Chapter 12

Romance Completed 46068

Bab 12

“Macam mana bro, aku dengar kau lepas tengok orang kampung kahwin, rasa nak kahwin tak?” soal Suffian, rakan sekerja Nukman Faris yang agak muda daripada Nukman Faris. Jantung Nukman Faris bergetar halus. Inai di jari masih merah lagi. Nasib baiklah hanya jari manisnya sahaja yang diinaikan oleh mak ngahnya. Kalau tidak mamat sekerjanya ini memang kecoh dengan pernikahannya. Mereka berkawan baik sejak di bangku sekolah.

Nukman Faris geleng. Dia tidak tahu bagaimana hendak membuka cerita. Kawan-kawan dan rakan sekerjanya tidak tahu dia sudah berkahwin. Hanya segelintir kawan baiknya sahaja yang tahu.

“Tak tahu lagi. Belum ada perasaan kot!” Katanya.

“Bagaimana dengan Rozaila, bila nak habiskan zaman bujang? Teman steady dah ada. Jangan tunggu lama-lama bro, nanti kena kebas pula!” kata Suffian. Memikirkan Rozaila, Nukman Faris semakin pening. Hari-hari Rozaila menagih meminta dikahwini walaupun dia sedang berada di luar negara. Wang poketnya habis membayar bil-bil telefon sahaja. Dia tidak tahu bagaimana hendak bertindak lagi. Dia tidak mahu membelakangkan ibu bapanya. Dan, entah apa ilmu yang Natasya Umaira pakai, wajah gadis itu bagaikan sering menemani kenangannya.

“Belum lagi rasanya, Rozaila pun sibuk memanjang. Ini pun sudah tiga minggu di luar negara tak pulang-pulang. Entah apalah dibuatnya di situ! Aku pun tak tahu! Susah juga kalau orang dah berjaya ni, dia ingin lebih nak berjaya! Bagaimana pula kalau kahwin nanti!” itu sahaja jawapan yang mampu diberikannya. Dia belum mampu berterus-terang dengan rakan sekerjanya ini. Memang ada beberapa teman rapat yang datang, tetapi itu hanya teman semasa di bangku sekolah bukan teman sekerja.

“Mungkin lepas kahwin dia akan berubah! Ada juga perempuan begitu. Lepas

kahwin dia tak nak dah kerja!” kata Suffian. Nukman Faris angguk. Benarkah Rozaila akan bersara selepas berkahwin? Tidak ada tanda-tanda dia akan terus berhenti dari kerjayanya. Dia faham sangat dengan cita rasa kekasihnya itu.

“Entah lah susah aku nak cakap! Harap-haraplah dia akan berubah nanti! Manusia, siapa tahu kan?” kata Nukman Faris seperti berharap Rozaila akan berubah selepas berkahwin nanti.

“Kenapa macam tak bermaya ni bro?” soal Suffian lagi. Nukman Faris garu kepala. Dia resah. Resah kerana kawannya ini terlalu penyibuk. Sebenarnya dia mahu melayan perasaannya sendiri lebih-lebih selepas bekerja tanpa henti.

“Tak ada apa-apalah, mungkin aku rasa penat sikit,” kata Nukman Faris yang baru balik dari bertugas di luar negara. Dia terkenangkan Natasya, isteri di atas kertasnya. Dia tidak tahu bagaimana dia hendak bertemu dengan gadis itu. Apakah gadis itu juga terkenangkannya? Kalau terkenang, apa yang dia boleh buat?

“Kenapa ni bro? Takkan tak sabar nak kahwin pula,” kata Suffian lagi. Nukman Faris tersengih. Bukan tak sabar nak kahwin, dia dah kahwin pun! Haha!

“Aku nak tunggu kau kahwin dulu, susah kalau kita dua-dua kahwin! Takut kau pula yang berhenti kerja! Siapa susah cari pengganti, aku juga!” kata Nukman Faris mengusik kawannya, pembantunya semasa bertugas. Pandangannya tajam memandang Suffian.

“Aku? Jangan mimpilah, belum cukup umur lagi,” kata Suffian. Nukman Faris hanya tersengih. Belum sampai setahun Suffian keluar dari kolej. Tentulah dia mahu menimba banyak pengalaman.

“Mana kau nak simpan mata air kau, takkan nak simpan lama-lama nanti dia lari pula,” kata Nukman Faris. Dia semakin bingung. Pernikahannya dengan Natasya Umaira sudah mencapai tiga bulan namun dia belum pernah bertanyakan khabar gadis itu. Entah apa ceritanya. Apa yang penting, mungkin kandungannya sudah besar kini. Entah kenapa, hatinya terkinja-kinja ingin mengetahui akan cerita isterinya itu. Namun ditahannya perasaannya. Takut egonya jatuh ke lantai!

“Tak lah, dia masih belajar, takkan saya nak masuk meminang pula. Eh, segan lah pula saya. Biarlah dia dulu. Lagipun nak hidup bujang lagi. Mak ayah dia pun tak mahu dia kahwin awal. Jadi, biarlah saya begini dulu. Saya pun nak bantu keluarga!” kata Suffian. Akhirnya mereka melayani tempahan makanan yang sudah tiba di depan mata.

Dia sendiri pula terpaksa dinikahkan dengan anak mak ngahnya di kampung.

Mahu menutup malu dia terpaksa menikah secepat yang mungkin tanpa keinginannya. Namun dia mengakui sepupunya yang dulunya gemuk dan masih berhingus, sekarang sudah kurus dan comel pula. Tidak rugi dia menurut kemahuan keluarganya. Namun dia terpaksa memberikan syarat sebab dia sudah kekasih. Mati-mati dia menafikan yang dia sudah kahwin.

Dia tahu tidak ada siapa yang akan tahu kerana dia dan isterinya tidak tinggal sama-sama. Dia juga sering fly ke mana-mana. Jika kawan kerjanya ini tahu, memang naya dia.

“Kita makan dululah, aku pun dah penat dan lapar,” kata Nukman Faris. Suffian angguk. Nasi kandar Pelita memang menyelerakan. Nukman Faris berasa susah hati pula hendak balik ke rumahnya. Mamanya pasti menunggu cerita daripadanya. Apa yang dia hendak ceritakan? Tentang isterinya yang dia tidak tahu di mana? Huh!

“Kenapa mengeluh ni bro? Ada masalah kan?” soal Suffian yang memerhatikannya dalam diam. Wajah Natasya Umaira bagaikan menari-nari di matanya sejak akhir-akhir ini. Tidak ada sesiapa yang tahu apa yang dirasanya. Hanya dia yang tahu. Apakah gadis itu mengingat-ingat dirinya?

“Tak ada, aku ingatkan mama aku, mungkin dia rindukan aku,” kata Nukman Faris. Walhal, fikirannya macam-macam. Sudah berkali-kali mamanya menghubunginya sejak dia mendarat di darat. Entah apa lagi yang mamanya mahukan daripadanya, dia pun kurang pasti.

“Kejap lagi kau jumpalah dengan mama kau tu, takkan dia tak sabar tunggu, kau nak makan dulu,” pujuk Suffian. Nukman Faris tersengih. Kawan kerjanya tidak tahu kemahuan mamanya yang agak berbeza. Pening kepalanya.

“Ya aku faham, mahu atau tidak mama aku terpaksa sabar,” katanya. Dia seperti berperang dengan rindu pula, rindu kepada Natasya Umaira. Ah, sejak bila dia pandai rindu kepada gadis itu?

“Eh lupa nak tanya, hari tu kau balik kampung, siapa yang kahwin? Tak pernah kau balik kampung selama ni,” hampir tersedak Nukman Faris. ‘Akulah yang kahwin!’ jawabnya dalam hati.

“Memang dah lama tak balik aku tak selesa di kampung. Nasib baik sepupu aku yang kahwin, kalau tak aku tak nak pegi,” jawabnya. Itulah sepupunya yang suatu masa dahulu tembam dan gemuk. Sekarang sudah kelihatan langsing dan wajahnya cantik berseri walaupun bertudung. Suffian angguk. Percayakah dia? Ah, dia tidak mahu peduli.

“Lama juga kau cuti hari tu ya, macam cuti kahwin pula!” tambah Suffian lagi. Dia renung wajah Suffian. Terbuntang mata Nukman Faris. Hal itu sudah agak lama tetapi baru kali ini dia memperkatakannya. Dia seperti tahu apakah yang berlaku kepada Nukman Faris. Lelaki di sebelahnya ini bagaikan tahu apa yang terjadi kepada dirinya. Namun dia tidak mahu berterus-terang.

“Ala aku cuti seminggu je, sambil bercuti lah di kampung. Tak pernah aku ke situ kan, kau taulah mama dan papa aku tu. Nak juga bawa aku kalau mereka ke manamana! Anak kesayanganlah katakan!” kata Nukman Faris. Baginya suffian terlalu mengambil tahu tentangnya.

“Kau tak rimas asyik berkepit dengan mama dan papa kau tu? Selalunya kalau sepupu kau kahwin, kau akan tinggal sendirian di rumah. Kenapa sekarang kau baik sangat ya?” soal Suffian pula. ‘Tak rimas? Bukan tak rimas, tapi rimas dengan Natasya Umaira isterinya!’

“Rimas juga tapi kan kita selalu tak da di rumah jadi aku tak nak sakitkan hati orang tua aku tu. Kasihan mereka. Kebetulan driver papa aku cuti masa tu, aku lah jadi driver!” Kata Nukman Faris menutup kisah sebenarnya.

“Betul juga kan! Tapi bukan kau bawa kereta sendirikah masa tu?” kata Suffian sudah mengangguk dengan jawapannya. Hah, dia terkena pula. Memang dia bawa kereta masa itu. Apa kah yang dia akan jawab?

“Lepas makan ni aku terus pegi rumah mama, ingatkan aku nak layan kekasih hati aku. Ah tak dapat pula. Dia sudah terbang ke London kerana buat pertunjukan fesyen di situ,” kata Nukman Faris separuh kecewa.

“Tak apalah, nanti dia balik dapatlah kamu jumpa,” kata Suffian.

“Aku akan fly pula lepas tu, kan kita sama-sama kan!” kata Nukman Faris menduga Suffian.

“Ya tak ya. Berapa lama dia di situ? Seminggu dua minggu?”

“Entah, aku malas nak ambil tahu. Baik aku ambil berat mengenai mama, ada pahalanya,” kata Nukman Faris. Hati Nukman Faris tiba-tiba berdebar-debar. Agak lama dia tidak balik ke rumah mamanya. Dia hanya pergi ke rumahnya sesekali jika dia mahu tinggal di rumahnya. Biasanya dia menginap di mana-mana hotel yang dia suka.

“Betul! Aku setuju dengan kau,” kata Suffian. Mereka berpisah di situ.

Hati Nukman Faris semakin berdebar-debar. Debaran apakah ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience