Chapter 17

Romance Completed 46068

Bab 17

Kereta BMW siri 6 berwarna kelabu itu kemudiannya berhenti di depan sebuah hotel yang gah dan agak besar. Aku tertoleh-toleh nama hotel yang dia singgahi ini.

“Kenapa tertoleh-toleh ke atas tu?” soal Nukman Faris tiba-tiba. Ah, orang yang dirindui sejak akhir-akhir ini sudah ada di depan matanya. Namun dia terasa betapa malu dirinya. Dia bagaikan tidak dapat menatap wajah kacak di sisinya ini.

“Kita kat Hotel Seri Pasifik,” jawabnya dengan suaranya yang lemah. Ah terasa betapa lemah lututnya. Ah, Natasya Umaira jangan jadi gadis perasan! Lelaki ini tidak sama perasaannya dengan kau. Cemuh kata hatiku. Sedih pula aku tiba-tiba. Aku membetulkan dudukku. Mahu menangis pun ada aku pada masa ini. Kesalku bertimbun. Kesal kerana sungguh perasan!

Aku yang tertidur tadi rupanya tidak menyedari lokasi kami di mana. Aku tidak kenal sangat akan nama bangunan itu. Tetapi aku tahu dia hendak membawa aku minum atau makan di mana-mana. Aku menjadi tidak selesa pula. Takkan dia nak bawa aku menginap di hotel ini?

Eh, tak mahulah. Bagaimana aku hendak berhadapan dengan lelaki ini nanti! Kat mana aku hendak melarikan diri? Bilik hotel bukannya ada ruang.

Eh, tak nak aku! Kalau boleh aku nak balik ke rumah sewaku malam ini jika dia bawa aku menginap di hotel besar dan tinggi mencakar langit ini. Tetapi kata emak, tak baik engkar cakap dan arahan suami, berdosa besar. Tapi, kami bukan suami isteri yang sebenarnya. Kami ada perjanjian. Bolehkah aku engkar cakap dan arahan Nukman Faris yang kacak dan segak di sisiku ini.

Rasa macam aku ni tak layak pula duduk di sisinya di kereta mewahnya ini. Ah, kenapa pula aku terasa betapa rendahnya diri ini. Aku sepatutnya berbangga dapat menjadi isteri kepada Nukman Faris. Ah, perasan! Aku tidak sepatutnya berperasaan begini riak, memalukan kalau orang tahu. Sebab, kami kahwin hanya atas dasar nak menolong aku yang kesusahan.

Kata Nukman Faris yang kacak di sisiku ini, dia akan ceraikan aku bila-bila masa sahaja dari sekarang. Jadi aku kenalah bersedia bila-bila masa. Mana tahu malam ni dia sudah nak melafazkan cerai. Jadi aku kena berlakon baik dan seperti tidak ada apaapa yang berlaku. Redalah konon! Eh, macam mana ni? Aku ni lain rasa saja!

“Kita buat apa kat sini?” soalku apabila dia tidak bersuara dan membukakan pintu untukku. Kunci keretanya sudah diserahkan kepada pekerja di hotel itu. Dia menarik tanganku perlahan. Aku terpinga-pinga dan cepat-cepat menurutinya.

“Ikut sajalah! Kenapa nak degil! Mari ikut saya!” katanya agak kasar. Namun wajah kacak tetap memperlihatkan auranya yang tersendiri di hatiku. Entah kenapa sejak akhir-akhir perasaan halusku kepadanya sudah berubah. Kalau dulu penuh dengan kebencian kerana dia tidak sudi menerima aku. Tetapi kini, aku sering terasa ingin berada di sisinya dan aku merinduinya. Aduhai! Kalau dia tahu, pasti aku disumpahnya! His, takkan dia hendak marahkan aku pula. Hairan sungguh dengan lelaki ini.

“Awak nak buat apa kita kat sini? Saya tak pernah masuk tempat macam ni!” soalku tidak puas hati. Mukanya masam. Tetapi aku tetap menuruti langkahnya menuju ke sebuah restoran. Aku memaniskan mukaku. Para pekerja di kafe tersebut sudah memerhatikan kami. Aku seperti kuda yang dipaksa untuk masuk ke premis yang tidak aku sukai ini. Dia sudah menarik kerusi pula untukku. Kemudian dia duduk semula.

“Kita nak minum kejap.” Jawabnya yang sudah duduk di sebuah kerusi. Bunyi muzik yang berirama romantik kedengaran membelai telingaku. Minum? Nak minum di kedai besar macam hotel ni? Ya Allah, membazirnya dia ni. Mak dan ayah aku tidak pernah ajar aku membazir. Membazir tu amalan syaitan! Setakat nak minum air sejuk, belilah sajalah di kedai Seven Eleven tu. Buat apa nak duduk di restoran mewah ini. Eh, tak logik langsung! Aku membebel dalam hati sambil memerhatikan kawasan sekeliling yang amat asing bagiku.

“Minum pun kat sini?” soalku yang tidak puas hati. Bukan apa, aku tidak suka membazir. Dia kerut dahi memandang wajah ku yang nyata tidak puas hati dengan tindakannya. Ibu bapaku tidak membiasakan aku membazir. Sejak kecil aku terdidik begitu. Minum kopi atau teh boleh sahaja dibuat di rumah. Buat apa hendak minum kopi sehingga singgah di restoran bertaraf mewah begini. Aku protes dalam hati.

“Suka hati akulah! Kau nak minum kat mana? Kedai mamak kan?” aku memasamkan muka. Dia sedang menghina aku. Merah mukaku. Aku menundukkan wajahku ke lantai. Kemudian aku mendapat idea untuk membalas cakapnya pula.

“Eh, jangan menghina kedai mamak tahu! Selama ini saya memang suka masuk kedai mamak! Saya ni mana mampu nak masuk kedai macam ni. Banyak nak pakai duit ni!” kataku perlahan. Dia ketawa kecil. Dia memberikan isyarat kepada seorang pekerja perempuan agar mengambil tempahan makanan. Dia seolah-olah berbisik sahaja dengan gadis itu. Gadis itu menulis sesuatu. Aku hanya memerhatikan gadis itu menulis sesuatu di atas kertasnya.

“Bukan nak menghina sesiapa, tapi kalau awak nak pergi masuk kedai mamak, lepas ni saya bawa awak ke situ ya.” Katanya sungguh-sungguh. Aku diam. Aku rasa dihina pula.

Aku tidak tahu hendak membalas apa pula selepas ini. Aku dan dia hanya mendengar muzik dengan satu perasaan yang sukar diterangkan. Masing-masing dengan perasaan sendiri. Masing-masing mempunyai kenangan tersendiri. Dulu, Amri pernah membawa aku makan di sebuah restoran yang agak mahal juga tetapi bukan di hotel. Ia di sebuah pasaraya yang agak besar. Ah, aku tidak mahu mengingati lagi kenangan yang sangat menyakitkan itu.

“Kenapa diam, terkenang tunang?” soalnya. Aku tersentak. Dia sedang merenung aku dan membaca apa yang aku fikirkan. Oh Tuhan, kenapa tindakannya semakin menjadi-jadi sekarang ini. Tunang? Eh tolong sikit ye!

“Tak, dia dah jadi bekas tunang, tak de kena mengena dengan saya dah! Kenapa tanya, awak terkenang kekasih?” jawabku mengenakannya juga. Aku menundukkan wajahku kembali. Entah apa lagi yang akan dijawabnya.

“Ya sesekali terkenang juga kekasih yang jauh di mata tetapi isteri dah ada depan mata, tak mahu lah kenang kekasih! Nak pandang isteri lah pula!” katanya cuba menyakiti hatiku. Aku tersengih. Ada bunga mula berkembangan dalam taman hati.

Pelbagai warna bunganya. Oh, oh tidak! Duhai Natasya Umaira jangan nak perasan! Mungkin kau sahaja yang tergila-gilakan dia, lelaki di sebelah kau ni belum tentu! Bisik hatiku. Aku menarik satu-persatu bunga-bunga yang berkembangan tadi. Layu semuanya!

“Jadi, kenapa macam termenung panjang!” katanya pula. Aku sengih. Malu sebenarnya. Malu kerana aku tertangkap tetapi aku tidak mahu mengaku.

“Saya terkenang kan awak!” mahu tidak terkejut dia mendengar ungkapanku. Aku senyum geli hati memandang wajah melopongnya. Baru dia tahu!

“Awak selama ini terkenang saya? Jadi, sekarang dah hilang rindu awak memandang wajah saya?” soalnya. Aku sengih. Aku geleng. Mukaku membahang. Siapa suruh berani sangat membuat pengakuan! Tak berani aku buat pengakuan berani mati!

“Perasan!” kataku perlahan. Dia pula sengih.

“Ha! Tadi kata terkenangkan saya kenapa pula sekarang tak mengaku! Awak rindukan saya kan?” katanya tidak mahu kalah. Aku menggeleng. Kalau pun aku rindukan dia, sampai bila-bila biarlah menjadi rahsia bagiku. Tidak perlu aku berterus terang kepadanya. Matanya redup itu sudah merenung ke arah. Tuhan, hentikan waktu, aku begitu berdebar-debar saat ini. Beberapa saat suasana bisu. Hanya kedengaran bunyi muzik romantik di restoran ini.

“Taklah, tak berani saya! Saya tak kenang siapa-siapa! Saya tak tahan sebenarnya sampai bila kita macam ni!” kataku berterus-terang. Hidup berpura-pura menyebabkan aku menjadi tidak pernah tenang. Hati menangis dan keluh kesah selalu. Biarlah aku seorang yang menanggungnya. Aku tahu apa yang aku rasa ini tidak sama dengan apa yang dia rasa. Huhu! Aku pandang wajahnya. Kelat wajah itu! haruskah aku berasa gembira?

“Saya pun sebenarnya tak tahu sampai bila kita macam ni!” katanya dengan wajah yang sedih. Aku diam. Rupanya kami sama-sama dalam dilema.

“Kalau macam tu awak beritahulah mama awak tu agar kita putuskan saja hubungan kita! Awak dan saya buat hal masing-masing! Kalau awak ada di sini pun, tak perlu awak nak tunjuk muka kat saya!” kataku memberikan cadangan. Aku pun tidak mahu dia tertekan. Biarlah aku tertekan.

Aku seorang guru, memang biasa dengan tekanan-tekanan. Tetapi aku tidak mahu dia tertekan. Tugasnya sebagai pilot yang sentiasa memerlukan fokus dalam tugasnya, membuatkan aku tidak mahu dia tertekan dengan hubungan kami yang aneh ini.

“Saya tak berani nak beritahu mama saya. Kalau awak berani awak beritahulah dengan emak awak, saya ikut saja!” ah, memang aneh hubungan kami. Baru sahaja lebih tiga minggu kami bernikah kami sudah masing-masing membincangkan mengenai perpisahan. Kalau mama dan emak aku tahu memang bergegar dunia. Bergegar arasy. Sakit hatiku bagaikan seluruh dagingku dicarik-carik dengan benda tajam.

Tahukah dia betapa aku tidak rela berpisah dengannya? Tetapi aku tidak mungkin mengaku perasaanku sendiri! Kalau dia sudah membuat keputusan, aku akan terima sahaja keputusannya, aku siapa hendak membantah. Biarlah semua rasa rindu dan kenangan dengannya kutanggung dan kusimpan dalam hatiku sahaja. Hendak menguraikan di depannya, na’uzubillah. Malunya!

“Saya pun tak berani nak berterus-terang dengan mak ayah saya. Ayah saya ada sakit tinggi darah. Saya takut ayah saya akan terkejut dengan tindakan yang akan kita ambil.” Ujarku cuba memberitahunya hal yang sebenar. Sebenarnya dari hati yang paling dalam sedalam lautan Atlantik ini, aku tidak sanggup hendak berpisah. Ah, kenapa aku rela kalau dia madukan kelak, madukan aku dengan kekasihnya!

Kasihannya aku!

“Jadi bagaimana sekarang?” soalnya pula. Aku serba-salah pula.

“Saya hanya tunggu tindakan awak. Jika awak muka mulut hendak berpisah dengan saya, ahli keluarga saya tidak akan membantah sebab memang itu perjanjian kita dulu. Mereka terpaksa terima, antara kita tak ada jodoh! Tapi jangan minta saya beritahu dengan ibu bapa saya, saya tak akan buat! Saya tak nak lukakan hati mak ayah saya. Tapi kerana sudah janji kita, maka saya terima dan tunggu saja kalau awak nak buat apa yang awak suka!” aku dengar dia mengeluh. Wajahnya sayu. Aku lebih sedih. Sedih bukan apa. Terasa betapa beratnya tanggungan di bahuku. Dia mana tahu! Tak ada sesiapapun tahu akan keadaan yang melanda aku. Ah, sakitnya hatiku ini!

“Saya pun susah nak cakap. Susah nak buat keputusan. Saya tak tahu bagaimana. Lagipun hubungan kita masih baru lagi. Biarlah dulu ya.” Aku diam. Kenapa pula dia susah hendak bercakap kepada ibu bapanya. Dia ada kuasa menceraikan aku. Talak di tangannya. Kenapa dia rasa susah pula? Kekasihnya pun sudah sedia menunggunya. Aku pejam mataku membayangkan tindakannya nanti!

“Awak buatlah keputusan, saya tunggu dan terima apa saja keputusan awak!” kataku perlahan. Aku pejam mataku.

“Jadi, bagaimana dengan orang kampung awak?” aku pandang lapis meja. Kenapa dia perlu teringatkan orang kampung aku. Biarlah kalau mereka tahu. Antara kami sudah tidak ada jodoh. Orang kampung hanya tahu bercakap dan ia tidak ada kena mengena dengan mereka.

“Itu tak perlu risau. Saya akan uruskan. Apa yang penting awak sudah selesaikan masalah saya kena fitnah hari tu! Lagipun orang kampung tak ada kenamengena dengan urusan awak!” kataku memberikan laluan mudah kepadanya. Dia pula memikir panjang.

“Tak boleh!” bulat mataku. Apahal pula tidak boleh? Aku mengerutkan keningku.

“Apasal pula tak boleh? Kuasa di tangan awak, awak boleh buat apa pun keputusan! Awak takut mama awak kan?” dia geleng. Aku tidak percaya dengan jawapannya.

“Entah, saya tak berani nak buat keputusan buat masa ni! Biarlah kita begini dulu! Saya betul-betul tak berani buat masa ni! Biarlah dulu kan? Lagipun kita kan berjauhan, bukan selalu kita berjumpa!” mahu sahaja aku memberontak dan menghentak meja kalau di kedai makan mamak. Nasib baik di sebuah hotel. Kalau tidak, hancur harapan.

“Kenapa pula begitu?” dia bulatkan matanya memandang aku. Aku cepat-cepat tunduk. Aku tidak kuat memandang sepasang matanya itu. ah, buang masa! Datang ke sini hanya hendak bertekak!

“Tak boleh!” katanya. Aku kerut kening.

“Kenapa tak boleh?” soalku tidak puas hati.

“Kalau aku cakap tak boleh, jangan nak degil!” katanya. Aku angguk. Takut mungkin dengan kata-katanya.

“Awak seharusnya lebih berani! Lainlah aku ni orang perempuan! Talak di atas kuasa awak!” kataku cuba memaksa dia. Wajarkah aku bersikap demikian? Sedangkan dia baik-baik menjemput aku dari rumahku. Tetapi aku memang tidak tahan dengan apa yang berlaku kepada kami. Lebih baik kami berpisah sahaja daripada aku menanggung rindu dan cinta seorang diri. Jika kami bercerai, tentu dia tidak akan mengetahui apa yang kualami ini. Biarkanlah aku pendamkan semuanya.

“Taklah saya tak boleh buat semua tu buat masa ini!” katanya perlahan. Sayu pula kurasakan saat ini. Wajahnya kulihat sedih. Apakah yang berlaku kepada dirinya selebih lebih seminggu kami tidak bertemu? Sewaktu selepas nikah hari itu bukan main lagi bersemangat hendak menceraikan aku selepas urusan nikah kami selesai.

Dia menarik nafas berat. Matanya tunduk ke lantai. Kehairanan aku melihatnya.

Tadi bukan main dia ceria. Aku sudah membunuh rasa cerianyakah pada petang ini? Serba-salah aku jadinya. Aku jahatkah pada petang ini? Huhu!

“Kenapa awak tak yakin? Takut dengan ayah saya?” dia tidak menjawab. Aku pun diam. Ketika itu datang pula pelayan membawa dua gelas jus oren dan membawa fun fries untuk kami berdua. Ada juga speggetti carbanora untuknya. Aku? Cukuplah fun fries untukku. Dia pandang wajahku. Apakah aku tidak tersilap pandang? Dia pandang aku dengan penuh perasaan yang menenangkan. Akukah yang perasan kerana rinduku yang memuncak ini?

“Saya takkan melakukan perkara yang tidak disukai mama. Papa pun akan masuk campur juga. Saya tak berani lagi buat masa ini! Sabarlah dulu ya.” Katanya perlahan. Kudengar suaranya sangat syahdu sekali. Kenapa dia begitu kudengar romantik sekali?

“Awak anak manja kan?” dia renung aku. Makanan yang baru sampai dan masih panas-panas tidak disentuhnya. Wajahnya masih sayu seperti tadi. Aku tidak melihat lagi wajahnya yang ceria sewaktu baru tiba di rumahku tadi.

“Bukan sebab anak manja atau tidak. Tak ada kaitan tu! Saya anak lelaki mana boleh nak manja-manja! Lainlah awak!” jawabnya berdolak-dalik denganku. Dia hamparkan kain putih itu di atas pangkuannya.

“Huh! Betulkah? Awak anak baikkan?” aku seperti mempersendakannya. Sudahlah selama ini aku telah mendapat pertolongannya. Dia memang baik hati. Aku rasa terharu pula.

“Tak tahu?” aku sengih.

“Baguslah kalau saya bersuamikan orang yang baik-baik! Sejuk hati mak melepaskan anaknya,” kataku tersenyum. Dia turut tersenyum. Eh, beraninya aku! Bukankah sudah ada perjanjian yang bertandatangan kami berdua menyatakan kami akan bercerai. Waduh! Kenapa aku lupa?

“Bagus kalau awak sedar Tasya! Kalau awak tak sedar tak tahulah!” katanya. Aku jeling dia. Aku sedikit gugup mengingati perjanjian itu. Ah, bila sampai masanya nanti kami. Ah tunggulah, akan sampai waktunya!

Aku sedar dia memang anak yang baik. Jika dia tidak baik, dia tidak akan menurut kata-kata mamanya. Dia anak yang penurut. Aku yakin Datin Zahara begitu pandai mendidik anaknya ini sehingga menjadi seorang anak lelaki yang baik.

“Err, maafkan saya! Saya tak sepatutnya ganggu emosi awak!” kataku yang mula menyedari diriku.

“Tak apalah! Saya sedar kedudukan awak! Maafkan saya, mungkin kita mangsa keadaan.” Katanya. Aku pandang kentang goreng di depanku. Memang sedap. Kalau sudah sejuk tak ada rasa yang istimewa lagi.

“Boleh tak minum?” soalku memandang jus oren yang enak dipandang mata.

“Silakan minum. Maafkan saya, tak sengaja!” katanya. Ketika ini dia menjadi lelaki yang sangat beradab sopan di depanku. Aku bersyukur jika mempunyai seorang suami yang baik dan soleh sebenarnya. Aku tidak mahu menjadi lelaki macam Amri yang lalai kepada tanggungjawabnya. Aku angguk dan terus sisip minuman itu. Sebenarnya aku haus. Setelah bangun tidur aku biasanya minum segelas air untuk menjaga kesihatan.

“Sudah, marilah kita balik!” kataku tidak sabar hendak bertemu dengan mama mertuaku.

“Saya tak balik rumah mama malam ni! Saya nak bawa awak ke rumah saya.” Aku tidak salah dengar? Soalku sendiri.

“Buat apa? Bukankah mama awak nak jumpa saya? Mak dan ayah saya pun dah datang dari kampung! Kenapa kita tak ke sana?” soalku tidak puas hati. Dia geleng.

“Esokkan masih ada? Awak pun cuti kan?” aku angguk tetapi masih terkejut dengan kenyataannya. Memang esok masih ada, tetapi aku tidak mahu dibawa ke mana-mana. Walaupun kami sudah menjadi suami isteri yang sah, tetapi kami berbeza dengan kedudukan orang lain!

“Ya masih ada. Tapi saya nak jumpa mak saya dan mama awak! Ada benda nak kongsi dengan mereka!” kataku perlahan. Mahu terbuntang matanya.

“Apa yang nak dikongsikan tu? Tak nak kongsi dengan suami?” aku geleng. Aku tidak tahu apa yang aku nak kongsikan dengan suamiku ini. Banyak sebenarnya tetapi aku tidak akan berani hendak meluahkan segalanya.

“Tak ada apa-apalah, saya gurau aje.” Kataku menutup resah. Matanya tak lari daripada memandang aku. Kalau diikutkan perasaan, mahu sahaja aku pengsan.

“Awak nak pergi ke klinik kan? Klinik orang mengandung tu dekat dengan rumah saya, doktor tu kawan saya belajar dulu,” jawabnya. Aku buntang mata. Aku tidak ingat kalau aku dikatakan mengandung. Ah, aku tidak mengandung suami!

“Saya tak mahu ke klinik! Saya dah pergi pun minggu lalu!” jawabku. Bagai hendak terkeluar semula air di leherku.

“Saya mahu pastikan awak dapat penjagaan dari doktor yang terbaik!” katanya. Berdebar jantungku. Perlukah aku berterus-terang kepadanya sekarang? Ah, tidak! Tak mungkin!

“Tak apalah Nukman. Saya boleh jaga kesihatan saya sendiri,” aku semakin takut. Takut hendak berterus-terang. Takut segala-galanya. Jika semuanya terbongkar, apa akan terjadi kepada hubungan yang semakin rapuh ini?

“Apa salahnya kalau saya temankan awak pergi klinik sesekali. Bukan selalu!” katanya. Aku geleng.

“Tak perlulah!” aku sisip minuman lagi. Aku tunjukkan wajahku. Apa alasan yang hendak kuberikan lagi?

“Baiklah kalau awak tak mahu. Saya takkan paksa!” katanya seperti merajuk. Aku tidak mahu dia terkejut. Aku sebenarnya tidak mengandung. Apa katanya nanti, aku pembohong? Oh tidak! Aku bimbang sekali, bimbang akan dituduh yang bukanbukan! Dan, aku pasti pelbagai spekulasi akan muncul daripada kepalanya selepas ini! Silap hari bulan aku yang jadi mangsa kemarahannya sekali lagi!

“Ya terima kasih! Saya pun tak suka orang yang suka memaksa!” kataku perlahan. Dia jeling aku. Aku bukan bertambah lega tetapi irama jantungku kembali bergolak bagaikan gendang dipalu kuat.

“Siapa yang suka memaksa? Saya tak pernah paksa awak tau!” katanya yang sudah mengungkit. Aku pandang wajah kacak itu. kebetulan pula dia sedang memandang aku. Ah, riaunya hatiku Tuhan Sahaja yang tahu.

“Sudahlah tu! Saya gurau aje. Saya tahu awak tak pernah memaksa!” kataku mahu menikmati ketenangan diri namun dalam masa yang sama dia masih mahu mengusik aku. Mungkinkah dia kesepian lantaran kekasihnya tidak ada di sini? Ah, aku hanya menyangka sahaja tetapi aku tidak berani bertanya tuan punya badan .

“Awak, nah makan,” sudah! Dia menyuapkan aku sayur di dalam bekas nya pula.

mahu atau tidak, aku terpaksa buka mulut dan mencerna dengan penuh sopan.

Sebenarnya aku segan. Segan amat.

“Sedap tak?” mukaku sudah panas. Mungkin kalau aku pandang cermin mukaku sudah bagaikan udang terbakar! Woow, hai suami tuan pilot, tolonglah jangan buat aku begini!

“Hmm...” aku mengangguk lagi dan menutup mataku. Ketika aku buka mata, dia masih memandang aku dengan pandangan yang sungguh menawan hatiku. Namun siapalah aku hendak menyatakannya, biarlah aku diam sahaja.

“Sedapkan?” dia suapkan lagi aku sepotong brokoli. Macamlah aku suka sangat dengan sayur-sayuran. Kalau di kampung dulu, akulah anak mak yang sukar sekali hendak memakan sayur. Mungkinkah dia tahu kelemahanku yang satu itu lantas cuba menyakat aku sekali lagi. Ah aku terpaksa buka mulut lagi dengan penuh paksaan. Kala kami sepasang kekasih yang memang bercinta seperti dia dan kekasihnya, aku lah manusia, hamba Allah yang paling bahagia saat ini. Sangat bahagia! Namun, kerana kami tidak pernah bercinta dan menyatakkan apa-apa perasaan terhadap diri masingmasing, maka aku menjadi manusia yang paling derita dan senyum dalam duka!

“Sedapkan? Hmm, memang awesome masakan kat sini! Kita takkan menyesal datang tau!” katanya dengan penuh bangga. Mukaku sudahlah merah dan panas kerana segan dan sebenarnya aku kepedasan. Aku melihat dia menambah dua sudu cili ke dalam mangkuk Sup ketamnya. Aduhai, nasib badan lah Natasya Umaira. Jika tidak, pasti aku akan lebih bahagia biarpun terpaksa makan makanan yang sangat pedas!

Aku angguk perlahan seperti muka yang dipaksa.

“Awak macam tak suka Tasya, muka awak kelat!” nah! Sudah! Sekali lagid dia bagaikan dapat membaca apakah yang sedang bermain di jiwa kacauku saat ini. Aduhai! Nukman, tolong hentikan perbuatan awak ini! Orang keliling kiri kanan sudah memerhatikan kita dengan sneyum sinis! Macamlah kita pasangan kekasih! Atau, jangan-jangan ada yang mengenali Nukman Faris si Pilot handsome yang sedang makan dengan seorang gadis yang biasa-biasa ini!

“Awak, makanlah. Saya pun order sup ketam kan! Tak perlulah awak nak suapsuap saya!” kataku memberanikan diri melarangnya berbuat demikian. Dia angkat keningnya yang agak tebal. Sekali lagi dia nampak kacak sekali.

“Kenapa, awak tak suka kita macam ni?” soalnya pula dengan penuh kehairanan. Sudah! Sekali lagi aku bagaikan mati tertembak oleh kata-katanya. Sebenarnya aku mahu sahaja bersembunyi di belakang emak namun emak tidak ada di sini.

“Hmmm, bukan macam tu! Saya segan dengan orang keliling pandang kita.

Takut-takut mereka kenalan awak atau kekasih awak. Saya rasa serba-salah pula!” kataku seperti mahu menangis. Kenapa pula dia buat-buat seperti kami tidak ada krisis.

Kenapalah Nukman Faris malam ini begini?

“Awak, makanlah. Sup ketam saya tak bersentuh lagi!” kataku perlahan. Pandangan kami bersatu dan dia tersenyum manis. Aduhai, kenapa lah lelaki ini cepat berubah sikap? Kalaulah dia tidak ada kekasih, kamilah pasangan suami isteri yang bahagia barangkali kan!

“Ya sayang, kita makan sekarang.” Kami kematian kata. Aku sudah tunduk menghadap lantai. Kemudian kami menikmati makanan masing-masing. Selepas selesai makan malam itu, kami pun bergerak ke kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience