Chapter 5

Romance Completed 46068

Bab 5

Selepas bersarapan pagi itu, aku terus masuk ke bilik untuk membersihkan diri. Aku tidak melihat kelibat Nukman Faris. Entah di manakah dia. Mungkin masih berbual dengan ayah atau pergi ke taman bunga jagaan emak. Menurut emak tadi, pada hari ini kami akan mengadakan lawatan muhibbah ke rumah adik beradik ayah di kampung seberang. Tujuannya untuk memperkenalkan Nukman Faris kepada saudara mara ayah di situ terutamanya kepada pak long dan adik-beradik ayah yang lain. Ramai betul saudara kami.

Sebenarnya jika menurut pandanganku, lawatan muhibbah ini tidak perlu dilakukan. Ini kerana, antara kami berdua hanya kahwin olok-olok sahaja. Selepas ini belum tahu kami akan berhubungan macam suami isteri lain. Kami sudah diikat oleh sebuah perjanjian. Aku sendiri mengakui di depan Nukman Faris yang aku tidak akan menuntut apa-apa selepas ini.

Hanya yang kumahu, nikahi aku untuk tiga hari dan kemudian buatlah apa sahaja, aku tidak kisah! Itulah janjiku kepada Nukman Faris seminggu sebelum kami menikah. Itulah yang menyebabkan lelaki itu menyetujui rancangan mamanya dan emakku. Jika tidak belum tentu dia akan setuju dengan rancangan gilaku itu!

Tiba-tiba pintu dikuak. Terpacul wajah lelaki kacak dengan baju sukan itu. Aku tahu itu baju tidurnya semalam. Dia pun menjaga perilakunya seperti mana aku menjaga perilakuku sepanjang masa kami bersama. Marak mataku memandangnya.

Aku terkenangkan pelukannya di dapur tadi, aku teringat mahu memberikan dia amaran. Aku tidak suka ia akan berulang lagi. Aku tahu aku sudah menjadi miliknya tetapi dia sudah ada kekasih. Apa kata kekasihnya nanti?

“Abang, silakan duduk.” Kataku menyuruh dia duduk di atas katil. Ia juga sebagai satu kebiasaan bagi menghormati suami. Hmm, walaupun suami di atas kertas!

Kebetulan aku sudah mandi dan mengenakan pakaian persalinan yang dihadiahkan daripadanya mamanya pada hari pertunangan kami.

“Nak cakap apa?” lidahku terus jadi kelu. Wajah kacak ala-ala Lee Min Ho ini selalu membuatkan aku jadi segan dan kelu. Tetapi kulit lelaki yang sudah menjadi suamiku ini agar cerah sedikit. Mungkin tugasnya yang menyebabkan kulitnya agak cerah.

Beberapa tahun kami langsung tidak pernah bertemu. Aku hanya tahu dia sudah berada di luar negara kerana melanjutkan pelajarannya. Aku hanya selalu bertemu dengan mamanya iaitu mak longku yang selalu balik ke kampung bertemu emak dan saudara maranya. Mereka dua adik-beradik semuanya.

“Err, lain kali kalau depan mak ayah, janganlah nak berlakon lebih-lebih pula. Saya tak suka abang peluk-peluk dan kucup pipi saya macam tu depan orang,” aku memberitahu apa yang patut. Dia tersengih. Mahu terkeluar biji mataku cuba memberikan amaran kepadanya.

“Kenapa tak boleh kah berlakon macam tu? Tak ada pula dalam perjanjian!” katanya angkat kening. Wajahnya serius. Mahu sahaja aku baling bantal ke mukanya namun aku masih hormatkan dia sebagai sepupuku alias suamiku saat ini. Jika tidak pun aku hormatkan dia sebagai manusia walaupun degupan di dadaku, huh, susah nak terangkan! Bijak sungguh jawapannya. Lelaki memang begitu, suka ambil kesempatan!

“Kenapa, kalau bukan depan mereka, awak suka kalau saya peluk? Tentu awak sukakan?” Ya Allah mahu sahaja aku menjerit. Dia sudah berdiri dan memeluk aku dari belakang. Kaku aku seketika di dalam pelukannya. Aku tidak suka sebenarnya. Ia sudah melanggar perjanjian kami.

“Siapa yang suka? Saya sedarlah diri saya Nukman! Saya tak nak lupa diri! Mungkin awak yang lupa yang kita nikah hanya tiga hari! Awak ingat? Kalau tak ingat, saya nak ingatkan!” kataku dengan suara yang agak kuat dan garang. Sakit hatiku melihat pandangannya yang agak gatal kepadaku ini.

“Ek eleh, nak marah pula kat saya! Apa hal awak sayang? Nak marah pula? ingat perjanjian bagai! Nanti-nantilah kita ingat perjanjian tu! Sekarang ni kita nak berkenal-kenalan. Kitakan sepupu yang sudah lama tak jumpa! Takkan nak cakap, bergurau pun tak boleh!” katanya mengusik aku semula. Wajah senyumannya, mahu sahaja aku pengsan. Masa nikah tadi aku nak pengsan juga tetapi ketakutan dengan kata-katanya. Sekarang lain pula yang dia cakap. Apa yang dia harap?

“Nak berkenalan konon! Selama ni awak sudi pun tidak nak datang jenguk kami di kampung ni! Orang kampung lah katakan!” kataku mengembalikan paku buah keras kepadanya.

“Ampun sayang Tasya! Si Tembam yang sudah tak tembam! Apahal pula

marahkah saya tak balik jenguk awak sini? Sekarangkan dah balik dan dah nikahpun!” Ya Allah mahu gugur terhempas jantungku mendengar ungkapannya. Bukan main bersahaja dia bercakap. Mahu sahaja aku ambil bantal dan tutup mukaku dengan bantal! Malunya! Dulu aku malu dipanggil Si Tembam, akhirnya aku menguruskan diriku. Aku tidak mahu gemuk lagi. Ia memalukan aku!

“Eh, perasan! Sekarang kan nikah tiga hari aje!” kataku. Dia ketawa.

“Jangan harap!” katanya. Dia sudah pegang tanganku dan mengusupnya. Aku pula hampir terbeliak mata memandangnya.

“Kenapa awak ni Nukman? Awak sedar tak? Awak sedar yang awak sudah ada perjanjian dengan saya ni! Tak boleh nak pegang-pegang dan peluk-peluk kita berdua ni! Kasihan pula dengan bakal isteri awak nanti, dapat bekas saya pula! awak tak kesian?” aku terketar-ketar mengingatkannya di samping menolak kasar tangannya. Lelaki itu sempat menggeleng walaupun sedang bertarung dengan aku. Aku pula mahu sahaja pengsan dan sedar semula akan gelengannya itu.

Namun aku gagal. Tangan lelaki gagah itu terlalu kuat sehingga aku hanya mendiamkan diri di sampingnya. Jantungku bagaikan sudah terkeluar dari tangkainya!

Huhu! Aku mahu nafas!

“Saya tahu awak pernah buat begini sehingga awak mengandung kan!” katanya. Aku kelu. Kata-katanya menghina aku! Aku mencubit perutnya kuat-kuat. Kata-katanya sungguh melampau! Sebenarnya aku tidak mengandung! Aku difitnah oleh Amri tetapi lelaki yang sudah sah jadi suamiku ini tidak tahu. Seketika itu juga, bergenang air mataku.

“Awak jangan main-mainkan saya! Antara saya dengan bekas tunang saya tak ada kaitan dengan awak! Mungkin awak dengan kekasih yang buat macam ni kan!” dia sudah melepaskan pelukannya. Aku menjauhi diri daripadanya. Dia sudah mempermainkan aku dan janji kami. Dia ketawa pula.

“Nukman tak mainkan awak. Walaupun ada kekasih tapi saya masih sudi nikahi awak! Awak tak nampak keikhlasan saya? Saya ikhlas, apa salahnya kita kan suami isteri!” katanya selamba. Mahu terkeluar anak mataku.

“Ya lah kalau macam orang lain yang tak ada perjanjian tak apa! Tapi awak dan saya ada perjanjian. Kalau awak langgar perjanjian itu, bagaimana? Awak akan saman saya kan, walaupun kesalahan tu dari awak?” soalku. Dia garu kepala. Aku tahu kepalanya tidak gatal.

“Saya rasa itu tak menjejaskan perjanjian. Sebab jangan awak yang ganggu saya, itu barulah dikatakan menjejaskan perjanjian!” katanya.

Mahu sahaja aku rebah di situ. Bagaimana kalau banyak berligar di kepalaku. Bagaimana kalau dia tergamak melaggar perjanjian kami dan aku mengandung? Huhu, aku takut sekali. Kenapa dia tergoda. Pakaianku bertutup sepanjang hari di sampingnya. Aku tidak mengenakan pakaian yang menonjolkan auratku di depannya.

Di dapur pun aku pakai tudung. Apa masalahnya?

“Awak sungguh cantik hari ini, mungkin seri orang mengandung!” dia sudah mendekati aku dan mengelus pipiku. Bulat mataku. Terkebil-kebil pula kehairanan dengan pujiannya. Kalau dulu bukan main mengejeknya sebagai si gemuk! Aduhai, dulu memang dia gemuk dan kuat makan. Sekarang dia tahan-tahan nafsunya hendak menghabiskan banyak makanan. Dia harus jaga kesihatannya.

“Awak buat lagi?” soalku geram dan mata yang kubesarkan. Dia sengih. Makin suka pula dia. Aku pula semakin geram.

“Salah?” soalnya pula. Aku terpinga. Kenapa lelaki ini seperti hilang ingatan?

“Tak salahkan?” aku lebih termangu. Berkerut-kerut dahiku. Mahu sahaja aku tepis tangannya yang sedang menggatal dan menampar wajah kacak itu.

“Ini untuk ciuman penghargaan dari suaminya,” bisiknya sambil mengucup telingaku juga. Meremang bulu romaku. Hendak menolak, dia sudah memegang tanganku kuat-kuat. Akhirnya aku terpaksa mendiamkan diri di sisinya.

“Ciuman konon! Kita kan suami isteri atas kertas! Tak payah-payah nak ciumcium segala!” kataku kasar. Geram aku dengan tingkahnya. Aku tidak rela dengan perbuatannya. Walaupun aku sendiri pernah menyimpan hasrat ingin memilikinya namun kerana syarat-syarat kepadaku dan cintanya kepada orang lain menyebabkan perasaan kuhambar untuknya.

“Tasya, dah sedia?” perbuatan Nukman Faris yang tidak senonoh telah dilihat emak. Mahu terbeliak mata aku. Kebetulan emak membuka pintu bilik kami tanpa mengetuknya dulu. Lelaki ini pula masuk tanpa mengunci pintu bilik pengantin. Aku cepat-cepat keluar dari dunia luar sedarnya.

“Tasya dah sedia mak, abang ni yang belum sedia,” kataku yag sudah mendekati emak di muka pintu. Wajah emak memerah. Mungkin dia tidak sengaja ternampak kami begitu. Aku tahu Nukman Faris hanya berlakon. Emak cepat-cepat turun ke tingkat bawah.

“Awak ni kan!” marahku dan menjelingnya tajam. Dia sengih dan puas hati. Apa yang hendak ditunjukkannya? Hendak beritahu semua orang di rumah ini yang dia sayangkan aku? Huh! Tak payahlah! Apa yang aku tahu kami nikah bersyarat!

“Apa?” soalnya bodoh. Mukanya yang kacak itu usah diceritakan, senyum selamba sahaja. Malah siap senyum kepada emak lagi. Aduhai, mana tahan kalau begini!

“Awak jangan buat begitu! Awak buat saya malu tahu! Awak juga sudah buat perjanjian kan!” kataku mengingatkannya. Aku tidak sanggup menyebut apa yang telah dilakukannya. Dia ketawa. Bahagia sungguh hatiku melihat tawa kacaknya itu.

“Kan awak sudah tertangkap dengan mak!” kataku geram. Dia ketawa dan mengesat bibirku. Sekali lagi aku terkesima.

“Awak tertangkap dengan saya, suami awak, bukan dengan orang lain kan!” katanya memberikan kepastian yang membuatkan aku semakin keliru. Tahukah dia aku sangat marah dan tidak puas hati? Bulat mataku memandangnya. Kenapa dia hari ini? Semalam dan subuh tadi bukan main dia memarahi aku!

“Suami di atas kertas, mana ada hak!” jawabku kasar. Dia terus menghampiriku dan cuba menundukkan wajahnya memandangku. Lelaki ini seperti hilang ingatan. Aku mahu sahaja menangis saat ini.

“Tak! Tak nak!” dia sudah mendekatiku semula dan menundukkan tubuhnya untuk mengucup entah mukaku atau... oh, tidak. Dia sudah mengucup keningku dan aku menahan nafas untuk seketika. Dalam sesak nafas aku bahagia tetapi dalam masa yang sama aku menangis. Kami hanya lah suami isteri di atas kertas, jika apa-apa terjadi kepadaku, apa yang harus aku lakukan? Tuhan berikan aku cara untuk keluar dari ruang menyeksa ini!

“Jangan buat begini,” kataku selepas dia sudah melepaskan kucupannya di keningku. Dia masuk memegang pinggang kecilku. Haruskah aku menolak dengan sekuat hatiku?

“Maaf, saya tak dapat kawal diri. Saya nampak awak terlalu seksi!” katanya. Aku mahu menangis lagi. Masa bila aku seksi? Aku sentiasa menunjukkan pakaian bersopanku di depannya.

“Awak ni dah gila! Awak sepatutnya ingat kekasih awak yang awak akan kahwini tak lama lagi! Jangan ganggu saya pula. Nanti tak pasal-pasal awak terpaksa jadi suami saya sampai akhir hayat.” kataku teresak. Dia diam dan duduk di birai katil memandang aku lama. Sepatahpun dia tidak menyambut kata-kataku. Matanya yang kuyu itu sungguh ralit memerhatikan aku.

“Entahlah, maafkan saya, mungkin saya tak sedar! Tapi kalau jadi pun tak de hal, kita kan dah sah-sah nikah!” katanya. Terbuntang mataku. Aku tidak menyangka mulutnya mengalahkan si murai. Aku tahu dia belum mandi. Aku berdiri mengambil tualanya.

“Awak ni sudah hilang ingatan mungkin Nukman! Atau awak terlalu tertekan! Saya kalau boleh tak mahu menyusahkan awak nak bantu saya! Tapi semua ini kerana fitnah tu!” kataku yang sudah menerangkannya dengan panjang lebar.

“Saya faham. Saya tak sepatutnya buat awak macam tu.” Katanya baru menyedari apa yang dilakukannya.

“Nah, awak pergi mandi. Ayah dah tunggu kita tu,” kataku cepat-cepat hendak menjauhinya. Aku tidak mahu ada sesuatu antara kami.

“Awak nak mandi dengan saya atau awak tunggu?” aku geleng dan membuntangkan mataku. Dia membuat tawaran yang semakin menyakitkan hati pula.

“Saya dah mandi!” gila! Ada niat dia hendak mandi sama-sama denganku. Mahu aku mati saat ini sebab kurang nafas! Ah, entah apa yang kena dengan otaknya pagi ini, aku sendiri kurang pasti!

“Kita sama-sama turun bawah ya,” ucapnya lembut. Pening aku dengan Nukman Faris anak mak long aku ini. Sekejap dia menunjukkan ketegasannya. Sekejap dia garang dan macam mahu menelan aku. Sekejap dia menunjukkan yang dia lelaki soleh yang akan membawa aku ke syurga. Tetapi seketika dia akan menjadi curang apabila bercakap dengan kekasihnya. Tersayat sungguh hatiku.

Aku mengangguk memandangnya. Aku tidak mahu dia tertunggu-tunggu memandang aku di pintu kamar mandi bilikku yang agak sederhana luasnya ini.

Ketika aku berpusing menghadap cermin aku terkejut. Aku terlihat ada garis merah di leherku. Lantas aku cepat-cepat mengenakan tudung. Aku tidak akan membuka tudungku di depannya selepas ini. Aku akan menjaga diriku untuk kehidupan akan datang. Itulah janjiku.

‘Ah kenapa gadis sebaik aku ini menjadi mangsa perbuatan lelaki yang tidak bertanggungjawab seperti Amri? Aku seperti dikeluarkan dari mulut buaya dan dimasukkan ke dalam mulut harimau!

Kalau kalian di tempat aku, adakah makna bahagia dalam hidup? Ah, banyak derita yang kuhadapi!’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience