Chapter 47

Romance Completed 46068

Bab 47

“Mereka dah nak sampai!” kata Nukman Faris ketika dia ralit menonton rancangan kegemarannya. Running Man. Bagi penggemar K-Pop, pasti tidak akan ketinggalan menonton rancangan Running Man setiap minggu. Itu pun siaran ulangannya.

“Kenapa abang duduk sini? Kacaulah!” kataku yang tidak selesa dengan sikapnya yang tiba-tiba duduk di sisiku. Aku agak segan hendak duduk di sisinya kecualilah terpaksa. Sofakan banyak. Kat sebelah ada. Di ruang tamu dekat dapur ada, tetapi kenapa juga dia hendak menyesakkan dirinya duduk di sisiku? Soalku tanpa rela.

Dia sudah duduk di sisiku. Nasib baik Nukman Faris mahu duduk di sisinya tanpa melakukan apa-apa kepadanya tetapi tangannya sibuk menekan huruf-huruf di telefon pintarnya yang bersalut warna merah itu.

“Kenapa abang nak jauh-jauh? Sayangkan isteri abang!” jawabnya dengan muka selamba. Selamba badak macam orang tidak ada dosa gitu! Eh, lelaki ni kan! Jawapannya kreatif-kreatif aje! Macam tak de tempat duduk lain pula. Nak juga duduk di sisi aku! Mendidih jantung aku sekarang! Memang aku sakit hati lah dengan gayanya yang sudah duduk dan meletakkan tangannya di atas bahu kiriku.

‘Mak tolooong! Anakmu ini tak relaaaa!’ bisikku seolah-olah hendak menjerit. Namun aku memilih untuk mendiamkan diri dan menjelingnya. Sakit benar hatiku.

Lelaki ini masih pandang dan renung muka aku dengan renungan yang tajam. Memang lah aku sudah tidak selesa. Ada terbau rasa macam nak kena telan. Menyesal aku duduk sini. Kalau aku kat dapur ada baiknya, buat puding mak ayah yang nak datang kan? Tetapi, kalau aku kat dapur memang dia akan ganggu aku juga. Dia akan datang dekat dan memeluk aku dari belakangku. Eh, susah betul hidup aku macam ni! Entah ke mana aku nak lari kalau sudah di rumah ini. Kenapa pula dia awal balik dari tempat kerja atau kenapa dia tidak berlama-lama dengan kawan-kawannya di manamana restoran mewah tu. Di Starbuck ke, di Old Town ke, di KFC ke, di Pappa Rich ke?

Eh, kenapa dia datang? Aku rasa tidak selesa pula! Tidak suka!

Aku sudah tunduk dan memainkan jari-jemariku yang sudah terasa sejuk macam ais batu. Apa tidaknya, lelaki ini sudah menakutkan aku. Kalau aku diangkatnya dan didudukkanya di atas pangkuannya macam mana? Kataku yang sudah membayangkan sesuatu yang menakutkan diriku sendiri.

Karang ada orang yang kena ketuk dengan majalah Jelita di atas meja ni karang! Kataku dalam hati. Mukaku sudah berbahang merah. Mungkin sudah kalah dengan udang yang masukkan dan dibakar dalam oven.

“Kenapa sayang ni? Muka macam monyet makan seratus biji lada pula?” mak ai, dia cakap aku makan seratus biji lada? Kurang asam punya perumpamaan! Kalau dikatakannya aku kera dapat seratus kuntum bunga tak pe juga! Ini makan lada? Eh, tak nak aku! Kataku merungut dalam hati. Hendak menonton Running Man pun aku bagaikan hilang nafsu!

“Gila awak ni! Awak ingat saya ni monyet! Kalau tadi awak cakap muka saya macam dapat seratus kuntum bunga mawar merah bagus juga! Ini cakap saya macam monyet makan lada pula tu! Eh, tak nak saya! Pergi awak dari sini jangan ganggu saya!” kataku yang sudah membuat muka monyok dan marah-marah kepadanya.

Dia sudah ketawa tetapi mukaku sudah diusap-usapnya. Bagaimana aku hendak menonton televisyen kalau begini? Kenapa anak mak long ni begini?

“Sayang nak bunga mawar seratus kuntum? Betul? Sayang suka?” bisiknya di telingaku. Eh, seriau aku apabila dia sudah mula berbisik di telingaku ini. dia masih menunggu jawapanku dan nafasya terasa memanas di telingaku. Debar dadaku usah nak cakaplah! Inilah saat yang aku tidak suka! Mak toloooong!

“Mana ada! Itu kan perumpamaan aje!” kataku dengan suara perlahan dan tertahan-tahan. Pastilah aku tidak suka dengan keadaan ini. Lainlah kalau orang yang bercakap dan memeluk bahu di sisiku ini adalah orang yang amat aku cintai dan dia pun mencintai aku setulus hati. Memang aku akan peluk dia kemas-kemas juga. Adeh! Susah juga aku punya anggapan sekarang ni!

“Sayang nak abang hadiahkan bunga kan? Kalau itu yang dapat membuatkan sayang memaafkan perbuatan abang hari tu,” katanya pula. Aku bertambah ketakutan apabila dia mengungkit kisah kami minggu lalu. Mungkin kalau dimasukkan ke dalam carta paling hangat, itu memang terhangat dalam carta rumah tangga kami. Ah, sudahsudahlah Nukman!

Sudah-sudahlah menyebut kisah paling menakutkan itu dan kisah yang sudah membuat diriku tidak laris di pasaran tempatan apatah lagi di pasaran antarabangsa.

Ah, kesalku usah diulang berkali-kali! Memang aku kesal!

“Tak nak! Saya tak nak! Tak payah nak susah-susahkan diri nak belikan itu ini kepada saya! Saya tak perlukan benda-benda tu semua! Kalau agenda penting minggu ini dapat kita lalui dengan selamatnya dan berjalan lancar, anggaplah saya sudah maafkan abang! Tak perlu nak bunga-bunga segala! Yang penting kita cerai!” kataku menahan sebak di dada. Wajahku usah diungkit. Sudah merah semerah cili merah!

“Lepas tu? Takkan sayang nak hidup sendiri dan abang hidup sendiri pula?” soalan apakah yang sedang ditanyakannya kepadaku ini? Kenapa soalan ini dibuka di depanku?

Memang lah, memang aku nak kami hidup dengan berlainan haluan selepas aktiviti yang diatur ibu bapanya selepas ini. Memang aku nak hidup sendiri-sendiri dan tak perlu gangguannya lagi! Memang itu yang aku mahu! Dan, aku rasa dia pun memang tidak mahu aku hidup di sisinya!

Bukankah kekasihnya menunggunya? Kenapa aku perlu penting di sisinya lagi? Selepas ini pada pendapatku adalah masa yang sesuai untuk dia menyelesaikan masalahnya dengan kekasihnya pula. Ah, kalau lah dia sudah buat perancangan seperti mana aku merancangnya untuk dia!

“Saya ikut abang aje bang. Kalau bagi saya baiklah kita berlainan rumah aje. Saya di rumah saya dan abang di rumah mak ayah abang atau kalau abang dah nikah, abang tinggallah dengan isteri baru abang!” ah, kuatkah aku menghadapi perpisahan kami selepas ini? Kuatkah aku memegang gelaran janda selepas ini? Bukan janda berhias tau! Memang jandalah! Huhu!

“Sayang, boleh tak jangan cakap yang bukan-bukan macam ni? Sayang, boleh tak fokus untuk kita berdua aje?” soalnya meminta perhatianku. Ya Allah apa lagi yang patut aku katakan? Bukankah itu yang sepatutnya kenyataan yang harus aku terima dan katakan? Bukankah dia juga yang ada perjanjian dengan aku? Aku terima walaupun perjanjian itu berat sebelah dan memang tak menyebelahi aku!

“Saya ikut abang je, tapi rasanya saya memang nak tinggal di rumah sewa saya selepas semuanya selesai,” kataku. Aku sebenarnya mahu menambah. Kalau semua urusan perpisahan kami sudah selesai aku mahu tinggal di rumahku sendiri. Dia? Biarlah dia bahagia dengan kekasihnya yang bakal dinikahinya nanti. Itu kan yang dia mahu! Aku sedar aku bukan isteri pilihannya. Dicintai jauh sekali.

“Sayang maafkan abang,” katanya lagi yang sudah memegang tanganku. Aku keraskan tubuhku. Mataku kupandang ke arah televisyen. Aku geram dengan sikapnya.

“Saya dah maafkan abang, jangan risau,” kataku cepat-cepat dan aku mahu dia lepaskan tanganku yang kaku ini. Aku tidak mahu dia tahu aku sebenarnya gugup dan hampir gagap! Haha!

“Sayang, terima kasih kerana sudi maafkan abang. Abang janji abang takkan buat macam tu lagi sayang! Abang janji akan jaga sayang seperti mana abang jaga nyawa abang!” katanya yang sudah melutut di depanku.

Tanganku yang kaku sudah dikucupnya lembut dan aku yang terkejut, jantungku bagaikan sudah terlompat ke mana. Entah bila masa dia sudah berada di depanku, aku seperti tidak sedar. Rancangan Running Man entah ke mana dan perasaan terkejutku entah ke mana dengan tindakan drastik lelaki ini. Oh tidak! Tolonglah aku mak, ayah!

“Abang, jangan begini. Jangan nak melutut depan saya bang! Saya sedar saya siapa bang. Jangan buat begini bang, tolong bangun bang,” dia pun bangun dan membawa bersama-sama aku bangun dan terus aku dipeluknya.

Nah, inilah yang aku paling tidak suka. Terpaksa menangis dan saling memujuk. Padahal, aku boleh memujuk diriku sendiri tanpa dia ikut campur walaupun hakikatnya sakit seorang isteri disakiti sukar hendak aku padamkan. Namun demi menghormati seorang suami yang lebih tinggi darjatnya di mata seorang isteri dhaif sepertiku maka, aku sudah maafkan dia. mungkin selama ini dia tidak puas hati dengan apa yang berlaku antara kami berdua. Dia dinikahkan secara paksa oleh orang tuanya dan diberitakan untuk menutup aibku kerana aku telah mengandung.

Dengan air mataku yang sudah mengalir bagaikan air hujan, sudah membasahi baju kerjanya berwarna hijau muda itu.

“Maafkan abang sayang, abang yang terburu-buru kepada sayang. Abang sepatutnya layan sayang baik-baik, bukannya berkasar dengan sayang macam hari itu...” aku pandang wajah suamiku. Wait...wait... suamiku menangis? Nukman Faris menangis? Kenapa dia perlu menangis? Dan, kami sama-sama menangis?

“Abang jangan buat begini bang, saya dah maafkan abang. Abang jangan begini bang,” aku pula yang sudah memujuknya. Hari itu selepas aku menangis dan menyumpahnya dia hanya dengan selamba mengesat air mataku. Ah, kenapa kami berdua begini? Apakah maksud semua ini bang?

“Abang memang rasa bersalah sangat dengan sayang. Patutkah seorang isteri disakiti? Sudahlah hari itu sayang dimaki hamun oleh Rozaila, sekarang abang pula yang ganggu sayang kan? Memang isteri abang ni banyak terlukakan?” katanya berbisik di telingaku. Aku pula sudah membalas pelukannya. Terasa diri ini disayani pula. Terasa diri ini begitu berharga pula di samping seorang suami yang mengakui akan kehadiran isteri di sisinya.

Aduh, betapa pilunya perasaanku ketika diri disakiti dan kini bahagia seperti baru mengelopakkan kuntum barunya dalam hidupku. Alangkah bahagianya aku. Benarkah suamiku ini, benarkah yang memeluk aku ini adalah Nukman Faris yang selama ini membenci aku? Benarkah dia kini menyayangi aku? Benarkah dia kini sedang memeluk aku? Benarkah semuanya ini?

“Abang, sudahlah bang. Apapun yang abang lakukan semuanya sudah saya maafkan. Tak perlu abang sampai nak melutut di depan saya. Segannya abang buat begitu kat saya,” kataku perlahan dan menundukkan pandanganku. Dia sudah memegang pinggangku. Dia mengangguk, ketika kujengukkan kepalaku memandangnya. Dia turut tunduk memandangku. Sebab tubuhku agak rendah berbanding dengan dia.

“Sayang memang isteri abang yang baik, yang pemaaf dan amat memahami abang,” katanya terus sahaja memeluk aku erat. Dan aku membalasnya. Ketika kubuka mataku, rancangan Running Man sudah berada di penghujungnya namun aku tidak kecewa. Memang kami seperti sedang membuat drama bersiri pula!

“Abang, tak de gunanya nak simpan lama-lama, nanti saya mati cepat tak sempat saya nak maafkan abang,” dia sudah tutup mulutku.

“Please forgive me, don’t say like that. Maafkan abang dan abang dah maafkan semuanya tentang sayang. Sayang takkan mati kalau kita tak hidup bahagia sampai anak cucu kita, sampai akhir hayat kita berdua sayang,” katanya yang sudah mengucup pipiku agak lama dan lembut.

Ah, sekali lagi aku begitu terharu dengan kata-katanya. Hari ini yang sepatutnya aku siapkan kerja kursusku yang berlambak sebenarnya sudah berubah. Sudah berubah sama sekali. Entah bilalah aku hendak menyiapkan asignmentku yang banyak itu. Aku sedar yang jadual harianku yang selama ini aman damai sudah berubah. Kalau sebuah kerusi, ia sudah terlentang kalau pun tidak patah.

Ah, benarkah apa yang dia cakap ni? Akalku mula merayau ragu. Bagaimana dengan cinta hatinya Rozaila yang meminta dinikahi dan mendesak agar Nukman Faris yang mengucupku penuh mesra ini menceraikan aku?

Apakah matlamat Nukman Faris suamiku yang kini mengucap kata janji hendak hidup denganku hingga akhir hayat ini sudah lari? Seperti keretapi yang sudah lari dari landasannya? Seperti sebuah kereta yang sudah terlajak masuk ke dalam longkang? Apakah Nukman Faris yang mahu meneruskan hidup denganku sudah terlupa, terlupa hendak menikah dengan Rozaila?

Kenapa begini jadinya? Kenapa Nukman Faris sesuka hatinya melanggar janjinya? Kenapa dia begini mudah tertewas oleh nafsunya? Aku terduduk akhirnya.

Aku tidak tahu apa yang harus aku katakan sebenarnya.

“Saya tak tahu lagi hala tuju rumah tangga kita bang, mungkin masih terlalu awal nak kita cakap begini,” kataku. Aku tidak tahu pun apa yang ada di sudut hatinya yang sebenar. Aku tidak tahu sama ada dia masih mencintai siapa sekarang. Lepas itu sukasuki pula hendak menikah denganku sampai akhir hayatnya dan akan menjaga aku sehingga ke akhir hayatnya. Benarkah apa yang dia cakap ni? Jangan-jangan dia sajasaja hendak pujuk aku tak?

“Sudahlah bang, tak perlu kita cakap benda-benda macam ni. Saya dah maafkan abang dan jangan cakap macam-macam dengan saya lagi. Saya tak mahu dipermainkan. Saya tak tahu hati abang, saya tak tahu komitmen abang untuk siapa. Jadi, tolong kita hidup baik-baik aje, sementara ibu bapa kita ada di rumah abang ni, saya tak nak ambil keputusan apa-apa lagi. Abang fikirkanlah apa yang saya cakap ni. Nanti dua tiga minggu akan datang selepas semuanya selesai, abang beritahulah saya, apa keputusan abang. Saya akan terima denga hati yang suci,” kataku dengan panjang lebar. Dia sudah membuntangkan matanya memandang aku. Ya Allah aku ada salah cakap ke?

“Maafkan abang atas semua tindakan abang selama ini, tetapi selama ini komitmen abang memang sudah berubah hanya untuk sayang seorang,” katanya. Aku mahu sahaja menangis dengan kenyataannya itu. Namun aku tetap tidak mahu mempercayainya seratus peratus.

“Sudahlah, kita manusia biasa. Mungkin abang cakap macam tu sebab abang rasa bersalah dengan apa yang berlaku kepada kita hari tu! Percayalah bang, apapun keputusan abang selepas ini, saya akan terima. Jangan ada rasa bersalah. Abang fokuslah kepada perancangan abang sebelum ini, jangan menyangkut rasa bersalah abang. Saya dah maafkan abang,” aku bawa dia melihat cara penyelesaian masalah dari aspek yang rasional.

Aku tidak mahu dia mahu bertanggungjawab kepadaku kerana dia sudah ganggu aku, barang berharga yang sudah dirosakkan dan kujaga dengan baik selama ini, malah kupertahankan. Namun berdepan dengan kekejamannya aku tewas. Tewas oleh kemarahannya kepadaku. Argh!

“Sayang, ya abang terima kata-kata sayang. Abang akan fikirkan hal ini. Abang akan cari sayang nanti, benar ini janji abang, abang akan bahagiakan sayang,” aku menggeleng kesal. Dia masih mahu melibatkan aku dalam perancangannya. Padahal dia sudah berjanji hendak menceraikan aku dan menikahi kekasihnya. Aku tidak ada sangkut paut lagi selepas perjanjian perceraian kami itu.

Dia? Buatlah apa yang dia suka seperti mana perancangannya! Sakitkah hatiku? Argh! Memang sakit hati! Tetapi aku tidak mahu melukai hati manusia yang segender aku. Biarlah aku derita, ia lebih munasabah, kalau benar cintaku ada untuknya. Haha!

Cintaku? Cintaku semakin tidak waras semenjak dia semakin rapat denganku.

“Abang, fikirkan dulu komitmen abang kepada dia, bukan saya.” Kataku tidak mahu mengalihkan perhatiannya.

“Apa pulak? Sayanglah komitmen abang, bukan orang lain! Ya, tak apa, nanti kita akan bincangkan kemudian.” Katanya. Aku angguk. Sebenrnya aku mahu ubah cara pemikirannya. Dia sebenarnya fikirkan kekasihnya bukan aku tetapi mulutku bagaikan dijahit rapi serapi aku menutup sakit hatiku dengan tindakannya hari itu. Ah, tak baik dendam kat suami sendiri! Nasihatku kepada diriku sendiri.

“Sayang dengar tak abang cakap tadi, ibu bapa kita nak datang?” soalnya. Aku sudah buat muka sedih. Sebenarnya sedih sebab aku sudah tidak mampu ambil perhatian terhadap rancangan Korea yang aku sedang tonton. Ini mamat di sisiku inilah punya pasal!

“Jam berapa?” soalku dengan mata menatap televisyen. Bercerita boleh tetapi jangan sampai aku hilang tumpuan kepada televisyen nanti. Aku tidak mahu diganggu!

“Awal abang balik hari ni?” aku terpaksa membiasakan diriku dengan panggilan abang kepadanya. Aku tidak mahu berasa kekok dan tersasul-sasul apabila di depan ibu bap kami nanti.

“Abang tak mahu sayang keseorangan menyambut ibu bapa kita. Selagi abang ada, abang akan sentiasa ada untuk sayang, kan sayang!” katanya. Aku diam. Dia sebut lagi perkara yang aku tidak suka. Bukan tidak suka, sebenarnya aku mahu melompat-lompat kegembiraan dan sangat bahagia tetapi hakikatnya tanggungjawab dan komitmennya bukan untuk aku. Itu yang aku sangat hampa!

“Sepatutnya begitulah. Lagipun tak elok juga kalau abang takde kat rumah ni,” sebenarnya aku mahu cakap ini rumahnya. Tidak elok aku sendirian di rumahnya ini.

Hehe!

“Sayang jangan segan, ini rumah kita.” Katanya seperti mendengar apa yang aku katakan di hatiku. Lelaki ini seperti sudah serasi dengan kata hatiku. Benarkah dia jodohku?

“Terima kasih abang,” kataku perlahan. Kami akhirnya duduk semula di sofa hitam pilihannya itu.

“Apa yang sayang sediakan?” aku geleng. Aku hanya membuat karipap lembut kegemaranku dengan intinya ubi kentang dan ayam. Ya sepatutnya aku di dapur menyediakan apa yang patut.

“Karipap bang. Abang nak milo atau abang dah minum tadi?” soalku. Soalan yang tidak masuk di akal sebenarnya. Dia ketawa. Dia berdiri dan memimpin tanganku menuju ke dapur.

“Ke mana bang?” soalku.

“Abang nak sayang buatkan abang milo dan nak makan karipap sayang.

Daripada abang kerinduan nak makan sayang, baik abang makan karipap kan?” katanya berseloroh. Aku kaku di sisinya. Apa lagi yang dia mahu ni? Dia mahu aku jalankan tugasku sebagai isteri yang sebenarnya pula? Oh tidak!

“Mengadalah abang ni!” kataku berdebar-debar. Benarkah dia sudah dapat menerima aku sebagai isterinya?

“Mesti karipap sayang sedap kan?” aku diam. Emak yang mengajar aku membuat karipap. Karipap emak sedap dan memang aku suka. Jadi aku belajar membuatnya. Aku juga sempat membuat puding paling simple untuk mama mertuaku. Menurut emak, mama mertuaku suka makan puding. Jadi hanya dua resipi itu sahaja yang sempat aku buat.

“Abang rasalah nanti,” kataku. Sampai di dapur aku cepat-cepat mengambil cawan dan membuat milo untuknya. Karipap di atas meja sudah dimakannya.

“Memang tip top karipap sayang ni. Memang tak salah mama abang nikahkan abang dengan isteri abang ni! Isteri abang ni memang first class!” katanya memuji-muji aku tinggi melangit. Ah, aku pun tidak sangka akan menikah dengan seorang pilot yang hebat sepertinya. Siapa lah aku hanya seorang guru dari anak seorang bekas guru.

Hehe!

“His, janganlah cakap macam tu, biasa aje karipap tu, mak saya yang ajar,” kataku yang sudah berasa malu. Jantungku kalau anda nak tahu, sejak tadi bagaikan gendang dipalu sekuat-kuatnya!

“Puding roti pun sayang buat? Ha, ini memang puding kegemaran mama, abang pun suka!” katanya ketawa girang sambil mencicipi karipap dan puding roti itu. Aku hanya tersenyum, getir dalam hatiku.

Betapa bahagianya aku jika benar Nukman Faris adalah suami yang dianugerahkan sebenar-benarnya kepadaku oleh Allah SWT. Dalam usia yang semakin meningkat ini aku mahu juga bertekad akan menjadi isteri yang solehah untuk seorang suami yang mencintai aku dan mengabadikan hidupnya hingga ke akhir hayatnya untuk diriku dan zuriat kami yang bakal lahir nanti. Namun kalau aku ingat akan komitmennya yang lain, akhirnya aku kendurkan kegembiraan dan kebahagiaan yang sedang aku cicipi ini.

“Sayang macam tak gembira?” soalnya yang duduk di depanku tiba-tiba. Aku kerdip-kerdipkan mataku. Sebenarnya air suam-suam sedang bertakung di mataku.

Argh, kantoi lagi!

“Gembira, saya gembira!” kataku terpaksa menjadi pelakon utama pula di depannya. Dia sengih. Pandangan kami bertaut. Aku akhirnya tertunduk, tidak tahan dengan pandangan mata kuyu itu.

Ah, betapa sakitnya hatiku bagaikan isi daging tubuhku yang dicarik-carik kalau memikirkan perkahwinan kami yang tidak macam orang lain ini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience