Chapter 77

Romance Completed 46068

Bab 77

Nukman Faris mencari nombor telefon isterinya. Dia mahu bercakap dengan isterinya itu. Banyak yang hendak dicakapkannya. Tergesa-gesa dia menekan butang hijau apabila nombor isterinya sudah ditemui. Namun hampa. Tiga kali dia menekan tiga kali juga operator telefon yang menjawab. Isterinya berada di luar kawasan. Ke manakah isterinya itu? setahunya isterinya tidak pandai nak berjalan ke mana-mana.

Rindunya menggigit tangkai jiwa lelakinya. Rindunya membuak untuk isterinya itu. sudah sekian lama mereka terpisah. Ah perpisahan yang dibuat-buat, fikirnya. Apa tidaknya, mereka bukannya berjauhan. Mereka di dalam kawasan yang sama. Anehnya pula kenapa dia tidak mahu mencari isterinya selama hampir sebulan ini. Hampir sebulan!

Dia toleh jam di tangannya. Sudah jam12.35 pagi rupanya. Dia pula baru balik dari pejabatnya. Tidak hairan kalau telefon isterinya sudah berada di luar kawasan. Tentu isterinya sudah tidur. Entah mengapa, sejak balik dari bercuti berbulan madu dengan isterinya tempoh hari, dia sudah jadi gila kerja. Tender pula banyak yang berjaya diperolehinya.

Dia tidak pasti ini rezeki dia dengan isterinya atau ini memang rezeki isterinya. Beginilah dia setiap hari. Keluar awal pagi dan balik pun pada akhir malam. Pulang dari kerja dia sudah letih. Dia sudah malas hendak mempedulikan sesiapa. Apa yang dia tahu dia perlu fokus kepada kerja barunya dan mempelajari banyak perkara mengenai kerja perniagaan yang baru ditukanginya ini. Setiap hujung minggu pun dia ada kerja. Dia tidak mahu terleka sedikitpun hari demi untuk melengkapkan tender yang mesti diperolehinya.

Hanya malam ini dia terkenangkan isterinya. Baru kini dia terbayang wajah polos isterinya yang selalu mengikut akan kata-katanya. Tetapi apabila dia diajak tinggal bersama-samanya, isterinya itu menolak. Dia malas mahu memaksa. Jadi dia biarkan isterinya itu datang kepadanya jika hatinya sudah rela. Namun sudah sebulan lebih dia menunggu isterinya datang ke rumahnya tetapi dia tidak pernah muncul di depan pintu rumahnya ini. Dia tidak pun pernah menghubunginya. Entah apa yang berlaku kepada isterinya itu. senak hatinya mengenangkan isterinya. Kenapa kedegilan isterinya itu kepada arahannya? Ah, dia tidak seharusnya memaksanya. Biarkanlah dia.

Malah, keseriusannya bekerja menjadi bertambah-tambah selepas Suffian menunjukkan gambar kekasihnya dengan kekasih barunya di sebuah pusat membeli belah baru-baru ini. Dia semakin bosan kepada gadis itu dan membiarkan sahaja tingkahnya itu. Jika itu yang dia mahu!

“Kenapa tak datang sini Natasya?” soalnya dalam hati. Dia terbayang lagi wajah isterinya yang masih agak malu-malu itu.

“Kenapa tinggalkan abang sendiri-sendiri? Alangkah baiknya kalau sayang ada di sini. Sayang melayan abang apabila sahaja abang balik dari kerja. Sekarang tengok abang ni, sendiri-sendiri sahaja tanpa sesiapapun yang peduli. Sayang tak rindukah abang ke?” soalnya bercakap-cakap dengan isterinya itu. Walaupun isterinya tidak ada di depannya namun dia membayangkan isterinya ada di situ. Dia membayangkan isterinya ini ada sedang menghadapinya. Ah, betapa rindunya dia!

“Sayang Tasya sihat tak? Sebulan tak jumpa sayang, tak tahu pula apa khabar sayang sekarang? Abang hubungi sayang tetapi kenapa abang tak boleh nak hubungi sayang? Apa sayang dah tukar nombor telefon? Kenapa sayang, apakah sayang masih ragu akan cinta abang?” soalnya seolah-olah isterinya masih di depannya.

“Abang harap sayang sihat-sihat selalu dan menjalankan kehidupan harian macam biasa. Abang pun sihat juga sayang tetapi hanya rindu abang ini bagaikan ribut yang menggila, bagaikan nak terkam aje sayang, tapi sayang di mana sekarang?

Abang pula di mana sekarang? Kita saling berjauhan sayang.” Katanya kesal dengan apa yang berlaku kepada mereka. Dia tidak pernah berasa sangat kehilangan begini. Dahulu dia tidak risau jika Rozaila pergi ke mana-mana. Sekarang, kenapa dia terasa ingin dekat dan ingin bermanja dengan isterinya? Kenapa dia jadi begini cengeng? Kenapa dia seperti anak kecil mencari emaknya? Dia mencari isterinya!

“Kalaulah abang tahu yang sayang takkan datang cari abang semula, rasanya abang tak patut lepaskan sayang di rumah sewa sayang hari itu. Rasanya abang patut ikat kaki sayang dan hantar sayang ke sekolah dan jemput sayang apabila balik dari sekolah. Sayang tak patut balik ke rumah sayang hari itu. Memang abang dah silap besar sayang. Sekarang siapa yang rindunya mengganas? Sekarang siapa yang terasa kesunyian seperti sesepinya kuburan di siang hari? Sayang... datanglah kembalilah kepada abang. Abang tak mampu nak menahan rindu abang ini walaupun sesaat lagi,” bisiknya sendirian menatap wajah malu-malu isterinya ketika mereka bersanding tempoh hari.

Akhirnya dalam kelesuan badannya dan kerinduan yang membuak-buak terhadap isterinya, dia tertidur lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience