err, masih mak. Kenapa mak?” soalnya kepada emaknya. Mata ayahnya macam mata helang mahu menyergapnya pula. Apa yang sudah berlaku ini? Soalnya dalam hati.

“Sayang mak Tasya, sayangkan dah kahwin, kenapa nak tinggal asing-asing dengan suami. Macam mana nak eratkan hubungan kamu berdua? Tasya, mak tak ajar awak kurang ajar dengan suami. Mak tak nak kamu begini. Carilah jalan agar kamu berdua tinggal bersama sayang,” soal emaknya lagi. Masam mukanya. Apa yang hendak dia jawab. Dia memang tidak bersedia hendak menjawabnya. Kebetulan dia agak kepenatan selepas mengadakan aktiviti di sekolah petang tadi.

“Kami macam biasa aje mak! Tak ada apa-apa. Susah juga saya nak tinggal dengan suami saya. Dia kan sibuk,” jawabnya. Itu jawapan paling selamat yang dia ada. Dia dengarnya emaknya menarik nafas payah. Dia lebih parah lagi. Pelbagai persoalan memenuhi kepalanya. Mahu pecah kepalanya ini.

“Macam biasa macam mana tu Tasya?” soal ayahnya pula. Sejak tadi Encik Mohd. Tajuddin berdiam diri.

“Errr,” dia kelu. Memang luar biasa hubungan mereka suami isteri. Apa yang hendak dijawabnya lagi? Apakah ini ekoran siasatan mama mertuanya kepada hubungan mereka berdua? Apa yang mahu dia jawab kalau mama dan papa mertuanya tiba-tiba datang semula ke rumahnya?

“Kamu tak sayangkan hubungan kamu berdua suami isteri? Kamu tak mahu ada zuriat dengan suami kamu?” soal emaknya lagi. Dia menggeleng. Dia sayangkan suaminya. Tetapi ah, susah dia nak bercerita dengan ibu bapanya.

“Sayang mak.” Katanya menjawab.

“Kalau sayang bukan begini caranya nak. Seorang isteri yang baik sentiasa berada di sisi suaminya Tasya. Sekarang apa yang dah jadi?” Kata emaknya. Natasya Umaira kaku. Bagaimana dia hendak duduk di rmah suaminya kalau suaminya sering terbang ke luar negara? Jadi baiklah dia duduk di rumah sewanya. Apa yang harus dijawabnya?

“Dia benarkan saya duduk sini mak, ayah. Kalau weekend saya balik rumah abang Nukman,” kata Natasya Umaira. Benarkah alasannya? Apakah setiap hujung minggu dia balik ke rumah suaminya? Ah, tidak pernah dia tunaikan janjinya kepada suaminya itu. apa tidaknya, setiap minggu juga dia menghadiri kelas pengajiannya menyebabkan dia selalu sahaja penat jika pada hari Ahad. Kadang-kadang hujung minggu penuh dengan kelas. Aduhai, dia tempah dosa pula dengan suaminya! Tetapi dia harap suaminya memahaminya dan bukannya menjauhinya. Sepatutnya setiap hujung minggu suaminya datang dan membawanya keluar. Tetapi lain yang diharap, lain pula yang jadi. Sedih sungguh dia.

“Betulkah ada balik ke rumah suami awak setiap hujung minggu? Kalau tak, bagaimana mama mertua awak ragu-ragu?” soal emaknya ragu-ragu.

“Err, belum lagi. Saya sibuk mak, ada kelas.” Jawabnya. Itu sahaja harapannya. Jika itu pun emaknya tidak terima, susahlah dia.

“Ayah dan mak tak mau kamu duduk asing-asing begini Tasya. Ayah mahu

Tasya di sisi suami. Bukannya berasingan begini!” kata emaknya. Natasya Umaira akur.

Dia angguk. Perasaan sedih menguasainya.

“Ya ayah.” Jawabnya. Wajah ayahnya masih masam.

“Jangan main janji aje. Kusut hati ayah dan mak ni! Mak dan ayah tak mahu kamu begini!” kata emaknya lagi.

***

Natasya Umaira menjadi resah. Resah kerana sudah lebih sebulan sudah haidnya tidak datang. Dia tidak pula ada rasa pening-pening. Melalui pembacaannya, kalau haidnya tidak datang itu tandanya dia mengandung atau dia ada masalah. Alamak, kalau dia mengandung, bagaimana ni?

Suami sudahlah tak ada. Sudah lebih tiga minggu mereka selepas mereka berbulan madu ke Eropah hari itu. Sudah tiga minggu mereka tidak bertemu. Syukur lah mereka selamat balik dari sana. Mendengar kapal terbang meletup di kawasan RussiaUkraine hari itu, dia bersyukur kerana mereka berdua suami isteri selamat.

Memang dia amat rindukan suaminya itu. Tetapi dia juga yang sangat degil. Sepatutnya suaminya boleh melawatnya ke sini setiap hujung minggu tetapi suaminya tidak pernah muncul. Mungkinkah suaminya lupa akan dirinya? Mungkin sudah dapat gading bertuah, dirinya tidak berguna lagi.

Tiba-tiba selepas panggilan emaknya tadi, lehernya terasa loya. Dia tiba-tiba hendak muntah. Dia tiba-tiba mahu membuang semua makanan yang telah dimakannya tadi. Tetapi apa yang dia hendak buat ni? Ya Allah.

“Tasya,” panggil Shamira. Dia buka matanya.

“Apa?”

“Aku nak jalan ke kedai kejap. Kau nak ikut?” soal Shamira. Dia geleng.

“Taklah!” dia malas mahu berjalan-jalan ke mana-mana.

“Ada kau nak kirim makanan?” dia tiba-tiba hendak makan buah asam.

“Jeruk buah.” Katanya.

“Okay, nanti aku belikan kau.” Kata Shamira. Natasya Umaira terus berlari ke bilik air. Shamira kehairanan.

“Kenapa ni Tasya? Kau ada salah makan?” soal Shamira. Natasya Umaira menggeleng. Dia makan biasa-biasa sahaja tadi.

“Kau demam ni Tasya.” Kata Shamira yang sudah mengurut-urut belakang Natasya Umaira.

“Tak!” dia mengurut lehernya yang terasa perit.

“Mari aku bawa kau ke klinik.” Natasya Umaira menggeleng.

“Aku makan ubat je. Nanti selepas makan ubat eloklah aku!” katanya. Shamira tidak percaya.

“Tak. Aku kena bawa kau ke klinik. Kalau kau ada apa-apa sapa yang susah?” kata Shamira. Shamira mengambil tudung kepala Natasya Umaira.

“Jom, aku bawa kau ke klinik. Kalau ada apa-apa terjadi kepada kau mesti tuan pilot kita akan marahkan saya.” Kata Shamira. Dia angguk akhirnya.

***

Sudah lebih tiga minggu. Kepalaku terasa pening-pening sejak akhir-akhir ini. Apakah yang berlaku kepadaku sebenarnya? apa yang sepatutnya aku lakukan? Ke klinik? Jumpa Doktor Shamsuri kawan baik Nukman Faris? Itu tempah bala namanya. Kalau ditanya mana suami aka kawan baiknya, apa yang aku hendak jawab? Oh sulitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Kepalaku berdenyut-denyut sejak seminggu yang lalu. Tidak pula aku pasti kalau ini petanda migrain. Setiap hari aku telan ubat penahan sakit bagi mengurangkan rasa sakit yang aku hadapi. Tetapi sungguh menghairankan sakit kepalaku tetap tidak reda, tidak mengurang. Apa lagi yang patut aku buat sekarang ini?

Hendak pergi ke klinik? Aku malas. Hendak membeli ubat lain, aku pun malas. Sudah aku beli ubat tetapi sakit kepalaku semakin berdenyut-denyut. Mungkin aku ada penyakit gastrik. Tetapi aku makan mengikut waktu dan nafsu makanku semakin menjadi-jadi. Bagaimana pula aku menjadi gastrik kalau cukup makan dan teratur pula?

Ya Allah, apa yang berlaku kepada diriku ini?

“Kau tak kerja esok?” soal Shamira yang tiba-tiba membuka pintu bilikku. Dia masih berdiri di muka pintu. Bulat mataku. Kenapa pula aku tidak pergi mengajar esok.

Aku pun bukannya sakit kuat.

“Kerja.” Jawabku. Sejak akhir-akhir ini aku selalu letih. Ada juga aku kongsikan sakit yang menyerangku ini kepada Shamira. Shamira pun mana tahu apa-apa. Dia bukan doktor. Dia hanya guru Bahasa Inggeris.

“Kau nampak pucat dan tak sihat. Kau sihat tak ni?” soal Shamira lagi.

“Taklah, aku biasa aje. Aku tak sakit. Kepalaku je yang berdenyut-denyut sikit.” Kataku kepada Shamira. Shamira angguk.

“Taklah aku takut kau macam tak sihat. Kalau kau tak sihat kau ambillah cuti, periksa doktor dulu.” Kata Shamira memberikan jalan agar aku ke hospital. Aku geleng.

“Taklah, aku sihat. Kepalaku ini sakit sikit aje.” Kataku melindungi kesakitanku ini. Aku tidak mahu ponteng-ponteng lagi. Sudah tujuh hari aku cuti tanpa gaji. Aku takut mahu menambah cuti lagi. Aku tidak selesa ditanya itu dan ini oleh rakan-rakan sekerja. Kalau Shamira yang tanya aku tidak kisah.

Namun aku kesal. Suamiku tidak pernah muncul-muncul sejak kami balik dari berbulan madu hari itu. Terasa rindu menekan-nekan kepalaku. Entah apa yang di dalam fikiran suamiku itu. mungkin dia putus asa menunggu aku dan dia gembira kalau aku tidak datang-datang ke rumahnya. Atau dia sibuk dengan kerjayanya? Mana tahu kan!

“Mari aku bawa kau ke klinik!” ajak Shamira. Aku menggeleng. Aku tidak mahu menyusahkan kawan baikku ini. Buat apa aku datang ke klinik kalau aku hanya sakitsakit biasa sahaja.

“Jangan risau, aku dah telan ubat tadi,” kataku berdalih. Memang aku sudah telan ubat penahan sakit tadi.

“Aku risau. Kau tak pernah sakit begini. Kau sihat aje aku tengok, tapi sekarang kau memang nampak sakit! Aku tak mahu menjadi kawan yang tidak mempedulikan kawannya.” Kata Shamira dengan panjang lebar. Ada benarnya kata-kata itu. itulah aku hairan dengan sakit yang tiba-tiba hinggap dalam diriku ini. Tidak pernah-pernah aku pening begini.

“Entahlah aku pun hairan Mira. Mungkin esok sembuhlah aku ni Mira, jangan kau risau. Doakan aku sembuh ya.” Kataku menolak pelawaan Shamira.

“Jangan buat aku risau Natasya.” Kata Shamira pula sebelum dia menutup pintu bilikku.

“Kau tak perlu nak risaukan aku Mira.” Kataku dalam hati. Memang tidak ada apa-apa yang hendak Shamira risaukan mengenai diriku. Aku memang susah hati tetapi aku tidak akan menyusahkan kawan baikku ini. Aku janji!

Aku akhirnya tertidur dalam keadaan masih memicit-micit kepalaku. Aku tidak tahu sejak bilakah aku tertidur tetapi kepalaku semakin sakit menjadi-jadi pula. Akhirnya mataku seperti pohon yang rebah ke bumi, tidak dapat ditahan-tahan lagi.

Nukman Faris! Bisikku perlahan. Nama itu kuseru dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience