Chapter 68

Romance Completed 46068

Bab 68

‘Aku tidak silap pandang?’ soalku kepada diri sendiri.

‘Kenapa lelaki serupa dia ini ada di sini di depan mataku ini?’ aku berbolak-balik. Berkerut-kerut dahiku. Malah, hatiku cemas dan sukar hendak kuusir perasaan ini.

‘Kenapa dia ke sini? Apa angin yang menolaknya? Sedangkan...’ aku masih tidak dapat menerima hakikat yang lelaki itu sedang duduk dan menatap wajahku dari jarak jauh. Murid-murid belum lagi rehat, aku mengambil kesempatan untuk turun membeli makanan. Shamira sudah turun ke kantin tadi. aku yang tidak sempat pergi. Itulah sebabnya aku tidak berteman.

Kantin sekolah agak lengang pada pagi itu. Murid-murid belum rehat lagi. Jadi, ada waktu terluang aku pergi ke kantin untuk mengisi perut yang sudah menyanyi.

‘Kenapa lelaki ni masih berani ke sini sedangkan antara kami sudah tidak ada apa-apa namun kami memang tidak akan ada apa-apa cerita lagi selepas ini. Dia yang dtang ke rumah keluargaku yang meminta hubungan pertunangan kami diputuskan. Tidakkah ada perasaan kasihan kepadaku ketika dia memutuskan ikatan kami ketika itu?

Tidakkah dia tahu betapa aku menderita. Betapa lamanya kami sudah saling mengenali dan dia pula bersungguh-sungguh untuk mendekatiku. Kemudian, selepas aku menamatkan pengajian dia terus meminang aku. Tetapi selepas itu apa yang dia lakukan? Dia seperti tidak sabar hendak mendapatkan haknya dan menceroboh masuk ke dalam rumah sewaku pada suatu malam. Nasib baik tidak ada wakil dari pejabat agama menangkap kami. Jika tidak, nasib akan menjadi lebih teruk lagi.

Dia mengugut aku dan kemudiannya memutuskan ikatan kami. Dia siap lagi memfitnah di kampungku. Kasihan, kenapa nasibku begini?

Apakah dia sudah hilang pertimbangan, menghukum aku yang tidak berdosa tanpa belas kasihan! Kenapa nasibku begini? Kenapa nasibku tidak seceria kawankawan yang lain? Ada yang berkawan, bertunang dan kemudiannya bernikah dengan penuh istiadat. Kenapa pula yang terpaksa nasib malang ini? Sekarang ini nasibku lebih malang lagi setelah menikah dengan Nukman Faris.

“Tasya, kalau Tasya rasa Tasya malang, ada lagi gadis lain yang lebih malang. Dirogol dan kemudiannya dibunuh atau dibakar. Tasya beruntung tidak diapa-apakan!”” apakah pujukan emak itu mampu memujuk aku yang lara ini? Ah, betapa aku terasa Amri sudah menganiayai aku sehingga aku bernikah dengan orang lain pula.

“Tak boleh!” kata ayah dengan penuh ketegasan. Aku memang sudah menduga sikap ayah.

“Apa yang tak boleh?” soal emak. Muka ayah masam. Jika masam asam jawa, masam lagi muka kecut ayah. Aku pula sudah ketakutan.

“Tasya kena nikah juga. Kad jemputan sudah diedarkan. Pengantin lelaki pengganti mesti dicari! Kita tak boleh biarkan fitnah ini nanti mengganggu kita dan hidup

Tasya. Tasya harus kita nikahkan pada tarikh yang telah kita aturkan!” jawab ayah dengan tegas. Aku hanya berendam air mata setiap hari. Kata-kata ayah seperti sebuah hukuman mandatori. Memang sejak dahulu kata-kata guru yang sudah bersara tiga tahun itu sukar dibantah. Emak sendiri tidak berani hendak membantah kata-kata ayah.

Akhirnya sekali lagi hidupku berubah. Ia bagaikan keluar dari mulut harimau dan masuk ke mulut naga.

“Tasya sayang,” aku cepat-cepat menoleh ke arahnya. Aku masih keliru walaupun aku tidak pernah melupakan wajah itu, aku tetap yakin itu dia. tetapi persoalannya kenapa dia datang ke sini? Dia hendak mengganggu aku lagi? Dia tidak tahu aku sudah kahwin dengan lelaki lain gara-gara sikapnya yang gila dulu? Sekarang dia hendak menebus dosanya? Uh, tidak mungkin! Terasa sebak membungkus diri.

“Tasya,” aku menoleh ke arahnya. Dia masih lagi dengan kopiahnya dan pakaian kerjanya. Ah, mati hidup semula pun aku tidak akan pernah mempercayai lagi lelaki ini.

Apakah kedatangannya kali ini hendak memporak-perandakan hidupku sekali? Ah, tidak! Mungkin dia silap orang, jika itu niatnya datang kali ini. Dia tidak akan berjaya memujuk aku semula, percayalah!

Benarlah, lelaki inilah yang datang ini yang pernah berjanji akan sehidup semati denganku suatu waktu dulu. Tetapi masih aku hidup dan belum pun mati, dia sudah membuat onar dalam hidupku.

“Buat apa awak datang sini?” soalku penuh kemarahan di dada tetapi aku tutupi dengan suara perlahan tetapi soalan yang tidak berharap kedatangannya. Ada beberapa guru yang baru turun ke kantin itu sedang memerhatikan tingkah kami. Ah, lantaklah!

“Tasya, kita bincang! Mari kita duduk di sana, nanti apa kata kawan-kawan awak,” katanya menunjukkan tempatnya sedang duduk tadi. ada segelas minuman di situ. Aku tahu itu air teh kegemarannya. Ah, aku tidak mahu ingat akan kegemaran lelaki ini.

“Buat apa nak bincang? Tak ada apa dah nak dibincang! Semuanya sudah awak tamatkan dengan kisah penamatan yang tragik!” kataku seperti menembak dia. sakit sungguh hatiku. Sudahlah sakit hati kepada Nukman Faris belum habis sekarang dia mahu tambahkan lagi sakit hatiku kepada lelaki yang sudah menjadi sejarah dalam hidupku.

Sepanjang hidupku aku tidak mahu lagi dia muncul di depanku. Terserempak pun kalau boleh aku hendak elakkan. Namun, dalam sakitnya hatiku, aku tetap mengikutnya ke sudut yang agak jauh dari kawasan ruang guru di kantin itu. Ada kawan-kawan berbisik-bisik dan tersenyum memandang kami. Mungkin mereka sangsi siapakah suamiku yang sebenarnya. Mereka sudah tahu aku sudah menikah tetapi tentu mereka sedang tertanya-tanya. Aku pura-pura tersenyum manis kepada kawankawan sekerjaku itu.

“Apa lagi awak nak dari saya ni?” Soalku apabila kami sudah duduk berdepan. Redup mata itu masih macam dulu. Mukaku kelat, dahiku bergaris halus sedangkan dia tersenyum dan memandangku penuh perasaan. Sorry, aku tidak akan terpengaruh lagi dengan apa-apapun tarikan dirinya.

Marahku kepadanya sukar aku padam dengan seribu tahun lagi. Namun aku tidak mahu berdendam, segala tingkahnya kepadaku sebelum ini sudah aku maafkan. Jika aku tidak maafkan dia, ia akan meyakiti hatiku sendiri. Jadi, kemaafan itu perlu untuknya yang telah melukakan aku supaya aku tidak lagi terluka dalam.

“Awak makin cantik, makin berseri Tasya. Mungkin seri pengantin!” katanya. Aku cebik bibir. Aku geram dengan sikapnya yang datang semata-mata hendak memberitahu aku masih cantik dan berseri-seri. Sudah lima bulan aku kahwin. Aku ni isteri orang! Bukan isteri dia!

“Awak ni sudah gila agaknya!” dia ketawa halus. Terukir lesung pipit di pipi kirinya. Aku benci dengan wajah itu. wajah yang selamat menjatuhkan maruahku.

“Saya nak tebus kesilapan saya Tasya, harap awak terima saya semula!” katanya dengan penuh simpati seolah-olah aku yang bersalah selama ini.

“Nak tebus kesilapan?” aku seperti kurang mengerti dan kurang kepastian. Dia angguk.

“Memang saya nak tebus kesilapan,” katanya. Aku geleng kepala. Tidak ada apa-apa hendak ditebus.

“Kesilapan apa yang awak nak tebus ni?” soalku ingin kepastian lagi.

“Kesilapan dulu. Saya tahu saya sudah silap besar kerana memfitnah dan meninggalkan awak,” katanya dengan wajah menunjukkan kesalannya. Aku mengerutkan dahiku. Dadaku bagaikan sebuah gunung berapi yang bila-bila masa membuakkan laharnya.

“Senang-senangnya awak kata awak nak tebus kesilapan awak semula. Kalau saya lelaki, saya takkan jilat ludah saya semula, jijik! Sekali kita putus hubungan, sampai mati ia takkan bersambung!” kataku tegas. Mati hidup semulapun aku tidak akan menyambut cintanya sekali lagi.

“Tak, saya nak tebus! Saya akan bertanggungjawab!”katanya. aku tersenyum sinis.

“Kalau awak katakan hal ini seminggu selepas pertunangan kita putus, mungkin saya terima, tetapi sekarang sudah terlambat! Kalau simen dah jadi batu. Kalau nasi dah jadi bubur dengan perbuatan awak terhadap saya! Awak aibkan saya Amri!” aku sebut namanya. Aku benci hendak menyebut nama itu tetapi aku tidak sanggup.

“Saya akan tebus semula!” katanya mengulangi lagi.

“Setelah awak hancurkan hidup saya kemudian baru awak nak

bertanggungjawab hari ini? Eh, manusia jenis apa awak ni?” soalku. Dia mengangguk dan wajahnya keruh. Kalau telaga keruh selepas hujan, mukanya lagi keruh!

“Maafkan saya Tasya,” katanya memohon kemaafan lagi.

“Saya dah maafkan awak, awak tak perlu menuntut untuk bertanggungjawab ke atas saya. Saya pun dah kahwin! Takkan awak tak tahu?” soalku. Dia angguk. Kenapa dia pasti aku akan bercerai dan kembali kepada dirinya?

“Saya tahu, lelaki itu hanya menutupi aib awak selama ini. Saya tahu awak bakal dilepaskan selepas ini. Jadi, jika awak bercerai, saya anggap saya tunggu awak!” mukaku pula pucat hilang darah. Begitu berani dia menyatakan hal itu. lelaki ini memang tidak tahu malu!

“Jangan mengharap! Jika saya bercerai pun, saya takkan jilat ludah saya semula! Tapi saya akan pastikan yang saya takkan bercerai jika hujung nyawa kami! Jadi jangan berharap! Jangan mengharap yang muluk-muluk terjadi dalam hidup awak!

Lagipun hati saya sudah tertutup untuk awak!” kataku dengan berani. Berani itu lebih baik daripada rela diri diperdaya oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab ini.

“Saya mohon! Saya merayu, awak terima saya semula!” katanya pula dengan linangan air mata di pipi itu. Memalukan!

“Takkan sesekali! Awak carilah gadis lain. Dulu bukan main mak awak kata yang awak sudah ada pilihan hati. Kenapa awak nak cari saya semula! Saya ini sudah menjadi barang terbuang awak! Mak awak kata saya ni kelapa ditebuk tupai!” kataku tegas. Aku menjeling jam di tanganku. 5 minit lagi loceng menandakan rehat bagi murid tahap satu akan bermula. Aku pula akan masuk ke kelas tahap 2.

“Maafkan saya Tasya. Saya memang sudah silap besar kerana memutuskan pertunangan tempoh hari. Kiranya benar awak akan bercerai nanti, terimalah saya semula sebagai teman hidup awak. Saya akan jaga awak sehingga akhir hayat saya!” aku senyum sinis lagi. Sakit sungguh telingaku mendengar rayuannya.

“Maafkan saya juga. Mungkin tak ada jodoh kita. Saya pergi dulu!” aku terus beredar dari situ dengan langkah panjang-panjang. Aku hendak ke kelas.

“Tasya tunggu!” tanganku sudah dipegangnya. Aku pandang wajahnya.

“Kenapa ni? Awak tak faham bahasa? Lepaskan saya!” kataku meronta meminta dilepaskan.

“Please, forgive me and let together again.” Rayunya. Aku geleng berkali-kali. Tidak mungkin ia akan terjadi. Aku kautkan tenaga. Aku tarik tanganku yang terasa sungguh sakit.

“Lepaslah!” kataku lagi.

“Jangan lupa sayang, saya ingin awak kembali kepada saya. Kita ulangi kembali cinta kita yang dulu!” aku menggeleng seolah-olah fobia dengan tindakannya dulu.

“Sudah! Saya bukan barang mainan yang boleh awak mainkan sesuka hati awak!” kataku pergi selepas tanganku dilepaskannya. Aku perlu berlari.

“Fikirkan Tasya sayang!” katanya. Aku terus menggeleng. Air mataku mencurah bagaikan hujan!

***

Di kawasan parking kereta satu jiwa terkecewa.

“Kurang ajar! Depan kita punyalah ayu! Rupanya pasang banyak! Patutlah nak sangat minta cerai! Rupanya pasangan dia dok tunggu! Kalau aku tahu aku dah kerjakan dia dengan kekasihnya sekali! Baru padan dengan muka dia! Memang perempuan tak tahu diuntung!” Nukman Faris terus menghidupkan enjin kereta dan terus memecut laju keretanya. Dia baru tahu jika selama ini Natasya Umaira yang masih bergelar isterinya masih berhubungan dengan bekas kekasihnya! Dia terus memandu keretanya selaju mungkin!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience