Chapter 22

Romance Completed 46068

Bab 22

Apa yang sudah jadi kepada kekasihnya itu? Bercakap macam sungguh formal sangat! Sudah terang lagi bersuluh! Benar, lelaki itu sudah berubah 100%. Lelaki itu sudah berubah. Benarkah kata-kata tuduhan Ricky Ridzuan yang kekasihnya Nukman akan berubah hatinya selepas menikah olok-olok dengan sepupunya? Cantikkah sepupunya yang berasal dari kampung itu? bagaimana kuatnya pengaruhnya sehingga hubungan mereka yang sudah terjalin bertahun-tahun lamanya akhirnya suram dan langsung tidak ada kesan di hati lelaki itu?

Cintanya sudah tinggal cinta palsu. Bukan seperti janjinya lebih sebulan yang lalu di mana dia memujuk dirinya agar dia akan bersabar sementara dia bernikah untuk sementara waktu. Dia akan kembali selepas pernikahan mereka selesai. Kenapa dia begitu bodoh mempercayai janji kekasihnya itu? rozaila geleng kepala dan tumbuktumbuk kepalanya yang tidak sakit. Sebenarnya hatinya yang sakit, teramat sakit.

Namun, apakah yang berlaku sekarang? Lelaki itu sudah menunjukkan perubahannya. Jangankan mukanya tidak berubah, suaranya pun sudah tidak selunak dulu. Lelaki itu menukar hala tuju perhubungan mereka yang amat rapat selama ini. Jadi, apakah yang harus dibuatnya sekarang? Takkan dia hendak berdiam diri dan membiarkan kekasihnya memadu asmara dengan isterinya itu? Ah, ini tidak boleh jadi! Lelaki itu mesti disedarkan dan gadis yang menjadi isterinya itu harus diingatkan agar tidak merampas kekasihnya.

Kenapa dia harus berdiam diri tatkala kasihnya meranum buat lelaki itu? kenapa dia harus membiarkan lelaki itu dirampas di depan matanya sendiri? Huh, memang tidak boleh diharap lelaki itu! Mungkinkah gadis yang menjadi isterinya itu yang menggodanya sehinggakan lelaki itu menjadi tidak tahan dengan godaan isterinya?

Apakah dia bersama dengan isterinya? Apakah dia sudah jatuh cinta dengan isterinya sendiri? Apakah dia sudah lupa akan sumpah janji mereka hendak menikah suatu hari yang sesuai yang telah mereka rancang? Apakah lelaki itu masih mengingatinya atau dirinya yang tinggal sejarah? Apakah yang sebenarnya berlaku?

Apakah benar telahannya?

Rozaila terasa betapa seksanya dia mendengar perubahan kekasih yang tidak ditemuinya lebih sebulan itu. Pelbagai cerita sudah berlaku kepada lelaki itu sedangkan dia masih sibuk mengembangkan kerjayanya di luar negara. Kononnya mahu membuktikan yang dia begitu hebat di mata kekasihnya sendiri.

Ah, perasaan hebatkah apakah ini ketika kekasihnya sudah dikebas oleh perempuan lain? Kenapakah dia tidak rasa tergugat dan mempertahankan haknya? Kenapa dia biarkan Nukman Faris menikah dengan gadis lain sedangkan dia membenarkannya dengan syarat suatu hari nanti mereka akan bersatu dengan suasana yang bahagia? Tetapi kenapa suasana sudah semakin aneh dan Nukman Faris juga sudah berubah?

Apakah ini ujian untuknya? Kenapa dia tidak terus sahaja balik ke Kuala Lumpur dan bertemu dengan kekasihnya yang kebetulan ada di sana? Kenapa dia mengikut juga cadangan ketuanya alias majikannya agar dia terlibat dalam persembahan di kota singa ini? Kenapa dia terlalu menumpukan perhatiannya kepada kerjayanya ini ketika kekasihnya sudah terang-terang dirampas orang! Sakit sungguh hatinya!

Ah, pelbagai kemungkinan menyemaki ruang kepalanya. Esok dia masih ada dua buah lagi pertunjukkan sebelum dia balik ke Malaysia. Namun, sekarang, di dalam kelab malam ini kenapa dia semakin digigit resah? Kenapa dia rasa seperti mahu terbang ke bumi Malaysia dan bertemu dengan kekasihnya?

“Rozy, what’s wrong with you? Why you look so sad? Very sad and what happende to you? Tell me, maybe i can help you. I will be with you what ever ....” soal satu suara garau yang sudah memeluk bahunya.

“Sudah! Sudah! Saya pening! Jangan nak serabutkan kepala saya ni! Saya tak suka!” jeritnya tiba-tiba. Kawan-kawan yang duduk berhampiran dengannya lantas memandang dirinya. Dia tidak peduli kalau dia sudah sakit hati.

“Don’t disturb that girl Ricky. She need time to receive your love,” kata Jenny menasihatinya. Dia cepat-cepat menjeling Jenny yang sengaja mempermainkannya. Sudah dua kali rumah tangga kawannya itu runtuh namun dia tidak serik-serik memburu cinta dalam hidupnya. Hairan sungguh dia dengan Jenny. Cintanya tidak pernah mati untuk lelaki walaupun sudah beberapa kali dia sudah bercerai. Jika dia, ah, bencinya dia pula kepada Ricky Ridzuan yang menunggu cintanya. Lelaki itu selalu berharap agar cintanya dengan Nukman Faris akan menemui kegagalan. Lelaki iras pan-asian itu akan menjadi penggantinya! Sakit hatinya!

Tadi dia melihat lelaki kacukan Melayu-Inggeris ini sedang duduk di kerusi tinggi menikmati minuman dan dalam dunianya tersendiri. Dia pula hanya meminum cocacola dan duduk menyendiri di sebuah sofa di sudut ini. Fikirannya tidak tenang. Malam ini dia benar-benar terkenang kekasihnya. Sebulan lebih yang lalu dia gembira sahaja menikmati hari-harinya dengan rakan-rakan seperjuangannya termasuk Ricky Ridzuan yang berada di sisinya dan memeluknya tanpa segan silu ini.

“Nothing Ricky, I am okay right now,” kata Rozaila yang tidak mahu membuka apa yang bersarang di hatinya ini. Dia mengeluh keras. Nukman Faris memang sudah melampau. Dia sudah ke arah hendak memungkiri janji-janjinya. Bencinya dia! Lelaki di sisinya yang setia itu sudah memeluknya dengan sekuat hatinya.

“So, why you look so sad?” Rozaila ketawa dengan muka kecut bercampur benci. Mahu sahaja dia menolak tubuh sasa itu sekuat hatinya. Memang lelaki di sisinya ini lebih sasa daripada Nukman Faris namun dia tetap menganggap Nukman Faris lebih hebat dari lelaki model antarabangsa ini. Gadis yang menggilainya keliling pinggang. Dia sahaja yang buat-buat tidak tahu. Dia pura-pura ketawa sekuat hatinya. Sebenarnya dia sangat sedih pada malam ini. Entah kenapa baru malam ini dia terasa dia sudah kehilangan, kehilangan dalam kesengsaraan. Selama beberapa minggu ini dia masih berasa yang Nukman Faris masih miliknya yang sejati. Entah mengapa malam ini. Dia tidak tahu apa salahnya malam ini kepada dirinya!

“I am ok. Don’t worry Ricky.” Kata Rozaila yang kegelian dengan geletekan lelaki itu. dia berusaha melepaskan pelukan kuat lelaki itu. pipinya sudah dikucupnya tidak tentu hala. Sakit sungguh hatinya.

“Kita dancing, come darling?” kata Ricky Ridzuan mengajaknya menari. Dia memang tidak ada mood hendak menari. Namun jika tidak dilayan lelaki yang seorang ini, dia akan tetap memujuknya sehingga dia mahu menari. Berbeza sekali dengan Nukman Faris yang tidak pernah memaksanya. Walau apapun kemahuannya Nukman Faris akan tetap menurutinya. Itulah yang menyebabkan dia tidak boleh melepaskan lelaki itu dan mereka kekal berkasihan walaupun saling berjauhan.

“Cannot, I can’t. Please, let me alone,” jawab Rozaila merengek agar lelaki itu akan melepaskan pautannya. Dia memang tidak ada mood hendak bermesra atau bergembira pada malam ini. Entah mengapa!

“Tak boleh. Dah lama kita tak menari sama-sama. Selama ini Rozy sungguh jual mahal,” kata Ricky Ridzuan. Rozaila sekali lagi menolak mulut lelaki yang berbau rokok itu.

“”I tak begitu sihatlah Ricky. You cari teman lain dulu lah! I don’t know why but please let me alone for tonight only! Please la, I tak nak!” kata Rozaila menolak pelawaan Ricky Ridzuan. Ricky Ridzuan rakan sekerjanya selama ini. Mereka sudah kenal lama. Mereka selama ini berteman tapi mesra jika mereka sama-sama mengadakan pertunjukan di mana-mana. Nukman Faris tidak pernah mahu diajaknya ke mana-mana.

“Okay, kalau you tak sihat, kita balik ke bilik. I akan urut you. I tau you memang tak sihat ni. You minum ginseng okay, i akan buatkan untuk you! Atau you punya masalah dengan boyfriend you ni? What’s wrong with him?” tutur Ricky Ridzuan. Bulat mata Rozaila.

Dia tahu Ricky Ridzuan seorang yang prihatin jika Nukman Faris tidak ada di sisinya. Lelaki di sisinya ini mengalahkan kekasihnya. Malah, pernah dia memberitahunya secara gurauan, jika Nukman Faris memutuskan hubungan mereka, dia sedia jadi galang gantinya. Aduhai! Bertambah sakit hatinya mengenangkan perkara itu. dia tidak mahu putus hubungan dengan Nukman Faris. Malah sekarang dia sudah sedia hendak menjadi isteri kepada Nukman Faris walaupun terpaksa berhenti kerja. Pasti Nukman Faris mampu membiayai kehidupannya. Dia tahu Nukman Faris pewaris tunggal syarikat ayahnya NFN Sendirian Berhad.

“Buat apa pula? Kat sinilah saya nak tengok awak menari dengan sesiapa je,” kata Rozaila hendak mengenakan Ricky Ridzuan. Dia hanya mahu menonton pada malam ini. Kepalanya berdenyut-denyut entah kenapap. Mungkinkah dia tidak cukup tidur atau tidak cukup rehat semalam. Semalam mereka baru tiba dari Australia. Kali ini persembahan mereka memang cukup lama dan rancangan ini pun dilakukan oleh majikan mereka dengan teliti. Ricky Ridzuan ketawa.

“Tak, saya nak bawa Rozy yang menari dengan saya. Saya tak nak gadis lain!” Kata Ricky Ridzuan memegang bahunya. Dia mahu sahaja muntah dengan pujukan Ricky Ridzuan itu. Jika dia tidak ada, sesiapapun boleh menjadi rakannya menari. Bencinya kepada Ricky Ridzuan.

“Jangan nak mengada-ada dengan saya lah! Saya tak ada mood malam ni!” kata

Rozaila seperti amat marah kepada kekasihnya di luar negaranya itu. jika tidak ada Nukman Faris, Ricky Ridzuan anak kacukan itu boleh dijadikan anak ikannya. Bukan dia mengambil kesempatan tetapi kadang-kadang dia kebosanan dengan apa yang sudah berlaku antara dia dan Nukman Faris. Dia mahu berseronok-seronok dengan Ricky Ridzuan itu. Tetapi malam ini dia benar-benar tidak ada mood. Hendak diterkamnya lelaki itu. Nukman Faris pula terlalu dirinduinya. Selama sebulan ini dia hanya memandang wajah anak kacukan Inggeris Melayu itu. Wajah anak Melayu itu pula entah di mana. Hanya sesekali mereka bertemu. Namun kali ini dia tahu rinduinya seluas langit biru, terbentang sebesar Laut China Selatan.

Aduhai, bagaimana dia hendak kembali bertemu dengan Nukman Faris! Perlukah dia membatalkan semua pertunjukannya pada keesokannya dan mencari Nukman Faris di Kuala Lumpur? Perlukah dia membuat kesalahan pada kali ini? Dapatkah kesalahannya ini ditebus dengan pujukannya kepada majikannya Michele Lee yang tegas dan komited itu? Dan, dapatkah rakan-rakannya yang lain berkompromi dengannya jika dia balik awal esok pagi? Dia terbayangkan Jenny, Chritelle, Beatrice dan Hellen pada masa ini. Jika mereka memberikan kerjasama, tugasnya lebih mudah. Tetapi bagaimana jika mereka tidak mahu menggantikan tempatnya?

Dalam rasa pening yang menggigit kepalanya, dia masih memikir kemungkinan yang terjadi jika dia balik awal keesokan harinya tanpa keizinan majikannya dan tanpa pengetahuan Nukman Faris? Apakah yang dibuat oleh kekasihnya itu di rumahnya? Apakah dia kesunyian dan memendam kerinduannya seperti mana dirinya? Ah, sukar ditebak perasaan lelaki yang sudah dinikahkan oleh keluarganya itu. Dinikahkan dengan gadis kampung, menurut cerita Nukman Faris sendiri.

“Darling, come on, stay with me.” Suara Ricky Ridzuan sudah membisik di telinganya. Lelaki itu selalu memujuknya malah selalu membawanya ke alam lain yang dirinduinya. Ah, malam ini dia terlalu benci kepada lelaki di sisinya itu. Entah mengapa!

“Boleh tak you tinggalkan i sendirian? I nak berehat lah kejap. Malas nak layan you masa macam ni! Tak patut pula I rasa! Benci! Benci!” Balas Rozaila. Ricky Ridzuan berasa tidak selesa dilayan kekasih luar negaranya begitu.

“Oklah, let me dance with Hellen. Kasihan dia,” kata Ricky Ridzuan. Rozaila sakit hati. Apa pula yang membuat dia kasihankan Hellen? Hairan sungguh dia dengan sikap playboy Ricky Ridzuan yang agak nampak baik dan selamba. Ricky Ridzuan seolah-olah hendak menyakitkan hatinya. Hellen dilihatnya sudah tersenyum-senyum kepadanya. Namun dia seharusnya berterima kasih, lelaki itu sudah berdiri dan melepaskan pelukannya. Kalau tidak lelaki itu tidak mahu berenggang dengannya.

Kalau Nukman Faris melihat akan perbuatannya, entah bagaimana pertelingkahan mereka nanti? Ah, tidak. Tidak akan ada pertelingkahan. Ini kerana Ricky Ridzuan hanya menjadi temannya semasa sunyi ketika di luar negara sahaja. Sesekali di Malaysia sendiri jika Nukman Faris bertugas berhari-hari lamanya. Ah, gila dia kalau rahsianya dibongkarkan di sini!

“Pergilah you Ricky! I am not interested to dance with you! Go go!” kata Rozaila yang sudah pun memegang kepalanya. Dia terasa bingung sekali dengan apa yang dirasainya sekarang. Namun ditahannya dengan meneguk minumannya.

“Okay sayang, you better sleep and then I will carry you to your room later!” kata Ricky Ridzuan masih hendak menunjukkan sikap prihatinnya. Rozaila hanya mampu mengangguk sebelum dia terlena di sofa empuk berwarna hitam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience