Chapter 88

Romance Completed 46068

Bab 88

Kecoh Nukman mencari isterinya. Namun tidak ditemui. Tunggu punya tunggu, orang tersayang yang ditunggu tidak kunjung. Berdebar hatinya. Rozaila pula memujuk Nukman menikahinya. Ricky Ridzuan pula cuba melakukan sesuatu.

“Ke manalah Tasya ni!” soalnya dalam hati. Sudah berkali-kali dia menghubungi isterinya itu namun telefonnya tidak berangkat.

“Jangan-jangan dia pergi ke rumah kawan baiknya tak! Alamak, dia tidak tahu pula nombor telefon Shamira! Alahai!” katanya lagi. Sudah setengah jam juga dia menunggu isterinya di depan sekolahnya ini. Ini adalah tempat biasa dia menunggu isterinya itu. biasanya dalam lima minit menunggu isterinya sudah datang menemuinya. Sudah tiga hari dia menghantar dan menjemput isterinya. Dia tidak rela melihat isterinya sendirian di rumah sewanya. Dia perlukan penjagaan rapi sejak akhir-akhir ini. Isterinya sedang mengandungkan anak pertama mereka. Bagaimana dia tidak risau jika waktu bekerja sudah habis?

Jam di tangannya dipandang lagi. Jam sudah menunjukkan angka tiga petang. Sepatutnya waktu ini dia sudah membawa isterinya makan di mana-mana kedai yang dia suka. Tetapi sekarang belum ada tanda-tanda isterinya akan datang. Kawasan sekolah pun sudah semakin lengang. Ke mana pula Natasya Umaira? Takkan masih ada mesyuarat? Kalau mesyuarat kenapa tidak maklum awal? Kenapa mendiamkan diri? Aduhai memang resah sungguh dia. Sudahlah resah menunggu, sekarang dia resah kerinduan mengenang wajah ayu isterinya.

Kemudian dia menghubungi nombor telefon iaterinya. Telefonnya tidak berjawab. Dia menghubungi beberapa kali sehingga lenguh tangannya. Entah kenapa isterinya tidak memberitahu dia ke mana-mana dia hendak pergi. Jika dia hendak pergi makan dengan kawan baiknya Shamira, dia masih boleh bertolak ansur dan dia masih boleh menunggu di luar ruang tamu rumah gadis itu.

Kenapa dia mahu berahsia dengan dirinya? Bukankah dia suaminya dan Natasya Umaira itu isterinya? Kenapa mahu mendiamkan diri dan sengaja pula tidak mahu mengangkat telefonnya? Kehairanannya menggunung. Dia sudah kebingungan tahap dewa.

“Assalamualaikum mama,” katanya kepada mamanya di hujung talian.

“Ya walaikumsalam,” kata mamanya.

“Sibuk kerja, apa hal call ni? Tasya dah balik sekolah?” soal mamanya. Dia terkedu. Apa yang mahu dijawabnya. Jam sudah menunjukkan 3.15 petang. Belum ada tanda kelibat isterinya akan datang mendekati keretanya. Pagi tadi isterinya berpakaian sukan.

“Belum mama, itu yang saya tengah tunggu dia di kawasan sekolah ni mama, memang saya agak lewat sedikit tadi tapi takkan dia tak sabar nak tunggu!” katanya.

“Jangan-jangan dia keluar dengan kawan dia tak? Mungkin dia nak tukar angin,” kata mamanya. Dia tidak percaya. Natasya Umaira bukan begitu. Dia selalu mendapatkan kebenarannya jika ada apa-apa hal. Kenapa sekarang dia mendiamkan diri?

“Entahlah mama! Susah saya nak cakap! Kawan sekolahnya cakap tadi dia dah keluar sejam yang lalu! Itu yang susah hati ni mama!” kata mamanya. Masalahnya ke mana dia hendak mencari isterinya itu? Kenapa ramai sungguh peminat isterinya sehinggakan dia lelah menantinya di sini!

“Kena keluar ke kawasan rumahnya Nukman! Rumahnya bukan jauh dari sekolah tu! Mama rasa dia ada di kawasan rumahnya!” kata mamanya Datin Zahara.

“Ya mama saya gerak sekarang!” katanya yang tidak dapat membayanglan apa yang dikatakan mamanya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience