Chapter 35

Romance Completed 46068

Bab 35

“Awak, kemas barang kita ya, kita balik ke rumah kita kejap lagi,” kata Nukman Faris kepadaku apabila kami sudah sampai di biliknya di tingkat atas ini. Aku cepat-cepat bingkas bangun dari duduk di birai katil. Kenapa pula nak cepat-cepat balik ke rumahnya? Soalku dalam hati. Sebenarnya perasaanku sudah tidak senang hati.

Aku serba-salah. Dia sudah membawa aku balik ke rumahnya pula.

Aku tidak tahu apa yang hendak aku katakan lagi. Sudah terbukti aku tidak mengandung. Sepatutnya lelaki ini yang sudah mengetahui aku tidak mengandung teruslah menceraikan aku. Dia sudah bersusah payah membantu aku selama ini. Kenapa dia tidak berbuat demikian? Kenapa dia berdiam diri?

“Buat apa nak ke rumah awak lagi? Hantar lah saya ke rumah sewa saya,” pintaku. Dia pandang aku dengan pandangan yang bagaikan ular yang hendak menelan mangsa. Dia marah akukah sebab keluarga aku sudah terlajak memberitahunya yang aku mengandung?

Ah, sepatutnya dia lega, tidak perlu dia tunggu lama dan surat perjanjian kami boleh disahkan dan kami boleh bercerai dengan cepatnya. Tidak perlu tunggu apa-apa lagi. Memang aku sudah sah tidak mengandung!

“Balik rumah awak buat apa? Bukan ada sesiapa sana! Lebih baik awak dengan suami awak, ada juga faedahnya!” katanya pula. Macam lain pula suaranya itu. Sudah hilang lunak di dalam suara lelaki itu. Aku pula yang berasa risau tak tentu hala.

“Ada faedah? Apa maksud awak?” lelaki itu ketawa. Dia memang menakutkan sejak kami balik dari klinik kawannya tadi. Mahu sahaja aku balik ke rumah emak dan memeluk emak saat ini namun aku tidak mampu. Rumah emak terlalu jauh jaraknya denganku.

“Awak tu ada gunanya lah dengan saya. Saya kan suami awak!” katanya seperti memperli aku. Selama ini dia tidak mengaku aku isterinya. Aku membuntangkan mata dan dia pula memarakkan matanya. Aku cepat-cepat menundukkan pandanganku. Apa yang dia hendak buat? Aku sudah mula ketakutan. Aku harus mendesak dia agar dia menceraikan aku agar tidak akan berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini kepadaku selepas ini. Aku takut tersangat takut dengan manusia ini.

“Kenapa awak takut?” soalnya. Aku menggeleng. Aku tidak takut? Betulkah tidak aku ni? Sebenarnya aku takut sudah tahap gaban ni!

“Tak lah, buat apa saya nak takut!” kataku. Aku berpura-pura tenang padahal di dalam hatiku ini Tuhan sahaja yang tahu. Dia pula sudah sengih-sengih dan pandang aku sekejap-sekejap. Debar dadaku usah dikira, terlalu rancak iramanya mengalahkan irama rock!

“Oh tak takutlah ni? Dah sedia ke nak jadi isteri sebenar Nukman?” soalnya pula. Pelik sungguh lelaki ini selepas kami balik dari klinik kawannya tadi. Beberapa hari ini dia tunjukkan perangai baiknya apatah lagi di depan emak dan ayahku. Sekarang ni bukan main pula dia pandang-pandang aku dengan pandangan yang amat menakutkan. Huh, takut sungguh aku! Mak, tolong Tasya!

“Sedia apa ni?” soalku pula. aku sudah menjadi tikus yang takutkan kucing. Kucing yang sedia menelan mangsanya.

“Sedia lah, sedia berdepan dengan saya, suami awak!” katanya pula dengan sengihan di bibir dan wajahnya. Tahukah dia aku sangat takut?

“Awak ni dah gila agaknya! Baik awak ceraikan saya dan kahwini kekasih awak!” itukah maksud cakapnya? Dia suruh aku bersedia zahir dan batin? Soalku dalam hati. Aku takut aku akan tersalah tafsir pula kepada kata-katanya. Dia ketawa pula.

“Buat apa nak cerai-cerai ni? Awak ni siapa nak cerai-cerai? Awak suami atau saya yang suami awak?” soalnya pula. Aku semakin buntu. Apa lagi yang aku nak cakap ni?

“Kan awak nak ceraikan saya? Buat apa awak nak tahan-tahan saya lagi? Ada baiknya awak kahwin dengan kekasih awak! Kita bercerai seperti perjanjia kita sudahlah, habis cerita!” kataku lagi. Aku sudah terketar sebenarnya tetapi aku berlagak selamba sahaja di depannya. Dia ketawa mengejek aku pula. Apakah yang ada di hatinya?

“Dulu!” aku buntangkan mata.

“Hah!” kataku terkejut.

“Itu dulu. Sekarang dah lain!” katanya. Aku mahu sahaja menangis melihat dia sudah mendekati aku. Aku cuba menjauhi diriku dari birai katil ini.

“Awak dah gila?” soalku. Dia semakin dekat. Benarkah dia berubah fikiran?

Soalku dalam hati yang tidak tenang.

“Memang saya dah gila! Gilakan awak yang tak mengandung sebenarnya! Kalau tahu awak tak mengandung dah lama saya dapat hak saya kan!” katanya semakin menakutkan aku. Aku menggeleng. Dia hanya dijadikan sebagai tempat menyelamatkan aku dari fitnah orang kampung hari itu. Sekarang dia sepatutnya melepaskan aku.

“Itu tak sepatutnya berlaku Nukman. Awak dah ada kekasih! Awak sepatutnya ceraikan saya!” kataku terketar. Memang aku sudah terketar saat ini. Dia sudah mendekati aku dan memegang pipiku. Jangan dia hendak mencium aku sudah!

“Awak asyik sebut kekasih. Sudah saya ingatkan awak, kalau depan kita berdua jangan sebut orang lain! Awak faham?” daguku dikucupnya perlahan dan ah, aku tidak sudi. Aku memalingkan wajahku tetapi dia mencari semula daguku dan memegangnya dengan kuat. Aku kesakitan dan terpaksa mengikut arah tangannya. Kami duduk berdepan akhirnya. Kalau tidak aku yang akan kesakitan. “Hanya kita berdua faham?” bisiknya di telingaku perlahan. Meremang bulu romaku.

“Nukman, kenapa awak begini? Bagaimana dengan kekasih awak?” soalku terketar lagi.

“Itu soal saya. Apa awak nak sibuk? Saya boleh kahwin sampai empat kan? So awak boleh kalau tak sibuk?” soalnya. Aku angguk tetapi aku tidak rela. Kami sudah ada perjanjian bertulis yang kami akan bercerai. Aduh!

Pinggangku pula yang dicapainya. Aku sudah sampai ke hujung katil. Aku tidak dapat lagi hendak pergi ke mana-mana. Kecuali aku berlari ke pintu. Tetapi tentu dia lebih laju berlari mengalahkan aku. Macam pelari pula aku ni. Jadi, apa yang aku boleh lakukan ni?

“Kenapa takut ni? Tak baik tau buat suami macam ni?” katanya berbisik lagi di telingaku ini. Aku lemah dengan kata-katanya.

“Nukman, janganlah macam ni, saya tak sedia. Kita boleh bincang. Eh, mama awak, mama awak tunggu awak di bawah!” aku mengingatkannya. Dia sudah menundukkan pandangannya memandang aku yang sudah sah-sah ketakutan. Aduh!

“Biarlah mama tu! Bukan apa-apapun. Dia pun tahu kita sedang berbulan madu!

Dan, akan berbulan madu pun kan!” katanya membalas apa yang aku cakap. Suaranya sudah berubah. Berdebarkah jantungnya saat ini seperti mana aku. Aku sudah menutup mataku.

“Abang gurau ajelah sayang!” katanya sudah mengucup dahiku dan melepaskan pelukannya. Aku membuka mataku dengan berasa lega. Benarkah dia sudah pergi dari sisiku.

“Nasib baik ada mama tunggu saya kalau tidak, awak sedia ya sayang,” katanya berbisik lagi di telingaku. Selangkah kakinya sudah mendekatiku. Aduhai! Kenapa lelaki ini sepelik ini?

Dia sudah berdiri di depanku. Kemudian dia membetulkan rambutnya dan berlalu ke arah pintu. Aku sudah lega selega-leganya. Ke manakah dia?

“Awak kemas barang ya sayang. Kejap lagi kita balik ke rumah.” Katanya di pintu. Aku mengangguk. Dia sempat mengenyitkan matanya ke arahku.

Sakitnya hatiku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience