Chapter 71

Romance Completed 46068

Bab 71

“Awak tak naik ke Kuala Lumpur Ain?” soal Datin Zahara kepada adiknya melalui panggilan telefon.

“Tak lah kak long, kenapa pula kak? Macam ada hal!” kata Puan zurain kepada kakaknya.

“Tak apalah. Ayah Tasya dah sihat?” Bunyi Datin Zahara macam merajuk.

“Alhamdulillah kak long. Dah sihat dah tu! Dah turun ke kebunnya pun, lawat tanam-tanamannya! Macam ada yang tak kena kak long?” soalnya pula kepada kakaknya itu.

“Anak kita bagaimana? Ada perkembangan baik? Dah ada berita tentang cucu kita?” kata Datin Zahara mengeluh kecil. Dia sendiri sudah berulang kali berpesan kepada Natasya Umaira selaku anaknya agar menjaga suami dan menjaga tingkah laku dalam rumah tangga mereka. Namun susah dia. Anaknya itu agak degil juga. Anak perempuannya itu nampak sahaja macam baik tetapi dia agak degil dan susah dinasihati.

“Tak de pula kak. Saya tanya Tasya, dia tenang aje. Tak pula macam ada masalah! Katanya dia tak mengandung. Apa masalah anak kita kak long?” soal Puan Zurain. Kakaknya ketawa di hujung talian.

“Anak kita tak tinggal serumah, masing-masing bawa haluan sendiri, awak tak tahu Ain?” dia tidak tahu. Dia tinggal di kampungnya. Natasya Umaira memberitahu mereka bertemu hanya pada hujung minggu sahaja.

“Macam mana nak dapat anak macam tu?” soal Datin Zahara.

Anaknya sahaja yang memberikan berita kepadanya. Tidak tahu pula dia kalau anak mereka tak sehaluan lagi. Hari itu dia ada tegur anaknya. Adakah anaknya sudah menjadi janda? Ah, tidak mungkin. Anaknya dan menantunya anak yang baik-baik.

“Tahu kak, kata Tasya, mereka masing-masing sibuk, seorang di darat dan seorang di udara,” kata Puan Zurain. Datin Zahara ketawa kecil.

“Mereka tak boleh dipercaya Ain,” bulat matanya. Mengapa tidak dipercayai? Takan anaknya berbohong? Dia akan turun ke Selangor sekarang juga jika anaknya itu sudah berbohong kepadanya. Tetapi suaminya perlukan rawatan mingguan dengan doktor di sini, mahukah suaminya itu melawat anaknya?

“Kenapa pula tak boleh dipercaya kak? Apa masalahnya anak-anak kita tu?” soal Puan Zurain. Agak terkejut juga dengan kata-kata kakaknya.

“Macam depan kita tunjuk baik tapi belakang kita mereka buat hal!” kata Datin Zahara.

“Apa patut kita buat kak? Saya pun susah hati,” soal Puan Zurain. Dia tiba-tiba berasa susah hati mengenangkan anak dan menantunya itu.

“Nasihat dulu anak-anak kita tu Ain, kak long pun nak jumpa Nukman tak lama lagi!” kata Datin Zahara. Puan Zurain agak terkejut juga dengan perkembangan terbaru anak dan menantunya. Sejak akhir-akhir ini anaknya itu agak pendiam dan agak jarang menelefonnya. Benarkah anaknya ada masalah? Kenapa anaknya hanya mendiamkan diri? Tidak pula mahu berterus-terang seperti selalu.

“Saya ada juga hubungi Tasya kak long, kadangkala ada juga kak nasihat dia. Tapi tu lah sudah lama saya tidak jumpa dengan dia. kali terakhir saya jumpa masa ayahnya masuk hospital hari tu kak. Hairan juga saya Nukman tak ikut sama pulang ke kampung,” kata Puan Zurain.

“Ya, pada masa itu kebetulan Nukman di luar negara, mungkin itu kita maafkan, tapi sekarang kita tak tahu apa yang berlaku. Sekarang Nukman dah selalu ada dalam negara. Dia dah kerja di pejabat papa dia.” kata Datin Zahara risaukan anak dan menantunya. Puan Zurain juga tidak tahu akan perkembangan menantunya.

“Baiklah kak, nanti saya nasihatkan anak saya. Nanti saya hubungi dia,” Kata Puan Zurain. Anaknya itu mesti ditanya mengenai perkembangan dirinya. Entah apa lagi masalah anaknya itu, dia sendiri belum pasti.

“Jangan sampai mereka tak saling bertemu dan bermesra Ain, lama pula tu, saya risau pula! Nukman tu pun satu, kekasih dia asyik nak kacau dan bawa kahwin. Saya pun risau!” kata Datin Zahara pula. Puan Zurain mengerti. Mungkinkah ada masalah yang timbul antara kedua-dua anak menantunya itu? Susah pula hatinya.

“Kita mesti campur hal ini serta merta kak. Jangan biarkan mereka berjauhan lama-lama, tak elok! Kita pun ikut berdosa jika tak menegur kak long!” kata Puan Zurain. Dia menjadi agak bimbang. Bimbang dengan perkembangan terbaru anak-anak mereka. Dia ingat selepas mereka duduk seminggu di rumah Nukman Faris hari itu, kedua-dua anak menantunya macam sudah berbaik. Rupanya mereka sungguh pandai berpura-pura.

“Ya, itulah. Mereka tu belum berapa nak matang lagi Ain. Kak long pun susah hati. Elok lah kita nasihatkan mereka,” Kata Datin Zahara.

“Begitulah nampaknya kak long. Nanti saya akan nasihatkan Tasya tu. Tak boleh kita nak biarkan terus begitu. Macam agak lama pula kita nak menimang cucu.” Kata Puan Zurain. Dia sudah tidak sabar hendak mendengar khabar mengenai cucu mereka.

“Banyak-banyaklah kita berdoa Ain. Kak ni bukan apa, kak mahu anak-anak kita bahagia hingga ke akhir hayat mereka,” kata Datin Zahara mengakhiri perbualan mereka.

***

“Kenapa maknya? Anak kita ada masalah lagi?” soal Encik Mohd Tajuddin yang baru balik dari kebunnya. Dilihatnya isterinya itu monyok. Biasanya kalau dia balik bukan main isterinya ceria dan menceritakan apa yang berlaku sepanjang dia tidak ada di rumahnya.

“Siapa lagi, Natasya Umaira kesayangan abang tu lah!” jawab Puan Zurain. Berkerut dahi Encik Mohd Tajuddin.

“Kenapa dengan dia? Janganlah kita masuk campur, anak kita dah ada keluarganya sendiri Ain.” soal Encik Mohd. Tajuddin. Puan Zurain pandang suaminya.

“Mereka lain bumbung dah bang! Entah ajaran siapa yang mereka ikut tu!” kata Puan Zurain.

“Lain bumbung? Kenapa pula macam tu? Mereka gaduhkah?” soal Encik Mohd. Tajuddin. Puan Zurain menggeleng. Dia resah semacam memikirkan anak perempuannya itu. Itu sahaja anak perempuannya.

“Menghairankan. Macam seorang ke hulu dan seorang ke hilir ayahnya!” jawab Puan Zurain. Encik Mohd. Tajuddin hanya tersengih.

“Patutlah suaminya tak datang lawat abang semasa abang sakit tu! Ada-ada aje alasannya kan?” kata Encik Mohd. Tajuddin pula. Dia terkenang wajah anaknya yang kalut ketika ditanya mengenai suaminya Nukman Faris. Ada-ada sahaja yang dijawabnya. Mungkin sebagai perisa telinga sahaja!

“Ya, saya sebagai ibu lagilah hairan bang!”katanya. Memang dia hairan dengan penampilan anaknya sendiri. Namun dia malas mahu memikirkan anaknya itu. Anaknya dan menantunya sudah besar panjang untuk menentukan baik buruknya kehidupan.

Namun dia tahu, anaknya masih perlukan bimbingannya.

“Kita ke rumah dia esok. Tak boleh biarkan mereka begitu. Kita tanya apa yang sebenarnya berlaku.” kata Encik Mohd Tajuddin. Buntang matanya.

“Ke rumahnya? Hari apa ni?” Puan Zurain pula.

“Khamis.” Jawab Encik Mohd. Tajuddin.

“Khamis? Malam ni kan ada majlis tahlis arwah Pak Samad.” Kata Puan Zurain. Dia tidak mahu suaminya gagal hadir untuk menjadi imam dalam sembahyang berjemaah di kampung mereka ini.

“Awak siap. Kita akan jenguk dia petang ni juga! Saya pun tak sabar nak tahu akan anak kita tu! Macam sudah lebih sebulan kita tak jenguk dia.” kata Encik Mohd. Tajuddin. Puan Zurain tersenyum. Tetapi dia kasihan pula kepada suaminya itu.

“Laratkah abang bawa kereta? Kasihan pula abang ni,” katanya pula. Suaminya itu baru sahaja sembuh.

“Awak tak percaya kan suami awak ni?” kata-kata itu tergantung apabila dia terus menuju ke biliknya untuk bersiap. Mereka akan gerak pada petang ini juga.

“Percaya bang. Kenapa pula tak percaya.” Encik Mohd Tajuddin ketawa.

“Bagus.”

“Tapi...” Puan Zahara terjeda.

“Kenapa?” soal Encik Tajuddin.

“Siapa nak imamkan majlis tahlil malam ni sayang?” soal Encik Mohd Tajuddin. Puan Zahara jadi risau. Suaminya memang harapan di surau kampung mereka ini. Dia tidak mahu suaminya meninggalkan jemaahnya di kampung semata-mata hendak melawat anak mereka. Jika mereka ke sana petang ini, mereka terpaksa ditinggalkan sendirian esok pagi sebab anaknya itu akan keluar bekerja.

“Esok pagi lah kita pergi sayang. Kita maklumkan aje kepada anak kesayangan kita tu,” kata Encik Mohd Tajuddin pula. Puan Zahara tiba-tiba berasa sayu.

“Baiklah. Kita pergi esok. Kebetulan hari Sabtu cuti dan kita akan terus ke rumah kakak saya bang,” kata Puan Zahara mendapat idea. Inilah masanya dia hendak bertemu dengan kakaknya. Kalau emak mereka masih ada tentu gembira. Namun emak dan ayah sudah tidak ada di dunia ini.

“Gembira lah awak kan.” Kata Encik Mohd Tajuddin. Puan Zahara tersengih. Dia memang gembira kalau bertemu kakaknya itu.

“Susah kita nak jumpa kakak saya tu. Kakak saya jarang datang ke kampung kita ni. Jadi kalau saya dapat datang ke rumahnya memang saya gembiralah!” kata Puan Zahara.

“Ya mudah-mudahan kita sampai bertemu dengan besan kita tu. Saya pun agak lama tak bertemu dengan Datuk Norman tu. Dia tak sombong macam datuk-datuk yang lain,” Kata Encik Mohd Tajuddin.

Hatinya berlagu girang! Dia memang rindukan anak perempuannya itu. Dalam masa yang sama dia sangat bahagia jika anaknya itu berbahagia dalam rumah tangganya!

Dia sentiasa mendoakan anak dan menantunya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience