Chapter 82

Romance Completed 46068

Bab 82

“Isteri tuan disahkan mengandung,” kata Doktor Maimunah kepada suamiku. Aku terasa mahu pengsan apabila dia memberitahu suamiku mengenai kandunganku. Suamiku sudah memeluk aku dan mengucup dahiku. Aku tahu dia sangat gembira dengan apa yang baru didengarnya. Sekali lagi doktor meminta aku memberikan air kencing sebagai sampel. Aku sudah tahu inilah hakikatnya.

Doktor Maimunah juga sudah bertanya tarikh haidku yang terakhir. Aku ingatingat lupa. Aku tidak dapat memberikan tarikh yang tepat. Tetapi, sebelum persandingan kami aku sudah tidak datang bulan. Apakah... kerana perbuatannya hari itu? Ah, aku mahu lupakan hal kejahatannya kepadaku. Aku tidak mahu mengingatinya.

“Berapa bulan doktor?” soalnya kepada doktor Maimunah. Aku diam memandang lantai. Merah mukaku membahang. Lelaki ini sudah tahu aku mengandung.

“Dalam lapan bulan lebih lagi tuan akan bergelar ayah dan ibu,” kata doktor Maimunah menyebabkan dia memeluk aku lagi. Mengembang lagi senyuman di wajah kacak itu. Tidak tahu malu betul. Adakah dia memeluk aku di depan orang ramai. Juru rawat di klinik bukannya sedikit. Hairan sungguh aku.

“Syukurlah doktor, terima kasih banyak-banyak.” Katanya setelah puas membelek-belek perutku. Aku tidak tertahan gelinya terpaksa menahan diri daripada pegangannya.

“Bagaimana dengan muntah-muntah tu doktor? Sejak tadi isteri saya asyik muntah aje.” Katanya kepada doktor Maimunah itu. Doktor Maimunah tersenyum. Mungkin doktor faham akan kegembiraan yang Nukman Faris alami sekarang. Dia sendiri juga gembira tetapi apa yang merencatkan gembiranya ialah rasa loya pada waktu petang. Ia bukan lagi morning sickness tetapi evening sickness. Huhu!

“Itu normal bagi ibu yang mengandung pada bulan-bulan pertama tuan. Lamakelamaan nanti dia tidak akan muntah lagi. Saya pun akan berikan vitamin dan ubat tahan muntah,” kata Doktor Maimunah. Dia hanya mendengar. Banyaknya ubat dia kena telan selepas ini. Sudahlah dia ni tidak suka menelan ubat.

“Tak ada masalah kan?” soalnya pula. Aku hanya mendiamkan diri. Aku harap rasa loya-loya ini tidak akan berpanjangan.

“Tak ada masalah, ia hanya simptom sementara. Kalau masih muntah teruk, terus jumpa doktor semula, klinik ni buka setiap hari kecuali ada kecemasan!” kata Doktor Maimunah itu lagi. Dia angguk dan aku pun berasa lega.

“Terima kasih doktor. Err, bagaimana dengan cuti doktor? Isteri saya pasti perlukan rehat selepas asyik muntah beberapa hari ini,” Katanya. Aku hanya tersenyum kepada Doktor Maimunah.

“Sama-sama. Saya beri dia cuti dua hari lah. Kalau masih tak sihat, nanti saya tambah lagi. Ambil ubat di luar ya.” Kata Doktor Maimunah. Nukman Faris angguk. Aku pula tidak selesa jika diberikan cuti terlalu lama. Aku kasihan kepada kawan-kawanku yang terpaksa menggantikan aku. Sudahlah mereka pun banyak kerja. Selepas itu, terpaksa pula mereka menanggung kerja aku. Kasihan pula.

“Tak boleh tak cuti ke doktor? Saya tak muntah-muntah kalau pagi, saya boleh kerja macam biasa,” kataku menolak cuti yang doktor berikan kepada aku. Bulat mata Nukman Faris dengan penolakanku. Aku buat-buat tidak nampak dengan perbuatannya. Doktor Maimunah juga tercengang dengan soalanku.

“Tak pe doktor. Dua hari itu sudah memadai. Isteri saya memang perlukan cuti untuk berehat dalam sehari dua ini,” tambah Nukman Faris pula. Aku pula pandang wajahnya dengan pandangan yang tidak puas hati.

“Ye, tak pe puan, kalau puan tak sudah sihat, puan boleh hadir ke sekolah,” kata Doktor Maimunah yang menyerahkan surat sakit itu kepadaku. Aku menyambut hulurannya dengan tangan terketar mungkin sebab tidak rela.

“Terima kasih doktor.” Katanya. Kami bersalaman dengan doktor tersebut. Kami berpegangan tangan ketika keluar dari klinik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience