Chapter 20

Romance Completed 46068

Bab 20

Aku sudah menangis teresak-esak di bilik air di bahagian dapur ini. Apakah yang dia hendak lakukan sebenarnya? Kalau telefonnya tidak berbunyi tadi, apakah yang dia telah lakukan kepadaku? Aduhai, takutnya dengan tindakan melulunya itu. Aku sepatutnya berterima kasih dengan pemanggil tadi. Pemanggil itu telah menyelamatkan aku, kalau tidak entah apa sudah jadinya kepada diriku ini. Aduhai!

Aku tiba-tiba ketakutan. Apakah ini yang aku mahukan dari seseorang yang aku rindui? Aku memang rindukan dia tetapi aku sungguh terkejut dengan tindakannya yang di luar anggapanku selama ini. Kalau dia hanya menjadikan aku tempat melampiaskan nafsunya dan selepas ini dia ceraikan aku, bagaimana?

Ah, aku tidak dapat membayangkan hal itu. Ah aku tidak sepatutnya berperasaan bukan-bukan kepadanya. Bukan apa dia suamiku. Apa pun yang dia lakukan kepadaku, dia tetap suamiku dan kenapa aku harus berburuk sangka kepadanya. Ya Allah berdosanya aku!

Aku cepat-cepat membasuh mukaku. Aku sepatutnya melayani kerinduan suamiku. Kenapa aku perlu takut? Memang kena takut dan segan, sebagai tambahannya. Apa-apapun yang dia lakukan selepas ini, aku kena reda. Dia suamiku. Itu yang aku harus percaya.

Aku keluar dari bilik airnya itu. Aku terus ke dapur. Selama kami menikah ini aku tidak pernah menjalankan kewajipanku terhadap suamiku ini. aku tidak pernah memasak untuknya. Malah, aku tidak pernah pun membancuhkan segelas minumanpun untuknya. Tragisnya kami sebagai suami isteri kan! Aneh pun ada!

Dapur rumah ini agak besar. Macam dua kali ganda dapur di rumah teres yang aku sewa. Siap dengan kabinet dapur yang berwarna hitam diselangi warna emas. Kalau aku tidak suka warna hitam ini. Kalau aku, aku nak tukar warna hitam ini kepada warna putih. Aku tidak mahu hitam. Macam banyak hantu pula! Haha!

Aku membuka pintu-pintu almari itu. Aku bagaikan membuka pintu bilik pula. Maksudku aku agak teliti dan berhati-hati dengan tindakanku. Aku tidak mahu ada barang-barang yang rosak atau pecah olehku pula. Apa akan kujawab kepada suamiku nanti kalau ada barang-barang pecah atau rosak?

“Ya Allah, kosong almari ini. Milo, kopi dan gula sahaja yang ada.” Kataku yang agak terkejut. Kosong semua almari ini rupanya. Nampak sahaja lengkap dan mewah. Elegen gitu!

Aku mengambil milo. Petang-petang begini tidak elok minum kopi. Aku mencari cawan. Di mana pula dia meletakkan cawan? Air panas? Oh, ada jar air panas yang bersambung dengan elektrik di bahagian kiri tempat aku berdiri. Aku terus membancuh milo. Pasti lepas dia bercakap dengan kawannya di telefon tu nanti dia akan terasa haus. Aku meletakkan air milo itu di atas meja di depan dapur. Di situ ada sebuah meja diperbuat daripada marmar dan berukir elok serta empat buah kerusi.

Cantiknya dekorasi meja ini! Desisku dalam hati.

Aku memandang ke sisi kanan, aku ternampak peti sejuk yang agak besar dan lebih tinggi daripadaku. Ya Allah peti sejuk ni boleh masuk badan aku ni! Aku menyukat-nyukat tubuhku dengan peti sejuk itu. memang sah peti sejuk ini lebih besar daripada tubuhku!

Entah berapalah harga rumah ini jika dibandingkan dengan rumah sewaku. Inikah apartmen atau kondominium atau ini penthouse? Ah, aku ini orang kampung, aku tidak tahu hendak membezakan antara ketiga-tiganya ini. Tetapi rumah ini agak besar dan bertingkat-tingkat pula.

Di dapur ini sudahlah agak besar, ada sebuah tandas di sebelahnya dan ada sebuah bilik pula. Aku terus memerhatikan bilik di sebelah dapur itu. Agak besar juga bilik di sebelah dapur ini. di bilik bersebelahan dapur ini siap pula dengan bilik air dan kelengkapan seset katil dan almari. Walaupun tidak begitu besar tetapi ia cukup untuk aku seorang diri. Mungkin bilik ini untuk bilik orang gaji tak?

Kalau aku duduk di sini sepanjang menikah dengannya ini, boleh tak?

Aku berbaring-baring sementara di atas katil single di bilik di bahagian dapur ini. Badanku terasa letih pula setelah sekian lama duduk di sisi lelaki itu dan aku ketakutan sebentar tadi. Mahu sahaja aku pengsan, nasib baik aku tidak sempat pengsan tadi.

Oh aku mengantuk pula. Alahai nak tidur pulak dah! Ah, kalau aku tertidur di sini bagaimana agaknya nasibku ya? Soalku dalam hati.

Aku cepat-cepat bangun dari katil itu dan terus sahaja aku keluar dari bilik itu. Sudah agak lama juga aku menelek-nelek bilik ini dan kawasan dapur suamiku ini. Ah, tidak sepatutnya aku lakukan. Tidak sepatutnya!

Aku terus ke dapur apabila kudengar suara suamiku memanggil-manggil namaku. Benarkah dia memanggil aku atau aku tersalah dengar? Dadaku berdegup keras semula.

Ah, bagaimanakah nasibku kali ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience